Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

17 August 2018

Tunang sebelum Nikah



Dahulu kala orang kita menghantar rombongan merisik dan meminang merangkap bertunang beberapa bulan atau minggu sebelum majlis pernikahan.
Tapi semenjak bertunang 'seminit' sebelum nikah dimulakan oleh seseorang mulalah berduyun nak ikut.

Apa tujuan kita bertunang sebenarnya, Sekadar ikut adat ?

Jika keluarga pihak perempuan dan pihak lelaki sudah rapat bagaikan saudara sendiri yang sering kunjung mengunjung, tak perlu buat rombongan rasmi bertunang pun tak pe.
"Kita nikahkan sahaja mereka mereka..." kata ibu ibu bapa bapa
Tapi jika ibu bapa tak pernah bersua muka dengan bakal menantu mereka dek kerana masing-masing tersipu malu bagai, eloklah pihak lelaki hantar rombongan meminang dahulu.
Kang terkejut pulak mak bapak pihak perempuan bila terdengar anaknya nak nikah bulan depan. Hee...
Bagi saya tempoh bertunang tu la ruang waktu untuk membuat persiapan nikah.
Lebih-lebih lagi sekarang ni makin rumit rasanya nak nikah. Macam macam prosedur kena ikut. Kerumitan tu jugak mengajar kita untuk bersabar sebagai persedian untuk menempuh alam rumahtangga nanti. Ewah.

Macam saya bertunang Julai 2016 dan bernikah December 2016.
Tempoh tu memang cukup2 je untuk buat segala persiapan dokumen dan barang barang untuk nikah.
 

Bertunang di Hari Raya. Sambil menyelam minum. Mujur tiada yang lemas. Hehehe.


16 August 2018

7 langkah utama perkahwinan


Pejam celik duduk bangun sekejap je usia perkahwinan saya sudah 2 tahun. Anak saya Siti Hanifah pun sudah 1 tahun. Lama dah saya draft post ni, tapi tak berkesempatan nak sambung ayat. Asyik tergendala je. Hari ni tetiba tersambung ayat tertunda pulak. Hehehe.


Antara 7 langkah utama untuk menuju ke hari pernikahan :

1. Cari calon suami/isteri

Paling utama dalam sebuah perkahwinan mestilah pasangan.
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Jika tiada pasangan, dengan siapa pula kita nak bercampur. Hee...
Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.
Ceritanya haruslah mencari calon-calon yang sesuai dahulu sebelum nak bernikah.
Tak jumpa lagi calon pasangan ? Boleh try p cari kat kenduri kawen.
Mana tau pengapit tu masih single ke. kahkahkah.



2. Merisik khabar dan bertunang

Kedua dua proses ni melibatkan keluarga sebelah lelaki dan perempuan. Masa saya takde proses merisik ni. Family dah kenal Sejak adik husband nikah dengan sepupu saya. Saya terus bertunang pada bulan Julai 2016. Family husband datang beraya sambil bertunang. Sambil menyelam minum air. Mujur baik tak tersedak. Hehehe.


3. Kursus Perkahwinan

Kursus perkahwinan perlu untuk kita tambah ilmu sebelum nikah.
Nak ambil kursus perkahwinan tak perlu tunggu ada calon pasangan. Saya ni dah terlambat sikit. Nak nikah baru duk kalut ambil kursus perkahwinan.


4. HIV test

Test ni kena ambil di klinik dan melibatkan sample darah. Saya buat jugak talasemia test.


5. Isi borang nikah

Isi borang untuk anak selangor mudah sikit. Tak perlu gigih nak menulis tangan. Isi borang online and print ja. Tak la tok kadi tu tau tulisan saya ni tak semegah. Hehehe.


6. Hantar borang nikah

Dah lepas settle borang nikah pijak perempuan dan lelaki, boleh hantar untuk urusan nikah. Yehuuu


7. Nikah

Orang kata lelaki nervous time nak lafaz nikah tu. Dapat pulak nama perempuan tu panjang dan susah sebut. Mak aih, berpeluh jantan la Si lelaki tu.
Mujur nama saya senang sebut walaupun panjang. Sekali lafaz je la husband saya.
Saya pulak tak dan nak nervous Sebab penat macam nak pengsan rasa masa pagi hari nak nikah tu. Tambah tidur tak cukup lagi duk urus hantaran sendiri. Huu.
Apapun Alhamdulillah dah selesai nikah pada 12 Disember 2016.


 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_