Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

28 February 2011

Lelaki yang digilai ramai bukan calon sesuai


" Lelaki yang terlalu digilai ramai wanita bukanlah calon yang paling baik untuk dijadikan suami, kecuali dia memang seorang yang berakhlak, beragama dan berperibadi unggul "



 " Tak sedar orang yang kita buru itu bukanlah permata di tengah pasir tetapi kaca yang melukakan. Kita berebutkan dirinya dan berjaya, kita bakal luka sebab yang kita pilih itu kaca. "


Kedua-dua kata itu saya petik dari sebuah buku motivasi diri Membina Jiwa Serasi hasil penulisan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.


Tak mau cerita panjang-panjang pasal ni. Saya mahu kamu berfikir tentangnya. Jika rasa ada kekeliruan di situ, sila bagi tau. Saya akan bagi penjelasan. Echeh, macam cikgu pulak.... Hehehe.... Inilah jadinya bila pelajar engineer berangan nak jadi cikgu kaunseling.

Orang panas baran tak boleh berubah???

Nobody perfect. Saya tahu tu. Tapi kita sebagai manusia, perlu ambil inisiatif untuk mengubah diri sendiri.

Saya dulu bukan seorang yang penyabar, cepat marah. Sekarang saya mampu mengawal emosi dan amarah saya. Memang bukan senang nak atasi semua tu, tapi paling tidak kita berusaha untuk jadikan diri seorang Insan yang lebih baik. Tidak cepat marah, pandai jaga keaiban orang lain, sabar.... Semua ini kan tuntutan agama Islam???

Saya masih ingat lagi kisah masa saya kecik kecik dulu. Saya seorang cepat nak melenting dan mengamuk. Adik-adik selalu jadi mangsa keadaan.
Paling dahsyat sekali peristiwa pada suatu petang. Masa tu kami semua baru balik dari bersiar-siar dengan basikal, dan adik saya orang paling akhir pulang ke rumah. Seperti biasa orang yang terkahir kena rantaikan semua basikal dan kuncikan mangganya. Disebabkan dia tak tahu mana letaknya mangga *bukan buah mangga erk* tu, dia tanya pada saya. Saya bagi tau la kat mana letak mangga tu. Tak jumpa, tanya lagi dan bising-bising. Saya cakap cari dengan mata bukan mulut. Dia bising lagi tak jumpa. Saya mula naik berang. Saya berjalan laju dengan perasaan marah dan ambil mangga tu terus baling ke adik saya. Tepat terkena pada dahi. Terus berdarah.
Lepas tu baru sedar yang saya tak patut buat macam tu. Disebabkan perasaan marah yang tak dikawal macam-macam boleh berlaku. Sejak itu saya berusaha untuk berubah.

Hari-hari saya berdoa supaya menjadi seorang yang penyabar. Saya dekatkan diri pada Allah. Sucikan hati. Rajinkan diri baca Al-Quran. Semua ini boleh bantu kita.
Jangan sesekali berputus memohon pertolongan dariNya.

Ramai kawan-kawan tak percaya bila saya cerita kesah ini pada mereka. Ramai yang kata saya tipu. Ini bukan cerita rekaan semata-mata yang hanya mahukan publisiti, tapi realiti kehidupan saya. Saya mahu kongsikan bersama kamu semua untuk dijadikan pedoman masa akan datang. Jika saya boleh mengubah diri saya dari seorang pemarah kepada seorang penyabar. Kenapa anda tidak???


*picture credit to google*

SAYA SOKONG VLOGGER MALAYSIA

Saya sokong vlogger Malaysia!!!! 

Siapa lagi mahu sokong kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia.


Bagi vlogger baru seperti saya, tak perlu rasa kecewa atau putus asa bila diberi pelbagai tomahan dari sesetengah pihak. Biasalah tu, baru pertama kali buat vlog banyak kekurangannya. Tidak ramai yang mempunyai kenyakinan yang cukup tinggi untuk berhadapan dengan kamera. Kamu yang vlog tu dah dikira cukup berani untuk mencuba sesuatu yang baru.

Jadikan segala kutukan dan kejian itu sebagai pembakar semangat. Tunjukkan pada dia yang kita mampu jadi lebih baik dari apa yang dia fikirkan. Teruskan usaha menjadi vlogger yang bagus selagi ia tak melanggar ajaran agama Islam.


