Bila sebut sahaja kerja sebagai Jurutera (Engineer) pastinya ada terkejut sampai nak terkeluar biji mata. Lebih-lebih lagi bila engineer itu perempuan. Pasai pa ??? Saya tahu saya nampak agak kecil untuk jawatan besar sebagai Jurutera ini. Hurmmm..
Bidang kejuruteraan ini sememangnya dipelopori oleh lelaki, tapi tak bermakna dimonopoli oleh mereka. Terdapat juga wanita yang menceburi bidang ini tapi tak ramai. Itu cerita dahulu kala. Sekarang dah berlambak Jurutera perempuan. (over tau kata berlambak)
Di syarikat saya pun ada dua orang Jurutera perempuan dan dua lagi Jurutera adalah lelaki. Tapi dua-dua Jurutera lelaki itu not available. Sila tutup rapat-rapat hasrat nak cari suami Jurutera.
Sebenarnya banyak cabaran terpaksa dihadapi oleh seorang Jurutera terutamanya Jurutera perempuan. Besar jawatan yang dipegang besar juga tanggungjawabnya. Mau ketaq lutut! Rasa bukan setakat lutut sahaja ketaq tapi seluruh badan. Huu
Saya masih baru dalam bidang kejuruteraan ini tapi sudah bermacam-macam cabaran terpaksa ditempuhi. Saya ibarat budak kecil baru belajar berjalan dan selalu sahaja terjatuh-jatuh. Semua itu takkan melemahkan semangat saya untuk terus menceburi bidang kejuruteraan ini. Insya'Allah....
Antara cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh seorang Jurutera :
1. Cabaran Komunikasi
Seorang Jurutera harus pandai berkomunikasi. Disebabkan bidang kejuruteraan ini didominasi oleh kaum lelaki, saya sebagai Jurutera perempuan tidak boleh malu-malu kucing atau cover cover ayu depan lelaki. Draftperson, Arkitek, Project Manager kebanyakannya lelaki. Pekerja buruh di tapak pembinaan pun semua lelaki. Seorang Jurutera perlu banyak berkomunikasi dengan mereka untuk kerja yang lebih lancar. Bagaimana mereka nak lakukan kerja jika Jurutera cakap pun macam ada emas dalam mulut ?
2. Cabaran Mental
Bekerja dalam tekanan adalah sangat sinonim dengan Jurutera. Saya pernah buat kerja sambil ditunggu oleh klien di belakang saya. Masa itu saya perlu buat sedikit perubahan pada structural design saya. Saya baru tahu perubahan yang klien mahu itu pada waktu pagi, tapi klien mahukan drawing yang lengkap pada tengaharinya. Memang terpaksalah saya delay waktu lunch saya. Dalam masa dua jam saya berusaha keras menyiapkan kerja tersebut. Lepas siap kerja tu terus terasa kejang urat-urat tangan. Mata pun merah gara-gara terlalu fokus pada komputer. Bukan mata sahaja, kepala pun turut merasai tekanannya. Kesan kesakitan seperti ini biasa dilalui oleh Jurutera baru. Lama-kelamaan pasti akan lebih bijak mengendali tekanan tersebut.
3. Cabaran Fizikal
Jurutera dan kegelapan wajah memang tak dapat dipisahkan. Saya masih ingat lagi kata-kata staf JKR pada budak-budak praktikal dulu (including me), "Jika tak mahu diri berjemur pada panas tak payah ambil bidang kejuruteraan". Kata-kata menusuk kalbu itu terkeluar apabila ada salah seorang antara kami memegang payung ketika melihat kerja-kerja pembinaan jalan raya dilakukan.
Bukan sahaja mental harus kuat jika mahu bekerja sebagai jurutera, fizikal juga. Lebih-lebih lagi bila bekerja di tapak pembinaan sebagai Jurutera Tapak (Site Engineer). Kadangkala sabtu ahad pun perlu bekerja. Fuh, masih terasa kepenatan bekerja sebagai Site Engineer ketika di Melaka dahulu. Tetibe rasa diri dah tua. Huu...
4. Cabaran Personaliti
Kenyakinan perlu ada dalam diri seorang Jurutera, dan kenyakinan itu harus diserlahkan ke wajah. Jurutera harus membuat keputusan yang melibatkan nyawa orang ramai. Jika diri sendiri tak dapat serlahkan kenyakinan itu bagaimana orang lain mahu nyakin dengan keputusan Jurutera ?
5. Cabaran Sosial
Jurutera perlu bijak bersosial. Bersosial tanpa melanggar batas-batas agama. Ingat itu ! Apabila melibatkan diri dalam bidang kejuruteraan ini terutamanya bidang pembinaan, kita akan terdedah kepada pelbagai jenis dan ragam manusia. Bukan semua beragama Islam. Boleh dikatakan hampir kesemua buruh binaan bukan Islam. Ditambah pulak dengan pemaju, kontraktor yang lebih dimonopoli oleh cina. Walaupun kita bekerja dengan mereka, tak bermakna kita harus ikut cara mereka.
6. Cabaran Masa
Seorang Jurutera harus banyak korban waktunya sendiri. Jurutera bekerja tanpa mengira waktu. Dah macam doktor je hah. Huu. Memang itu realitinya terpaksa diterima. Terpaksa berhempas pulas siang dan malam menyiapkan rekabentuk struktur bagi sesebuah bangunan. Ada juga yang terpaksa bergegas ke tapak pembinaan apabila menerima panggilan memberitahu ada masalah di tapak pembinaan. Saya pernah laluinya. Sedang elok saya bersantai beristirehat di rumah, tetiba ada bunyi deringan telefon. Ku ingatkan kekasih baru, rupanya masalah baru ! Tanpa berbedak di muka saya terus sarungkan pakaian dan bergegas ke tapak pembinaan. Masa itu saya rasa belajar kejuruteraan lagi mudah dari bekerja sebagai Jurutera.
Cabaran-cabaran yang saya senaraikan ini bukanlah untuk menakutkan bakal-bakal Jurutera, tapi hanya ingin mendedahkan kepada situasi sebenar supaya nanti tiada yang akan sakit jantung. HEE
Bicara Hati gadis : Saya seperti hanya fokus pada bidang kejuruteraan awam sahaja. Mana pergi mekanikal dan elektrik ? Hurm, tak reti nak buat huraian cabaran untuk bidang itu sebab saya bukan golongan mereka. Sorry.
Aimi A.Z juga ada berkongsi cabaran yang dia lalui sebagai seorang jurutera. Baca
SINI jika mahu tahu.
Sebelah saya adalah bakal Jurutera suatu hari nanti. Insya'Allah. Good Luck
MUNIRA !