Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

07 January 2012

Fashion Show at Quality Hotel Kuala Lumpur


Julung-julung kalinya saya dapat menyertai fashion show di Quality Hotel Kuala Lumpur. Bukan calang-calang orang ada di situ. Semuanya hebat-hebat belaka. Artis juga ada.

Artis-artis yang dijemput juga ada membuat persembahan menghiburkan mereka yang hadir.


Haiza Dangdut (Saya panggil Haiza Dangdut sebab dia nyanyi lagu dangdut.Hee)
Walaupun usianya meningkat, suaranya tetap maintain seperti dahulu.


Farina AF8
Walaupun Farina masih baru dalam industri muzik, tapi persembahannya boleh dikagumi.


Nampak baju orange tu tak ? Hee.
Itulah baju yang saya persembahkan untuk Fashion Show di Quality Hotel Kuala Lumpur.
Untuk gambar sepenuhnya sila scroll ke bawah. Hyep! Jangan malas-malas nak scroll ;-p
Photographer : NazimNasri


Cuba anda bayangkan saya seorang Jurutera tukar profession ke Pereka Fesyen. Dari  kerja yang selalu merekabentuk sebuah bangunan tiba-tiba tukar kepada rekaan fesyen. Ok, tak kelakar... 

Saya tahu saya ada bakat terpendam dalam fashion designing ni (konon) tapi itu tak bermakna saya akan tinggalkan bidang kejuruteraan. 
Hehehe... Cukup sampai di sini cerita rekaan saya. Tak sanggup kot saya prank pembaca saya seperti yang dilakukan oleh adik ini.


Sebenarnya bukan Fashion Show sangat pun. Saja nak berangan sekejap. Mana tau kan bakal jadi kenyataan angan-angan tu. HEE


Fashion Show yang saya katakan itu hanyalah Birthday Party seorang jejaka kacak kenalan saya.


Nak kenal dia boleh terus ke twitter dia. klik => SINI
Nak kenal saya pun boleh terus ke twitter saya. *wink2*


Baju oren putih itulah yang saya reka khas untuk menghadiri Birthday Party Mistahery. Kelas gitu siap reka khas. Sebenarnya susah nak jumpa baju ikut tema. So lagi puas hati beli kain dan reka fesyen sendiri. >_<
Lepas majlis terus basuh dan bungkus masuk dalam plastik. Disebabkan terlalu eksklusif sayang nak pakai lagi. <= TIPU!


The best part adalah saya menang Best Dress Female. Tak disangka-sangka saya boleh menang. Eh, tak disangka ke dah menyangka ?

 Nebes saya nak berjalan ke depan ambil hadiah. Sangat nebes. Serius! -_-


 
Hadiah dalam beg itu terlalu banyak sampai saya boleh agihkan pada mama dan adik-adik.



Paling best sebenarnya, saya ditemani oleh dua orang bodyguard untuk ke Birthday Party Mistahery tu.
Terima kasih adik-adik sebab sudi jadi bodyguard akak. Muhehe....

Dari kiri : NurAizuddin, Saya, dan Nazim Nasri


Harap suatu masa nanti saya akan dapat buka butik saya sendiri dan miliki pakaian jenama sendiri. Hee... Bajet diri pemes sangat sampai ada yang nak beli jika jenama sendiri cam Heliza tu.


Bicara Hati gadis : Apa jua bidang yang ingin diceburi mestilah diiringi dengan usaha dan juga minat. Insya'Allah, akan berjaya.



7 comments :

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_