Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

18 July 2016

Bukit Malawati tumpuan pelancong




'Awak tinggal di mana?'
'Saya tinggal di Kuala Selangor'
'Kuala Selangor kawasan mana? Dekat dengan Bukit Malawati ke?'
'Ha'ah' 



Jika sebut sahaja Kuala Selangor, tempat pertama yang terlintas difikiran mereka mesti Bukit Malawati. Itulah kebiasaannya. Kuala Selangor memang sudah sinonim dengan Bukit Malawati.

Sejak kecil lagi saya suka pergi ke Bukit Malawati. Kebiasaan setiap hujung minggu persekolahan, saya bersama kawan-kawan akan pergi meronda-ronda di Bukit Melawati. Mengulangkaji pelajaran di tempat yang penuh kehijauan seperti Bukit Melawati memang sangat best. Rasa aman dan nyaman sahaja.

Bukit Malawati tempat paling banyak menyimpan sejarah Kuala selangor. Memang sesuailah berkunjung ke Bukit Malawati jika mahu mengetahui sejarah Kuala Selangor.

Terdapat trem yang comel disediakan untuk perjalanan di Bukit Malawati. Perkhidmatan trem ini berbayar dan dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Pada hari Isnin hingga Jumaat, kamu dibenarkan memandu kenderaan sendiri untuk menjelajah Bukit Malawati.




Antara tempat menarik di Bukit Malawati :


Air Terjun

Air Terjun tempat pertama yang akan dilihat selepas pintu gerbang Bukit Malawati. Itupun jika kamu menggunakan perkhidmatan trem. Jika kamu menggunakan perkhidmatan kaki sendiri, lebih asyik mulakan perjalanan melalui tangga seratus. Tangga seratus ini berdekatan dengan Taman Alam Kuala Selangor. Tempat pertama yang kamu lihat selepas berpenat lelah mengira 100 anak tangga ialah Laman Budaya dan Muzium Permainan Tradisional.
Air Terjun ini selalunya akan jadi tumpuan pelancong untuk berphotoshoot


Muzium Permainan Tradisional


Muzium ini mengumpulkan pelbagai jenis permainan tradisional yang pernah dimainkan suatu ketika dahulu. Pelbagai replika disediakan untuk setiap jenis permainan. Terdapat juga catatan sejarah disebalik permainan.


 Antara replika yang ada di dalam Muzium Permainan Tradisional.

Saya teruja apabila membaca kisah sejarah setiap permainan tradisional yang dihimpunkan di Muzium Permainan Tradisional. 
Ada juga permainan tradisional yang tak pernah kita ketahui. Memang bagus jika ibu bapa membawa anak-anak mereka melawat Muzium ini. Perkenalkan dengan mereka tentang permainan tradisional yang semakin dilupakan semenjak kewujudan playstation dan computer game.


Perigi Beracun

Perigi Beracun mengandungi air yang dicampur bersama beberapa jenis getah dan miang rebung. Perigi Beracun ini adalah tempat penyeksaan penderhaka pada zaman dahulu. Penderhaka akan dimasukkan ke dalam perigi beracun dan air di isi sehingga ke paras dagu. (Saya sudah dapat bayangkan bagaimana rasanya penderhaka yang dimasukkan ke dalam perigi beracun ini. Sakit dan gatal. Auwww..)


Laman Budaya

Tempat persembahan kebudayaan.


BaitulHilal

BaitulHilal Bukit Malawati merupakan tempat mencerap anak bulan. Bangunan ini sememangnya dibina khas bagi Hilal Ramadhan (awal puasa), Syawal (Raya Aidilfitri), dan Zulhijjah (Raya Qurban), disamping untuk cerapan bulanan bagi setiap Bulan Islam.


Rumah Api

Rumah Api ini digunakan sebagai panduan kepada kapal laut.


Meriam Sejarah

Meriam Sejarah terletak di Puncak Bukit Malawati. Meriam-meriam ini menghala ke muara Sungai Selangor.


Muzium Sejarah Kuala Selangor

Muzium Sejarah Kuala Selangor adalah tempat paling bagus untuk dilawati bagi mengenali Kuala Selangor dan juga Selangor. Saya sudah pernah masuk ke dalam muzium ini. Tiada apa bayaran yang diminta pun. Free sahaja. Memang agak rugi jika kamu tidak masuk. Walaupun kita anak jati Kuala Selangor, ada juga perkara tentang Kuala Selangor yang kita tidak tahu. Muzium Sejarah inilah jadi tempat paling sesuai untuk kamu mengenali Kuala Selangor.


Batu Hampar

Batu Hampar merupakan seketul batu pejal empat persegi berukuran 5x5x1 kaki padu yang beralas longgokan tanah pasir sebagai kakinya. Batu Hampar terletak di atas kawasan lapang dengan menuruni tiga anak tangga menghala matahari terbit.
Batu Hampar ini dipercayai merupakan kawasan pancung bagi penderhaka pada zaman dahulu.