Pada yang sesiapa yang menyokong kami vlogger Malaysia boleh sertai Segmen : KAMI SOKONG VLOGGER MALAYSIA!. Klik pada gambar di bawah untuk keterangan lanjut.



Mari kita sama sama sokong produk Malaysia jugak, 1tube.my. Laman video yang menapis semua video yang diupload.


27 February 2011

Perbaiki keadaan selagi ada peluang


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta boleh U-turn, terlajak kata boleh minta maaf. Semua perkara boleh diperbaiki. Hanya bergantung pada diri kita sahaja.


Jika kita marah pada sesuatu perkara tak perlu biarkan ia terlalu lama dalam diri, sebab ia akan menjadikan hati dipenuhi dengan perasaan dendam. Bertambah gemuk dan sihatlah syaitan di sekeliling kita jika hal ini berlaku. Mahu gemukkan syaitan buatlah........


Marah boleh dikawal dan dihapuskan. Jangan biarkan marah yang kawal diri kita. Amalkan doa menghilangkan marah agar dosa kita diampunkan dan marah akan pergi jauh dari kita. ^_^



Doa menghilangkan marah :

" Ya Allah! Ampunilah bagiku dosaku, keluarkanlah kemarahan daripada hatiku dan lindungilah aku daripada syaitan "
Credit to Dara.com edisi mac 2011




Perbaiki keadaan segala kita ada peluang. 



* Fikir-fikirkan dan selamat beramal *

Blog Bicara Gadis bukan sekadar direview


credit to Shahazrin.com


Terkejut saya bila saya tahu blog saya direview oleh Shahazrin.com. Macam mana tahu??? Gerak hati lah. Echeh, macam bagus sangat gerak hati tu. Nak muntah hijau atau pengsan, silakan. Nak kutuk pun boleh. Saya relakan. Saya tak kesah...
Paling penting ini memang betol betol bukan cobaan. *wink2* buat muka comel... auw, comel ke.. T__T

Jika tak salah saya, inilah pertama kali blog saya direview. Terima Kasih. Arigatou.... Cakap gaya gaya wanita Jepun pakai kimono sambil tunduk tundukkan kepalanya.


Shahazrin bukan sekadar review blog saya tapi dia juga memberi komen dan cadangan kepada saya yang masih merangkak-rangkak dalam dunia blog ni. Inilah yang kita perlukan dalam dunia blog. Memberi komen dan cadangan. Saling tolong menolong menaikkan blogger bukan menjatuhkan blogger.


Antara cadangan yang diberikan:
  • Seimbangkan sidebar. ---> masih dalam proses.
  • Iklan nuff letak di atas ---> telah diubah kedudukan
  • Buang poll dari nuffnang ---> sudah dibuang

Terima kasihlah bagi cadangan semua tu. Selama ini saya tak pernah sedar pasal semua itu. 
Kadang kadang kita akan terlupa sesuatu bila terlalu asyik. Jadi perlu untuk kita saling mengingati. Tak gitu kengkawan??? 



Sampah juga ada gunanya


" Orang macam engkau ni sampah masyarakat. Tak de gunanya. "

" Apa tulis entri macam ni? Tak de info langsung. Macam sampah. "


Beginilah mentaliti masyarakat kita, menganggap sampah ni tak berguna langsung. Merasa diri dah terlalu hebat untuk mengatakan orang lain sampah. Jika kita benar benar bagus dan hebat, kenapa tidak jadikan sampah tu sebagai sesuatu yang berguna??? Kenapa nak perlu tembak sasaran terus ke muka orang itu??? Tak pasal pasal terus mati keinginan orang tu mahu berubah. Sampah akan terus jadi sampah. Semakin busuk dunia dipenuhi sampah...Euwww....



Sampah macam tu boleh berubah menjadi yang lebih berguna ke??? Siapa kata tak boleh??? Meh saya nak p basuh kepala dia dengan clorox bleach dan dynamo bagi bersih sikit. Lepas tu barulah boleh berfikir dengan rasional.


Pernah dengar pasal konsep kitar semula atau guna semula??? Mesti pernah kan??? Takkanlah tak pernah dengar kot??? Cerita hot lagi sensasi bukan main lagi cepat aje amek port.....

Tin tin kosong, kertas kertas yang diconteng, kotak kotak kosong, besi besi buruk, sisa sisa makanan..... Semua ni sampah bukan???
Tapi sampah sampah ini akan menjadi sesuatu yang berguna selepas melalui proses kitar semula.
Begitu juga 'sampah masyarakat' dan 'entri sampah' tu. 
Semua sampah akan jadi sesuatu yang berguna pada kita jika salurannya betol.



