Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

30 November 2010

makan PERIA untuk SIHAT



Pahit pun sanggup ditelan demi kasih sayang terhadap diri. Siapa tak sayang diri woi... Mai habaq kat che'... Tetiba jadi orang utara.... 


Bila mama ke pasar and tunjukkan peria, saya angguk sahaja. Bila ditanya, ada yang makan ke. Terus pecut 100km/j jawab ada. Menganggap semua orang sama. Sanggup telan benda pahit tu untuk sihat. Masa kecik kecik memanglah saya tak suka peria, PAHIT. Disebabkan nyamuk suka sangat cium saya and meninggalkan love bite, saya terpaksa merelakan diri makan peria lepas dengar mama cakap makan peria darah jadi pahit and nyamuk tak gigit.
Budak kecik memang mudah percaya. Apa yang mama cakap tu hanyalah satu helah untuk mendorong anak anaknya makan peria. *saya sahaja yang terpedaya dengan helah tu.Huuu*



Apa pun alasan yang diberi oleh Ibu pada anak anaknya, semua itu adalah untuk kebaikan. Peria ni memang bagus .



Jom kita terjah kebaikan peria untuk kesihatan :




Ubat untuk Diabetes
Peria mengandungi insulin. Insulin berfungsi mengawal kadar glukos dalam darah.  Rajin rajinkan jari jemari untuk klik [medicineNet.com] untuk mengetahuinya lebih lanjut.
Pesakit diabetes boleh amalkan minum jus peria setiap pagi sebelum menjamah apa apa makanan. Tak perlu lagi nak pergi klinik setiap bulan untuk amik insulin. Minuman jus peria perlu diambil tanpa sebarang ubat lain. Kalau tidak, kandungan glukos dalam darah akan jadi terlalu rendah. Adus, bahaya tu .... Silap silap hari boleh pengsan .... 



Penulenan Darah
Timbul bisul, alahan .... and macam masalah kulit yang berpunca dari keracunan darah. Darah pun boleh beracun. Siapa punya angkara ni? Haiseh, lagi mau tanya ka... Mestilah angkara diri sendiri. Makan entah apa apa... Bercampur aduk... sehingga menyebabkan keracunan darah.
Darah perlu dicuci. Pergi ke hospital, keluarkan semua darah and ganti dengan darah lain. Rugi wooo buat camtu... Eh, ada ke orang buat macam tu? *fikir sejenak* 
Tak payah buang masa fikir lagi, pergi ke supermarket and beli peria. Amalkan makan peria semasa perut kosong. Perubahan boleh dilihat dalam masa 4-6 bulan. Perlu konsisten. Bukan hangat hangat tahi lembu...




Bagus untuk pesakit buasir
Jus peria bagus untuk pesakit buasir? Ini bukan rekaan saya tapi lifemojo yang bagi information.
Hanya perlu buat jus peria campur susu and minum setiap pagi. Selepas sebulan akan nampak perubahannya. Mudahkan.... ^_^



Baik untuk perut
 Peria sememangnya agen pecernaan yang bagus dan membantu dalam merangsang rembesan jus gaster. Makan peria boleh menghalang sembelit kerana peria mengandungi selulosa yang merupakan sumber fiber terbaik.


Membantu menurunkan berat badan
Mahukan bentuk badan yang perfect? Tak payah usah usah lagi. Amalkan sahaja makan peria. Peria dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk tingkatkan metabolisme badan. Cuba jangan tak cuba. *wink2* ~ patutlah badan maintain slim.... suka makan peria.....



Penjagaan Mata
Peria juga seperti lobak, mengandungi karoten yang tinggi. Karoten dapat mengurangkan masalah mata. 


Berguna untuk pesakit Taun
Jus daun peria berguna untuk perubatan penyakit taun peringkat awal.





Perangsang Imun
Minum segelas jus peria setiap pagi dapat membantu menguatkan sistem imun dalam badan. Sistem imun ibarat bodyguard yang jaga opis. Bodyguard melindungi opis daripada perompak. Sistem imun dalam badan menghalang penyakit yang serang.




Penjagaan Kulit
 Peria boleh menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri ciri penulenan darah. Kulit muka juga akan nampak lebih berseri seri. Baru tahu ini. Harus amalkan makan peria setiap hari. Lepas amalkannya jerawat pasti takkan berani datang lagi. Mau pergi beli peria lagi, nak berperang dengan jerawat. Habislah jerawat lepas ni..... Ahaks.... Gelak jahat plus tanduk kat kepala .....





