Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

10 November 2015

Panggil Namaku


Suatu hari di pejabat yang tidak begitu sunyi kedengaran suara seseorang yang sudah bergelar ibu,
"Nama mak akak pun Faridah."

Baru tahu gamaknya akak tu nama saya ada Faridah.

Tetiba ada juga yang mencelah dan mengusik,
"Faridah...Panggil Faridah la"

"Panggil la..."

Mujurlah diusik seusia saya 29 tahun. 
Jika waktu saya umur belasan tahun, mahu saya marah tak suka.
"Janganlah panggil Hanim. Family dan orang tertentu je boleh panggil."
Bukan mainlah waktu itu setiap orang ada had limit panggilan tertentu.
Orang tertentu boleh panggil Faridah, dan orang tertentu sahaja boleh panggil hanim.
Ya ya YA ... Saya tau semua itu gedik.
Tak perlu kot saya nak marah orang panggil nama Hanim waktu tu. Macam tak adil kan ?
Kenapa si A boleh panggil saya Hanim tapi si B dimarahi pulak... Kesian korang. Maafkan saya.


Sejak dewasa ni saya tak kisah sangat apa yang orang nak panggil saya. Asalkan nama tu bukanlah membawa maksud yang buruk. Nak panggil Faridah boleh, nak panggil Hanim pun boleh. Agak-agak tak de nama Faridah kat situ, saya sahut je. Hehehe...
Nak panggil siti pun boleh sangattt... Feeling macam Dato' Siti sikit. Opsss.


Terserahlah awak nak panggil saya apa.
Tiada halangan untuk kawan nak panggil Faridah atau Hanim.
Tiada halangan juga untuk saudara atau keluarga nak panggil Faridah.
Tapi rasa lebih selesa panggil Hanim kan ? Tak perlu risau kalau ada pelat R. Eh?


Paling penting panggil namaku. Jangan panggil saya dengan nama jiran awak pulak. Memang sampai tahun depan saya buat tak tau je. Hehehe



Sekian sahaja celoteh Siti Faridah Hanim. 

END


29 October 2015

29 Oktober 2015 genap 29 Tahun



Sememangnya setiap tahun, bulan oktober bulan yang saya nantikan. Itu semua poyo ....



Bermula oktober 1986, Allah memberi saya peluang bernafas dan hidup di bumiNya. 


Pada oktober 2009 saya mula berjinak-jinak menulis blog dengan sangat serius. Kata je serius, padahal acah-acah serius. Alhamdulillah blog tersebut masih wujud sehingga kini (oktober 2015).

Masih ada yang nak membacanya, dan masih bermanfaat untuk pembaca.


Oktober 2010 merupakan majlis konvokesyen saya setelah bertahun-tahun saya belajar di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. 6 tahun saya bertapa di UTHM, Akhirnya saya berjaya memperolehi Ijazah Kejuruteraan Awam. Alhamdulillah...


Setahun saya terumbang-ambing dengan pelbagai jenis pekerjaan. Setahun itu jugalah saya mencari pekerjaan yang saya inginkan tanpa kenal putus asa. Sepanjang tempoh itu juga saya terpaksa pekakkkan sahaja telinga mendengar pelbagi kritikan dari bermacam jenis manusia.

Alhamdulillah...Oktober 2011 saya dapat juga bekerja sebagai Jurutera Rekabentuk di salah sebuah syarikat di Petaling Jaya setelah 3 bulan tempoh percubaan.

Alhamdulillah sekali lagi... Saya masih mampu bertahan bekerja di syarikat yang sama sehingga oktober 2015. InshaAllah akan terus bertahan bekerja sebagai Jurutera sehingga saya masih mampu nak bertahan. Impian saya nak merekabentuk mahligai untuk mama abah. Impian kemaen nak atas kayangan aje...

Pengalaman 4 tahun bekerja di syarikat yang sama telah membuatkan saya menjadi insan yang penyabar dan setia. EhYeke?


Setelah bertahun menceburi bidang pembinaan, oktober 2014 saya terjebak dengan perniagaan emas secara separuh masa. Separuh masa sahaja ya. Kerja tetap Jurutera tetap saya teruskan. Errr..macam tamak je. Pada permulaan cerita, saya bukan spesies manusia yang tergila-gilakan emas sebenarnya. Tapi bila tak tersengaja join berniaga, macam dah mula jatuh cinta dengan emas pula. Perlahan-lahan saya mula mengenali emas. Romantik tak ? Hehehe...