Sampah yang konon konon tak berguna pada kita tu 
sebenarnya mungkin berguna pada orang lain.





26 February 2011

Tak mampu updated jika berada di luar


Sejak dari pagi tadi saya tak dapat updated blog sebab saya pergi melawat kawan di Hospital Kuala Lumpur. Hanya ingin berikan sedikit kata semangat dan kegembiraan pada dia. Harap dia cepat sembuh.

Saya tak mampu updated blog bila berada di luar. Saya tak ada broadband. Saya gunakan streamyx, plus komputer tua...opsss, marah abang jika baca ini. Tak reti berterima kasih pulak si adik ni. hehehe....
Patut bersyukur dapat menumpang kasih di komputer tua ni sebab tak dapat kasih sayang dari laptop saya. Harap saya akan dapat kasih sayang baru...*wink2*



Semua bermula dari bayi


Kehidupan kita sekarang semua bermula dari seorang bayi. Seorang bayi yang tak tahu apa apa melainkan menangis. Selepas itu kita akan berlajar minum, makan, merangkak, berjalan, berlari, sehingga apa yang kita ada sekarang.

Semuanya kita belajar secara perlahan-lahan. Tiada satu bayi pun yang keluar-keluar boleh terus berlari.

Kehidupan kita memang sebegitu. Segalanya bermula dari bawah, secara perlahan-lahan akan naik ke atas langkah demi langkah. Semuanya perlukan masa. Tiada istilah segera melainkan mee segera. 

Nak menjadi seseorang yang bernyakinan pun perlukan masa. Perlu hadapi langkah demi langkah.
Bermula dari berlatih bercakap seorang diri dihadapan cermin dan dihadapan kamera seorang diri.
Rasa remeh??? Tak praktikal??? 
Sekarang cuba fikir jika seorang yang pemalu tiba kena berucap di hadapan orang ramai dan dia ada masalah darah gemuruh. Mau tergagap gugup berucap di situ. Semua orang gelakkan dia. Biasalah lumrah dunia, orang yang lemah pasti akan jadi bahan ketawa. Macam tengok siaran langsung Raja Lawak la pulak. Tak gitu??? 

Agaknya la kan, kenyakinan dalam diri orang yang pemalu tu akan naik atau terus jatuh menjunam??? *bayangkan dan fikirkan*


Jangan menjangkakan semua orang hebat seperti kita sebab kita jugak melalui proses bayi itu sebelum kita perolehi apa yang kita ada sekarang.


25 February 2011

Terima kasih Irine Nadia Marcello


Minggu lepas Irine Nadia Marcello telefon saya. Memang tergamamlah saya masa dengar dia perkenalkan diri Irine. 
Minggu sebelum tu dia ada email, dan dua hari lepas pulak dia sms. Wah, bukan main kerap lagi kan.... Macam dah rapat sangat. Echeh....


Macam boleh rapat macam tu???
Pasal saya beli barang kat dia...hehehe...

Barang apa??? *mesti ada yang boleh agak apa dia*


Virgin Coconut Oil (VCO) keluaran Catalyst Nutraceutical (m) Sdn Bhd
Saya beli yang jenis softgel. Senang sikit nak telan.
Kalau jenis cecair cam tak lalu je. hehehe
Inilah bungkusan yang saya war-warkan kat sini.



Saya baru nak cuba produk ni. Hasilnya nanti saya akan bagi tau. ^__^
Sebenarnya dah lama nak cari supplement untuk kesihatan, tapi baru jumpa yang berkenan. Nampak sangat cerewet.



Yuyu Zulaikha blogger paling comel


Pertama kali berjumpa Yuyu Zulaikha di Putrajaya untuk buat vlog bersama 1tube.my

Masa itu Yuyu tak sempat kenalkan diri lagi saya dah pergi tegur dia. " Hai Yuyu "

Saya tiada masalah untuk mengenalpasti dirinya siapa. Tak perlu nak fikir sampai berkerut-kerut dahi. Jimat Bio essence saya. Hehehe...