Harus percaya pada semua kebaikan peria yang saya nyatakan. Semua itu saya perolehi dari Health Benefits of Bitter Gourd (Karela) at lifeMojo.




29 November 2010

Bukan ayat ayat Cinta



Selalu bercerita tentang Bahasa Jepun bukan bermakna saya lebih membanggakan Bahasa Jepun . Hanya ingin berkongsi ilmu . Lebih bermanfaat dari dibiarkan di dalam kotak usang . 


Hari ini kita belajar Grammar . Bukan Grammar Bahasa Inggeris tapi Bahasa Jepun . Echeh .... dah macam cekgu pulak .... berangan seketika .. *wink2* 


Ada 3 jenis ayat mudah yang perlu diberi penekanan dalam Bahasa Jepun :



1)  Ayat Penyata Positif

し    かせ 
Watashi   wa   gakusei   desu
subjek + wa + prediket + desu
 

2)  Ayat Penyata Negatif

し    かせ   
Watashi  wa  gakusei   dewa arimasen
subjek + wa + prediket + dewa arimasen



3)  Ayat Tanya
た    か  て
Anata   wa   gakusei   desuka ?
subjek + wa + prediket + desuka




Apa perbezaan antara ketiga tiganya ? Jumpa ?
Cuba perhatikan akhir ayat . Ayat penyata positif ada desu , ayat penyata negatif ada dewa arimasen , and ayat tanya ada desuka . Lepas ni bila tengok cerita Jepun boleh la pratikkan . Kenalpasti jenis ayat yang digunakan . Olalala....


I'm still remember hint yang sensei bagi masa belajar Bahasa Jepun kat universiti dulu . Bila dengar ada sebutan desuka kat akhir ayat and tak tau nak jawab panjang lebar, cukuplah sekadar cakap Iie atau Hait . 
Lepas tu orang Jepun mesti fikir orang Melayu ni pemalu ..... Dia tanya panjang lebar , kita jawab sepatah sahaja ....*ni bukan sensei yang cakap tapi saya.hikhikhik*




Kosa kata :
gakusei = pelajar
desu (sebutan : des) = adalah
dewa arimasen = bukan
desuka = adakah
sensei = cekgu 






23 November 2010

Kegilaan terhadap chocolate

Alahai chocolate. Cair saya bila tengok chocolate secair chocolate di jari. Saya dan chocolate memang tidak dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu. Kegilaan saya terhadap chocolate semakin menjadi jadi bila saya rasa tersangatlah tertekan. Ada yang cakap chocolate ni menggemukkan. Ah, tipu semua tu. Auta sahaja lebih. Sebenarnya chocolate tidak menggemukkan. Chocolate mampu merehatkan minda. Saya pernah terbaca mengenainya di majalah DARA. So, sesiapa yang rasa stress bolehlah makan chocolate.
Chocolate Chocolate Chocolate .... Cardbury sebuku besar pun saya mampu habiskan seorang dalam masa sehari... If chocolate tu menggemukkan , sudah pasti saya akan mengembang dan terus mengembang sehingga u all tak kenai lagi siapa saya. Saya tak mau gitu.... 


 Makan chocolate adalah satu nikmat yang tak terhingga bagi saya. Tapi ada yang lagi baik dari itu. Membuat coklat itu sendiri. Itu lebih nikmat.... Syok abes... Tak percaya ? Cubalah.... ^_^


Proses mencairkan chocolate menggunakan kaedah double boiling.
Kiri : dark chocolate & Kanan : white chocolate




 White chocolate di tuang pada lapisan pertama.
Lapisan dark chocolate akan dituang selepas lapisan pertama keras.




Hasilnya......
Taaadaaa....

 Bermacam jenis chocolate ada



Chocolate ada dot dot...
Nak namakan chocolate ni Dottie Chocolate...
Sesuai tak ?

 Chocolate bars....



 Sekarang masa menikmati chocolate buatan sendiri... Daaa....

 

Stop Child Abuse



 Bermacam macam isu kita pernah dengar mengenai Child Abuse. Child Abuse bukan sahaja melibatkan penderaan fizikal. Child Abuse merupakan apa sahaja perbuatan zalim yang dilakukan ke atas kanak kanak, tak kiralah sama ada secara fizikal, mental, or seksual.




Masih ingat lagi pada wajah kanak kanak perempuan ini ?


Nama adik itu ialah Syafia Humairah Sahari. Dia mati akibat didera oleh teman lelaki ibunya. Kanak kanak itu diperlakukan seperti barang yang tidak mempunyai perasaan. Dimana letaknya perikemanusiaan seorang insan?
Apa yang membuatkan saya lebih kesal ialah jiran jiran memberi alasan tidak membantu sebab ingatkan lelaki itu adalah ayahnya. Adakah tindakan zalim yang dilakukan pada adik Syafia wajar dilakukan oleh seorang ayah? Ini menunjukkan masih ada rakyat Malaysia yang tidak peka pada keadaan sekeliling. Dalam hal ini ' menjaga tepi kain ' orang perlu diguna pakai.


Selain kes penderaan fizikal seperti adik Syafia, saya juga pernah dengar kes yang dikendalikan oleh makcik. saya. Kes penderaan seksual. Seorang kanak kanak perempuan lingkungan 5tahun dirogol oleh bapanya sendiri. Bapa dia ni manusia ke binatang sehingga sanggup memperlakukan anaknya sebegitu? Kejamnya !


Sebenarnya banyak lagi kes penderaan kanak kanak yang selalu diwar-warkan, tetapi saya hanya bagi dua contoh untuk membuka mata kita tentang apa yang berlaku.


Berita berita tentang Child Abuse membuatkan saya terfikir apakah dunia ini sudah tidak selamat lagi? Kanak kanak pasti akan hidup dalam ketakutan jika masalah ini  tidak dibendung. Takkan kita hanya duduk membaca and mendengar, lepas tu cakap kesiannya budak ini. Wajarkah?
Kita harus bangun dan bertindak membantu menangani masalah ini. 



" Raise your hand, Stop child abuse NOW ! "




unicef



Saya berharap apa yang berlaku pada adik Syafiah tidak akan berlaku pada kanak kanak lain.



Lets get on board to stop child abuse.
 
 
 

KAWAII GADGET'S CONTEST


Contest lagi... Berapa contest dah dia join... Ada pulak orang bersuara. Malu..... Sorok bawah meja. Tekup muka....  
Ni namanya orang kurang kerja... Siapa ada kerja kosong...? Sila bagi saya... nak Engineer... *wink2*


Terjah belog sebelum buat entri sudah jadi kewajipan. At least one blog in a day. Sekadar menghargai mereka yang rajin jejak kaki ke belog saya. Terjah punya terjah, ada pulak yang tag untuk join contest... Cam tau tau aje saya memang berhasrat nak join.

Oleh sebab member yang tag, refferal = fana


Lagu yang saya pilih untuk contest sudah semestinya sangat berkait rapat dengan saya. Nak tau lagu apa?

Lagunya adalah


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


NROCINU - Kenangan di KUiTTHO/UTHM




Lagu: Roll Unicorn & Shah Sidious
Lirik: Roll Unicorn


Verse1:
Terkenang daku kembali
Sewaktu ku di IPT
Di tahun 2000 masihi

KUiTTHO nama diberi
UTHM nama terkini
Menggamit 1001 memori

Solo1: Shah Sidious

Verse2:
Setahun dua semester
Mengambil kursus jurutera
Pelbagai cabaran yang menimpa

Berjiran di Parit Raja
Di situ rumah di sewa
Mendapat ketenangan di jiwa

Sub Korus:
Melangkah ke dunia baru
Peringkat yang lebih maju

Korus1:
Di Batu Pahat
Bersama rakan sekelas
Diterangkan oleh pensyarah
Di dewan kuliah
Menimba Ilmu
Tanpa jemu (korus1) / Tanpa rasa jemu (korus2)

Solo2: Shah Sidious

Ooo ooo ooo ooo (Ulang 2kali)

Korus 2:

Korus3:
Melangkau masa
Gigih berusaha
Mengejar apa yang dicita
Akhirnya berjaya

Solo3: Shah Sidious
Solo4: Shah Sidious & Roll Unicorn





Kenapa saya pilih lagu tu? Sebab lagu ini menceritakan perjalanan saya di KUiTTHO/UTHM. Terlalu banyak kenangan. Kadang kadang boleh buat saya tersenyum sendiri and menangis tetiba bila terkenang. Kelakar kan ?
If nak cerita semua suka duka  selama 6tahun kat sana memang tak cukup nak muatkan dalam satu entri sahaja. Macam mana pun saya akan ceritakan secara ringkas and pantas.... Stay tuned,,,,



Kenangan di KUiTTHO/UTHM
Wajah saya sewaktu belasan tahun.
Masih pakai spek.


