Pahit pun sanggup ditelan demi kasih sayang terhadap diri. Siapa tak sayang diri woi... Mai habaq kat che'... Tetiba jadi orang utara....
Bila mama ke pasar and tunjukkan peria, saya angguk sahaja. Bila ditanya, ada yang makan ke. Terus pecut 100km/j jawab ada. Menganggap semua orang sama. Sanggup telan benda pahit tu untuk sihat. Masa kecik kecik memanglah saya tak suka peria, PAHIT. Disebabkan nyamuk suka sangat cium saya and meninggalkan love bite, saya terpaksa merelakan diri makan peria lepas dengar mama cakap makan peria darah jadi pahit and nyamuk tak gigit.
Budak kecik memang mudah percaya. Apa yang mama cakap tu hanyalah satu helah untuk mendorong anak anaknya makan peria. *saya sahaja yang terpedaya dengan helah tu.Huuu*
Apa pun alasan yang diberi oleh Ibu pada anak anaknya, semua itu adalah untuk kebaikan. Peria ni memang bagus .
Jom kita terjah kebaikan peria untuk kesihatan :
Ubat untuk Diabetes
Peria mengandungi insulin. Insulin berfungsi mengawal kadar glukos dalam darah. Rajin rajinkan jari jemari untuk klik [
medicineNet.com] untuk mengetahuinya lebih lanjut.
Pesakit diabetes boleh amalkan minum jus peria setiap pagi sebelum menjamah apa apa makanan. Tak perlu lagi nak pergi klinik setiap bulan untuk amik insulin. Minuman jus peria perlu diambil tanpa sebarang ubat lain. Kalau tidak, kandungan glukos dalam darah akan jadi terlalu rendah. Adus, bahaya tu .... Silap silap hari boleh pengsan ....
Timbul bisul, alahan .... and macam masalah kulit yang berpunca dari keracunan darah. Darah pun boleh beracun. Siapa punya angkara ni? Haiseh, lagi mau tanya ka... Mestilah angkara diri sendiri. Makan entah apa apa... Bercampur aduk... sehingga menyebabkan keracunan darah.
Darah perlu dicuci. Pergi ke hospital, keluarkan semua darah and ganti dengan darah lain. Rugi wooo buat camtu... Eh, ada ke orang buat macam tu? *fikir sejenak*
Tak payah buang masa fikir lagi, pergi ke supermarket and beli peria. Amalkan makan peria semasa perut kosong. Perubahan boleh dilihat dalam masa 4-6 bulan. Perlu konsisten. Bukan hangat hangat tahi lembu...
Bagus untuk pesakit buasir
Jus peria bagus untuk pesakit buasir? Ini bukan rekaan saya tapi
lifemojo yang bagi information.
Hanya perlu buat jus peria campur susu and minum setiap pagi. Selepas sebulan akan nampak perubahannya. Mudahkan.... ^_^
Baik untuk perut
Peria sememangnya agen pecernaan yang bagus dan membantu dalam merangsang rembesan jus gaster. Makan peria boleh menghalang sembelit kerana peria mengandungi selulosa yang merupakan sumber fiber terbaik.
Membantu menurunkan berat badan
Mahukan bentuk badan yang perfect? Tak payah usah usah lagi. Amalkan sahaja makan peria. Peria dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk tingkatkan metabolisme badan. Cuba jangan tak cuba. *wink2* ~ patutlah badan maintain slim.... suka makan peria.....
Penjagaan Mata
Peria juga seperti lobak, mengandungi karoten yang tinggi. Karoten dapat mengurangkan masalah mata.
Berguna untuk pesakit Taun
Jus daun peria berguna untuk perubatan penyakit taun peringkat awal.
Perangsang Imun
Minum segelas jus peria setiap pagi dapat membantu menguatkan sistem imun dalam badan. Sistem imun ibarat bodyguard yang jaga opis. Bodyguard melindungi opis daripada perompak. Sistem imun dalam badan menghalang penyakit yang serang.
Penjagaan Kulit
Peria boleh menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri ciri penulenan darah. Kulit muka juga akan nampak lebih berseri seri. Baru tahu ini. Harus amalkan makan peria setiap hari. Lepas amalkannya jerawat pasti takkan berani datang lagi. Mau pergi beli peria lagi, nak berperang dengan jerawat. Habislah jerawat lepas ni..... Ahaks.... Gelak jahat plus tanduk kat kepala .....
aku baru2 ni blaja makan peria katak.. bolehlah~
ReplyDeletesumber alam banyak khasiatnya dan tiada kesan sampingan=)
ReplyDeletegood info.tp tak suka peria sebab sangat2 pahit. >.<
ReplyDelete*awak kena tag. sempat lagi menyelit. hee
mintak izin copy info yea... nanti saya kreditkan ke awak =)
ReplyDelete@**hudalulu** boleh je nak copy... silakan... benda yang baik patut dihebahkan... ^_^
ReplyDeletemekasih sbb bg info pasal peria nih... ann br je posting resepi peria.. google cari kebaikan peria termasuk dlm sini.. macih2
ReplyDeleteSesuai jg utk ibu mengandung jg yg hidap Kencing manis semasa hamil...
ReplyDeleteApakah cara yg sebenarnya minum jus peria tanpa memudaratkan? Bolehkah jus ini disimpan dlm fridge utk diminum esoknya?
ReplyDeleteLebih elok disimpan dalam botol kaca yang sudah dibasuh bersih dengan air panas.
Deletepregnant boleh makan peria x? maksud sy awal2 pregnant... tq
ReplyDeletesetakat ni saya tak pernah dengar atau baca peria memudaratkan kandungan di peringkat awal.
Deletetapi dinasihatkan lebih elok makan peria yang sudah dimasak.
Good info ...thanks... baru-baru ni lah mula berjinak jinak mkn Peria...pahit tp jika kena cara masakannya...sedap juga..
ReplyDelete