Nampak tak betapa pentingnya letak muka kat dalam blog. Paling tidak kita kenal dengan siapa kita selalu berbalas komen.  ^_^

 Comel kan dia???
Suara dia pun comel jugak.
Tak percaya???
Klik sini


Picture credit to Fana


Buat vlog untuk bina kenyakinan diri


Masih ingat lagi Vlog yang buat ramai orang gelak. Itu vlog saya yang pertama bersama 1tube.my  .
Saya tak kesah pun orang nak cakap mereka ketawa melihat saya di situ. Mereka kata saya gugup dan macam pembaca berita sedih. Itu semua komen yang bagus untuk saya perbaiki diri. ^___^


Biar orang kata vlog tu kosong atau tiada kualiti. At least kita boleh perbaiki untuk vlog seterusnya supaya  jadi lebih baik.

Mungkin ada yang berpendapat blogger baru ni buat vlog untuk popular. Blogger otai buat dia pun nak buat jugak. Ok la. Itu pendapat kamu. Saya terima.


Sekarang cuba fikir secara positif dan tenang. Tanpa kita sedari sebenarnya vlog ni boleh meningkatkan lagi kenyakinan diri. Kita akan jadi lebih bernyakinan bercakap depan orang ramai. Berani nak bercakap depan kamera. Seorang pemalu boleh jadi peramah. Tak perlu lagi nak sorokkan diri disebalik pokok bila jumpa orang. Bukan semua ni satu anjakan paradigma yang bagus untuk seseorang???



Setiap orang ada pendapat masing masing. Setiap orang juga ada teguran yang ingin disampaikan, tapi biarlah teguran tu lebih berhemah. Bukankah itu lebih baik???


Setahun Lalu

Sudah jadi tabiat, pagi lepas siap semua kerja di rumah je terus masuk blog. Updated satu dua entri. Saya akan pastikan saya updated 6 entri setiap hari. Cuba untuk jadi rajin updated entri. Cuba untuk asah akal fikiran supaya dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis. Cuba untuk memperbaiki gaya penulisan supaya lebih menarik minat pembaca. Berapa banyak cuba dah hah??? =.=

Sekali lagi saya cuba nak siapkan puisi yang tertangguh setahun. Senyum saja tak perlu katakan apa apa. ^_^


SETAHUN LALU


kau berlalu tanpa kata
diam seribu bahasa
diri jatuh rebah
melihat dirimu berubah

apakah salahku
teganya dirimu
melukai hatiku

puasku jaga kaca cinta kita
akhirnya berkecai tanpa diduga
puasku jaga mahligai kasih kita
rupanya musnah tanpa dipinta

setahun berlalu sekelip mata
dirimu hadir tanpa kusangka
mohon ingin bersama
membina kembali cinta

cukup sudah sekali
tak inginku berdarah kembali
buang saja sisa cinta kita
tak perlu lagi diungkit kata

aku pasrah aku redha
cintamu sudah tiada
biarkan berlalu cuma
tanpa kenangan lama




Akhirnya, berjaya jugak siapkan. Macam mana puisi saya??Ok???Agak-agak berapa bintang???hehehe
Ok la, ada abang pos laju depan rumah tu. Nak bagi barang. Barang apa erk???Entahlah...Sat na saya p tengok.Bye.... ^_^





Makan tempe boleh jadikan diri awet muda?

Hidangan makan malam yang sangat ringkas malam ni. Tempe goreng berempah. Dimakan bersama sambal kicap. 
Tak makan nasi waktu malam bukan sebab tak mau gemuk atau apa, cuma saja  mahu mengubah selera makan. Anak jawa la katakan. Makan tempe tu sudah jadi kebiasaan. ^__^

 Sila terliur tengok gambar tempe goreng yang bukan saya masak.
Hehehe...
Ni gambar yang saya ambil dari blog Perlis News.
Gambar tempe goreng makan malam tadi tak sempat nak capture dah habis.


Ada desas desus mengatakan mengamalkan makan tempe mampu mengekalkan wajah yang muda remaja. Wah, gitu. Sejauhmana kebenaran tu? Adakah ini suatu fakta atau hanya kabar angin?

Apa yang kita tahu tempe diperbuat daripada kacang soya. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, kacang soya ini lah yang mempunyai kandungan antioksida yang boleh membantu menentang radikal. Secara tak langsung ia menjadikan diri kita awet muda.

Rasa rasa nak always muda remaja, rajin rajin lah makan tempe. ^_^


24 February 2011

Mula bercakap umur 5 tahun


Saya tengok budak budak sekarang sangat petah bercakap even baru setahun dua. Beruntungnya mereka. Saya ni mula menyebut perkataan pertama masa berumur 5 tahun. Pelik??? Memang pelik....

