Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

07 December 2010

Keyword 'family cartoon' buat diri terperangkap



Haiya, setiap hari ada sahaja orang taip keyword 'family cartoon'. Tak tentu pasal keyword tu akan tersangkut kat belog saya ni. Rasa malu pun ada. Kenapa?? Pandang kiri kanan tengok line clear ke tak. Sebab keyword tu lah punca Cerita berbangkit >>> lelaki misteri  jadi post paling terhangit di pasaran.


 Semua family cartoon ni punya pasal......



Nak tau lebih lanjut pasal cerita tu, klik [sini]. Tak mo cerita panjang panjang lagi. Nak pergi kedai cari topeng kartun untuk tutup muka bila nak keluar...... ~ MALUUUU...... larikkk







Hadiah dari China


Bagaimana rupa negara China tu? Mereka kata negaranya besaq... Barang barangnya murah.... Hanya boleh terbayang dek akal sahaja tapi tak sampai kaki nak melangkah ke sana...


5hari my dad di sana, dari hari Rabu shinggalah Ahad. Buat apa...??? Berjalan jalan rehatkan badan bersama rakan rakan kerja. Seronok kan...???


Tapi tak apa... Even saya tak dapat melangkah ke China, saya dapat gak barang yang diterbang terus dari sana. Syiok abes... Memang tak sangka akan dapat hadiah tu....


Abah beli 2set. Nasib baik anak perempuannya ada 2 sahaja. Save budget.
Tetiba saya and adik [Fatin] bersuara pada mama. Kenapa beli emas? Tak minat sangatlah... Baik beli handbag ke kasut... Aiseh, apa punya perempuan dah... Orang lain berebut nak...... Hantuk kepala jap.... Alhamdulillah... Baru sedar nak ucap syukur...


Pertama kali memiliki set emas putih.... Wow !


Emas bertakhta permata and jed. Tulen punya ma.... Siap ada sijil lagi. Sijil apa pun tak pasti, yang pasti bukan sijil nikah. Agak buta dengan dunia emas emas ni.
Abah cerita ramai yang rambang mata nak pilih apabila melawat kilang proses emas tu. Dengar sahaja kilang emas. Hati berbunga bunga.... Seronoknya tengok emas di proses.... ^_^  ~  ZzzzZzzzzz *mau ke China*



06 December 2010

Contest Cerpen Sesedap Rasa



Join contest lagi? Contest apa pulak kali ini? Entah.... Muncungkan mulut sambil angkat bahu and  buat muka tak bersalah... Ini semua salah Cik Puan Arinah Sanat. Dia yang paksa join ini contest. Mula menyalahkan orang bila diri yang mudah tergoda. Tak baik tak baik, sambil geleng gelengkan kepala. Hehehe... Sori sori Cik Puan Arinah Sanat. Anyway thanx sebab teringat nak tag Hanim. *wink2*



Contest senang sahaja bagi seorang yang mempunyai daya pemikiran kreatif. Kreatif sangat ke saya ni? Nak tau... Baca sampai habis cerpen saya. Tajuknya Cinta dalam Hati. Lepas tu jangan lupa komen bagi pandangan. *_^



Cinta dalam Hati



Seperti biasa Ain Zulaikha akan duduk membaca novel di atas katil sebelum menutup jendela matanya.Tetiba pandangannya beralih ke arah handphone di sebelah. ' Kenapa sehari ini handphone tak berbunyi. Handphone aku masuk air ke sampai tak boleh bercakap', detik hatinya sambil membelek belek handphone.



Tet tet  tet tet.... Ain tersenyum lebar. Senyum yang tadi manis berubah menjadi masam setelah membaca pesanan ringkas dari Jejaka Misterinya. " Chet! Tak malu minta share dengan aku ", sambil menghempaskan handphone. " Tapi kalau aku tak share kredit tu dia tak de kredit nak mesej aku pulak. Esok nak jumpa. Terpaksa share jugaklah. " Melayang RM2. Duit kertas RM2 menari nari di hadapan Ain. ~ Zzzzzzz








Keesokkannya.....



Ain membawa Tijah (kucing) untuk temankannya berjumpa Jejaka Misteri. Pertama kali Ain pergi blind date. Excited plus takot membayangkan rupa jejaka itu. Pon pon ponnnn.... Kassim pon pon menekan hon keretanya sambil menjerit jerit apabila melihat seekor kucing melintas jalan. Ain tersentak, tapi Tijah buat muka innocent sahaja. Si Tijah ni pulak terlebih excited nak jumpa Jejaka Misteri Ain.

Tiba di restoran......
" Aisyeehhhhhhman ..... Mamat yang aku minat rupanya Jejaka Misteri aku selama ini. Tak jadi nak minta ganti topup. Encem sangat mamat ni.... " Bunga dalam taman hati Ain berkembang mekar. Sangat terharu..... Cinta dalam hati memang berbaloi baloi macam Celcom.....


~ END ~




Apa macam cerita saya...??? Best tak ? Tapi cerpen u all mesti lagi best and lebih kreatif dari saya. Jom join ramai ramai  sampai judges pusing kepala nak pilih pemenang... He He He...




Hadiahnya pun menarik. Untung untung dapat topup. Untuk maklumat lanjut klik [Ain Zulaikha] .




GANBATE !!!!








 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_