Menjejakkan kaki ke KUiTTHO/UTHM lepas SPM. Muka pun still kebudak-budakkan. Masih berlari  lari di sekitar kolej tanpa rasa segan silu.  Terasa malu bila ingat kembali.

Lihat wajah innocent kami.
Dah masuk kolej pun masih mahu main kat taman kanak kanak lagi.
Sangat kebudak-budakkan



Saya dan kawan kawan berusaha keras mengejar apa yang dicita tanpa jemu.



Bekerja umpama buruh kasar di tapak bina.
demi mengejar impian menjadi engineer.



Sanggup berjaga malam menyiapkan model.



Disetiap usaha yang kami lakukan pasti ada ganjarannya.
Makan besar ramai ramai setelah selesai tugasan diberi.
Part ni yang paling saya suka. *wink2*


Hampir serata Batu Pahat, Parit Raja, Air Hitam, Kluang kami jelajahi untuk segmen 'JJM' (Jalan Jalan Cari Makan)


Bertuah mempunyai rakan seperjuangan yang caring. Always gather together.



Mereka tak pernah lupa besday saya ~ terharu...



Mereka selalu buat saya gembira di saat saya tertekan.


Selalu menjadi pendengar setia. 
Mendengar masalah saya,
mendengar suara saya yang sumbang...


  
Persahabatan kami takkan berakhir 
walaupun perjalanan kami sebagai mahasiswi telah berakhir.




Semangat 1Malaysia




 MISS UTHM
MISS MY FRIENDS





Untuk keterangan lanjut mengenai contest ni.
Sila klik banner di atas.
Tak perlu bayar pun.
Boleh menag hadiah pulak tu.
Interesting ! Serius....
^_^



Saya Tag :


21 November 2010

Oh Bulan



" Kau cantik ibarat bulan mengambang. "
 

Wow! Membayangkan wajahnya cantik bersinar seperti bulan. Bayangan saya masa kecik. Tapi bila saya telah mula mengenali bulan dengan lebih dekat melalui pelajaran Sains darjah6, saya mula tak suka pada quotes tu. Saya berubah pada

" Kita semua memandang bulan yang sama. "


Malam ini bulan mengambang. Indahkan? Subhanallah... 

Sempat take picture bulan sementara tunggu satu kereta lagi sampai rumah. Kunci abah pegang. tak boleh masuk rumah even sampai cepat. Duduklah kat luar dikeliling nyamuk... Gatal gatal.... Larik....



19 November 2010

kakak pengaruh TERBAIK adik



Seronok rasanya jadi kakak sebab boleh suruh suruh and marah marah. Bila adik tanya 'KENAPA?'. Kakak boleh jawab 'SEBAB AKU KAKAK'. sambil gelak jahat hahahaha.... adik pun tunduk and mukanya nampak sedih sangat. kena buli dengan kakaknya. nampak sangat kejam tak? Macam kakak tiri pulak dah. tak baik tak baik. sambil geleng gelengkan kepala.


 I'm not like that. Tak percaya? Silakan tanya adik adik saya... awal awal bagi rasuah supaya mereka boleh jawab yang baik baik sahaja. *wink2*


Susah jadi kakak ni. Nak layan karenah adik yang macam macam hal. Betol... Tanya kakak kakak U all. Adik kat sebelah dah mula menjeling tajam. Cepat cepat ubah tajuk. Nanti merajuk pulak.


 Seronok ada adik ramai. Lagi lagi bila adik adik lagi tinggi and nampak lebih mature dari kakaknya. Bila berjalan, semua akan cakap kita yang bongsu. Sebab nampak sangat comei di kalangan mereka. Hehehe...



Saya kakak kepada 4orang adik telah pengaruh adik adik saya untuk join dunia belog. Baik tak saya? 
Eh, bagus ke menjebakkan diri dalam dunia belog ni? Entahla... tapi memang ada buruk baiknya.


