Jumlah masa yang digunakan oleh perempuan di hadapan cermin adalah lebih banyak berbanding lelaki.
Setuju atau tidak ? (lelaki laju je la kata setuju tu.tau dah.-_-)
Walaupun ia bukanlah fakta yang dibuat berdasarkan analisis statistik atau apa sahaja, tapi itulah realiti. Realiti yang juga menunding jari ke diri sendiri. Hee.
Adakah cermin hanya berguna untuk perempuan bersolek? Sebenarnya cermin boleh jadi lebih dari fungsi itu. Cermin boleh jadi mata kedua perempuan untuk menilai samada diri telah bersiap sempurna dengan pakaian menutup aurat atau tidak.
' Akak buat apa lama-lama dalam bilik bersiap ? Mesti mekap. '
Cheh, pandai-pandai sahaja dia kata saya bersolek. Tak perlu nak bersolek la dah cukup molek. Hee. Ayat perasan di situ. Sila abaikan.
Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan oleh perempuan di hadapan cermin sebelum keluar :
1- Pakaian tidak terlalu singkat dan sendat, terutamanya baju. Sila angkat tangan tinggi-tinggi dan lihat baju kamu, adakah baju itu terangkat sehingga menampakkan bahagian pinggang. Jika ya, lebih baik tukar dengan baju lain supaya nampak lebih sopan. Perhatikan juga, adakah baju itu longgar atau terlalu ketat sehingga melekat di tubuh. Saya tahu ada yang miliki badan slim world. Tapi tak perlu kamu tunjukkan pada satu dunia, kerana ia perhiasan berharga yang harus kamu lindungi dari mata-mata jahat yang memerhati.
2- Pakaian tidak terlalu nipis sehingga menampakkan perhiasan yang berharga pada badan kamu. Perhiasan yang berharga tu maksudnya bahagian tubuh yang tak sepatutnya dilihat oleh lelaki yang bukan muhrim.
3- Pusing-pusing di hadapan cermin seperti model memperagakan pakaian, perhatikan tudung yang kamu pakai. Adakah tudung kamu cukup lebar dan labuh untuk menutup perhiasan hadapanmu ? Jangan tanya apa perhiasan hadapan bagi seorang perempuan. *tunduk malu*
Boleh la keluar dengan senang hati selepas ketiga-tiga perkara tersebut menepati tuntutan Islam.
Pakaian yang menutup aurat ibarat perisai yang melindungi diri seorang perempuan.
Sahabat di sekeliling kita juga mampu menjadi cermin untuk diri kita.
Pilih la cermin yang baik supaya dapat memberi gambaran yang baik juga untuk diri kita.
Bicara Hati gadis :Suka duduk rumah, sebab cermin besar sangat...... Semua pun boleh nampak. Hehehe.