Mama kata mulai dari 1 tahun hingga 5 tahun tu saya hanya menggunakan bahasa tangan. Tarik  tarik baju mama bila nak apa apa benda. Tunjuk barang yang diingini. Semua guna tangan. Suara tak terkeluar langsung. Sampai mama dan abah bawa saya jumpa doktor. Mereka ingatkan saya bisu. Doktor kata saya manusia normal.

Masuk tadika, saya baru pandai cakap selama setahun. Memang pelat habislah. Yelah, baru belajar bercakap. Sangat dahsyat. Cikgu pun kadang kadang tak paham. Kawan kawan asyik gelakkan dan ejek. Saya tak kesah. Tu kelemahan saya.

Pelat pelat pun masih bernyakinan nak jawab soalan cikgu. Selalu jadi budakpertama nak jawab soalan. Nasib baik jawapan betol, tapi kesian cikgu tu berkerut kerut dahi nak pahamkan percakapan saya. hehehe

Bila saya dah melepasi sekolah rendah saya rasa sangat bersyukur. Berkat kesabaran saya digelak dan diejek tu saya berjaya sampai sekarang ni. Mereka yang gelakkan tidaklah sebangga gelak besar mereka tu. Sekarang hanya mampu tersenyum bila mengenang masa lalu itu.


Hidup ini umpama post di Sahabat Blogger
kejap di atas kejap di bawah. 
Kadang tu terus lenyap dari pandangan. 
*Perumpaan baru*


Saya pernahlah dengar kawan cakap saya bodoh kerana terlalu bersabar. Bodoh sangat ke orang bersabar ni??? Bersabar tu kan tuntutan agama. Salah ke saya bersabar???
Bagi saya kesabaran yang dianggap bodoh itu akan menjadi tindakan paling bijak dalam hidup bila ia membuatkan hasil. Right???

Dilema memilih kanta lekap


Seorang kawan blogger, Ery Farieha ada jual kanta lekap. Tetiba rasa cam nak cari kanta lekap sahaja. Dah lama tak pakai kanta lekap atau cermin mata. Lagak si rabun yang konon konon nampak jalan di hadapan.

Sejak peristiwa memandu dari putrajaya ke rumah tempoh hari, buatkan saya makin berkobar-kobar untuk mencari kembali mata ke dua saya. Serik sudah. Memang teraba-raba mencari jalan tak dapat baca tulisan di signboard tu.
Kes tersasar tu tak payah cakap. Bukan main jauh jalan pulang. T___T

Banyaknya pilihan kanta lekap yang dijual Ery ni. Pening kepala eden mau memilih. Tak tau nak pilih mana satu. Sebelum ni pakai kanta lekap tanpa warna sahaja. Kali ni nak pakai kanta lekap berwarna pulak. Senang sikit nak cari jika tercicir. hehehe... Alasan sampingan... 

Warna apa ya nak pilih??? Warna biru nampak plastik sangat. Grey ok tak???

Saya nak cari kanta lekap yang boleh bagi nampak besar sikit mata. Nampak lebih semangat dan bernyakinan. hehehe....
Tak mau dah dengar orang cakap mata kecik macam ikan puyu. Ikan puyu tu camne rupanya erk??? Tak pernah nampak pulak mata ikan puyu. Pandai pandai tau cakap mata macam ikan puyu.

Boleh tak kamu semua tolong saya. Nak pilih mana satu ni???

SUPER NUDY 16.5 mm

PRINCESS NUDY 14.7 mm

KIRA KIRA 16.0 mm


Tiga jenis ni yang saya berkenan dan mempunyai power. Tapi yang mana satu lebih sesuai untuk saya pakai??? Dilema sungguh. Opinion please..... Sambil buat muka comel....


Sesiapa yang berminat boleh pergi ke page Famouse Korea Lens di blogspot atau di facebook.




Cukuplah... Jangan ditanya lagi.


Hampir setiap bulan kad jemputan majlis perkahwinan akan sampai ke rumah. Tak kira tu majlis kawan ke saudara mara ke jiran sebelah rumah ke atau jiran rumah nenek. Memang seronok dapat pergi ke majlis perkahwinan ni. Boleh cuci cuci mata sambil cari jodoh. Opsss....