29 Oktober 2015 saya sudah genap 29 tahun, dan saya masih belum berkahwin. Mohon tisu sekeping ?

Mungkin oktober 2016 nanti saya tidak lagi single, tapi triple. Hee... Impian atas kayangan lagiii


Saya rasa 26 tahun macam kali terakhir saya potong kek 'happy birthday' sendiri je.
Seingat saya waktu tu saya p join sekali beli kek sendiri. 
Hahaha... Saya memang dah terbiasa tiada gedik gedik kejutan.


17 October 2015

5 sebab kenapa kurus


Sudah 29 tahun saya dengar orang kata saya kurus. Ada juga yang kata saya macam tak cukup makan. Marah ? Sedih ? Taklah .... Terbiasa sudah. Sama seperti air yang mengalir di atas daun keladi.
Hanya yang rapat dengan saya sahaja nampak banyaknya saya makan. 
Pukul 12.30 perut dah minta makan, pukul 3 petang pula mulut dah berbunyi lapar. 
Hah...nampak agak pelahap di situ.
Tapi badan tetap macam tu. Berat naik pun sikit2 je. Tak kesahlah ... Paling penting BMI saya normal.

Sebenarnya antara sebab saya kurus bukanlah kurang makan. Semua tu palsu belaka.

Isteri bos kata saya kurus perlu makan banyak. Hehehe .... Syok betol dapat makan banyak.
Jangan terkejut sangatlah saya memang boleh habiskan semua tu. 
Kawan-kawan saya yang sebelah saya tu memang tak terkejut dah tengok saya boleh makan banyak.


Antara sebab saya masih kurus ;

1. Tidak makan banyak ketika stress atau tertekan.
Saya tidak suka makan banyak ketika saya stress. Saya makan banyak bila perut saya happy.
Saya sangat pelik bila ada orang boleh makan banyak ketika stress. 
Kalau saya rasa stress, perut saya pun turut rasa stress. 
Makan lebih sikit je pun dah rasa pedih la, nak muntah la ... 
Nak muntah je saya boleh terima, kadang muntah terus lepas makan. Membazir wei. 
Lebih baik saya mengemas rumah sampai berpeluh macam saya lari satu pusingan stadium. 
Boleh la fit sikit. Hee

2. Metabolisme tinggi
Saya akui metabalisme saya agak tinggi. 
Baru start makan je badan dah terasa bahang kebakaran kalori.
Saya rasa saya perlu makan dalam bilik berhawa dingin, barulah kalori tak terbakar. Hehehe ... 
Tabiat tu tak elok untuk kesihatan.
Untuk tingkatkan metabolisme badan boleh baca celoteh saya sebelum ni ;
http://gadishanim.blogspot.my/2010/11/tinggi-metabolisme-badan-maintain-slim.html

3. Tidak suka minuman manis
Waktu pagi sebelum sarapan pagi terutamanya, saya memang akan minum air kosong terlebih dahulu.
Saya lebih suka minum saya putih jernih tanpa gula.
Sekalipun saya buat air manis, mesti ada yang akan kata tawar. Kesian Kesian ... Failed 

4. Makan terlalu perlahan
Saya akui kelajuan saya makan memang tersangatlah perlahan mengalahkan kura-kura berlari.
Saya bukan makan cover ayu terlajak sopan. TAK TAK ...
Saya makan perlahan sebab perut saya tak boleh terima makanan secara gelojoh. Terasa bagai dihiris pisau sakitnya.
" Sebenarnya mengunyah makanan terlalu laju akan menyebabkan kita cepat menelan makanan tersebut sebelum ia hancur sebenar-benarnya. Penghadaman kurang bagus adalah punca kebuncitan perut. "
Saya memang telah lama perhatikannya. Tak kiralah dia kanak-kanak atau orang dewasa, kesannya tetap sama. Mereka yang makan terlalu laju, berpotensi untuk cepat buncit dan gemuk.
Para suami jangan nak kritik sangatlah isteri gemuk atau buncit kalau ketika isteri makan tak reti nak jaga anak.
Kawan saya bagi tau saya bila dah ada anak nanti, mesti saya akan makan laju laju jugak. Yeke ?

