Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

26 March 2015

Miss Engineer bukan Tomboy



Situasi 1 :
*Perbualan antara saya dan kenalan di twitter*

"Akak, ayah tak bagi saya belajar bidang engineering."
"Kenapa pula ?"
Sebenarnya saya dapat agak kenapa ibu bapa tidak menggemari anaknya memilih bidang engineering. 
Saya saja buat-buat tanya macam tak tahu. Lalala ~
"Ayah tak mau anaknya jadi kasar macam lelaki."


Situasi 2 :
*Perbualan antara saya dan wartawan Harian Metro*

Pot pet pot Pet (pot pet sahajalah ceritanya bila tuan empunya diri kurang makan kismis)
"...biasanya engineer ni ..."
Tak sempat wartawan habiskan ayat, saya terus memotong 120km/j.
"Tomboy ?"
Saya menyoal dengan iringan gelak comel saya. 
(Cukup sekadar baca. Jangan bayangkan saya gelak comel. Kang ada yang muntah berbaldi-baldi pula.)
"Saya sama je macam perempuan lain yang biasa. Cara berpakain dan berjalan tak jauh beza pun dengan perempuan lain. Takde pula saya jalan kengkang kengkang dan bercakap kasar."
Cuma kadangkala jalan nampak bersepah bila laju. Hehehe


Situasi 3 :
*Perbualan antara kawan-kawan bila keluar beramai-ramai*

"Jangan tak sangka dia ni Engineer."
"Tak macam Engineer pun. Lembut je."
Saya yang mendengar tak tahu nak buat reaksi muka macam mana. Sedih atau gembira ? Huh ...


Tiga cerita yang berbeza tetapi maksudnya serupa.


Semasa di Universiti, saya lihat yang bersikap lasak hampir kepada sifat lelaki itu pelajar Kejuruteraan Mekanikal. Syhhh... Jangan bagi tau kawan-kawan.

Tak sangka pula perempuan yang menceburi bidang Kejuruteraan Awam juga dianggap kasar dan  lasak seperti lelaki.

Saya berbaju putih bunga kecil merah jambu. Saya nampak seperti tomboy ke pakcik ?

Hurm... Mungkin perempuan berbaju kurung nampak ayu walaupun dia kayu.
Ok Ok ... Saya belanja satu gambar saya pakai seluar.

Sat na ... SAT

*
*
*

Taraaa ...

Gambar zaman kegelapan


Tomboy ka ?
Tak tahu la nak kata lagu mana kalau dah pakai baju kembang semangkuk dengan selendang merah jambu pun boleh nampak tomboy ... Lagu Siti Nurhaliza boleh ? Hee


Sebenarnya bidang kerja yang lasak belum tentu menjadikan diri seorang perempuan tu tomboy.

Bagi adik-adik (perempuan sahaja) yang mempunyai minat setinggi Gunung Everest terhadap kerjaya Jurutera, adik-adik haruslah yakinkan Ibu Bapa yang adik ni adalah perempuan Melayu terakhir.

Rajinkan diri melakukan kerja-kerja yang menyerlahkan sifat keperempuanan. Errrr... Pelik je bunyi. Rasanya lebih sedap lagi bunyi sifat kewanitaan. Hehehe.

Kalau tak reti nak pakai kain batik dan suka duduk terkangkang depan tv tengok perlawanan bola sepak tanpa mengendahkan orang sekeliling atau suka main sepak takraw dikala petang hari, memang akak pun tak boleh nak yakinkan Ibu Bapa awak dik oiiii ....




SEMOGA BERJAYA. Senyum sikit ...




13 March 2015

Demi sebuah pengalaman


Pernah tak alami situasi begini, akal dan tubuh sudah terlalu letih nak siapkan kerja yang berlambak.
Kadangkala terasa bosan dan mengantuk seperti oksigen tidak mengalir ke otak. Timbunan kertas pun dilihat seperti bantal yang empuk...

Apabila semua kerja dihumban kepada kita seorang sahaja, 
terasa nak jerit dekat dekat dengan telinga bos,
"Bossss.... Bukan saya seorang sahaja pekerja dalam syarikat ni"

Poyo ja cerita ... Sebenarnya bila bos bagi saya kerja, saya hanya cakap O.K je depan bos.
Tapi, bila duduk mengadap komputer di meja terus terbeliak biji mata memikir nak buat mana satu kerja dahulu.

Haip, Haip .... Jangan fikir macam-macam ya. Timbunan kertas yang berselerak itu hanya lakonan untuk menunjukkan bertapa banyaknya kerja saya... Lalala ~
*situasi berlaku pada tahun lalu di bekas pejabat saya*


Saya pernah juga terasa letih nak kejar dateline semua kerja. Semput, semput...
Pernah juga sampai suatu tahap saya terasa nak letak surat berhenti kerja atas meja bos. 
Nah bos ! Notis berhenti 24 jam.
Terasa nak je tapi tak tersampai tangan ini nak letak surat berhenti. Hehehe... 
Bayangkan bolehlah cik akak oiiii...Nak buat tu tak tercapai tanganku.