Masa hadiri majlis perkahwinan ni lah akan selalu diterjah. Mulalah para 'wartawan' mengajukan pelbagai soalan yang tak mampu saya nak jawab. Semuanya pasal perkahwinan saya. Saya konon konon berlagak artis yang popular hanya mampu kata NO KOMEN...
Itu pun masih tak puas hati lagi tu nak tanya jugak....
Saya malaslah nak jawab panjang lebar. Nanti tak pasal-pasal air mata ikut keluar selaju jawapan yang keluar dari mulut. T___T
Cheh, drama aje lebih... hehehe


Janganlah diungkit lagi pasal perkahwinan tu. Biarkan masa mengubati kelukaan lama.
Salahkan seorang wanita berkahwin pada usia 26 atau 27 ?
Kenapa perlu nak bangkitkan isu perkahwinan bila usia dah melepasi 21 tahun?
Rasa masih terlalu muda untuk melayari bahtera perkahwinan tu.....
Banyak lagi persiapan yang masih belum terlaksana. Persiapan apa??? Mental dan rohani lah.
Perkahwinan ni bukan permainan masak masak cam masa kecik kecik dulu.


Ada yang cakap saya terlalu memilih. Alahai, saya nak memilih macam mana kalau tak ada orang yang nak pilih saya. hehehe... Just Joking... ^___^


Doa-doakanlah saya akan bertemu dengan pilihan hati. Pilihan hati saya orang macam mana??? Teeeeettttt.....Akan di jawab pada next entri. Dah laparlah. Mau pergi makan.Makanan kat meja tu dah berjoget lagu cindai melambai lambai....hehehe...


Mungkinkah saya akan berkahwin pada tahun 2012???
Hehehe...NO KOMEN
Pilihan hati masih belum ditemui.... ^___^


Puitiskan Diri Anda



Saya dijemput oleh Atiq Salleh untuk join segmen dia. Dia suruh berpuitis pulak dah.
hehehe... Bab berpuitis memang saya suka. Bak kata rakan-rakan sekuliah dulu, saya ni minah jiwang. Lantak p la depa nak kata apa. Itu memang hobi saya.... ^___^


Sekarang ni dah tak boleh nak fikirkan puisi baru. Terpaksalah geledah koleksi lama dalam peti simpanan. hehehe... Sekali tengok berderet koleksi puisi. Amek!!! Tak tau nak pilih yang mana satu. At last saya ada dua pilihan puisi, Kerana dan Aku Insan Biasa. Tak boleh bagi dua dua. Nampak tamak sangat. hehehe...


Fikir punya fikir, saya pilih puisi Kerana untuk segmen ni. hehehe. Antara dua tu puisi Kerana yang nampak lebih puitisnya....  ~ layan






KERANA


Apa lagi hendak kukata
Bila cinta yang kau ungkapkan
Ternyata dusta
Semuanya hanya kepuraan

Kau racun halaman kasih kita
Setelah kubaja benih cintamu
Kau lerai ikatan kasih kita
Setelah kusimpul erat cintamu

Tiada lagi keindahan fantasi cinta
Takkan lagi kuimpikan mahligai kasih
Cintamu terkubur dalam hatiku
Bayanganmu terhapus dari ingatanku

Kutakkan rebah hanya kerana dusta cintamu
Kukan tetap berdiri menggapai impianku
Kutakkan berpaling hanya kerana pujuk rayumu
Kukan tetap terus berlari mengejar cita-citaku

Kerana kehadiranmu kukenal erti derita
Kerana kasihmu kukenal erti bahagia
Kerana janjimu kusengsara menanti cinta
Keranamu terlenyap sudah segalanya




Puitis tak...??? hehehe
Sesiapa yang suka berpuitis macam saya boleh la join segmen ini di  Segmen Puitiskan Diri Anda sebelum Jumaat, 25 Febuari 2011.


Sebalik tabir vlog di Putrajaya


Cerita sebalik tabir ni macam pembikinan filem pulak... hehehe... 
Memang tak sangka saya akan berjumpa idola saya, Ben Ashaari. Cubit cubit pipi masa tu. Aduh sakit!!! Ini betol betol bukan cobaan. Hehehe


Sebelum pergi bukan main semangat nak tanya macam macam. Tapi bila berjumpa kelu seribu bahasa. Alahai, saya tetiba jadi pemalu... Pasai pa??? Kawan bukan main excited bergambar. Saya terkaku di situ. Fikiran kosong. Apa ke hal entah... =.=


Apa apa pun saya still enjoy dapat bersantai bersama abang Ben Ashaari. Dia sangat peramah dan mesra. Paling penting tak kedekut ilmu. Banyak yang saya pelajari masa tu. ^___^


Adik adik khusyuk mendengar abang Ben Ashaari bercerita.