5. Acah acah bersenam setiap hari
Setiap hari saya paksa relakan diri turun naik tangga disebabkan rumah saya di atas 'kayangan'. Hehehe ...
Kerja saya juga selalu memerlukan saya berjalan atau berlari comel ke situ sana sini.
Sekalipun saya tak perlu buat kerja luar, saya akan sengaja sibukkan diri bergerak berjalan dalam pejabat. Nak acah acah sihat bersenam la kan. Hee


Sudah cukup sudah ... Lima sahaja saya mampu beri setakat ini.
Perut pun dah rasa lapar tanda saya sudah terlalu banyak memikir. Hehehe...

28 August 2015

Kau atau aku, siapa patut mulakan luahan hati ?



" Aku suka dia. Aku rasa dia pun suka aku. " 
Muhehe... Camne rupanya tu ? Boleh pulak main rasa-rasa.

Ini sudah melibatkan hati dan perasaan. Bagaimana kita nak tahu hati dan perasaan orang jika kita tak tanya ? Boleh main scan macam nak scan barah dalam badan ke ? Kalau boleh nak la juga cuba scan hati orang. Hee...

Bila perkara yang melibatkan hati dan perasaan ni pastinya sangat rumit. Diri teringin luahkan tapi risau hasrat ditolak. Itulah risikonya. Jangan nak bela kucing jika takut dicakar.


Mama kata;
" Perempuan pun boleh mulakan dulu luahkan rasa hati, jika sudah benar-benar suka pada lelaki tu."



Sebelum ingin meluahkan hasrat hati dengan lebih serius lagi, seharusnya buat beberapa perkara ini terlebih dahulu.

1.   Semak latarbelakang si Dia
Kiranya kita kena jadi spy la. Stalk Facebook, Twitter atau Blog dia. Jangan nak redah je luahkan perasaan tu. Tetiba pulak dia bukan seperti yang kamu sangka. Ingatnya perempuan tulen, sekali kacukan lelaki. Naiyaa...

2.   Merisik
Merisik ni perlu untuk tahu status si Dia. Si Dia single and avaible or single but not available. Hah....
Jangan pula kemudian hari nanti ada tunangan orang p serang awak. Parah ....

3.   Fahami bahasa tubuh ketika berinteraksi
Komunikasi penting untuk kenal dia. Cari peluang untuk bercakap dengan dia agar kita dapat kenali sikap dia dan pastikan dia suka atau tidak pada kita. Sekadar melihat dia dari jauh sahaja belum cukup untuk kita tahu isi hatinya. Awak ingat awak tu ahli nujum pak belalang ?



Kau Atau Aku Lyrics by Elyana ( source :  http://www.lyrics.my/ )

Berlindung disebalik wajah selamba
Bagai tiada apa perasaan
Di antara kita berdua
Lucunya dalam saling berpura-pura
Semua orang tahu kau dan aku
Masing-masing punya rasa yang serupa
Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mulakan dulu
Dilema di dalam permainan ini
Masa terasa panjang hingga membuatku tak tahan
Tertekan
Lakonan ini semakin membebankan
Terasa ingin saja aku terus terang
Tentang perasaanku kepadamu
Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mula dulu
Kau atau aku
Memulanya dulu
Ruangan empat muka dinding keliling
Makin menghimpit kala menanti panggilan darimu
Berdering
Mengharap engkau jua sedang begini
Dalam keluh kesah menantikan
Terucap yang ku cinta padamu
Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mulakan dulu kita
Kau atau aku
Memulanya dulu



Jangan terlalu lama main tarik tali. 
Sampai suatu saat nanti salah seorang keletihan, pastinya ada yang melepaskannya. 
Siapa pun yang mulakan dulu bukan penentu kebahagiaan.
Mengalah bukan bererti kalah ... Eh? Ada kaitan ke ? Hee


*cerita ni sudah duduk dalam draft sejak tahun 2011 lagi. terlalu lama tersimpan sehingga rasa seperti hampir basi sahaja.*

23 August 2015

Panjat lebih tinggi


Ketinggian dan engineer berpisah tiada.
Tapi tak bermaksud nak jadi engineer perlu cukup ketinggian.
TIDAK tidak TIDAK ...

