Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

Contoh Surat Perletakkan Jawatan



Nak masuk kerja ada adab, nak berhenti kerja pun kenalah ada adabnya juga. Mesti mau hantar 'surat cinta' kepada bos dahulu sebelum berhenti. Hee.

Kenapa Surat Perletakkan Jawatan ini penting ? Surat Perletakkan Jawatan penting untuk simpanan majikan. Surat ini mungkin akan jadi rujukan untuk bakal majikan yang menghubungi majikan lama kamu.

Oleh itu, apa juga sebab kamu berhenti kerja, JANGAN membuat sebarang kenyataan negatif mengenai bekas majikan, syarikat, polisi syarikat, jabatan lain atau rakan sekerja dalam surat letak jawatan. Surat perletakkan Jawatan MESTILAH ditulis dengan gaya profesional dan membawa mesej yang positif. 


Memberi notis 1 atau 2 bulan adalah protokol biasa apabila hendak berhenti kerja. Bagi yang bekerja kontrak atau masih dalam tempoh percubaan, notis mungkin lebih pendek. Semak dengan  majikan berkenaan hal itu terlebih dahulu.


Surat letak jawatan yang baik sepatutnya mengandungi 3 komponen:
  1. Tarikh terakhir kerja/ tempoh notis
  2. Sebab mengapa berhenti
  3. Ringkasan (beberapa) aspek positif semasa bekerja dengan majikan sekarang 

credit to Ambang Kerjaya Impian


Sebelum ini saya bekerja sebagai Jurutera di sebuah syarikat kontraktor, tapi kini tidak lagi. Saya akan bagi contoh format Surat Perletakkan Jawatan yang pernah dibuat oleh saya. (maklumat dalam surat bukanlah maklumat asal. Banyak yang telah diubah)



Hanim Binti Mahali,
14, Jalan Kamcah, 
Kampung Solok Lada,
Umbai, 77300 Merlimau
Melaka.
                                                                                                                
Pn. Aimi Binti Adi,
Adi Sdn Bhd,
Lot 2, Plaza Niaga,
Jalan Hang Jebat
75300 Melaka.                                                                                     27 April 2011


Puan,

PERLETAKAN JAWATAN



Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya Hanim Binti Mahali bertugas sebagai Jurutera Awam ingin memaklumkan kepada pihak puan tentang perletakan jawatan saya pada 29 April 2011.

Untuk makluman pihak puan, tujuan perletakan jawatan ini adalah disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak puan dapat memberi kerjasama.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak puan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas.



Sekian terima kasih.




Yang benar,
……………………….
( HANIM MAHALI )
Jurutera Awam,
Adi Sdn Bhd.



Bicara Hati gadis:
Harap contoh surat perletakkan jawatan ini akan membantu mereka yang memerlukan.





    57 comments :

    1. terima kasih ya dik hanim..
      kamu mmg baik hati.. berkongsi dengan rakan2..

      kak ayu pun berhenti sbb berkahwin..
      so. kena tahu adab..takkan nak buruk2 syarikat kan..
      so........
      sebab berhenti kerana berpindah...

      ReplyDelete
    2. yup.. hidup kene beradab... =)

      ReplyDelete
    3. nice sharing
      boleh guna kalau perlu next time in the future

      ReplyDelete
    4. hahaha pehh kau ni mmg ar..
      terperinci je..
      mesti kau budak pandai kn..
      tu ar..nak resign pun kene
      baik2 kn..baru lahh gaji last tu up sikit..
      hahahahaha=)

      ReplyDelete
    5. thanks akak...
      tp tak keje lagi kot..
      hehe
      xD

      ReplyDelete
    6. T.kasih kak.. Mmg mmbantu sy yg mmerlukan contoh surat letak jawatan ni...huhu.. :)
      - Syam

      ReplyDelete
    7. Yess.... Akhirnya jumpa contoh surat benti yang betul dan professional.. Tq ya, share entry ni...

      ReplyDelete
    8. bagus..jawatan pon same...cume kes nk brenti lain,coz nk jage anak...:)..tQ ~

      ReplyDelete
    9. terima kasih.. mmg ngam la ngn sy yg nk brenti krja nie..hihi

      ReplyDelete
    10. terima kasih.. memang ngam la ngn sy yg nak brnti keje.. trus copy..hihi

      ReplyDelete
    11. tengs sis for info..sy mmg nk cari cth surat resign pon..sbb nk smbg blaja..tengs for the tips!! <3

      ReplyDelete
    12. trima kasih cik hanim bab sudi brkongsi ilmu. gud luck on whatever u do!! :)

      ReplyDelete
    13. tq kak hanim. hehe amik contoh wat surat ni...toche3. sy da fllw. follow sy jgk key~ :)

      ReplyDelete
    14. tq hanim....
      sy copy surat awk yerrr :)

      ReplyDelete
    15. mohon share n copy yea hanim..
      nice ayat 2...
      mmg ikut adab ketimuran betul...
      pada hal nk hantar notis berhti sahaja...
      hidup melayu...ayat ini mmg indah..
      terima kasih daun keladi,lain masa kita jumpa lagi..