Nisa kay menerjah Ery Farieha


Kami semua bergambar sebelum pulang.



Picture credit to Fana and Aizuddin


Psssttt, nak tengok vlog saya klik [sini]
Terima kasih kepada 1tube.my sebab memberi saya peluang buat vlog tu. ^___^



23 February 2011

Kucing pun paham bahasa


Tak paham tak paham tak paham.... Kenapa dengan sikap orang Malaysia ni. Suka tau buat buat tak paham. Menyampah saya... T_T


Dah kata jangan buang sampai kat situ, nak jugak buang. Dah kata cintailah sungai kita, tak cinta jugak. Main campak sahaja sampah ke dalam sungai. Jangan pulak tak campak sampah ke sungai campak ke longkak. Sampah dalam longkak pun akan mengalir ke sungai juga ye adik adik, kakak kakak, abang abang....


T J kucing saya pun boleh paham saya cakap. Sekali sahaja marah dia pasal berak kat bilik terus dia tahu berak kat tanah. Bila saya panggil dia suruh keluar dari bilik dan suruh duduk diam atau tidur, terus dia buat. Hish kamu semua ni tak malu ke? Kucing yang tak pergi sekolah tu pun paham bahasa . Takkan kamu tak.

 Terus duduk diam lepas kena marah.
Baiknya dia.
^_^
Kucing pun boleh jadi baik, kamu semua takkan tak boleh.
Mesti boleh kan???



Banyak lagi sebenarnya sikap rakyat Malaysia yang sepatutnya nak saya rungkaikan.
Tapi blogger lain dah bagi tau pun dalam blog mereka, so tak payahlah saya nak ulang ulang. Kamu semua pandai pandai kan? ^_^



Vlog yang buat ramai orang gelak


Kejutan di petang hari dari Akmal Hilmi seksi . Dia bagi tau yang vlog pertama saya dah di upload dari 1tube.my. Waaaa... Malunya caye. Dia mesti gelak guling guling depan laptop tengok vlog saya tu. T__T


Lepas dapat tau tu saya terus ke 1tube.my. Toleh kiri kanan nak tengok vlog tu. Kebetulan masa ni mama dan abah nak keluar. Hati berdebar debar nak tengok. Tunggu mama dan abah keluar pun rasa macam setahun. Malu lagi nak tunjuk kat mereka, sebab saya tak tengok lagi.


Cepat cepat tengok bila enjin kereta abah dah berbunyi. Memang saya gelak guling guling tengok ni. Alahai, mesti kawan kawan lain pun mesti sama jugak. Macam mana boleh jadi gugup sebegitu rupa. Padahal masa belajar kat universiti dulu selalu kena puji dengan kawan kawan sekuliah dan pensyarah sebab nyakin sahaja lakukan presentation. Nampak sangat bakat dah semakin menumpul setelah berbulan duduk kat rumah  ni. Nak kena p asah lagi ni. Next Vlog... hehehe





Jika loading agak lambat di sini, boleh terus klik [ini]


Pssstttt tengok vlog ni gelak senyap senyap wokey.... Sayonara....


Menghitung hari


Zaaasss... Idea terus hilang dari kepala. Hajat nak tulis pasal lain tapi lain pulak yang jadi. T J la ni tetiba mengiau semacam. Saya dan mama dah gelabah sangat tadi. Ingatkan T J nak beranak. Melilau T J ni pusing pusing satu rumah cari tempat persembunyian.


Saya sudah semakin risau melihat perut T J yang seakan tiba masa untuk beranak. Siapalah yang nak jadi bidan nanti. FATIN!!!! Jerit nama adik yang kat UIA tu. Bajet dia boleh dengar. Fatin balik la jadi bidan.  Hantar mesej guna gerak hati. hehehe


Setiap hari saya dan mama kira hari. Nak target bila T J akan beranak. Tapi kiraan tu bukan tepat pun. Sebab tak tau bila T J start mengandung. huhuhu



Harap semuanya berjalan lancar.
Tak sabar nak tunggu anak-anak sulung dari T J.