Setiap hari cerita keluh kesah sahaja. Alahai... Bosannya yang mendengar. Huh ~


Nak dijadikan cerita motivasi, di suatu pagi saya terdengar ada pemanggil telefon HOTfm untuk mengadu masalah kepada Dr. R.
Paling menarik tangan saya untuk kuatkan radio adalahhh....
Pemanggil tersebut menghadapi masalah yang HAMPIR SERUPA dengan saya.
Hampir sahaja ya bukan 100% serupa. Hehehe ...

Dr. R telah menasihati pemanggil agar berfikiran positif dan menganggap semua itu adalah sebagai sebuah pengalaman untuk diri kita sendiri.
BETOL jugakkk ...

Jika diri tidak diberikan pelbagai jenis kerja, kita tidak akan belajar ilmu baru dalam bidang pekerjaan kita.
Jika diri tidak diberikan banyak kerja, kita tidak akan tahu tahap kemampuan diri kita.


Cuba dulu buat semua kerja, jika tak mampu agihkan sikit kepada orang lain. Hahaha... 
Akhir sekali ni bukan nasihat Dr. R

05 March 2015

Arkitek dan Jurutera Awam (pembinaan bangunan) sama tapi tak serupa


Kekeliruan orang ramai terhadap kerja ARKITEK dan JURUTERA AWAM (pembinaan bangunan) memang dah jadi kebiasaan bagi saya. Sedangkan mama saya yang mempunyai anak seorang Jurutera pun masih keliru dengan peranan antara jurutera awam dan arkitek.

" Siapalah jurutera yang buat ni. Letak kedudukan pintu tak strategik. "
" Mama, yang tentukan kedudukan pintu tu bukan jurutera tapi arkitek."

Penuh keyakinan mama mempersalahkan jurutera.
*saya pun keliru nak sedih ke nak gelakkan*


Saya tak salahkan mereka yang selalu salah tanggap.
Masih ada yang keliru antara kerja Arkitek dan Jurutera Awam (pembinaan bangunan).
Ada juga adik-adik yang bertanya, "Kak apa bezanya antara Jurutera Awam dengan Arkitek ?"


Arkitek dan Jurutera Awam (pembinaan bangunan) bekerja di bidang yang sama tapi tugas kerjanya berbeza.


1) Kedudukan

Di dalam carta aliran pembinaan, Arkitek berada paling atas selepas pemaju (tuan empunya bangunan atau tanah). Arkitek bertanggungjawab menyelaras pakar-pakar dalam rekabentuk struktur, mekanik dan elektrik.
Selepas Arkitek barulah Jurutera Perunding dan Kontraktor.
Makna kata lain, bayaran Arkitek lagi tinggi daripada Jurutera Awam. Ops! Kalau nak tahu bayaran tinggi atau tidak, tanyalah Arkitek. Hehehe ...


2) Merekabentuk

Tugas seorang arkitek ialah merekabentuk sesuatu bangunan bersesuaian dengan kehendak serta keperluan pelangan dan memenuhi undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Arkitek akan menganalisis keperluan pelanggan dan lokasi yang dicadangkan sebelum menyediakan lukisan-lukisan lakaran berdasarkan konsep rekabentuk bangunan yang sesuai.
Tugas seorang Jurutera Awam (pembinaan) pula ialah merekabentuk sesuatu struktur bangunan mengikut rekabentuk bangunan yang telah dibuat oleh arkitek dengan mengambil kira faktor keselamatan.


3) Pengeluaran

Arkitek bertanggungjawab menyediakan pelan rekabentuk bangunan untuk kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Seterusnya, Jurutera Awam akan menyediakan lukisan perincian struktur bangunan untuk memudahkan kerja-kerja pembinaan.

4) Pengawasan
Arkitek juga seperti Jurutera Awam yang perlu mengawasi dan menyelia kerja semasa pembinaan. Perbezaannya adalah Arkitek akan bertindak sebagai ketua kumpulan dan menyelaras tugas pakar-pakar yang terlibat termasuk kontraktor-kontraktor. Arkitek juga merupakan orang tengah antara pemaju dengan Jurutera Awam atau kontraktor untuk hal-hal seperti pembayaran. Tugas Jurutera Awam pula melibatkan tinjauan ke tapak binaan bagi memastikan sesuatu projek selamatJurutera awam perlu ada kemahiran menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengetahuan tentang kerja-kerja pembinaan. 



Faham tak apa yang saya telah terangkan ?
Ok ya ... Setakat itu sahaja pembelajaran kita pada kali ini. Hehehe...
Maafkan saya jika ada salah silap. Saya risau juga kalau ada arkitek yang baca.






 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_