Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

14 February 2011

Nak berjaya Tak perlu berebut

Hari ini hari motivasikan diri. Uh, tak sepatutnya hari ni je. Kena hari-hari motivasikan diri untuk jadikan diri lebih unggul bukan tunggul.

Tetiba teringat kat sorang blogger ni masa tengok ulangan bual bicara mata ke hati oleh Prof. Dr. Muhaya.
Blogger lelaki ke perempuan??? teeetttt.... Blogger lelaki la... Uit, jangan salah sangka. Itu tak bermaksud saya de skandal dengan blogger tu. Jangan buat pasal, blogger tu dah kawen wokey. Lagipun saya dah anggap blogger ni cam pakcik saya sendiri. *statement perasan muda di situ*

Dah tau siapa blogger tu??? Konpem U all dah tau ni. Jangan nak buat buat tak tau pulak. Ni hah, Pakcik Ben Ashaari. *kecilkan tulisan pakcik tu, takot tuannya marah panggil pakcik.hohoo*

Statement Prof. pasal tak perlu nak berebut untuk berjaya membuatkan saya teringat kat dia. Betol la kata Prof. tu. Tak perlu nak bersaing siapa lagi hebat and berebut untuk mendapatkan sesuatu kejayaan tu. Sikap tu akan buatkan diri dipenuhi perasaan hasad dengki. Mulalah segala macam kritikan berbaur fitnah dihamburkan pada orang lain. Tak baik tau. Buat apa nak risau. Allah tu kan Maha Pemurah. Kita akan dapat apa yang kita mahu selagi kita nyakin. Lebih baik kita berkongsi menikmati kejayaan tu sebagaimana kita berkongsi bernafas di ruangan oksigen yang sama, berkongsi merasa sinaran matahari yang sama, dan berkongsi tinggal di bumi yang sama. Erti kata lain yang mudah, gunakan prinsip win-win situation untuk berjaya. Sama-sama menang.

Pakcik Ben Ashaari telah lama mengamalkan prinsip ni. Selalu buat segmen-segmen menarik untuk memperkenalkan bloggers lain. Tu pasal la dia berjaya dalam dunia blog ni. Kejayaan dan kekayaan akan datang jika kita ada rasa kasih sayang. Pakcik Ben Ashaari de rasa kasih sayang tu. Dia rajin kongsi tips dengan bloggers lain. Tak de pulak dia nak rebut semua sorang.


Pakcik Ben Ashaari salah satu rujukan saya dalam dunia blog.
Syyyyhhhhh....
Jangan bagi tau Pakcik Ben Ashaari pasal hal ni.
Biar jadi rahsia kita.




8 comments :

  1. buku banyak belakang tu, yang mahal tu,. LALALALA~ pljar cemerlang. ups !

    ReplyDelete
  2. hmm betul tu! yang penting kita lakukan aje yang terbaik yang kita mampu.. tak perlu berebut tunjuk handal.. Allah itu Maha Adil kan.. kita usaha dan tawakkal padanya.. :)

    ReplyDelete
  3. Jenuh nak carik tempat komen yang.. pusing2 ler jugak.. berjayaaaa!!!

    untuk berjaya, perlu ada iltizam untuk mencapai matlamat.. Sebagai seorang pelajar yang berwawasan...........(buat karangan 500p.p)

    ReplyDelete
  4. ben mmg baik ati, satu jer blogger kat malaysia yang cmtu rasenyer;p hehe

    entry die takdela ltop sgt, just biase2 jer tp tu masing2 punyer care la kan:)) hehe

    ReplyDelete
  5. bro ben mmg best...

    tp ada satu benda kene rebut..iaitu dgn heliza..hahaha


    naz tu org gila..jgn layan dia

    ReplyDelete
  6. bro ben berjasa dlm menaikkan smgt dlm berblog khususnya utk blogger baru...seriously..hahaha

    ReplyDelete
  7. ya ya.. rite rite...
    kene berusaha nak dpt kn sesuatu..
    tapi gune care y elok la..
    ye dak..

    ReplyDelete
  8. Salam kenal dik...

    Btol tu...Bro Ben ni idola akak jgk...hehehe

    P/S : Bro Ben dah ada anak ker? Hmm..Hr tu ada citer dia g low yat ngan wife dia tp xde mention psl anak dier pun...Hmmmm..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_