Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

26 February 2010

5 sifat yang disukai

Lima sifat wanita yang disukai lelaki :
  1. Keibuan - Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mumpunyai ciri-ciri keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah. Ia turut memudahkan mereka untuk bermanja.
  2. Prihatin dan menghargai - Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.
  3. Menjaga penampilan - Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai diri.
  4. Bijak berbicara - Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti ini bukan sahaja menjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual. Mereka juga boleh menjadi lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.
  5. Solehah - Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak

~ Adakah diri ini memenuhi kelima-lima ciri di atas...??? saya tak mampu untuk katakan ya... hanya orang sekeliling sahaja mampu menilai diri ini... ~


Lima sifat lelaki yang disukai wanita :

  1. Percaya diri - Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton teruskan bermain. Pada masa yang sama cuba bermain sukan lain juga. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang.
  2. Lelaki lucu - Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Tetapi berpatut padan dalam pergaulan. Lelaki yang gemar berjenaka dapat membangkitkan suasana ceria kepada teman wanitanya terutama apabila dia sedang bersedih.
  3. Romantik - Lelaki romantik sentiasa menjadi idaman wanita. Harus diingatkan bahawa romantik bukan bermakna gatal dan mengada-ngada tetapi bijak mengambil hati dan pandai berkata-kata untuk mengawal keadaan.
  4. Bijak - Lelaki bijak turut menjadi keutamaan wanita sebagai teman istimewa atau suami. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi penampilan dan cara membawa diri menjadi perhatian. Selain wajah kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang bijak.
  5. Kemas - Lelaki yang kelihatan kemas dan sentiasa berpakaian sedap mata memandang menjadi pilihan wanita. Kuku turut memainkan peranan penting, jadi pastikan kuku anda dipotong rapi dan bersih agar wanita yang mendampingi anda tidak lari. 

Sang Pecinta Setia

sudah lama rasanya diri ini tak berkarya. tetiba pulak malam ni nak berkarya. ni gara-gara bosan kira hasil  questionnaire budak smk sri gading la ni. letih gak nak kira... lepas siap taip, terus contact my friend. she always jadi mangsa pertama untuk baca hasil nukilan saya. lepas semua ok baru save and upload kat belog. tapi kali ni beza sikit. saya tak tau nak letak tajuk apa.... nasib baik cik As ada tolong bagi idea... tajuk ini hasil buah fikiran dia lah... anyway thank ya cik As.... hehehe...



SANG PECINTA SETIA

Sakit di mata
Sakit di hati yang terguris
Bagaikan dihiris, sakitnya tak tertahan
Dan kutatap gambar cinta kasih kita
sudah hilang manis madunya

Titis air mata jatuh menyentuh pipi ini
Pedih rasa hati bagai ditusuk panah duri
Dan kusapu, kerna kabur pandanganku
Dalam langkah tarian hidupku

Duhai sayang, tiada cinta
Menghiasi taman hati ini
Hanya aku sendirian
Tak berteman, keseorangan

Oh Sayangku, hanya aku
Yang terasa sakitnya cintamu
Seandainya ada cinta
Takkan lagi kukembali

Oh sayangku
Masih kuternanti pada janji
Betapa pedihnya
Penderitaanku menanti
Harap akan berakhir hanya di sini
Selamanya

Dari mata, dari hati yang terluka
Makin kumengerti dirimu yang kunanti
Moga nanti ada cahaya menyinari
hidupku bila tiba masanya




25 February 2010

keNaLi DiRi 2

 Salam 1Malaysia. 

bertemu kembali. sambung lagi pasal diri saya. semoga semua dapat lebih memahami diri ini. Mohon maaf jika tingkah laku atau kata-kata saya menyinggung perasaan kamu semua.




1)  mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain
saya sentiasa inginkan yang terbaik untuk mereka yang sentiasa menyayangi diri ini.

2)  sangat penyayang dan pemurah
memang sgt penyayang, lagi-lagi dgn mereka yg syg pada saya.