Ketinggian tu adalah tempat yang tinggi.
Engineer yang terlibat dengan bidang pembinaan memang memerlukan keberanian untuk pergi ke tempat tinggi. NO gayat gayat ok ?

Sebenarnya saya pun bukan berani sangat boleh berada di tempat tinggi.
Tapi kugagahi jua demi kerja. Hehehe...

Keberanian takkan ada tanpa kita usaha. Betul tak ?

Beberapa minggu lepas...boleh jadi beberapa bulan lepas...saya sendiri pun kurang ingat tarikh kejadian.
Apa yang saya pasti, saya diminta untuk pergi ke tapak pembinaan di puchong perdana.
Saya diperlukan untuk memeriksa besi sebelum mereka melakukan kerja konkrit. Salah satu kerja engineer adalah periksa kerja orang. Jangan kata cikgu je kerja memeriksa.

Saya perlu pastikan besi yang dipasang di tapak pembinaan mengikut seperti apa yang ada dalam structural drawing. Jenis besi, saiz besi, jarak antara besi semuanya perlu diperiksa. Saya juga perlu pastikan kawasan tersebut bersih dan sesuai untuk konkrit. Gaya macam saya mahir sangat la kan...
PADAHAL... Saya juga masih dalam proses pembelajaran. Pengalaman masih seperti bayi yang merangkak.

Setibanya saya di tapak pembinaan, saya mencari orang menjaga tapak pembinaan tersebut.

"Bahagian mana yang hendak konkrit ?" Saya bertanya untuk kepastian.
"Atas" Site supervisor tunjuk ke arah tingkat satu.
"Tangga ni ke untuk naik ke atas ?" Saya halakan jari jemari saya ke tangga kayu di tepi bangunan yang tak siap.
"Tak apa la. Tak perlu naik ke atas. Saya berikan gambar sahaja."
Saya dah jangka dah jawapan sepertinya akan keluar dari mulut lelaki di tapak pembinaan.
"Eh, tak pe. Saya naik atas."
"Boleh ke ?"
"Boleh. Kerja saya."

Dengan muka yakin tahap gunung everest, saya terus je ke tangga kayu untuk naik ke atas.
Saya tak pandang belakang dah. Walaupun agak ketaq seluruh kaki untuk melangkah, saya naik juga dengan penuh keyakinan. Terlalu yakin sampai saya tak nampak ada paku. Sekali tersangkut seluar di bahagian lutut. Koyak terus ke kulit. Mujur baik nampak sikit sahaja. Jalan cover ayu tak ingat. Nak tutup koyak punya pasal. Selepas selesai pemeriksaan saya terus p cari seluar baru. Tak pasal-pasal.
Dan sebenarnya ada sedikit luka di lutut. 


Permulaannya memang sukar. Akan tetapi bila kita paksa diri untuk lakukannya, lama kelamaan InshaAllah akan jadi tegar alah biasa.





Gambar bukan gambar saya, tapi gambar kawan yang saya pinjam untuk dijadikan penyeri cerita.
Kebiasaannya saya pergi ke tapak pembinaaan seorang diri, tiada gambar yang ada untuk dijadikan tatapan di sini.

11 May 2015

Freelance Engineer bebas memilih


Zaman muda remaja dulu saya cuma tahu make-up artis, photographer sahaja ada freelance.
Mana tahu bila sudah terjebak dengan dunia pekerjaan ni, rupanya ada banyak lagi kerja boleh buat freelance. Salah satunya JURUTERA.

Beberapa bulan yang lalu, saya terima satu mesej tawaran kerja freelance engineer. Client mahu saya memantau kerja-kerja pembinaan di lot rumahnya. Dia kata boleh datang setiap hari sabtu dan ahad. Memahami betol saya yang berkerja 5 hari seminggu ni.
Terkejut jugalah saya bila ada yang memberi kepercayaan sebegitu. 
Siapalah yang tak suka FREE...
Eh? Free percuma tu tiada kaitan langsung dengan freelance.
Siapalah yang tak suka JOB... Dapat duit. Hehehe.


Tapi, TAPI....saya paksa rela menolak tawaran tersebut. Keaadaan saya masa tu tidak mengizinkan.


