Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

15 October 2009

Kerana


Apa lagi hendak kukata
Bila cinta yang kau ungkapkan
Ternyata dusta
Semuanya hanya kepuraan

Kau racun halaman kasih kita
Setelah kubaja benih cintamu
Kau lerai ikatan kasih kita
Setelah kusimpul erat cintamu

Tiada lagi keindahan fantasi cinta
Takkan lagi kuimpikan mahligai kasih
Cintamu terkubur dalam hatiku
Bayanganmu terhapus dari ingatanku

Kutakkan rebah hanya kerana dusta cintamu
Kukan tetap berdiri menggapai impianku
Kutakkan berpaling hanya kerana pujuk rayumu
Kukan tetap terus berlari mengejar cita-citaku

Kerana kehadiranmu kukenal erti derita
Kerana kasihmu kukenal erti bahagia
Kerana janjimu kusengsara menanti cinta
Keranamu terlenyap sudah segalanya








12 October 2009

Pernikahan


Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan?



> Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. 

> Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup. 

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN , pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut. 

> Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT , maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak. 

> Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya. 

> Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI





# Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH
sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhluk NYA.  
Dan ALLAH mencintai hamba NYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya.  
Maka tak ada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga,
kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH. #

10 October 2009

Tetap bersama




Jangan pernah tinggalkan diriku
Saat bintang tak mampu lagi bersinar
Saat malam menjadi terlalu gelap
Hingga pagi tak secerah biasanya

Takkan mungkin kita berpisah
Hidup takkan bersendirian
Walau panas, Walau hujan
Kita tetap kan bersama
Saat kuhilang arah tujuan
Kau tetap masih bersama
Walau terang,Walau gelap
Kita lalui bersama

Kutak mampu merubah yang telah terjadi
Tapi aku akan melakukan yang terbaik
Agar kita takkan berpisah lagi
Meski beza laluan untuk kita berjalan




~ ditulis pada 19 Ogos 09, jam 1:41 am ~







08 October 2009

Buku Baru


Sudah sekian lama saya tidak berkarya di blog...
Rindunya .... *Peluk cium blog. Muah Muahaha*

Hari ini baru ada ada hati nak menaip di blog... 
Selama ni hati p merayau tanpa tuan. Errr...

Blog lama telah dilupuskan... 
Saya mahu melupakan kisah yang menyakitkan... 
*kutip cerita lama dan sumbat dalam botol.buang botol ke dalam laut*

Mari kita cari buku baru untuk cipta kisah baru.
Tahun ni kita Enjoy ! Opsss...



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_