Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

18 November 2010

Anak dapat result teruk bukan kerana dia tak pandai



Sedih bila lihat anak anak yang lahir dari golongan ibu bapa intelektual dapat result yang kurang memberangsangkan. Echeh, gaya saya dah macam ada anak pulak. tehehee...


Parents, perkara yang sering dibincangkan bila berjumpa sesama sendiri selalunya pasal pelajaran anak anak. Ada yang bercakap result exam anaknya tahun ni merosot, turun kelas. Mula rasa tak puas hati. Tak pasal pasal saya tergolong dalam itu cerita.... Layankan aje...



Mula berfikir matang. Macam ibu ibu. Mencari punca kemerosotan result  kanak kanak ini. Konon  konon nak jadi kaunseling macam dalam segmen Impian Terlepas Ek Eleh Afdhlin.


Result mereka merosot bukan kerana mereka tak pandai. Mereka pandai. Mereka ada kromosom yang mengandungi genetik bijak pandai dari mak ayah mereka. Mereka mungkin tertekan and kepenatan. balik sekolah terpaksa sediakan segalanya sendiri tanpa mak ayah. Mak ayah terlalu sibuk dengan kerja. Basuh baju sendiri, kemas. Semua ini agak berat bagi kanak kanak yang hanya berumur di bawah 12tahun. nak siap kerja yang cikgu beri lagi, ulangkaji lagi. Ada juga mak ayah yang meletakkan harapan tinggi pada anak sehingga mengaturkan terlalu banyak tuition untuk mereka. Penat Penat. Belajar pun tak sangkut, asyik terlepas sahaja dari otak.


Saya beruntung. Belajar tanpa paksaan. Enjoy... ^_^


Jauh perjalanan luas pemandangan, bertambah ilmu pengetahuan. 
Jarang sekali saya nak melekat di rumah masa zaman sekolah rendah dulu. Lagi lagi time weekend. Basikal la jadi teman berjalan ke hulu ke hilir.


Asal lepas kelas tambahan hujung minggu sahaja pasti saya takkan terus pulang ke rumah. Pergi terus ke taman permainan, Bukit Melawati, or rumah member. Kadang kadang sampai bermalam kat rumah member. Study la kengkononnya. Suka cari port baru untuk study. Baru rasa enjoy belajar. Fikiran tenang, belajar pun senang sahaja nak sangkut kat otak. Result UPSR pun ok, 5A. Alhamdulillah.




Kepada adik adik yang akan menduduki UPSR tahun depan, GOOD LUCK. Belajar rajin rajin dengan tenang. Eh, awal sangat pulak wish. Tetiba nak bangkitkan isu ini lepas dengar makcik nak beli SKOR A untuk anaknya dari adik saya. Anak dia tak minat baca buku, suka ngadap komputer. Gunakan kelebihan itu untuk tarik minat anaknya belajar. Idea yang sangat bagus.Bibik memang canggihla...

* Bibik adalah panggilan untuk adik perempuan mak or ayah *

No comments :

Post a Comment

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_