Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

30 May 2022

Bone Broth untuk anak

Bone broth salah satu usaha kecil hanim untuk boost immune system anak anak.

Biasanya dimasak dalam air yang sedikit berasid selama beberapa jam untuk keluarkan lebih banyak nutrien daripada tulangnya. Bone broth dimasak secara slow cooker supaya nutrien tidak rosak.


Slow cooker
suhu rendah, iaitu dibawah 100°c berbanding pressure cooker suhunya mencecah 120°c.

Hanim suka masak bone broth menggunakan thermomix, suhunya konsisten. Boleh pilih 95°c atau 98°c untuk setting slow cooker. Jika nak dibandingkan masak bone broth atas dapur, guna thermomix memang effortless sangat. Tak perlu risau air kering atau hangit. Thermomix tolong kacau sepanjang proses memasak.
Tu yang sejak ada thermomix rajin buat chicken bone broth tu. Hehehe.

Bone broth mengandungi collagen, amino acids dan nutrien lain. Disebabkan ini, bone broth boleh berfungsi sebagai immune booster.

Bone broth boleh dibuat menggunakan tulang ayam, lembu, atau ikan. Tapi tulang ikan hanim tak pernah buat. Hehehe.

Ada apa dalam bone broth ?
Biasanya dalam bone broth wajiblah ada tulang dan air. Tapi air tersebut perlu ditambah sedikit unsur asid seperti cuka epal atau lemon.
Boleh tambah bawang holland, garlic, celery, carrot, mushroom untuk broth yang lebih wangi dan sedap rasanya.

Hanim suka tulang ayam dipanggang dalam oven 200°c 20 minit terlebih dahulu sebelum masak slow cooker. Bau lebih wangi dan sedap.

Paling simple hanim akan tambah bawang holland, dan celery. Kalau ada bahan lain seperti mushroom and garlic, tambah la jugak. Hehehe.

Kalau buat bone broth time anak tak sihat seperti demam, batuk, selsema, or hfmd, hanim akan tambah kunyit segar dalam bone broth. Jelas la hasil bone broth akan berwaran kuning nanti.
Kunyit ni secara semulajadinya bersifat anti inflammatory dan anti viral. Sangat bagus untuk boost immune system badan kita.


Tulang ayam termendap di permukaan bawah thermomix memudahkan proses pengasingan. Cuma ada serpihan tulang kecil kecik saje akan ada dipermukaan.

Tempoh masa masak bone broth adalah 4 jam paling minimum. Biasa hanim akan masak 7 jam (maksimum pada setting slow cooker thermomix 8 jam). Masak sampai terlerai saki baki daging pada tulang ayam. 

Setelah selesai masak, air akan ditapis dan diasingkan tulang serta isinya. 


Bone broth yang ditapis dibekukan untuk digunakan dalam masakan akan datang.


Isi dalam bone broth dikisar halus sebelum dikeringkan dalam oven. Ni hasil bone broth yang tidak dipanggang terlebih dahulu tulangnya. Warna kurang cantik. Bau pun tak wangi.

Hasilnya yang cukup kering akan mudah dipatahkan dan rangup. Part keringkan dalan oven pun ambil masa lama jika guna suhu rendah.

Setelah dikeringkan perlu dikisar halus sehalus debu bertebangan. Barulah helok nak tabur dalam masakkan.
Serbuk yang ni warna sedikit oren sebab terlebih lobak dalam chicken bone broth.


Masak ayam goreng kunyit pun hanim tabur chicken bone broth powder. Menambah nilai rasa dan nutrien dalam masakan.

Selain tu, chicken bone broth soup pun sedap makan dengan bihun, mee, atau instant mee. Tak perlu perasa tambahan  lain selain garam dan serbuk lada.

Selain chicken bone broth, beef bone broth pun sama hebat nutriennya. 

Beef bone broth biasanya hanim tak buat step roasted tulang tu. Campak je semua bahan dalam thermomix, dan set slow cooker. 
Selesai !

24 May 2022

Probiotic & Prebiotic

Prebiotic dan probiotic, kedua-duanya baik untuk usus kita. Tetapi keduanya membantu dalam cara yang berbeza.

Probiotic dan prebiotic berbeza tapi saling berkait. Usus kita perlukan probiotics dan bakteria baik dari probiotic perlukan prebiotics.
Prebiotic (makanan berserat tinggi) adalah sumber makanan untuk bakteria baik terus sihat dalam usus.
Ia menjadikan sistem pencernaan kita berfungsi dengan lebih baik. Usus sihat Insha'Allah badan pun sihat.