      ReplyDelete
    16. terima kasih, sy ambil contoh surat awk ni sebagai rujukan saya...=)

      ReplyDelete
    17. terima kasihh hanim ..
      kalau hanim x tolong masyarakat yg x pandai wat surat berhenti kerja niy tak tau lahh ..
      hanim ada jiwa prihatin terhadap masyarakt .
      thankz coz dah tolong BOY .
      harap nnti boy leh belajar kat hanim ..
      hehee <3
      ASSALAMUALAIKUM ,

      ReplyDelete
    18. thankz hanim ..
      kalau ada 20juta orang macam hanim
      konfom MALAYSIA kita niy terbaikk ..
      thankz byk2 sebb berkongsi ilmu hanim tuh ..
      assalamualaikum , sweet girl <3

      ReplyDelete
    19. thanks yar kak...
      nk berhenti tp langsung x tau nk wat surat..
      thanks a lot :D

      ReplyDelete
    20. wink wink :) thanks alot. ARI punn nak berhenti kerja sebab nak masuk ipta kann. btw, memang interesting la pekerjaan akak . share la sikit kot kot ARI punn boleh jadi macam akak :)

      ReplyDelete
    21. thanks kak. mohon diambil utk dijadikan contoh ya.

      ReplyDelete
    22. Kerja kalau dah banyak diganggu dgn masalah sampai ke kehidupan baik berhenti saja.

      ReplyDelete
    23. Terima Kasih surat ini jadi rujukkan sy..

      ReplyDelete
    24. thanx akak,kebetulan memang nga cari panduan penulisan yg xberbunga2 n straight to the point!thanx ya! :)

      ReplyDelete
    25. Terbaik lah dik Hanim ni...mintak share ya...

      ReplyDelete
    26. Tq dik Hanim minta share..

      ReplyDelete
    27. Very energetic blog, I enjoyed that a lot. Will there be a
      part 2?

      my blog - buy cheap social bookmark service

      ReplyDelete
    28. terima kasih banyak membantu :) kalau nak tulis surat berhenti keja sbb masalah kesihatan mcm mn pula eh? boleh ke bgi surat berhenti keje serta merta?

      ReplyDelete
    29. timakasih...blh jadi rujukan sy..huhu sy nk berhenti sbb nk kawen..=)

      ReplyDelete
    30. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete
    31. Terima kasih. Memang akan tiru surat ni walaupun lambat lagi nak berhenti - 1.12.2013.

      ReplyDelete
    32. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete
    33. Terimah kasih...
      Terbaik bha..boleh jadi rujukan buat semua org....

      ReplyDelete
    34. mohon copy suratnya yer...thank you...g;P

      ReplyDelete
    35. Tq tuk contoh resign letter ni.. Mohon copy ye... :)

      ReplyDelete
    36. Thanks.. Br je guna wat sura resign.. :p..

      ReplyDelete
    37. thanks kak, saya nak hantar surat ni esok.. bos ni perangai mcm puii

      ReplyDelete
    38. Terima kasih...surat ni boleh jadi rujukan buat rakan yang x tahu tentang surat berhenti kerja...

      ReplyDelete
    39. Terima kasih krna telah memberikan tunjuk ajar kpd rakan2 utk bagaimana cara2x membuat surat berhenti kerja

      ReplyDelete
    40. Tq kak.. jumpa gak contoh surat yg ok.. mmg tepat sgt2 sbb sy dpt keje lain.. hehe.. tqvm..

      ReplyDelete
    41. thanks untuk srt tu..
      mohon guna untuk srat resign saya hee

      ReplyDelete
    42. tq kak..
      mohon untuk guna srt nie..hee

      ReplyDelete
    43. tq kak
      suka sangat. ringkas dan padat :)
      mohon share ya

      ReplyDelete
    44. Boleh nak share... Dipersilakan. Sebarkan ilmu yang baik.

      ReplyDelete
    45. Bole copy neyh hehe nk berhenti coz akn berkhwin n berpindh ke negeri laen tp tak taw nak wat ayat bunga2 cinta mcm mne huhu...kak hanim boleh tolong tk...

      ReplyDelete
    46. Bole copy neyh ... tak taw nak wat surat berhenti mcm mane dengan ayat2 bunga2 cinta nye tu... sy akn berkahwin tak lame lg dan akan berpindah jd nk buat ayat2 nye tak taw...kak hanim bole tolong tk =) ?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Tahniah ! Maaf lambat respon ... Tak perlu pun buat ayat bunga-bunga cinta. Straight to the point sahaja.

        Delete
    47. Ada contoh surat permohonan VSS tak.hrp blh share yek.tksh.

      ReplyDelete
    48. assalam
      terima kasih... mohon share

      ReplyDelete
      Replies
      1. Waalaikumusalam. Silakan share ilmu yang bermanfaat ...

        Delete
    49. sy nk tnya , klau sy dpt twaran belajar , pndftran lbih krg dlm 2 mngu dri trikh trma surat twran , brapa hari tempoh notis bhnti kerja sy prlu bg?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Selepas dapat surat tawaran belajar terus sediakan surat berhenti kerja, atau rujuk terlebih dahulu dengan bahagian pentadbiran.

        Delete

    TERIMA KASIH !



     

    Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_