Freelance engineer bukan sahaja diperlukan untuk memantau kerja di tapak pembinaan, tapi juga untuk merekabentuk bangunan. Kerja merekabentuk banyak dibuat oleh kawan-kawan saya. Rezeki mereka. Tak perlu susah payah kerepot untuk menggelapkan diri. Semua kerja rekabentuk boleh dibuat di rumah. Boleh buat kerja sambil jaga anak. Seronok bukan ? 
Hanya sekali sekala sahaja perlu keluar untuk berurusan dengan pihak tertentu.

Adik-adik yang berminat dengan kerjaya Jurutera, jangan runsing jika mahu bekerja dari rumah selepas kahwin. Hehehe... Boleh jadi freelance engineer.

Seronok bekerja sebagai freelance engineer ni. Kita bebas memilih projek. Waktu bekerja juga tidak terikat. Apa yang penting ? Kerja siap. Selalunya client nak cepat je... 

Doakan saya juga boleh buat kerja dari rumah. Senang saya nak jaga anak-anak saya sendiri nanti. Hehehe...
Batang hidung suami pun tak nampak lagi, ada hati nak merancang pasal jaga anak-anak pulak.




Masa kejadian tahun 2015. Saya sedang siapkan laporan 'Hydraulic Design Calculation for On Site Detention'.
Bila banyak kerja dan banyak berfikir, saya selalunya akan mula rasa lapar yang melampui batasan bentuk badan.
Tapi bila bulan Ramadhan, otak dan perut berkerjasama dengan sangat baik. Alhamdulillah.
Banyak fikir pun tetap bertahan sampai ke waktu azan maghrib.
Ending macam takde kaitan dengan tajuk cerita je.


08 May 2015

Solekan Seindah Wajah



Perempuan mana yang tidak cantik bila muka ditambah make-up ?
Dan perempuan mana yang cantik sangat bila make-up di muka terlalu berlebih-lebihan ?

Pastinya perempuan akan nampak cantik dan manis bila solekan di mukanya kelihatan natural.

Walaupun wajah saya tak seindah Neelofa mahupun Siti Nurhaliza, tapi bila ditambah make-up dimuka terus nampak indah. Lebih-lebih lagi dengan sentuhan kak Awin. Hehehe...
Saya harap sangat kak Awin baca dan beri saya diskaun untuk majlis perkahwinan saya akan akan akan datang. Jangan tanyalah bila.



Serius cantik hasil solekan kak Awin. Terpegun jugalah tengok muka sendiri kat cermin masa tu.

Tak percaya ka saya kata solekan kak Awin memang superb ? Hehehe...
Tengok dan nilailah sendiri ya.


Gambar dari Instagram @awinseindahwajah

Di kiri gambar sebelum make-up dan di sebelah kanan gambar selepas make-up.


Nampak tak bezanya ? Tak comel pun boleh jadi comel dengan sentuhan solekan kak Awin.
Makcik jenab, makcik kiah, makcik piah, makcik depan jalan, makcik belakang rumah, makcik sebelah pintu dan mana-mana makcik pun boleh terpikat tengok muka saya selepas make-up
Bila ada makcik terpikat cepatlah saya kahwin. Opsss...

Tengoklah bekas jerawat semuanya lesap macam tu je selepas make-up. Licinnya mukaaaa...dan, yang penting tak nampak macam pakai make-up tebal 1 inci. Hee...

Solekan natural kak Awin juga tidak menggunakan bulu mata palsu mahupun mencukur kening. 
Syok kan ?
Memang asli muka kita sendiri tanpa sebarang penambahan bulu mata palsu mahupun kehilangan bulu kening. 


Paling best adalah selepas cuci make-up, jerawat tak mau pun naik ke muka macam selepas pakai sesetengah make-up tu.


Kak Awin ni jurusolek artis yang berpengalaman.
Teruja sangat dapat merasa solekan kak Awin.



Sebenarnya solekan di muka saya tu untuk Majalah Seri Dewi & Keluarga keluaran November 2014.





Hehehe... Terima kasih wartawan karangkraft.