Busut Malawati

Terdapat pohon sena yang kini telah berusia 200 tahun. Kemuncaknya rata kira-kira 20 kaki persegi membolehkan sultan bersemayam untuk berehat dan menyaksikan ayam bersabung.


Makam Diraja Selangor

Terdapat 3 orang Sultan yang disemadikan di  Makam Diraja Selangor ini.
  1. Sultan Selangor Pertama - Sultan Salehudding (1766 - 1782)
  2. Sultan Selangor Kedua - Sultan Ibrahim (1782 - 1826) 
  3. Sultan Selangor Ketiga - Sultan Muhammad (1826 - 1857)
Makam Diraja Selangor sudah tidak boleh dilawati lagi. Hanya boleh dilihat dari luar sahaja. Mungkin demi keselamatan makam Sulatan.



Meriam Penggawa

Meriam Penggawa diletakkan di dalam kawasan Makam Diraja Selangor. Meriam ini ditemui di pinggir Sungai Buluh, 12 km ke selatan Kuala Selangor pada 23 September 1966. Nama asalnya adalah ‘Petoi Boga’ yang bermaksud Puteri Putih.



Ada lagi satu perkara yang menarik perhatian pelancong yang datang ke sini. Nak tau, apa dia???
Hehehe... Mesti ada yang boleh agak apa dia. Semestinya lotong!
Lotong-lotong di sini sangat peramah tau. Jika kamu ada makanan, pasti lotong-lotong ini akan datang mendekati kamu. Hehehe...


Tengok betapa ramah lotong tu. Hee


Di sekitar Bukit Melawati juga terdapat tempat-tempat sejarah yang menarik seperti Kota Tanjung Karang, Makam Anak Dara, dan Telaga Tujuh.




Bagi mereka yang tidak tahu dimana Kuala Selangor, boleh la melihat peta ni.




Special thanks to NurAizuddin dan NurElyani for coming to my hometown.
5 tahun sudah berlalu tapi terasa macam baru semalam.






16 June 2016

Jangan kejar Miss Engineer



Jauh...terbawa lukisan hatimu ....
Eh, tersalah bawa lukisan pula.
Lukisan hati simpan memolek, jangan bawa jauh jauh.
Nanti dikejar sendiri yang susah.


Sekarang pun sudah sedikit susah di'kejar' client.
Terpaksalah Engineer ni 'kejar' authorities pulak.




Antara contoh pelan lukisan dari pihak Civil & Structural Engineering Consultant.
(Abaikan segala contengan asing yang ada)



Kerja saya bukan sahaja perlu berurusan dengan mereka yang terlibat di tapak pembinaan atau berurusan dengan komputer di pejabat sahaja (macam kat pejabat tu takde orang pula).
Saya juga perlu pergi ke jabatan kerajaan untuk berurusan dengan orang yang menguruskan hal berkenaan projek. Saya juga perlu ke pejabat client untuk ambil atau hantar dokumen.

Bagi sesiapa yang suka berjalan atau berlari situ sana sini, agak sesuailah kerja engineer.

Sekejap di pejabat, sekejap di jalan, sekejap di tapak pembinaan, dan sekejap lagi ada di pejabat lain pulak. HeHeHe ...
Stamina kena kuat. Jalan laju bukan main, nak mengejar orang dan mengejar waktu. 
Dan juga lari daripada di'kejar'. Opss... Tersasul pulak.

Kadang rasa macam tak cukup panjang kaki nak melangkah...dan tak cukup udara untuk bernafas. Muka pun letih tercungap-cungap.

Pernah juga la berlari-lari comel. Mujur baik tak de jodoh nampak saya time tu. Boleh jatuh terjunam harga hantaran. Eh? Gurau je ...


Sebenarnya semangat dalam diri perlu kuat untuk terus gigih laksanakan tugas dalam apa jua keadaan sekalipun.
Saya memang tabik spring pada sorang kakak engineer ni. GIGIH !
Tengah pregnant plus tak sihat pun masih gigih laksanakan tugas sebagai engineer untuk ke situ sana sini. Lebih lebih lagi pada bulan ramadhan.



Doakan kami Jurutera akan terus gigih melaksanakan amanah yang diberikan kepada kami.
Terima kasih ...

03 June 2016

Pilih Jurutera : minat atau duit ?



" best la sebab bukan kerja engineer nie adventure ke...
​kalau nak kata stress tu memang la..kerja mana yg tak stress kan...
tapi betul ke kawan saya kata....tahap gaji engineer​ hari ini dan 10 tahun yang lepas...tiada banyak beza....sebab tu jugak la ramai kawan saya benti...
​menjadi pelik pada saya."