BURUK >>> melekakan

BAIK >>> mengelakkan diri dari melepak tak tentu pasal + tambah duit poket + tambah kenalan + tambah ilmu  pengetahuan



Sebab apa banyak baik dari buruk? Sebab saya ni blogger kot. tu sebab fikir blogging ni bagus...
Haish, tak dapat den nak pk lagi. Sesiapa nak tambah silakan... Saya tak marah pun. ^_^




p/s : Silalah menjengahkan ke belog adik saya.  Aan and Fayyadh



18 November 2010

Otak oh Otak


Ermmm,,,
Senyap seketika. Membayangkan rupa otak manusia. Macam mana erk rupanya? Tak pernah pulak saya tengok. Otak lembu ada la. Baru semalam tengok. Abah bawa balik kepala lembu yang dikorban semalam.
Berjalan dah mula bongkak pandang ke atas bila ternampak kepala lembu di dapur. Rasa macam nak berjalan melekat kat dinding macam cicakman supaya tak nampak rupa kepala lembu  tu. Elak punya elak, last last terpaksa jugak tengok. Kepala lembu tu bukan kecik macam kepala ayam yang boleh disembunyi dari pandangan mata. Haish, saya ni memang agak geli geli sikit tengok kepala kepala yang putus dari badannya... 
Tekturs daging kat kepala lembu lebih halus dari daging pada bahagian lain. Eh, boleh tau pulak. Tadi geli. geli Hehehe... Geli terus menghilangkan diri bila dah dimasak. Abah buat sup aje daging tu. Kepala lembu perlu dibakar and disiat siat dagingnya sebelum dimasak. Sangat sedap bila teknik memasaknya betol. Macam Hung dalam top chef season3.



Otak manusia perlu dijaga supaya takkan jadi macam otak lembu. Orang kata otak lembu sedap. Tapi saya geli pulak. Mama kata makanlah kalau nak jadi pandai macam lembu. Ok... I understand...



 Ada 6perkara yang boleh menyebabkan kerosakan pada otak :

No Breakfast
Sesiapa yang tidak mengamalkan sarapan pagi akan menyebabkan tahap gula dalam darah rendah.
Ini akan menjadikan nutrien yang dibekalkan kepada otak tidak mencukupi.
Jangka masa panjangnya, kita akan mengalami brain degeneration.


Overeating
Makan berlebihan boleh menyebabkan otak kita semakin pasif.
Bila kita makan terlalu kenyang kita akan rasa mengantuk and malas sahaja.
Otak macam tak cukup oksigen.


Smoking 
 Merokok adalah perkara paling bahaya untuk otak.
Sebab merokok mengundang Alzheimer disease. 

High Sugar consumption
 Jumlah pengambilan gula yang tinggi akan menyerap protein and nutrein.
Keadaan ini akan mengganggu perkembangan otak.
Amalkan sikap kurangkan gula dalam pemakanan
and tambahkan manis dalam senyuman.
Senyum sikit.
Alahai tomeinya



Air Pollution 
 Otak merupakan pengguna oksigen paling tinggi dalam tubuh badan kita.
Semakin banyak udara kotor yang disedut, 
semakin kurang oksigen yang dibekalkan ke otak.
Dah macam buat hipotesis untuk jawab soalan Sains masa UPSR dulu.
*_^

Sleep Deprivation  
 Tidur membolehkan otak kita rehat.
Kurang tempoh masa tidur, 
makin bertambah sel otak yang mati tak dapat rehat. 
Tidur mengikut keperluan. 
Masa tidur orang dewasa antara 5-6 jam.

Wah, dah macam doktor pulak. Hehehe... Saya dapat maklumat ni dari kawan. Dia hantar e-mail. 
Sharing is caring.
 rite ?




p/s : Sila amalkan ke enam enam perkara tu if rasa dah tak sayang lagi pada otak sendiri.


 

Anak dapat result teruk bukan kerana dia tak pandai



Sedih bila lihat anak anak yang lahir dari golongan ibu bapa intelektual dapat result yang kurang memberangsangkan. Echeh, gaya saya dah macam ada anak pulak. tehehee...


Parents, perkara yang sering dibincangkan bila berjumpa sesama sendiri selalunya pasal pelajaran anak anak. Ada yang bercakap result exam anaknya tahun ni merosot, turun kelas. Mula rasa tak puas hati. Tak pasal pasal saya tergolong dalam itu cerita.... Layankan aje...



