Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

13 April 2011

Berbaloikah menunggu kekasih orang???

Susah nak jatuh cinta, tapi sekali jatuh cinta susah nak lupakan. Parah.

Lagi parah jika jatuh cinta dengan kekasih orang. Tertutup segala peluang untuk menawan hatinya. Hanya mampu memendam cinta dalam hati. Tapi sampai bila nak perap cinta tu dalam hati? Sampai masak? Rasanya pasti pahit .

Nak luahkan isi hati pada si Dia kekasih orang? Apa respon si Dia? Takkan kita sanggup nak runtuhkan hubungan cinta yang telah lama terjalin? Kejam pulak kan...

Mahu menunggu si Dia putus dengan kekasih hatinya? Berapa lama pulak nak memendam rasa ? Berbaloikah penantian itu?

Apa kata kamu? Luahkan, tunggu, atau lupakan?

Boleh tersenyum jika si Dia sudah putus dengan kekasihnya. Yeah Yeah ! Ada peluang terbuka luas! <= bukan saya #okbai

21 comments :

  1. jatuh cinta pada kekasih org??huhuhu

    ReplyDelete
  2. situasi kita skang! huhu..and to make it worse--> he's my besfren! lol~

    ReplyDelete
  3. relax saja..dan sibukkan diri, mana tau jumpa yg lebih baik

    ReplyDelete
  4. penantian itu berbaloi jika sidia turut menerima kita..

    kalo xdpt,doakan yg terbaik untuk sidia.

    ReplyDelete
  5. lagu Ku Menunggu - Rossa sesuai ditujukan utk org camni. ekekek

    tp takyah la menunggu. bila kita menunggu, bermaksud kita harap dia putus, tu da mcm mendoakan dia sedih. huhuhu

    ReplyDelete
  6. Macam ada pengalaman jer..sipi-sipi je kot..

    ReplyDelete
  7. kasi peluang kat orang lain pada diri kita..

    ReplyDelete
  8. kalau sanggup tunggu lah.. tapi better lupakan.. wat sakit jiwa kot dok pendam perasaan lama2.. masih ramai lagi yg mungkin better dari si dia kan.. hehe.. ;)

    ReplyDelete
  9. tak perlu tunggu. kalau dia dtg kepada anda, anda itu jodoh. tak pun yang maha kuasa lebih tahu siapa yang terbaik buat anda,

    ReplyDelete
  10. tunggula selagi mampu..tapi Allah ciptakan manusia ni berbagai..pilih je yang sesuai dengan kita...baru pupuk rasa cinta... ;)

    ReplyDelete
  11. amboiii..pinknye beloggg...tibe rase cam Mama mude 20 tahun..a tolak la ngan umur mama skrg..keh2..suke lettew org puji die mudewww~

    ReplyDelete
  12. selagi dia tak kahwin, boleh je kalo nk berharap...

    mana la tau kan.. ada jodoh.. hehehe..

    ReplyDelete
  13. hehe**..
    [^ --- ^]

    tunggu sampai bejanggut..

    ReplyDelete
  14. kekasih orang? HAHAHAHA berbaloi sangat. janji hensem , kaya ;p

    ReplyDelete
  15. in my situation..
    now he was my mr.ttm.. arrrghhh.. its really hurt..

    ReplyDelete
  16. Aku sanggup..selagi dia belum sah menjadi isteri org trsbut :)..

    ReplyDelete
  17. Yeah..dia bukanlah kepunyaan org tersebut selagi belum adanya ikatan sah antara mereka. So, aku pilih menunggu.Andainya mereka sudah sah.Baru aku blah.. Sounds crazy..but..that's true Love..sabar Taufiq..aku tunggu kau Nurul Izzaty (:

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_