Photoshoot di Putrajaya

 

Semua ni adalah model tanpa bayaran. Hehehe... Konon konon photoshoot untuk majalah.... Cerita sebaliknya ada di sini.
Jaa ---> http://jaa64.blogspot.com/
Saya cik Gadis Hanim ^_^


Terima kasih pada jurukamera Muhammadnuraizuddin yang tak berbayar jugak... hehehe

Sejauh Mana Persahabatan Antara Blogger

Nak join klik gambar di atas


Selagi lagi bro framstone buka segmen untuk semua bloggers. Segmen kali ni berkaitan dengan persahabatan yang terjalin antara bloggers.

Sejak kebelakangan saya rasakan persahabatan antara bloggers bukan sahaja terhad di alam maya, malah berpanjangan ke dunia nyata. Itu yang mebuatkan saya bertambah seronok dan semangat untuk blogging.



Antara kelebihan yang saya perolehi :

  • Tambah kenalan kat Facebook dan twitter.
  •  Teman ajak gathering, jalan jalan cari makan, dan cuci cuci mata. ^___^
  • Teman carikan kerja. hehehe
  • Tambah pembaca kat blog.
  • Tempat berkongsi idea dan mengadu masalah.
  • Dapat tumpang populariti blogger lain... lalala


Credit to : Kyerull



Semoga Keyrull cepat sembuh.
Sama-samalah kita berdoa.

Even baru sekali jumpa Keyrull kat gathering Shah Alam,
tapi rasa macam dah lama kenal.


22 February 2011

Hanim bukan budak sekolah


Sakit perut rasa tahan gelak. Semua gara-gara entri Hanim sebaya Ben Ashaari???
Entri tu saja nak usik Abang Ben Ashaari. Ada pulak yang bagi respon kata saya nak ngorat Abang Ben.  Alahai dia tu dah sebaya pakcik bongsu saya wokey. Ada jugak yang kata saya boleh kawen dengan Abang Ben. Ish, korang ni saja nak cari nahas erk. Rasa rasa nak tengok piring terbang kat depan mata buatlah gosip cenggitu. Hahahaha... Gelak guling guling dalam angan. Tak boleh gelak guling guling kat alam nyata ni. Sat lagi mama pelik pulak tengok anaknya ni. Saya waras lagi erk.... ^_^ 



Usia? Ramai tak percaya... <---- Iklan



Memanglah rasa seronok bila orang tak percaya yang kita ni dah agak berusia. Bila berjalan dengan adik perempuan, mereka akan kata adik tu kakak saya. Wah, Awet muda gitu. Padahal 4 tahun beza antara kami.

Tapi ada jugak yang tak best. Memang sangat tak best. Sebab dingorat oleh budak sekolah. Aduh!

Banyak kali pulak tu. Paling tak boleh lupa peristiwa kat dalam bas masa perjalanan dari ke batu pahat ke UTHM. Ramai orang pulak masa saya nak naik bas tu. Tak ada tempat kosong so terpaksa duduk sebelah seorang budak laki ni. Tetiba budak tu pandang saya dan tanya, " Sekolah mana? " 
Cepat cepat aje saya jawab saya bukan pelajar sekolah lah tapi pelajar universiti. Dia pun cakap, " nampak macam budak 16 tahun "
Waaaa.... T_T
Setiap tahun saya dengar orang cakap saya budak 16 tahun. Tak kira lah makcik atau kenalan baru. Bila mau meningkat usia ni. Budak budak sangat ke muka saya? Terpaksalah lepas ni buat muka garang dan serius. hehehe....



Saya yang pakai tudung pink tu.
Nampak cam budak sekolah ke?
Tak kan?
=.=




 

Hanim sebaya Ben Ashaari???


Dua tiga kali gosok gosok mata. Berkerut kerut dahi. Kenalah sapu Bio-essence kat muka lepas ni. hehehe
Memang tak percaya apa yang saya baca kat entri Ben Ashaari tadi. 



Entri yang mana tu? Ni hah ---> Sapa kata wife tak marah aku blogging ?

Sangat tak percaya.... Yela selama ni panggil Ben Ashaari tu abang, sebab rasa diri ni muda. hehehe.. Padahal sebaya. Opss...

Tetiba rasa nak sorok muka, keluar nak pakai topeng bila jumpa Ben nanti. Malu.... hehehehe... Terlebih sudah.

Betol ke apa yang saya baca tu? Tak percaya lagi... Memang nak kena cubit ni. hehehe
Betol or tak tu hanya Ben Ashaari aje yang boleh jawab...



pssttt... Vlog kedua dari Ben Ashaari dah keluar. Klik [sini]






 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_