Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

19 April 2011

Kehidupan seorang Jurutera perempuan


Sejak dari sekolah lagi saya teringin nak merasa title engineer tu. Dan sekarang saya sudah berjaya memilikinya. Alhamdulillah.

Secara automatik kehidupan saya terus berubah semenjak bergelar civil engineer untuk sebuah syarikat kontraktor ni. Pagi sebelum p kerja dah start koling jejaka-jejaka berkenaan dengan urusan pembinaan yang dijalankan. Hari hari berurusan dengan lelaki.

Pastu start enjin terus p opis. Baru sahaja kereta masuk tempat parking berbayar, bos dah call suruh p tempat lain. Uruskan hal projek. Haish, baru hulur RM2 pada yang jaga laluan masuk parking tu. Tak sempat mati enjin lagi dah kena pusing kereta keluar dari parking.

Sarapan dalam kereta sahajalah nampaknya. Nasib baik awal-awal dah sedia roti dalam kereta. Stok untuk dua tiga hari. Hee..

Lepas selesai urusan tu kena p tempat lain pula. Ambil pelan pembinaan la. Meeting la.
Urusan wajib setiap hari melawat tapak pembinaan. Pastikan semuanya berjalan lancar. Dalam erti kata lain masa menghitamkan diri. Ahaks... Hyper sangat tu kata hitam. Tidaklah hitam cuma bertambah 1 tone warna sahaja. Padahal lebih dari 1 tone warna. T_T

Bekerja sebagai civil engineer di syarikat kontraktor lebih banyak masa di luar berbanding dalam pejabat. Tak sempat nak sejukkan badan dalam aircond dah kena berjemur di tengah panas. Tak sempat nak siapkan kerja kat dalam pejabat dah kena pergi ke sana sini uruskan hal-hal pembinaan.
Terpaksalah bawa balik kerja ke rumah. Nasib badan lah...

Dah penat seharian ke hulu hilir, balik kena fikir nak kira kira semua. Memang tekan kalkulator pun boleh tertidur. Letih!

Pernah jugak saya tak sempat nak lunch. Perkara normal bagi seorang civil engineer. Hanya roti yang sempat dijamah dalam kereta masa memandu.

Sibuk-sibuk pun sempat lagi nak Tweet Tweet. Hoho...
Tweet sahaja yang sempat. Updated blog tak sempat sangat. Cuma hujung minggu sahaja boleh.
Tweet tak perlu nak on laptop dan tunggu internet loading. Tweet hanya guna Handphone sahaja. Dalam kereta sementara tunggu 60 seconds lampu merah pun sempat Tweet. Hee...


Sesiapa yang nak tau apa yang engineer perempuan ini buat, apa tugas dia sebagai engineer, follow la kat twitter. @gadishanim
Bajet artis. Macamlah ada orang nak tau. Erkkk


Berat badan saya sudah semakin susut. Tak tau berat dah jadi berapa.


Dah la badan makin Slim , kulit muka makin gelap pulak.
Makin lambat la saya kawen cenggini. Waaaa...

13 comments :

  1. akhirnya apa yang dicita-citakan tu tercapai kan? bese lah, keje professional, harus lah bertungkus lumus lebih ;)

    gud luck kakak! jaga kesihatan taw!

    ReplyDelete
  2. ape doa yang bukan2 kat last tu. huuu, wat takot orang nak jadi engineer je -.-

    ReplyDelete
  3. dolu2..mmg bkobar smngat nak jadi engineer!tapiiii,,sbb fzk pnya pasal,,teross buang angan2 tu..no more sains..hahha..skrg sains sosial pulaakk.. ;p

    ReplyDelete
  4. Tentu bangga dapat letak safety helmet putih didalam kereta :-)

    ReplyDelete
  5. nk wat praktikal boleh x??huhuhu

    ReplyDelete
  6. engineer gaji besoooo..leh blanje aku nnt Mama..hehe..Gdluck ye menempuh dugaan sbg CE.

    ReplyDelete
  7. hm..nak bg cadangan boleh?belilah food supplement, sekurangnya tenaga dan protein dapat juga walaupun makan tak terjaga..

    ReplyDelete
  8. gaji besar jdi pengorbanan pun besar jugak kan..hee^^

    ReplyDelete
  9. mabruk dik..do the best k..tmbh lgi seorg temn yg sama bidang dgnku....:-)

    ReplyDelete
  10. tpkse lah i langkah bendul mcm ni..#tetibe...:P

    ReplyDelete
  11. kerja kt site memg kurus.. berat dlu 60kg susut x smpai 1 bulan.. kena site besar... :( hihi apa2 pn best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... Suka tak berat dah menyusut ? Lelaki kebanyakkannya suka kerja site. Semoga sukses dalam bidang yang diceburi.

      Delete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_