29 October 2010

Bakat dan Raja Lawak

Biarpun saya tak setinggi Hanis Zalikha , mata tak sebulat Heliza Helmi , suara tak sesedap Siti Nurhaliza , bakat lakonan tak setanding Lisa Surihani , berbicara tak sepetah Aida Gadis Melayu  dan tak selawak Ahmad Nabil , tapi saya bersyukur dengan apa adanya saya .
*habis keluar semua nama*



Sedar atau tak masing masing ada bakat terpendam . Dahi mula berkerut dan berfikir bila disebut pasal bakat terpendam . Pasti ada . Cuba cari . Bakat terpendam saya ...........




1. Menyanyi
Pernahlah masuk pertandingan nasyid masa zaman sekolah rendah . Itu pun jadi backup singer  . Sadisnya . Pernah jugak masuk kumpulan koir masa tu . Banyaklah dapat jemputan menyanyi di majlis majlis ...... dalam sekolah  =.=



2. Berlakon
Pertama kali lakon masa zaman muda muda kat universiti dulu . Cheh , cam dah tua sangat saja sekarang . berlakon  ala  ala teater gitu, teater mini ... HA HA HA HA HA
Watak yang dipegang masa tu watak jururawat . Jururawat hospital gila . Tengking saja kerjanya . Itu pun entah berkali latih nak bagi nampak real kat pentas . Hish Hish



3. Menari
Berdikir barat pun tangan keras . Masa berlatih dikir barat kat sekolah dulu asyik kene tegur  saja dengan member . Bak kata cikgu saya , saya tangan tak bedung . Haih , memang pun saya tak dibedung masa baby dulu . Saya cepat rimas *informasi dari mama* .


4. Peragaan
Tinggi hanya 5' 2" . Layak jadi model ke . Berangan saja . Gelak tetiba . Teringat masa sekolah adakan pertandingan Busana Muslimah . Kelakar . Masa tu saya turut serta atas galakkan member . Jalan penuh kenyakinan bila dipanggil nama . Semua terpesona , cam profesional . Cheh , perasan lagi . Tapi bila jawab soalan hampeh . Banyak betol ar ar ar ar .... *komen dari kawan : jalan dah ok cam model , tapi jawab soalan terus zero*



5. Reka Fesyen
Senyum dulu . Sejak kecik lagi dah suka bergaya , pakai kasut tumit and baju kebaya . Tak boleh bayang masa tu pergi raya pakai kasut tumit naik basikal .
Naluri bergaya tu memang tak boleh nak dibuang . Minat reka fesyen pun tak boleh nak dilupuskan . HE HE HE HE , reka fesyen untuk diri dan keluarga saja . Masih tiada kelayakan lagi . Coming soon saya nak ambil sijil rekaan . Keretapi tersasar jauh keluar dari landasan . Engineer nak jadi Designer ? Syyyhhh ... Tolong jangan gelak ...



6. Penulis
Bila saya start mengeluarkan ayat ayat puitis puitas , mereka kata saya minah jiwang . Tak apa lah . Saya terima . Muka kecewa .
Tapi saya tak boleh lari dari hakikat itu . Saya suka bidang seni . Mencuba nasib hantar karya ke Heliza Helmi Production . Sampai sekarang masih senyap . Karya saya masih tak cukup bagus . Perlu usaha lagi . Tak putus asa nak asah bakat . GANBATE ! 









Pesanan Penaja :
sesiapa yang rasa dirinya ada bakat melawak boleh hadirkan diri ke sesi ujibakat Raja Lawak di Thе Mall Kuala Lumpur pada 6 & 7 November  2010 . Jangan sia-siakan bakat anda . 






2 comments:

  1. oh oh kamu nak jadi pelawak ke??? huhu

    ReplyDelete
  2. tidak semua org perfect! be your self n be hepi~

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !