Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.
Showing posts with label UTHM. Show all posts
Showing posts with label UTHM. Show all posts

12 April 2015

Ayam Goreng Butter Menggamit Memori


Tetiba ada sedikit kerajinan nak masak ayam goreng butter. Padahal bukanlah nak kata rajin sangat. Ayam goreng butter ni mudah je masaknya. Mudah la kot... Hee

Semuanya ni angkara berborak dengan rakan sekerja tentang universiti tempat belajar dulu.
Inilah bahananya bila rakan sekuliah juga adalah rakan sekerja. Dari tahun pertama kerja di PJ sampailah sekarang ni tak habis lagi cerita memori universiti. 
Bila entah kami nak move on.
Ketika di univesiti dulu, saya dan seorang kawan bernama Shamimi suka order nasi putih dan ayam goreng butter di cafe yang terletak berhampiran bilik pensyarah dan kolej kediaman pelajar. Seingat sayalah waktu tu saya belajar diploma. Saya suka bau ayam goreng butter yang ada daun kari. Boleh menambah selera makan gitu. Tapi berat badan kami berdua tak bertambah juga. 
Errr... Cerita lagi pasal memori universiti. Apalah tak mau move on lagi ni. 
Tutup buku, Tutup buku... Meh kita buka buku resepi. Hehehe.


Ayam goreng butter ni bukanlah makanan sihat pun ya ibu ibu bapak bapak.
Makanan yang berminyak macam ayam goreng butter tak boleh amalkan setiap hari. 
Sekali sekala kepingin macam saya boleh la...


Saya rasa nama ayam goreng butter ni patut tukar ke ayam goreng planta. Saya tak sempat guna butter. Tak sempatlah katanyah... Padahal suka sangat dengan bau planta bercampur daun kari.




Ayam Goreng Planta


Bahan-bahan A
5tbsp tepung gandum
1tbsp tepung jagung
Sedikit lada sulah
Secukup rasa

Bahan-bahan B
300g isi ayam
1biji telur

Bahan-bahan C
1ulas bawang holland
2ulas bawang putih
10biji cili padi
Beberapa helai daun kari
2biji telur
Garam secukupnya
Planta secukupnya


Cara-caranya :
1. Gabungkan kesemua bahan-bahan A dan gaul sebati.
2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk isi ayam dan gaul sebati.
3. Tuangkan tepung ke dalam mangkuk isi ayam dan ketepikan.
4. Cincang dadu bawang holland dan bawang putih.
5. Hiris cili padi. Boleh tambah atau kurangkan kuantitinya. Bergantung kepada selera masing-masing.
6. Cairkan planta untuk menggoreng ayam. Goreng ayam sehingga sedikit kekuningan.
7. Gunakan sedikit planta yang telah digunakan menggoreng ayam untuk tumiskan bawang holland, bawang putih, dan cili padi. Masukkan secubit garam. 
8. Masukkan ayam yang telah digoreng. Masukkan daun kari.  Masak sehingga sedikit kegaringan.
9. Perlahankan api dan masukkan 2biji telur yang telah dipukul dan kacau laju-laju.
10. Kuatkan api dan masak hingga garing.



Taraaa....

Dah siap untuk dimakan.




SELAMAT MENCUBA !



Segan silu juga saya nak tulis resepi cincai ni. Errr... Kbye



17 June 2011

Terkilan tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan kawan di Melaka




Cerita perkahwinan kawan ni dah hampir dua minggu baru nak rasa terkilan hari ni. huhuhu....
Sebenarnya dah lama rasa terkilan. Lepas tu lupa sekejap, tapi sekarang rasa terkilan tu datang lagi. Semuanya kerana melihat gambar-gambar perkahwinan dia di Facebook la ni. -_-

Saya bukan sengaja tidak mahu menghadirkan diri, tapi keadaan tak mengizinkan. T_T 



 Meriah! Ramainya kawan-kawan universiti yang datang.
Rindu kat mereka. Y_Y
(Ambil dari facebook pengantin)





TAHNIAH HAFSAH !!!
SELAMAT PENGANTIN BARU !
baru nak ucap.lambat betol.-_-





Bicara Hati gadis :
Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukannya. Harap saya berkesempatan nak pergi melawat dia masa kelahiran baby pertamanya nanti. Bila time saya pulak???



28 March 2011

Kantoi kami blogger suka bergambar

Tak terkata saya bila baca entri kat blog kawan UTHM saya. Asyik sangat bergambar sampai orang duk snap gambar kami pun tak perasan. Malunya saya... Nyorok bawah meja sat... 


Tengok sahaja gambar yang diletakkan dalam entri tu memang terserlah kami semua ni blogger suka bergambar. KANTOI!!!


Kami memang camtu pun! Pergi mana-mana sahaja pasti bergambar. Bermacam-macam gaya posing ada. 



Siapa yang tak suka bergambar??? Bagi tau saya....



Saya rasa tak de pun orang tak suka bergambar. Orang tak lawa cam saya pun suka bergambar.... lalala ~


INI entri yang mengkantoikan kami blogger suka bergambar....




 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_