3)  ada daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua. tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada
hehehe... biasalah... semua orang kawan saya....

4)  mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling untuk memahami
personaliti saya sentiasa berubah. 



5)  umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran
hidup mesti pandai sesuaikan diri.....
6) mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood)
saya memang seorang yang sentiasa bergantung pada mood.




 inilah saya
terimalah apa adanya.....



23 February 2010

keNaLi DiRi

Webfetti.com
selamat membaca mengenai diri ini.


1)         cukup seimbang
 Ya.... No komen...

2)       suka kepada orang yang sayang padanya
      of coursela suka pd semua orang yg syg saya.
tp cinta ini hanya utk mereka yg benar-benar ikhlas

3)       suka ambil jalan tengah
      hehehehe... 
suka ambil jln tengah bila kemalasan melanda diri.
4)      sangat menawan dan sopan santun
      yeke??? 
hanya orang sekelilingku dapat menilainya

5)        kecantikan luar dan dalam
mungkin... hehehehe... malula....
6)         tidak pandai berbohong dan berpura-pura
betol,betol.... 
tapi kejujuranku ini selalu disalaherti
sehingga ia memakan diri

7)          mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
ada yang tak tahu menghargai kebaikan yg diberikan
(sedih... huk3)
8)        sentiasa suka berkawan
hidup tanpa kawan dan keluarga
ibarat hidup di tengah hutan belantara

9)            hatinya mudah terusik, tapi merajuknya tidak lama
saya ni sensitif sikit. sikit saja... 
hehehehe... 

10)         ada kala cepat marah
cepat marah dan cepat reda.
11)            macam mementingkan diri sendiri
macam saja bukannya betol pun

12)              tidak menolong orang kecuali diminta
kadang-kadang saja camni. 
semuanya bergantung pada mood masa tu.

13)          suka melihat dari perspektifnya sendiri
100% betol... hehehehe...
14)           tak suka terima pandangan orang lain
ops, terlebih sudah... mane ade cmtu... tak patut tau... huhuhu...

15)          emosi yang mudah terusik
sebab itu lah saya cepat moody

16)            suka berangan-angan dan pandai bercakap
suka berangan-angan tu memang tak dapat nak dielakkan. 
cermin selalu jadi mangsa. hehehehe
segala kejayaan bermula dari suatu angan-angan. 
saya akan berusaha sekeras mungkin utk melaksanakan angan-anganku itu.
saya memang suka bercakap. bercakap dgn nyakin. hahaha...
selalu jadi mangsa utk presentation. 
alasan yg selalu didenger, " ko kan pandai bercakap "

17)          emosi yang kelam kabut


18)         daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
 sememangnya mempunyai daya firasat yang tinggi,  


19)       suka melancong, bidang sastera dan seni
suka melancong sambil belajar
saya memang minat sangat bidang satera dan seni. 
ada yang menggelar minah jiwang. 
i dun care...
Webfetti.com


20)         pengasih, penyayang dan lemah lembut
terus kelu. 
tak tahu nak komen ape, malu...
21)         romantik dalam percintaan

22)          mudah terusik hati dan cemburu
dah saya ni sensitif, nak buat camna lagi. .hukhukhuk... 
dalam hati ini ada taman bunga

23)        ambil berat tentang orang lain
especially yang tersayang....
24)          suka kegiatan luar
suka camping n kawad. 
itupun masa sekolah menengah dulu la...

25)         sukakan keadilan
keadilan itu memang dituntut... 
semuanya bergantung pada situasi

26)          boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
hish, tak la... salah tu... huhuhu...

27)               ada kalanya mudah patah semangat
memang... betol la tu...


