Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

30 January 2010

Saya anak orang sederhana


pandangan org sekeliling terhadap saya sudh mula berubah semenjak membawa kereta. lebih lagi bile lihat saya bawa kete naza suria n no platnya masih baru. Ade yg menganggap saya anak org kaya. mereka kate kete saya mahal, tak ramai yang mampu beli.kete tu bukannya abah beli cash, hutang. kalo beli cash, mmgla abah tak mampu. bukan saya yg minta kete tu. abah yg bagi bw kete tu.

keluarga saya hanya hidup sederhana je. nk kate my dad bergaji besar, tak juga. gaji abah tak lebih pn dari 3k. mama pula tak keje. abah terpaksa tanggung 6anaknya yg masih belum bekerja. huh, sedih plak bila de anggap saya anak org berada. mereka tak tahu keperitan hidup saya.

saya pernah utarakan cadangan kat abah suruh jual je kete tu bile dgr abah nk beli mpv. tp abah marah balik. abah kata tak berbaloi jual balik. yela, wat pe kete banyak2. saya hanya nak bawa motor je ke kampus. nak beli motor, tapi abah bagi bawa kete naza tu. abah kata bawa kete lagi selamat.  tak mahu dianggap hidup dalam keluarga yang berada. memang tak dinafikan yang saya berada dalam zon selesa, tp bukanlah mewah. apaboleh buat kalo mereka masih tak dapat nak mengerti keadaan saya.

28 January 2010

BERJUTA RASA


Kutangisi sesalan sendiri
Kubukan insan sempurna
Kuakui sakitnya rasa
Pabila hati disakiti berulang kali
Berjuta rasa dihati
Sukar untuk kuluahkan
Tidak kumengerti
Mengapa terjadi perpisahan
Kumelangkah pergi
Dengan pilunya hati
Kubawa pergi
Kelukaan di hati
Jauh disudut hati ini
Ingin kembali seperti dahulu lagi
Tapi apakan dayaku
Kuhanya berserah pada Ilahi
Menentukan semua
Kumohon padaMu Tuhan
Turunkanlah rahmat kasihMu
Menerangi jiwaku yang sepi





27 January 2010

Mungkinkah ?


Hati ini mulai risau bila memikirkan cgpa ms graduation nanti. Setelah perkiraan dibuat, saya dapati yang saya tidak akan dapat mencapai cgpa 3.0 meskipun saya boleh memperolehi gpa 3.5 pd sem akhir ini. Huu...
Rasa terbayang-bayang saat konvo itu nanti reaksi mama dan abah bila dapat tahu saya grad dengan cgpa di bwh 3.0.
Apa-apa pun pasti ada hikmah disebalik semua ini.

Impian saya  masih nun jauh di langit.
Saya tidak mungkin akan mencapainya tanpa usaha gigih. Saya tetap tidak akan putus asa meskipun mereka kata impian saya tidak mungkin akan tercapai.
Saya memilihnya bukan kerana mahukan populariti, tapi saya hanya mahu memenuhi naluri diri buat masa ini.
Saya begitu meminati seni, terutamanya seni rekaan. reka-mereka ni memang minat saya.
Tapi tak termasuk mereka cerita yang boleh melaga-laga orang ya... Itu tolak tepi jauh-jauh sampai jatuh gaung.


Saya suka tulis puisi. Sebab tu saya digelar minah jiwang. Errr...
Kisah pula saya dengan gelaran tu.
Saya hanya ingin melakukan apa yang saya suka buat.
Saya harap suatu hari nanti, hobi ini akan menjadi kerjaya buat saya. AMIN...

Minat saya terhadap seni rekaan pakaian juga membuatkan hatiku melonjak-lonjak untuk membuka satu butik yang mempamerkan dan menjual pakaian rekaan sendiri. Berangan lagiiii...


Hobi dan minat saya memang jauh terpesong dari bidang yang saya belajar sekarang.
Tapi nak buat camno lagi. Hehehe...
Saya redha dengan segala ketentuan Ilahi. Insha'Allah saya tak menyesal menceburi bidang civil engineering ni. Saya akan guna segala ilmu yang dipelajari dengan sebaik-baiknya.




mungkinkah impian saya akan tercapai ??? 
Insya'Allah... Saya nyakin dengan keajaiban Ilahi.
(Tanya sendiri, jawab sendiri.)


 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_