Luahan dari seorang senior di dalam kotak email saya.
Saya yang junior ni mana nampak beza gaji jurutera 10 tahun yang lepas dan sekarang.
Ayat bajet muda remaja sangat. Padahal... dah mencecah umur 30.



                    
                      Antara tugas saya sebagai seorang jurutera.
                      Di atas kertas adalah pelan bangunan daripada arkitek,
                      dan di komputer adalah software kejuruteraan (Esteem)
                      yang digunakan untuk merekabentuk struktur bangunan.




Dan sebenarnyaaa ...

Berketoi-ketoi juga soalan masuk dalam kotak email saya.


Kebanyakkan soalan mesti ada tersepit soalan tentang gaji.
Alahai cik adik ...
Akak ni segan silu tersipu malu nak bagi tau gaji sebenar seorang Jurutera.
Gaji Jurutera ni bukanlah semegah yang awak sangka.

Apa sebab utama awak nak masuk bidang kejuruteraan ?
Adakah semata-mata pasal gaji besau yang digembar-gemburkan ?
Hahaha....
Silalah hapuskan niat suci murni awak nak jadi jurututera kalau hanya tergoda dengan gajinya.
Kemudian hari nanti awak akan kecewa.

Besar atau tidak gaji seorang jurutera bergantung kepada rezeki awak. 
Jika dapat kerja di syarikat besar dengan tanggungjawab yang besar, dapatlah gaji besar. 
Jangan lupa, tekanannya juga akan besar.


Saya masih ingat pertama kali kerja jurutera di Melaka, gaji saya ketika itu RM1800.
Di zaman itu juga ada kawan saya yang bekerja sebagai jurutera dengan gaji RM1500.
Tapi gigihlah kami terima demi sebuah pengalaman.


Saya ada satu kisah untuk dikongsi sebagai renungan bersama ;
Dahulu kala ada seorang yang muda remeja lepasan SPM membuat pilihan untuk masuk ke universiti. Kunci utama kepada bidang yang dipilih adalah gaji yang lumayan. Mengimpikan gaji setinggi gunung everest selepas tamat pengajian. Dia belajar bukan atas dasar minat dan kecintaan sehingga menyebabkan ada subjek yang perlu diulang semula.
Dan selepas tamat pengajian, dia tak dapat pun kerja dibidang yang dipilih atas dasar gaji.
Bukan kerana tiada pilihan kerja masa itu, tapi ...
tiada minat yang mendorong diri untuk bersungguh-sungguh mencari peluang dalam bidang tersebut.



KESIMPULANNYA,
                              Sila delete anggapanmu tentang banyaknya gaji jurutera.
Eh?
Pilihlah sesuatu bidang yang ingin diceburi kerana minat bukan gaji semata.


25 May 2016

RESEPI : homemade marshmallow fluff



Marshmallow fluff
Marshmallow cream
Marshmallow spread

Tiga nama yang berbeza pada jenis yang sama.


Marshmallow sudah biasa kita lihat dan dengar.
Tapi berapa ramai yang kenal dengan Marshmallow Fluff ???
Hehehe ... Awak macam blur blur je.
Cuba awak google 'Marshmallow Fluff'







Marshmallow fluff ni sedap digunakan dalam resepi pemanis mulut (dessert).



Saya pernah gunakan marshmallow fluff dalam resepi trifle saya.







Saya gunakan Marshmallow fluff pada lapisan ketiga dari bawah.

Nampak sedap kan ? Hee ...



Meh saya nak kongsikan resepi yang saya gunakan untuk buat marshmallow fluff.


Bahan - bahan :
1 1/2 telur (bahagian putih telur sahaja)
1 cawan corn syrup
Secubit garam
1 cawan gula aising
1 camca kecil esen vanilla

Cara - cara :
Masukkan putih telur dan corn syrup, serta secubit garam.
Pukul sehingga kembang putih gebu.
Masukkan gula aising.
Pukul sehingga sebati dan bertambah gebu.
Masukkan esen vanilla.
Masukkan dalam bekas kaca untuk disimpan.


SIAP dah ...



Saya panaskan dulu Marshmallow fluff sebelum disimpan untuk guna.
Boleh panaskan dalam microwave.
Saya macam tak boleh nak makan terus marshmallow fluff tu. Rasa macam mentah je. Errr...



Marshmallow fluff boleh juga dijadikan sapuan pada roti bersama sapuan peanut butter.
Saya tak pernah lagi cuba sebenarnya. Hehehe ...
Tapi berdasarkan cadangan imaginasi saya, gabungan kemanisan marshmallow fluff dan kelemakkan peanut butter tu sangat serasi bersama.



SELAMAT MENCUBA !!!



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_