27 sikap ini disenaraikan oleh
Dato' Dr. Fadzilah Kamsah  
berdasarkan kajian 25tahunnya

11 February 2010

A.T.H.M.A





Tidak mahu jadikan penyakit saya sebagai alasan untuk tidak melakukan kerja berat berat. Tapi, apakan daya.  Tak sangka yang ia jadi serumit ini. Baru aje amik sampel air sisa yang berat tu dah jadi camni. Mula mula sakit sakit bdn. Ingatkan hanya sengal sengal biasa jerk. Tapi jadi semakin melarat pulak. Demam lagi (suhu badan = 36.7), and then penyakit athma kembali. Dan disebabkan itu, hari ini telah kehilangan hampir Rm50 utk kos perubatan. Doktor bagi tau salur penafasan sempit... Patutlah rasa sesak nafas aje,,,, harap semuanya akan kembali normal...




Tak ada rasa menyesal kerana diberikan sakit sebegini.






Setiap penderitaan pasti akan hadir kebahagian.  










07 February 2010

LU PIKIRLAH SENDIRI de movie

 lokasi : DTII, UTHM
tarikh : 6 Febuari 2010
Masa : 8.30 mlm

LU PIKIRLAH SENDIRI de movie, tajuknya saje dh membuatkan kite tertarik utk menonton. lagi2 bile dpt tau byk artis top berlakon dlm filem ni. antaranya nabil sebagai pelakon utama, puteri sarah, mila af, meet uncle hussein, fahrin ahmad,  zaibo, amy search and faizal tahir. even de yg berlakon dlm 1scene je, kemunculan mereka itu boleh membuatkan semua penonton bersorak. terutamanya time scene faizal tahir. saya pun turut terkejut melihat kemunculan faizal tahir. first time die muncul di layar perak. memang tak rugi menonton LU PIKIRLAH SENDIRI de movie. berbaloi2. movie ini berkaitan realiti kehidupan yang penuh dugaan.citernya kelakar tp de moral value yg boleh di jadikan motivasi diri.


" Benci tu Biar Berpada-pada.
Hidup ini mesti ada matlamat. Impian kene besar. "


 tetap nak menonton tayangan eksklusif  LU PIKIRLAH SENDIRI de movie mlm td even  tgh demam. hepi sgt dpt tgk tayangan ekslusif tu. first time tgk movie yg blum kuar panggung lg. excited sgt. tak kesah pn nabil tak dtg ms tayangan ekslusif ni, asalkan dpt tgk movie tu sblm kuar panggung.


so excited dpt duk belakang kerusi VIP and media. mengharapkan pelakon yang akan duk situ, tapi rumahnya staf HEP plak yg duk. tapi tak pe la, asalkan saya duk dpn sekali. hehehehe...


sempat bergambar sementara 
menanti tayangan dimulakan.


(hanim + mala, inah + asi + ryn)







bukan setakat dapat menonton tayangan ekslusif tapi boleh gak dapat hadiah bernilai lebih dari RM 80 dari SDAF sdn bhd. itupun if number pada tiket tu bertuahlah. yang pasti aku bukan golongan tu. jarang sekali saya akan dapat cabutan bertuah. sekali je pernah dapat kat UTHM ni. tu pun masa diploma. masa tu mengahadiri majlis makan malam kelab keusahawanan dan teknologi.

0338 bukanlah no yang memberikan tuah pada malam tadi.

sesi pemberian hadiah pada penonton2 yang bertuah. 
beruntung mereka yang dapat hadiah tu. c0ngRat 4 u all...



lapar la plak lepas tgk movie. tadi tak terasa lapar coz excited sgt nk tgk LU PIKIRLAH SENDIRI de movie

bihun sup menjadi menu pilihan. menu ni je la yang ade selera nak makan masa demam ni. tempat kali ini bukan di pinang sebatang, tapi di medan selera. terletak berhadapan Jehan. first time makan di situ. tapi tak rugi saya mencuba, coz bihun sup tu sedap. lepas ni bolehlah datang lagi utk makan bihun sup. menu tu je yang saya tau sedap setakat ni. yang lain tak mencuba lagi.


calendar pocket yang di beri oleh pihak SDAF sdn bhd. 


menonton tayangan ekslusif LU PIKIRLAH SENDIRI de movie merupakan pengalaman yang bererti






 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_