Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

15 November 2010

Salah anggapan



Pertama kali berjumpa di hospital masa adik sepupu kemalangan, dia kelihatan sombong. Penat sahaja saya tersenyum sampai nampak gigi. Sangat kecewa. Muka dia masam sahaja. Inikah isteri sepupuku? ~ Sigh


Dah 3tahun mereka berkahwin, tahun ini baru dapat kenal dengan lia. Nak buat camne, masing sibuk dengan kuliah. Lagipun mereka nikah gantung sahaja. Tahun ini baru buat majlisnya.


Semalam kami sekeluarga dijemput ke rumah mereka di Banting untuk majlis lenggang perut. Majlis ini untuk ibu yang telah mengandung selama 7bulan. If dulu ada upacara pecahkan buah kelapa and golekkan telur ayam pada perut ibu. Tapi semua itu dah tak ada di zaman moden ni. Hanya ada upacara menjamu selera and bacaan doa tanda kesyukuran.


Sangat terkejut dia sangat ramah pada kali kedua berjumpa di rumahnya semalam. Tidak seperti pertama kali berjumpa. Kenapa erk ? Fikir punya fikir punya fikir punya kira, rupanya time jumpa kat hospital tu dia bad mood. Morning sickness. Tu lah sebabnya dia masam sahaja.

Akhirnya setelah 3tahun nikah.....
Congrat to my cousin adil because you will be a father in 2month.


Haish, sepupu lelaki yang sebaya dah kahwin and bakal dapat baby . Saya bila lagi ? Hehehehe... Tak dapat den nak menjawabnya...





Petua orang berpengalaman untuk ibu mengandung  (mama saya lah yang bagi tahu)
Jangan bad mood masa mengandung. Selalu ceria. Amalkan start dari awal kandungan lagi. Supaya baby yang lahir nanti comel.




No comments :

Post a Comment

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_