12 April 2015

Ayam Goreng Butter Menggamit Memori


Tetiba ada sedikit kerajinan nak masak ayam goreng butter. Padahal bukanlah nak kata rajin sangat. Ayam goreng butter ni mudah je masaknya. Mudah la kot... Hee

Semuanya ni angkara berborak dengan rakan sekerja tentang universiti tempat belajar dulu.
Inilah bahananya bila rakan sekuliah juga adalah rakan sekerja. Dari tahun pertama kerja di PJ sampailah sekarang ni tak habis lagi cerita memori universiti. 
Bila entah kami nak move on.
Ketika di univesiti dulu, saya dan seorang kawan bernama Shamimi suka order nasi putih dan ayam goreng butter di cafe yang terletak berhampiran bilik pensyarah dan kolej kediaman pelajar. Seingat sayalah waktu tu saya belajar diploma. Saya suka bau ayam goreng butter yang ada daun kari. Boleh menambah selera makan gitu. Tapi berat badan kami berdua tak bertambah juga. 
Errr... Cerita lagi pasal memori universiti. Apalah tak mau move on lagi ni. 
Tutup buku, Tutup buku... Meh kita buka buku resepi. Hehehe.


Ayam goreng butter ni bukanlah makanan sihat pun ya ibu ibu bapak bapak.
Makanan yang berminyak macam ayam goreng butter tak boleh amalkan setiap hari. 
Sekali sekala kepingin macam saya boleh la...


Saya rasa nama ayam goreng butter ni patut tukar ke ayam goreng planta. Saya tak sempat guna butter. Tak sempatlah katanyah... Padahal suka sangat dengan bau planta bercampur daun kari.




Ayam Goreng Planta


Bahan-bahan A
5tbsp tepung gandum
1tbsp tepung jagung
Sedikit lada sulah
Secukup rasa

Bahan-bahan B
300g isi ayam
1biji telur

Bahan-bahan C
1ulas bawang holland
2ulas bawang putih
10biji cili padi
Beberapa helai daun kari
2biji telur
Garam secukupnya
Planta secukupnya


Cara-caranya :
1. Gabungkan kesemua bahan-bahan A dan gaul sebati.
2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk isi ayam dan gaul sebati.
3. Tuangkan tepung ke dalam mangkuk isi ayam dan ketepikan.
4. Cincang dadu bawang holland dan bawang putih.
5. Hiris cili padi. Boleh tambah atau kurangkan kuantitinya. Bergantung kepada selera masing-masing.
6. Cairkan planta untuk menggoreng ayam. Goreng ayam sehingga sedikit kekuningan.
7. Gunakan sedikit planta yang telah digunakan menggoreng ayam untuk tumiskan bawang holland, bawang putih, dan cili padi. Masukkan secubit garam. 
8. Masukkan ayam yang telah digoreng. Masukkan daun kari.  Masak sehingga sedikit kegaringan.
9. Perlahankan api dan masukkan 2biji telur yang telah dipukul dan kacau laju-laju.
10. Kuatkan api dan masak hingga garing.



Taraaa....

Dah siap untuk dimakan.




SELAMAT MENCUBA !



Segan silu juga saya nak tulis resepi cincai ni. Errr... Kbye



26 March 2015

Miss Engineer bukan Tomboy



Situasi 1 :
*Perbualan antara saya dan kenalan di twitter*

"Akak, ayah tak bagi saya belajar bidang engineering."
"Kenapa pula ?"
Sebenarnya saya dapat agak kenapa ibu bapa tidak menggemari anaknya memilih bidang engineering. 
Saya saja buat-buat tanya macam tak tahu. Lalala ~
"Ayah tak mau anaknya jadi kasar macam lelaki."


Situasi 2 :
*Perbualan antara saya dan wartawan Harian Metro*

Pot pet pot Pet (pot pet sahajalah ceritanya bila tuan empunya diri kurang makan kismis)
"...biasanya engineer ni ..."
Tak sempat wartawan habiskan ayat, saya terus memotong 120km/j.
"Tomboy ?"
Saya menyoal dengan iringan gelak comel saya. 
(Cukup sekadar baca. Jangan bayangkan saya gelak comel. Kang ada yang muntah berbaldi-baldi pula.)
"Saya sama je macam perempuan lain yang biasa. Cara berpakain dan berjalan tak jauh beza pun dengan perempuan lain. Takde pula saya jalan kengkang kengkang dan bercakap kasar."
Cuma kadangkala jalan nampak bersepah bila laju. Hehehe


Situasi 3 :
*Perbualan antara kawan-kawan bila keluar beramai-ramai*

"Jangan tak sangka dia ni Engineer."
"Tak macam Engineer pun. Lembut je."
Saya yang mendengar tak tahu nak buat reaksi muka macam mana. Sedih atau gembira ? Huh ...


