Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

16 March 2011

Kenalpasti masalah : Mengapa naik jerawat


Jerawat jerawat jerawat.... Ada sahaja orang akan cari pasal jerawat. 
Hari ni ada orang cari pasal punca masalah jerawat ni timbul. 

Alang alang dah orang cari pasal mengapa naik jerawat, saya jadi baik hati nak kongsi info ni. hehehe... masuk lif tekan sendiri melambung ke tingkat paling atas.... >.<


Antara punca jerawat adalah :

  • Ketidakseimbangan hormon. Masalah hormon tak seimbang ni memang selalu terjadi. Masalah ini boleh dilihat pada perempuan yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Jerawat selalu akan naik sebelum, semasa, atau selepas haid. Jika mahu atasi masalah ni boleh cuba VCO.
  • Diet pemakanan. Pengambilan makanan berlemak, bergula, dan berminyak yang berlebihan boleh menyebabkan jerawat naik. Makanan seperti chocolate dapat membantu kita mengurangkan stress, tetapi akan menyebabkan jerawat jika makan berlebihan. Digalakkan banyakkan makan makanan organik seperti sayuran dan buah-buahan.
  • Biologi berevolusi. Perubahan usia juga menyumbang kepada masalah jerawat ini. #sabarjela
  • Kekurangan vitamin. Kulit muka juga memerlukan vitamin. Digalakkan mencari vitamin yang sesuai untuk kesihatan kulit muka. Makan supplement lebih efektif berbanding menggunakan barang komestik.
  • Stress. Mereka yang stress ini selalunya akan naik jerawat pada bahagian dahi.
  • Sembelit. Bila sembelit, banyak pulak toksik terkumpul dalam badan dan jerawat pun naik dengan sihatnya. Minum soya boleh kurangkan masalah sembelit ni. hehehe
  • Terlalu banyak minum minuman bergas dan berkafien. Kedua-dua jenis minumam ni tidak elok pada kesihatan. Lebih baik jika dikurangkan penggunaannya. Badan sihat, kulit pun cantik. Echeh, gaya macam kulit sendiri tu chantek. Wokey, sedar diri.... T__T
  • Kurang minum air. Minum air secukupnya untuk kulit sihat, tapi kurangkan minum minuman bergula. Tak sehat!!!
  • Berjaga malam. Kulit muka juga memerlukan rehat, kerana masa tidurlah sel sel pada kulit muka akan diperbaharui. Saya pernah terbaca dalam majalah yang mengatakan masa paling sesuai untuk sel kulit diperbaharui adalah di antara pukul 12 malam hingga pukul 2 pagi. 
  • Tersalah pilih barang kosmetik. Barang kosmetik juga boleh jadi punca masalah jerawat di muka. Sesetengah bahan dalam barang kosmetik tersebut boleh menyebabkan pori pori di muka tersumbat. Perlu baca bahan-bahannya dulu sebelum membeli. Jika kamu mengalami masalah jerawat, digalakkan memilih barang kosmetik yang berasaskan air.

Apa pun masalah perlu dikenalpasti puncanya terlebih dahulu sebelum mencari jalan penyelesaiannya.


Info punca masalah jerawat ni diperolehi dari SINI, SINI,

14 comments :

  1. saya ada masalah hormon. benci. -_-

    ReplyDelete
  2. ahh jerawat, sampai malas nak layan jerawat2 ni,hehe

    ReplyDelete
  3. setakat ni kulit i ok je lgi...hahaha...

    juz guna loreal for men oil control je..(tul xtaw,xingatla)

    ReplyDelete
  4. jerawat!! wooo xsuka bile jerawat yg tinggalkan paruttt

    Meh singgah: Time2 mcm nie br nak wat keje!!

    sini jugak: Lelaki ke Perempuan nie??!

    ReplyDelete
  5. kak hanim. saya tak tahu kategori mane. mcm2 produk, tidur cukup, itu dan ini dah try.same je.
    hormon koot.

    ReplyDelete
  6. hurm... saya lak memang ada resdung. so resdung tu rasanya punca naik jerawat. leceh gak kadang2 pakai jerawat, kalo terlupa nak buang mekap , kan da naya.

    ReplyDelete
  7. jerawat oh jerawat.jerawat dan muka kadang-kadang tak dapat dipisahkan..huhu

    ReplyDelete
  8. pning dgn masalah jrwt ni..dah tataw na wt cmna lg..da p jmp pkr kulit..bil pn rm260..takan na jmp slalu kowt..bole botak pala i..plz help me..sapa2 yg taw cmna na ilangkn tros

    ReplyDelete
  9. minyak kelapa dara sesuai untuk menghilangkan jerawat.... sila lawat blog http://qaizashop.blogspot.com/search/label/Kesihatan

    ReplyDelete
  10. It's a pity you don't have a donate button! I'd definitely donate to this fantastic blog! I suppose for now i'll settle for book-marking and adding your RSS
    feed to my Google account. I look forward to fresh
    updates and will share this website with my Facebook group.

    Talk soon!

    my website :: book of ra tricks cheats

    ReplyDelete
  11. kulit mengelupas dan jerawat . Tatau nak wat pe

    ReplyDelete
  12. Assalam. Saya boleh cuba bantu utk yg ada masalah jerawat, jeragat, atau penyakit2 lain etc in shaa Allah. Saya akan berikan konsultasi eksklusif dan cadangkan supplement mengikut keperluan. Jemput ke blog saya http://bynuramirah.blogspot.com/ ;)

    ReplyDelete
  13. as salam..
    argh.. akak ada masalah jerawat yang naik setiap kali period walaupun takde masalah mengenai period cycle. anyway gud info mengenai soya yang boleh kurangkan masalah sembelit, apatah lagi jika soya non-gmo macam ESP. TQ ....
    http://azlinahamdanstory.blogspot.com

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_