Mula berfikir matang. Macam ibu ibu. Mencari punca kemerosotan result  kanak kanak ini. Konon  konon nak jadi kaunseling macam dalam segmen Impian Terlepas Ek Eleh Afdhlin.


Result mereka merosot bukan kerana mereka tak pandai. Mereka pandai. Mereka ada kromosom yang mengandungi genetik bijak pandai dari mak ayah mereka. Mereka mungkin tertekan and kepenatan. balik sekolah terpaksa sediakan segalanya sendiri tanpa mak ayah. Mak ayah terlalu sibuk dengan kerja. Basuh baju sendiri, kemas. Semua ini agak berat bagi kanak kanak yang hanya berumur di bawah 12tahun. nak siap kerja yang cikgu beri lagi, ulangkaji lagi. Ada juga mak ayah yang meletakkan harapan tinggi pada anak sehingga mengaturkan terlalu banyak tuition untuk mereka. Penat Penat. Belajar pun tak sangkut, asyik terlepas sahaja dari otak.


Saya beruntung. Belajar tanpa paksaan. Enjoy... ^_^


Jauh perjalanan luas pemandangan, bertambah ilmu pengetahuan. 
Jarang sekali saya nak melekat di rumah masa zaman sekolah rendah dulu. Lagi lagi time weekend. Basikal la jadi teman berjalan ke hulu ke hilir.


Asal lepas kelas tambahan hujung minggu sahaja pasti saya takkan terus pulang ke rumah. Pergi terus ke taman permainan, Bukit Melawati, or rumah member. Kadang kadang sampai bermalam kat rumah member. Study la kengkononnya. Suka cari port baru untuk study. Baru rasa enjoy belajar. Fikiran tenang, belajar pun senang sahaja nak sangkut kat otak. Result UPSR pun ok, 5A. Alhamdulillah.




Kepada adik adik yang akan menduduki UPSR tahun depan, GOOD LUCK. Belajar rajin rajin dengan tenang. Eh, awal sangat pulak wish. Tetiba nak bangkitkan isu ini lepas dengar makcik nak beli SKOR A untuk anaknya dari adik saya. Anak dia tak minat baca buku, suka ngadap komputer. Gunakan kelebihan itu untuk tarik minat anaknya belajar. Idea yang sangat bagus.Bibik memang canggihla...

* Bibik adalah panggilan untuk adik perempuan mak or ayah *

16 November 2010

Selamat Tinggal Lembu !



Agak terkejut saya bila dengar mama cerita kereta bergerak seperti semut dijalanan. Hari Raya Haji kini sudah seperti Hari Raya Puasa. Orang berpusu pusu hendak pulang ke kampung. Oleh sebab kampung saya hanya 15minit dari rumah dengan kelajuan 100km/j secara kosisten, saya hanya akan pulang ke kampung pada pagi raya. Pada malam raya begini saya akan sibuk menyiapkan diri untuk tidur. Sleeping Beauty la katakan. Keh Keh Keh...



EID-UL ADHA
untuk semua blogger yang beragama Islam



 Lembu lembu sekalian jangan nakal erk. Susah pulak nak sembelih nanti. *_^


15 November 2010

Menggamit Rindu



Rindu , rindu , rindu ... Kerinduan akan terasa bila berjauhan. Masa saya kat Johor dulu, always rindu family kat Kuala Selangor. Tapi sekarang bila dah duduk dengan family, rindu pulak dengan kengkawan.  Teringat saat saat indah kami bersama. Berkongsi suka duka. Saya bertuah sebab saya ada kawan kawan yang sangat baik hati. Sentiasa ada masa saya sedang bersedih.


Kami menyanyi bersama,
Kami berjoging bersama,
Kami belajar bersama,
Kami jalan jalan cari makan bersama,
Kami usha pakwe bersama,
Macam macam kami buat bersama...
Macam astro



Kami (me,Haiza, Mimi, Asma, and Fara) selalu luangkan masa bersama. Perjalanan persahabatan kami selama 6tahun terasa singkat. Miss U all !



R :: I :: N :: D :: U 



Salah anggapan



Pertama kali berjumpa di hospital masa adik sepupu kemalangan, dia kelihatan sombong. Penat sahaja saya tersenyum sampai nampak gigi. Sangat kecewa. Muka dia masam sahaja. Inikah isteri sepupuku? ~ Sigh


Dah 3tahun mereka berkahwin, tahun ini baru dapat kenal dengan lia. Nak buat camne, masing sibuk dengan kuliah. Lagipun mereka nikah gantung sahaja. Tahun ini baru buat majlisnya.


