Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

25 June 2026

STOP marah, DELETE dendam

Pernah tak korang rasa penat sangat satu hari tu? Tapi bila fikir balik, korang bukannya buat kerja berat pun. ​Rupa-rupanya, yang penat tu bukan badan... tapi hati dan otak.

​Penat sebab apa ?

​Sebab dalam diam, kita tengah simpan satu 'file' besar yang sarat dengan rasa sakit hati, marah, dan dendam pada peristiwa lama. 
Kadang-kadang, tengah lipat kain atau drive kereta, tiba-tiba teringat balik ayat menyakitkan yang orang tu pernah cakap kat kita tiga tahun lepas. Automatik dada rasa ketat, kan? Hati mula la membebel sensorang.

​Tapi perasan tak... orang yang kita marahkan tu, entah-entah tengah sedap tidur atau tengah gelak tawa sambil makan sedap. 
Tapi kita kat sini?
​Masih terseksa, merana, dan membazir tenaga emosi kita untuk mereka.
​Rugi gila kan?


Marah tu macam pegang cawan air ...


Ada satu analogi mudah yang saya suka.

Bayangkan kita pegang segelas air. Kalau kita pegang seminit dua, tak rasa apa-apa. Ringan je. Tapi kalau kita kena pegang cawan tu tanpa henti selama sejam? Tangan mula rasa lenguh.
Kalau kena pegang seharian?
Boleh kebas tangan kita tauuu.

Masalah rasa marah tu ibarat cawan isi air. Masalahnya mungkin kecil dan dah lama berlalu, tapi cara kita 'memegang' dan 'menggenggam' marah tu lama-lama yang buat hidup kita sakit.

So, bila rasa marah tu datang, belajar untuk letakkan cawan tu ke tepi. Tarik nafas dalam-dalam, dan cakap kat diri sendiri: 
"Ah, biarlah... tak berbaloi aku nak semak kepala."


Senaman salah satu cara 'detox' emosi tanpa Kita sedar. Badan rasa penat, fikiran jadi lapang, dan tiba-tiba isu yang buat kita marah membuak-buak tadi rasa macam hilang camtu je.


Jom Clear Cache & 'Delete' Dendam

Kalau korang perasan, dendam ni macam malware dalam sistem smartphone kita.
Dia duduk diam-diam kat background app, tapi dalam diam dia makan space memori yang banyak, buat bateri cepat habis, dan akhirnya telefon kita jadi lag dan crash.

Bila kita berdendam, kita sebenarnya tengah bagi space percuma dalam kepala kita untuk orang yang kita benci tu duduk secara free-flow.

"Berdendam ni ibarat kita minum racun, tapi kita harap orang lain yang mati."

Cara nak delete dendam bukan bermaksud kita setuju dengan kejahatan atau kesilapan orang tu. Bukan juga maksudnya kita lemah. Tapi, kita pilih untuk 'Clear Cache' dan tekan butang 'Empty Trash' supaya 'sistem' hidup kita boleh berjalan dengan lebih ringan dan tenang.


Minum air kakao bantu stabilkan mood dan emosi. Kakao kaya dengan tryptophan, sejenis asid amino yang digunakan oleh badan untuk menghasilkan serotoni, iaitu 'hormon gembira' yang berfungsi menstabilkan emosi dan melawan rasa gelisah.


Memaafkan adalah 'Self-Love' Paling Tinggi

Geng, kita maafkan orang lain bukan sebab mereka layak dimaafkan. Tapi sebab kita layak untuk hidup dengan tenang.

Hidup kita ni terlalu singkat untuk dihabiskan dengan membenci dan mengumpul kedutan di muka sebab marah dan stress. 
Setiap minit yang kita bazirkan untuk marah, kita dah kerugian 60 saat kebahagiaan yang sepatutnya kita nikmati bersama orang-orang yang betul-betul sayangkan kita.

Jadi hari ni, jom kita buat screen time untuk hati sendiri. Lepaskan apa yang menyekat kebahagiaan korang selama ni. 
Cuba maafkan walaupun perlahan-lahan, mendoakan yang baik-baik dari jauh, dan terus melangkah ke depan. Korang deserve untuk bahagia dan tenang.

Stay safe dan ...
jom jaga peace of mind kita sama-sama 🤗

No comments :

Post a Comment

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_