Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

12 June 2018

GAMELAN


Nama Gamelan berasal dari bahasa Jawa yang bermaksud ditabuh atau dipukul.

Bukan kerana saya anak cucu keturunan jawa saya layankan gamelan.

Pada mulanya saya pilih gamelan kerana saya mahu pilih subjek kokurikulum yang melibatkan alat muzik. Nak uji bakat terpendam la kononnyaaa ...

Sebenarnya...kalau pilih yang melibatkan seni suara macam koir memang mahu gagal saya dibuat. Suara tinggi saya mahu pecah semua tiang konkrit. Hahaha ...

5 jenis instrument gamelan yang saya belajar :

1. Saron
Saron memiliki bilahan yang disusun di atas bingkai kayu dan biasanya terdiri dari enam bilah dan ada juga yang terdiri dari tujuh bilah.  Fungsi dari ketiga alat ini adalah sebagai resonator.
Cara menggunakan Instrumen ini adalah dengan cara dipukul dengan menggunakan pemukul yang diperbuat dari kayu.  Bila dilihat dari ukuran dan fungsinya, instrumen ini mempunyai tiga jenis aitu demung (alat yang paling besar), saron (berukuran sedang) dan, peking (memiliki ukuran paling kecil).

i) Saron Demong
Saron demong berperanan sebagai alat membawa melodi pokok dan melodi cincang sebagai bunga-bunga lagu dalam persembahan dan mempunyai oktaf yang terendah dalam keluarga saron.
ii) Saron Penerus
Pada fizikalnya, bilah-bilah bagi alat saron barung berukuran lebih kecil daripada saron demo dan mampu menghasilkan suara yang lebih nyaring daripada saron demong.
iii) Saron Pekin
Teknik  perdan yang diamalkan dalam konteks pemakaiannya dan ianya mempunyai oktaf tertinggi dalam keluarga saron serta mampu menghasilkan suara lantang dan nyaring.

2. Gong dan Kempul
Gong adalah sejenis alat muzik idofon berasal dari asia timur selatan.Gong berperanan sebagai tulang belakang dalam persembahan muzik gamelan.Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu.
Kegunaan alat ini adalah untuk memberikan tanda awal dan juga akhir sehingga memberikan keseimbangan pada lirik lagu yang panjang.

Kempul juga berbentuk seperti Gong tapi kecil sedikit.  Kempul berfungsi sebagai penanda aksen yang penting dalam kalimat lagu. Ketika melantunkan lagu, kempul dimainkan dengan nada yang sama seperti nada balungan, walaupun kempul boleh juga mendahului nada balungan.

3. Bonang
Bonang terdiri dari dua jenis iaitu bonang barung dan bonang panerus. Perbezaannya kedua jenis bonang ini adalah ukuran dan juga cara menggunakannya.
Bonang barung ukurannya lebih besar daripada bonang penerus dan beroktaf tengah sampai ke oktaf yang tinggi, bonang barung ini  merupakan instrumen pemuka dalam ansambel.  Dan untuk Bonang panerus ukurannya lebih kecil namun mempunyai oktaf yang tinggi, irama yang dihasilkan oleh bonang panerus dua kali lebih cepat dibandingkan bonang. 
Bonang merupakan alat terpenting dalam mempelbagaikan melodi dan juga berfungsi sebagai permulaan lagu khususnya sebagai penghias lagu.

4. Kethuk dan Kenong
Kenong adalah sejenis alat idiofon yang ditemui di selatan Asia Timur. Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyi yang dihasilkan oleh gong. Dari segi bentuk kenong hampir sama dengan alat musik gong, tapi tidak sama seperti gong yang digantung. Kenong disusun secara horizontal yang diletak di atas tali yang terbentang pada bingkai kayu.
Kethuk pulak bentuk dan fungsinya sama seperti kenong, tapi yang membezakannyaadalah iramanya ketika dimainkan.

5. Gambang
Gambang juga sama seperti saron. Ia terdiri daripada bilahan-bilahan, tapi bilahan tersebut berasal dari dari kayu yang dibingkai.  Bilahan yang ada pada gambang terdiri dari 17-20 bilah.
Gambang biasanya dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Pemain tersebut memerlukan 2 bilah pengetuk yang diperbuat daripada tanduk kerbau.

Jangan ditanya saya yang mana. Memang awak semua takkan dapat cari saya.

Sebabnya?

Sayalah yang ambil gambar. Masa ni malu teramatlah sangat nak selfie welfie bagai.

Nak ambil gambar pun sorok sorok macam penyiasat.

Ah... Rindunya nak main bonang.

Teringat pulak saat pertama ketuk bonang. Keras macam kayu je hah. Lama-lama baru pandai lengguk badan seiring muzik. Barulah sedap bunyi bonang tu hah. Hehehe ...



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_