Tiga cerita yang berbeza tetapi maksudnya serupa.


Semasa di Universiti, saya lihat yang bersikap lasak hampir kepada sifat lelaki itu pelajar Kejuruteraan Mekanikal. Syhhh... Jangan bagi tau kawan-kawan.

Tak sangka pula perempuan yang menceburi bidang Kejuruteraan Awam juga dianggap kasar dan  lasak seperti lelaki.

Saya berbaju putih bunga kecil merah jambu. Saya nampak seperti tomboy ke pakcik ?

Hurm... Mungkin perempuan berbaju kurung nampak ayu walaupun dia kayu.
Ok Ok ... Saya belanja satu gambar saya pakai seluar.

Sat na ... SAT

*
*
*

Taraaa ...

Gambar zaman kegelapan


Tomboy ka ?
Tak tahu la nak kata lagu mana kalau dah pakai baju kembang semangkuk dengan selendang merah jambu pun boleh nampak tomboy ... Lagu Siti Nurhaliza boleh ? Hee


Sebenarnya bidang kerja yang lasak belum tentu menjadikan diri seorang perempuan tu tomboy.

Bagi adik-adik (perempuan sahaja) yang mempunyai minat setinggi Gunung Everest terhadap kerjaya Jurutera, adik-adik haruslah yakinkan Ibu Bapa yang adik ni adalah perempuan Melayu terakhir.

Rajinkan diri melakukan kerja-kerja yang menyerlahkan sifat keperempuanan. Errrr... Pelik je bunyi. Rasanya lebih sedap lagi bunyi sifat kewanitaan. Hehehe.

Kalau tak reti nak pakai kain batik dan suka duduk terkangkang depan tv tengok perlawanan bola sepak tanpa mengendahkan orang sekeliling atau suka main sepak takraw dikala petang hari, memang akak pun tak boleh nak yakinkan Ibu Bapa awak dik oiiii ....




SEMOGA BERJAYA. Senyum sikit ...




13 March 2015

Demi sebuah pengalaman


Pernah tak alami situasi begini, akal dan tubuh sudah terlalu letih nak siapkan kerja yang berlambak.
Kadangkala terasa bosan dan mengantuk seperti oksigen tidak mengalir ke otak. Timbunan kertas pun dilihat seperti bantal yang empuk...

Apabila semua kerja dihumban kepada kita seorang sahaja, 
terasa nak jerit dekat dekat dengan telinga bos,
"Bossss.... Bukan saya seorang sahaja pekerja dalam syarikat ni"

Poyo ja cerita ... Sebenarnya bila bos bagi saya kerja, saya hanya cakap O.K je depan bos.
Tapi, bila duduk mengadap komputer di meja terus terbeliak biji mata memikir nak buat mana satu kerja dahulu.

Haip, Haip .... Jangan fikir macam-macam ya. Timbunan kertas yang berselerak itu hanya lakonan untuk menunjukkan bertapa banyaknya kerja saya... Lalala ~
*situasi berlaku pada tahun lalu di bekas pejabat saya*


Saya pernah juga terasa letih nak kejar dateline semua kerja. Semput, semput...
Pernah juga sampai suatu tahap saya terasa nak letak surat berhenti kerja atas meja bos. 
Nah bos ! Notis berhenti 24 jam.
Terasa nak je tapi tak tersampai tangan ini nak letak surat berhenti. Hehehe... 
Bayangkan bolehlah cik akak oiiii...Nak buat tu tak tercapai tanganku.


Setiap hari cerita keluh kesah sahaja. Alahai... Bosannya yang mendengar. Huh ~


Nak dijadikan cerita motivasi, di suatu pagi saya terdengar ada pemanggil telefon HOTfm untuk mengadu masalah kepada Dr. R.
Paling menarik tangan saya untuk kuatkan radio adalahhh....
Pemanggil tersebut menghadapi masalah yang HAMPIR SERUPA dengan saya.
Hampir sahaja ya bukan 100% serupa. Hehehe ...

