Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

18 March 2011

Filem HMM menarik sebab 18SX ???


Ramai yang cakap filem Hikayat Merong Mahawangsa ni menarik. Saya tengok trailer filem ni kat tv pun rasa tertarik. Tak sabar nak tengok hasil seni anak Melayu kita yang boleh setaraf filem hollywood gitu.

Akhirnya semalam saya berjaya masuk ke panggung melihat sendiri filem ni. Tak mau duduk dengar cerita orang sahaja. Nak jugak merasa keseronokan menonton filem ni.

Filem ni seronok sebab part 18SX tu ke??? #ohtidak

Part mana yang 18SX tu??? Tak tengok lagi??? Nak tau boleh klik SINI. Munira anak Sajuti ni dah ceritakan setiap detailnya. So tak perlu saya nak ulang lagi. #malu

Lepas saya tengok cerita ni baru saya tahu pasal kewujudan Hikayat Merong Mahawangsa ni. Hish Hish... Memang tak patut...

Lepas tengok cerita ni jugaklah saya berminat nak tahu lebih lanjut pasal Hikayat Merong Mahawangsa ni.


Computer-generated imagery (CGI) yang digunakan oleh KRU dalam filem ni nampak real berbanding filem  Melayu lain. Bagus!!! Takbir spring kat KRU....

Pasal konsep Pancaran Haba Archimedes dalam filem ni mungkin nampak agak tidak logik di situ. Saya tak mau komen banyak-banyak sebab isu ni pun dah diketengahkan dalam blog Bila Tergigit Halia di SINI.


Ini contoh ilustrasi konsep Pancaran Haba Archimedes
Sumber dari SINI


Filem Hikayat Merong Mahawangsa ni bukan sekadar filem yang ada unsur 18SX dan unsur aksi.

Filem ini ada pengajaran di sebaliknya.
  • Jangan nak menilai orang sebelum kita kenal hati budi dia. Merujuk kepada Tuan Puteri dan Putera Marcus.
  • Jangan terlalu ikutkan nafsu, kerana nafsu menyebabkan akal menjadi cetek. Tak boleh berfikir secara waras. Pengajaran dari sikap kemawas yang bernafsu syaitan itu.
  • Jangan terlalu bongkak dan memandang rendah pada orang lain. Banyak perkara yang  boleh terjadi di luar dugaan kita. Pengajaran dari sikap kemawas jugak!!!
  • Kebijaksanaan mengatasi segalanya. Jadilah orang yang bijak mengatur strategi dan bukan hanya pandai tunjuk lagak kekuatan sahaja. Kebijaksanaan Merong Mahawangsa membuktikannya.

Menarik bukan filem Hikayat Merong Mahawangsa ni??? Apalagi tunggu, p la serbu panggung di kawasan terdekat anda.

Baik buruk filem ni anda nilai sendiri lepas menonton. Lain orang lain pendapat.... ^_^

20 comments :

  1. oh!..mekaseh berkongsi ttg citer ni,siap bagi link2 lain lagi..

    t la tgok.pnggung sini xsiar kot citer malaysia..huhu

    ReplyDelete
  2. nantila nak tengok...tggu versi cetak rompak... hehehe

    ReplyDelete
  3. rasa mcm tgk ong bak 3 plak mse tgk teaser bg citer nie.. :D

    ReplyDelete
  4. ermmmmm eerrr betol ke ni?
    haish.. nak g tgk laa..

    ReplyDelete
  5. alamakkk. lupe nak review pasal archimedes tu ;( waa

    ReplyDelete
  6. alamal x tgk lg, sb xda org ajak pon, he3...

    ReplyDelete
  7. kena blajo sejarah la b4 g tgk cite nie huhu :p

    Meh singgah: Seksinyer dia!!

    ReplyDelete
  8. siap bg pengajaran best ni nak tgk xsempat lg ..;)

    ReplyDelete
  9. kehkeh tang part 18sx yg bebudak laki sme diam je kecuali tetaufiq
    adoi bising betui budak tu dlm wayang
    hahaha

    ReplyDelete
  10. tapi hikayat sebenar kan. jentayu ngan garuda tu BURUNG. bukan orang. si KRU ni dah ubah mengikut logik akal. sebabnye hikayat yang sebenar tuh datang sebelum zaman Islam. So amat mengarut hikayat sebenar. tapi apa2 pon kita enjoy apa yang KRU sampaikan. thumbs up.

    ReplyDelete
  11. sy pon dh ter'view'.. eheheh..

    hhhmmm.. cita ni dh mcm spartan je tgok..

    ReplyDelete
  12. hikayat nih mmg best! first tengok! macam x caya je nih cter melayu! thumbs up to all of them~

    ReplyDelete
  13. salam

    tak minat la tngok filem..heheh


    ziarah rakan yang difollow =)

    ReplyDelete
  14. penat carik gambar 18SX. xda pon. LOL

    ReplyDelete
  15. eh eh.... citer ni ada org ckp ok. pembikinan dia 90% buat kat terengganu... yippe, negeri tumpah darah kakiku ketika aku eksiden... hehe

    ReplyDelete
  16. ntah bila la labuan ni nak ada GSC ke TGV ke demm =.-

    ReplyDelete
  17. wau...banyak pengajaran...hahaha.....
    hehehe
    tgk xnak ajak erk..hehehe

    ReplyDelete
  18. cite ni memang de tarikan tersendirikan...kawan yaty de tgk cite ni ckp cite ni best...yang pasal lucah tu tak taw lah plak...hihi

    ReplyDelete
  19. hm..ramai ckp best, memang satu pilihan yg bagus, filem epik yg boleh setanding dgn filem epik barat

    ReplyDelete
  20. kak hanim. betul2. cerita ni dah setanding hollywood da. sekurang2nya, malaysia dah ada filem yang boleh diangkat ke peringkat international. bukan macam filem2 malaysia yang lain. sangat stereotype,. contohnya, mat rempit, seks, anak2 orang kaya yang memandu kereta mewh dan bnyak lagi lah. tak nak bermurai dekta sini. haha

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_