Semalam kami sekeluarga dijemput ke rumah mereka di Banting untuk majlis lenggang perut. Majlis ini untuk ibu yang telah mengandung selama 7bulan. If dulu ada upacara pecahkan buah kelapa and golekkan telur ayam pada perut ibu. Tapi semua itu dah tak ada di zaman moden ni. Hanya ada upacara menjamu selera and bacaan doa tanda kesyukuran.


Sangat terkejut dia sangat ramah pada kali kedua berjumpa di rumahnya semalam. Tidak seperti pertama kali berjumpa. Kenapa erk ? Fikir punya fikir punya fikir punya kira, rupanya time jumpa kat hospital tu dia bad mood. Morning sickness. Tu lah sebabnya dia masam sahaja.

Akhirnya setelah 3tahun nikah.....
Congrat to my cousin adil because you will be a father in 2month.


Haish, sepupu lelaki yang sebaya dah kahwin and bakal dapat baby . Saya bila lagi ? Hehehehe... Tak dapat den nak menjawabnya...





Petua orang berpengalaman untuk ibu mengandung  (mama saya lah yang bagi tahu)
Jangan bad mood masa mengandung. Selalu ceria. Amalkan start dari awal kandungan lagi. Supaya baby yang lahir nanti comel.




13 November 2010

Kenangan di KUiTTHO @ UTHM




Zaman bergelar mahasiswi telah berakhir. Kini saya bakal menjejakkan kaki ke alam pekerjaan  Bila agaknya erk . Tunggu .... Masih sabar menanti panggilan kerja . Berjanggut ....


Tetiba pulak teringat kenangan manis di KUiTTHO atau namanya kini UTHM. Pelbagai ragam . 
Pertama kali jadi tumpuan lelaki. Saya sangat menonjol pada tahun pertama di sana .Tahun pertama only, lepas itu saham semakin jatuh menjunam. Ouch ...
Pertama kali bercouple , di situ. Ops ... ~ Blushing .
Pertama kali berlakon di atas pentas tanpa ambil mana mana kursus lakonan .
Pertama kali bermain gamelan. Sangat seronok .....
Di sana juga saya selalu buat latihan vokal. ~ pssstt... Jurutera juga ada bakat seni yang terpendam.


Selalu tersenyum sendiri bila terkenang saat saat itu. Lagi lagi masa saya mengelakkan diri dari seorang lelaki yang nakal. Dua kali saya terjatuh, terjatuh di tangga dan terjatuh di dalam longkang . Nasib baik longkang tak ada air. ~ huh ...


Terlalu lama saya menetap di sana. Start dari lepas SPM lagi, sehingga ada yang tanya bila lah saya nak habis belajar. Tiap tahun nampak saya. Mana taknya, belajar tanpa henti. dari diploma hingga ijazah tak bertukar univesiti. dari nama KUiTTHO bertukar jadi UTHM. dari universiti tu kecik sampailah besar sekarang ni. dari ada satu sahaja shopping complex di Batu Pahat hinggalah ada tiga. macam perubahan berlaku.. tapi saya tetap setia di sana selama enam tahun.


Rindunya zaman universiti. Lagi lagi bila dengar lagu dari NROCINU (ejaan terbaliknya UNICORN).






NROCINU KENANGAN DI KUiTTHO / UTHM
Lagu: Roll Unicorn & Shah Sidious
Lirik: Roll Unicorn


Verse1:
Terkenang daku kembali
Sewaktu ku di IPT
Di tahun 2000 masihi

KUiTTHO nama diberi
UTHM nama terkini
Menggamit 1001 memori

Solo1: Shah Sidious

Verse2:
Setahun dua semester
Mengambil kursus jurutera
Pelbagai cabaran yang menimpa

Berjiran di Parit Raja
Di situ rumah di sewa
Mendapat ketenangan di jiwa

Sub Korus:
Melangkah ke dunia baru
Peringkat yang lebih maju

Korus1:
Di Batu Pahat
Bersama rakan sekelas
Diterangkan oleh pensyarah
Di dewan kuliah
Menimba Ilmu
Tanpa jemu (korus1) / Tanpa rasa jemu (korus2)

Solo2: Shah Sidious

Ooo ooo ooo ooo (Ulang 2kali)