Dr. R telah menasihati pemanggil agar berfikiran positif dan menganggap semua itu adalah sebagai sebuah pengalaman untuk diri kita sendiri.
BETOL jugakkk ...

Jika diri tidak diberikan pelbagai jenis kerja, kita tidak akan belajar ilmu baru dalam bidang pekerjaan kita.
Jika diri tidak diberikan banyak kerja, kita tidak akan tahu tahap kemampuan diri kita.


Cuba dulu buat semua kerja, jika tak mampu agihkan sikit kepada orang lain. Hahaha... 
Akhir sekali ni bukan nasihat Dr. R

05 March 2015

Arkitek dan Jurutera Awam (pembinaan bangunan) sama tapi tak serupa


Kekeliruan orang ramai terhadap kerja ARKITEK dan JURUTERA AWAM (pembinaan bangunan) memang dah jadi kebiasaan bagi saya. Sedangkan mama saya yang mempunyai anak seorang Jurutera pun masih keliru dengan peranan antara jurutera awam dan arkitek.

" Siapalah jurutera yang buat ni. Letak kedudukan pintu tak strategik. "
" Mama, yang tentukan kedudukan pintu tu bukan jurutera tapi arkitek."

Penuh keyakinan mama mempersalahkan jurutera.
*saya pun keliru nak sedih ke nak gelakkan*


Saya tak salahkan mereka yang selalu salah tanggap.
Masih ada yang keliru antara kerja Arkitek dan Jurutera Awam (pembinaan bangunan).
Ada juga adik-adik yang bertanya, "Kak apa bezanya antara Jurutera Awam dengan Arkitek ?"


Arkitek dan Jurutera Awam (pembinaan bangunan) bekerja di bidang yang sama tapi tugas kerjanya berbeza.


1) Kedudukan

Di dalam carta aliran pembinaan, Arkitek berada paling atas selepas pemaju (tuan empunya bangunan atau tanah). Arkitek bertanggungjawab menyelaras pakar-pakar dalam rekabentuk struktur, mekanik dan elektrik.
Selepas Arkitek barulah Jurutera Perunding dan Kontraktor.
Makna kata lain, bayaran Arkitek lagi tinggi daripada Jurutera Awam. Ops! Kalau nak tahu bayaran tinggi atau tidak, tanyalah Arkitek. Hehehe ...


2) Merekabentuk

Tugas seorang arkitek ialah merekabentuk sesuatu bangunan bersesuaian dengan kehendak serta keperluan pelangan dan memenuhi undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Arkitek akan menganalisis keperluan pelanggan dan lokasi yang dicadangkan sebelum menyediakan lukisan-lukisan lakaran berdasarkan konsep rekabentuk bangunan yang sesuai.
Tugas seorang Jurutera Awam (pembinaan) pula ialah merekabentuk sesuatu struktur bangunan mengikut rekabentuk bangunan yang telah dibuat oleh arkitek dengan mengambil kira faktor keselamatan.


3) Pengeluaran

Arkitek bertanggungjawab menyediakan pelan rekabentuk bangunan untuk kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Seterusnya, Jurutera Awam akan menyediakan lukisan perincian struktur bangunan untuk memudahkan kerja-kerja pembinaan.

4) Pengawasan
Arkitek juga seperti Jurutera Awam yang perlu mengawasi dan menyelia kerja semasa pembinaan. Perbezaannya adalah Arkitek akan bertindak sebagai ketua kumpulan dan menyelaras tugas pakar-pakar yang terlibat termasuk kontraktor-kontraktor. Arkitek juga merupakan orang tengah antara pemaju dengan Jurutera Awam atau kontraktor untuk hal-hal seperti pembayaran. Tugas Jurutera Awam pula melibatkan tinjauan ke tapak binaan bagi memastikan sesuatu projek selamatJurutera awam perlu ada kemahiran menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengetahuan tentang kerja-kerja pembinaan. 



Faham tak apa yang saya telah terangkan ?
Ok ya ... Setakat itu sahaja pembelajaran kita pada kali ini. Hehehe...
Maafkan saya jika ada salah silap. Saya risau juga kalau ada arkitek yang baca.






 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_