Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

03 December 2010

7 hari seminggu



Melalui hari hari yang sama di rumah. Mencari mencari dan terus mencari. Takkan putus asa sehingga jumpa. Cari apa erk? Calon suami ke? No No No.... Calon suami tolak ke tepi kotak fikiran dulu. Kerja menjadi keutamaan. 

Dunia sekarang serba canggih. Semua hanya dihujung jari. Tapi sampai sekarang masih tanam anggur di Farmville. 
Sudah dua kali company call kata nak panggil interview. Suruh check email untuk tau tarikhnya. Tapi sampai sekarang masih senyap tanpa berita. Hati bagai dirobek robek. Cheh, poyos sahaja. Lupakan seketika tentang itu. Mari kita tambah kosa kata Bahasa Jepun.



Getsu youbi
Isnin
Monday

Kayoubi
Selasa
Tuesday

Suiyoubi
Rabu
Wednesday

Moku youbi
Khamis
Thursday

Kinyoubi
Jumaat
Friday

Doyoubi
Sabtu
Saturday

Nichiyoubi
Ahad
Sunday





p/s : Sesiapa yang tahu mana mana kekosongan kerja sebagai Engineer (civil) sila sila bagi tau erk.... Thanx !






02 December 2010

BILA SI DIA BERTANYA ..



Sekali lagi join segmen yang dianjurkan oleh Ben Ashaari yang tercalon dalam Blog Pilihan Malaysia 2010 kategori Blog Personal Suami Pilihan. Diasaskan oleh Azman Roslan. Klik disini [BPM 2010] untuk mengundi.

Apa yang menarik saya untuk join segmen ini ? Dah tentulah bukan magnet, tapi soalan soalan yang diajukan pada segmen ini. Memang sangat menarik.  Tak percaya? Check out this !



Pada pendapat anda , apakah yang perlu ada dalam sesebuah blog ?
 Apa lagi perlu ada dalam sesebuah belog, mestilah entri yang menarik tertarik lagi da bomb.


Bagaimanakah anda mempromosikan blog anda ?
Saya aktif dengan facebook and twitter. So saya gunakan peluang itu untuk promosikan belog saya.


Blog bagaimanakah yang anda tidak suka masuk ? dan kenapa ?
Saya tak suka masuk belog yang terlalu serabutkan kepala otak. Belog yang penuh dengan aksesori sampaikan nak loading pun macam siput. Boleh jadi serik nak singgah lagi. Saya juga tak suka masuk belog yang suka kutuk kutuk orang dengan ayat ayat yang kurang sopan. Macam dia  da best. Tak suka juga masuk belog yang selalu cerita benda sama. Hari hari pasal cinta. Hari hari pasal diri dia. Bosan bosan. Eh, banyak pulak tak suka.Hehehe....



Jika anda masuk ke sesebuah blog , bahagian manakah yang akan menarik perhatian anda ?
Kat bahagian post yang memaparkan tajuk yang menarik. Tajuk and ayat permulaan tu yang penting untuk menarik pembaca.



Apakah kata kata semangat yang boleh anda berikan buat blogger yang mana semangat mereka telah jatuh akibat dikritik hebat oleh pembaca ?
Kita tak perlu rasa rendah diri terhadap kritikan yang orang bagi. Jangan cepat melenting. Jadikan ia sebagai satu cabaran untuk jadi lebih baik. Jangan cepat putus asa, kerna itu lah kegagalan sebenarnya.



Blog bagaimanakah menjadi pilihan anda ..
Paling suka belog yang ringkas tetapi menarik. Paling penting tiada shortform pada post belog tersebut. 
 
 
 
 


01 December 2010

Yeah IC baru !



Sangat seronok melihat IC baru. Terasa nak melompat lompat seperti kanak kanak dapat gula gula. Excited punya pasal, Facebook jadi mangsa. Gambar IC baru terus upload di Facebook.



Lepas ni perlu jaga IC dengan baik. Tak boleh hilang. Nanti kena kompaun RM100 plus ganti IC  baru RM10. Tak boleh rosak lagi. Nanti nak kena bayar RM10 untuk ganti IC baru.



**********************************************************************************



Tips penjagaan IC :
  1. Elakkan IC daripada terdedah kepada suhu yang terlampau tinggi.
  2.  Elakkan daripada aktiviti yang boleh merosakkan cip.
  3. Elakkan IC daripada terdedah kepada air, bahan kimia, dan asid yang boleh menjejaskan ketahanan IC.
  4. Elakkan daripada merosakkan permukaan IC.
  5. Elakkan daripada risiko yang boleh mengakibatkan IC bengkok.

Klik [JPN Malaysia] untuk mengetahuinya lebih lanjut. Status permohonan IC juga boleh disemak di situ. Segalanya dipermudahkan untuk anda. Hanya perlu rajinkan jari jemari anda. *wink2*




**********************************************************************************


IC lama dah sangat uzur. Memang patut ganti IC dari tahun lepas lagi. Tapi asyik tangguh sahaja *konon konon nak tunggu wajah jadi cantik* hinggalah IC tu melarikan diri dari tuannya. Hilang salah tuan salahkan IC. Isk Isk Isk. Geleng gelengkan kepala.

Memang suka IC baru dengan wajah baru saya. Hik Hik Hik....




Tak ada lagi rasa malu untuk tunjukkan IC pada polis. Tak bermakna saya mahu kena saman lagi. Cukuplah sekali seumur hidup kena saman sebab ekesiden. Kenangan itu masih terpahat kat my NAZA. Kesian dia. Ada kesan lipstick di situ gara gara cium bus. Nak tengok kesan lipstick tu? Klik [EKSIDEN]


Hati berbunga bunga dapat IC baru macam dilamun cinta. Opsss.... ^_^



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_