Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

15 October 2009

Kerana


Apa lagi hendak kukata
Bila cinta yang kau ungkapkan
Ternyata dusta
Semuanya hanya kepuraan

Kau racun halaman kasih kita
Setelah kubaja benih cintamu
Kau lerai ikatan kasih kita
Setelah kusimpul erat cintamu

Tiada lagi keindahan fantasi cinta
Takkan lagi kuimpikan mahligai kasih
Cintamu terkubur dalam hatiku
Bayanganmu terhapus dari ingatanku

Kutakkan rebah hanya kerana dusta cintamu
Kukan tetap berdiri menggapai impianku
Kutakkan berpaling hanya kerana pujuk rayumu
Kukan tetap terus berlari mengejar cita-citaku

Kerana kehadiranmu kukenal erti derita
Kerana kasihmu kukenal erti bahagia
Kerana janjimu kusengsara menanti cinta
Keranamu terlenyap sudah segalanya








No comments :

Post a Comment

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_