Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

10 November 2010

Percubaan yang membuahkan hasil




nyum nyum nyum ... Sedapnya minum susu panas bersama Chocolate Chip Cookies sambil duduk borak dengan family di depan tv . Selalu sahaja terbayang menikmati Chocolate Chip Cookies buatan sendiri . But today its become reality . Yipee...


Empat kali mencuba untuk mencari resepi yang paling best . 


Pertama kali cuba keras . Baling ke dinding pun tak pecah . Ini gara gara malas nak blend gula before mix ngan marjerin . Padan muka . Tong sampah tu yang kenyang . 


Kali kedua , menjadi . Kembang elok . Crunchy . Chantek . Tapi rasa cam agak agak pahit sedikit . Mama kata manis jugak . Modify lagi resepi . Nak try campur shortening dalam bancuhan biskut . Nak biskut yang crunchy but still ada rasa kelembutannya . 


Kali ketiga percubaan .....merajuk pulak , tak mau kembang  . Bantut . But its taste still nice . Lembut .. Cuma crunchy tu yang kurang , and rasa pahit tu masih ada . Fikir punya fikir ... Taraaaa... Jumpa dah puncanya . Serbuk koko tu punca timbul rasa pahit... Tukar serbuk koko lain and modify lagi ... Tak putus asa ...


Kali empat percubaan .... Yipeee...! Berjaya ... and hasilnya ....

 sangat mengancam .....
Crunchy and ada rasa kelembutannya

Nak jugak ?



Ambil resepi ni >>>>




Bahan :
1. 2 1/2 cawan tepung gandum
2. 1 sudu kecil soda bikarbonat
3 . sedikit garam (hujung sudu sahaja)
4. 1 1/2 cawan marjerin
5. 1/2 sudu kecil lemak sayur (shortening)
6. 4 sudu besar gula halus (gula yang di blend)
7. 2 sudu kecil serbuk koko
8. 1 sudu kecil vanilla
9. 2 biji telur
10. 2 sudu besar potongan almond (ikut suka)
11. 1 cawan coklat chip (ikut suka)


Cara :
1. Ayak tepung , soda bikarbonat and sedikit garam .
2. Pukul marjerin dan gula halus sehingga berkrim .
3. Masukkan telur dan vanilla . Pukul sekejap .
4. Tambahkan shortening . Pukul lagi sekejap .
5. Masukkan serbuk koko dan tepung gandum sedikit demi sedikit . Pukul  sehingga sebati . Bancuhannya seperti bancuhan kuih jemput jemput .
6. Panaskan oven 170 oC selama 10 minit .
7. Bulatkan adunan dan letakkan chip coklat .
8. Bakar selama 20 hingga 25 minit . 22 minit pun sudah memadai . 






SELAMAT MENCUBA !!!!







08 November 2010

Lakaran Gambar



Andai diri ini pandai melukis akan kulakarkan wajahku dan abadikannya di dalam kamar .
Ahaks ~
Drama aje lebih .
Sebenarnya cuma nak tunjuk gambar kat bawah ni .
LAYAN >>>>










Inilah jadinya bila dah terlalu bosan . Application kat facebook pun layan aje .
Sebulan menganggur dah rasa macam setahun . Bila encik dari Kiso Jiban nak call saya ni , saya menanti panggilan interview dari pihak kamu . Saya dah kebosanan sesangat . Arggghhhh ... Rasa nak melalak di pusat karoke ~ Ops ... teeheehe...






1 2 3



Sejak kecik dengar orang tua tua duk bilang siji loro telu papat ....
Masa tadika mula kenal satu dua tiga empat .....
Bila masuk darjah satu bunyinya dah jadi one two three four ....
Masa kat universiti belajar pulak ichi ni san yon ....


Apa pun bahasa yang kita belajar semuanya adalah benda yang sama , tetap 1 2 3 4 .....
Adalah sangat beruntung bagi mereka yang belajar banyak bahasa .
Sebenarnya saya nak kongsi ilmu bahasa jepun untuk kiraan 1 2 3 4 .... Jom belajar ...




1
いち
ichi

2
に
ni

 3
 さん
san
 
 4
よん
yon

5
こ
go

6
ろく
roku
 
7
なな
nana

8
はち
hachi

 9
kyu

 10
jyu




Tetiba tang no 9 and 10 dah tak ada tulisan jepun . dah tak ingat camne nak eja . Shitsurei ....
kene study balik . teeheehe.... sesiapa yang tahu boleh lah bagi ... ^_^






 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_