Korus 2:

Korus3:
Melangkau masa
Gigih berusaha
Mengejar apa yang dicita
Akhirnya berjaya

Solo3: Shah Sidious
Solo4: Shah Sidious & Roll Unicorn




Pertama kali dengar lagu ni kat MHI *tak berapa pasti sama ada tahun lepas or dua tahun lepas*, terasa bangga seketika.
Wah, dia yang botak tu dulu pelajar KUiTTHO.
Saya pernah terserempak dengan dia . Echeh, tetiba sahaja ngaku.
Dulu dia bukan artis , jadi saya buat selamba sahaja bila terserempak.
Ada sedikit penipuan di situ .....
Saya baru tingkatan dua pada tahun 2000 .
Hehehe....



UTHM tersayang



Seronok sangat live kat UTHM . Enjoy . Pihak Universiti pun sangat menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan . Laki and perempuan tak boleh tunggang satu motor . Mereka yang di tangkap berkhalwat akan digantung satu semester untuk amaran pertama . Laki and perempuan duduk berasingan dalam dewan . Sebab itu kami sangat baik . Hehehe....
Kami gelar Kolej Universiti Islam Teknologi Tun Hussein Onn . Sebab dulu bukan UTHM tapi KUiTTHO .


Pernah tengok Malaysia's Top Campus ? Rugi tak tengok . UTHM masuk tv . Bangga seketika . Cheh , apa nak heran sangat . Universiti lain dah banyak kali masuk tv . =.=  


Rajin rajin lah tengok video kat bawah ni . Kenal dengan UTHM yang saya sayang ... ENJOY !









12 November 2010

Lemak ayam boleh mencantikkan bulu mata



Entri kali ini adalah untuk menjawab persoalan mizz Dayah pada entri yang lepas .


Selepas baca entri saya ni pasti anda takkan buang lagi lemak pada ayam tu . Menaip penuh kenyakinan . Cheh ....


Ini cerita benaran bukan tipu . Lemak ayam memang boleh mencantikkan bulu mata . Saya pernah tanya mama macam mana bulu mata saya boleh jadi lentik . Apa da soalan saya tanya . Biasalah budak budak . Rasa nak tahu bila kawan kawan asyik cakap saya pakai pelentik bulu sebelum pergi kelas . Ces... Penat saya nak explain pada mereka yang bulu mata saya memang sebegini sejak kecik . Ini bukan ayat bangga . =.=
Rasa bersyukur sebab mama membuatkan bulu mata saya lentik dan lebat . Eh . lebat sangat ke . Ok lah daripada tak de . *wink2*



Masa saya baby , mama rajin sapukan lemak ayam pada bulu mata saya .  Lepas itu sikatkan bulu mata ke atas untuk mendapatkan bulu mata yang lentik . Cara nak dapatkan lemak ayam tu senang . Gunakan bontot ayam , pastu picit sampai keluar minyak or lemak lemak ayam tu . Senang aje kan . ^_^ . Sekarang boleh tersenyum sebab memiliki bulu mata yang lentik ....





11 November 2010

Tak perlu mahal untuk cantik




Setiap hari tengok cermin . Belek sana belek sini . Ukur kedut tengok eyebag kira jerawat . Perempuan memang sebegitu . Perempuan dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu . Chewah ....


Kadang kadang tak perlu pun nak keluar duit beratus ratus untuk kelihatan cantik .


Mama hanya guna lemak ayam and sikat aje untuk buatkan bulu mata kami adik beradik nampak lentik . Mama memang hebat . Thanx !
 
 
Saya suka gunakan kentang untuk kurangkan eyebag pada mata . Segar dan kesannya memuaskan .
Ambil sebiji kentang dan potong bulat bulat secara tipis *macam dalam picture kat atas tu* . Lepas itu dah boleh letakkan kat atas mata dan pejam . Just relax . Kepingan kentang yang telah dipotong boleh disimpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama . 


Lendir pokok lidah buaya pun berguna juga . Saya suka gosokkan lendir tu pada bulu kening . Boleh melebatkan and menghitamkan bulu kening . Sekarang sudah tak perlu lagi guna brow definer pencil . Cuma perlu rajin buat urutan pada kening supaya bulu kening akan lebih teratur . SELAMAT MENCUBA !



Sayangi diri ,
Kasihi diri ,
kerana dirimu begitu berharga ...


 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_