Hidup ni memang sentiasa saling memerlukan.


Apa itu probiotic ?

Probiotic mengandungi bakteria baik yang akan hidup di dalam usus kita dan baik untuk sistem penghadaman. Boleh dapatkannya melalui makanan yang ditapai, selain bentuk supplement.

Antara makanannya adalah,
Yogurt
Kefir
Sauerkraut
Tempeh
Kimchi
Miso
Kombucha
Acar
Sesetengah jenis keju

Walaupun kebanyakan jenis keju ditapai, ia tidak bermakna kesemuanya mengandungi probiotic. Itulah sebabnya penting untuk membaca label ingredients, pastikan ada perkataan "budaya hidup" atau "budaya aktif" pada label.
Penting tau baca label ingredients makanan.


Apa itu prebiotic ?

Prebiotic dapatkan dari buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh seperti: 
Apples, Artichokes, Asparagus, Bananas, Barley, Berries, Flaxseed, Garlic, Green vegetables, Leeks, Legumes (peas and beans), Oats, Onions, Tomatoes


Serbuk al manna yang juga dikenali sebagai arabic gum juga merupakan sumber prebiotic.

Anak hanim, hanifah (5y) tak suka makan sayur. Jadi agak susah dia nak dapatkan sumber prebiotic. Makanya gantilah dengan arabic gum bancuh dalam susu. Bagusnya serbuk al manna keluaran Ameer ni mudah larut. Anak tak perasan pun ada benda lain selain serbuk susu fernleaf full cream dalam air susu dia. Seronok hanim tengok Sumayyah minum. Hanifah pun suka.

Serbuk al manna keluaran Ameer boleh dapatkan di SINI

05 May 2022

Huru Hara Hari Raya 2022

Tiba tiba hari raya, semua insan huru hara. Insan tu termasuklah hanim. Ramai yang fikir raya 3 Mei 2022, tapi Allah bagi peluang beraya pada 2 Mei 2022.

Sambutan Aidilfitri pada keesokkannya 2 Mei 2022 diputuskan selepas anak bulan Syawal disahkan kelihatan di satu daripada 29 lokasi cerapan rasmi.

Kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah jua la sebaik baik perancang.

Hari ahad 1 Mei tu hanim sekeluarga keluar untuk beli sikit barang.

Waktu pengumuman raya tu hanim sekeluarga baru nak makan di kedai. Tetiba husband dapat panggilan dari adik bongsunya bagi tau esok raya. Tergamam seketika hanim dengar.
Baju Melayu husband tak jumpa lagi.
Tudung kids untuk hanifah pun tak cari lagi. 
Dodol mama request tak buat lagi.
Terfikir nak buat sejenis lagi biskut raya. Ah, sudah !

Lepas selesai cari tudung kids, hanim terus ajak husband balik. Baju Melayu husband tu hentam je la guna warna pink. Padahal plan nak pakai semua maroon merah. Nasib la labu.

Hanifah 5 tahun la paling happy esoknya nak raya. Humaira baru 3 tahun memang takde perasaan lagi pasal raya ni.


Sesampai di rumah, memang hanim terus on thermomix bancuh adunan biskut, sambil kemas rumah. Selesai thermomix mengadun biskut, hanim terus proceed buat dodol. Tapi haruslah cuci dulu bowl thernomix tu. Kang dodol rasa cheese la rasa oreo la rasa butter la. Naiyaaa.

Sementara thermomix masak dodol durian, hanim bakar biskut, sambil basuh baju, sambil pack baju dalam bag.

Dodol ni lagi lama kacau lagi likat. Tapi sebab nak cepat siap dan cepat kemas semua perkakas, makanya buat dodol express je la.  Hanim bagi thermomix kacau dodol sejam je. Boleh la dari takde kan. Hehehe.


Saat ni memang hanim syukur sangat buat keputusan beli thermomix masa bulan Ramadhan tahun lepas, 2021.
Memudahkan kerja, boleh masak sambil buat kerja lain.

Walaupun sedikit huru hara di malam raya, tapi pagi raya kami tetap meriah dapat berkumpul semua 6 orang adik beradik. Alhamdulillah. 
Memang kecoh rumah mama abah dengan kebisingan cucu cucu.

Menyusun stok berlori lori
Dalam gelap pun mengira sakan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah silap harap dimaafkan

Selamat Hari Raya dari kami 
(Hakam, Hanim, Hanifah, Humaira)


 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_