Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

24 April 2011

Beza kesibukan pelajar dan pekerja


Kesibukan memang tak pernah lari dari kehidupan seorang manusia.
Ada sahaja kesibukan dalam kehidupan seharian kita. Sama ada kesibukan di rumah, di jalan raya, dan di pejabat atau kolej.

Jika dahulu saya menganggap kesibukan seorang pelajar adalah paling dahsyat. Tapi anggapan tu sudah terluntur semenjak saya mula bekerja.
Saya seperti ingin nikmati semula saat kesibukan sebagai seorang pelajar itu.

Kesibukan seorang pelajar bermusim tapi kesibukan pekerja seperti saya tidak.
Seorang pelajar akan terasa sangat kesibukannya ketika saat hampir tiba tarikh penghantaran tugasan, ketika saat tiba waktu peperiksaan, dan ketika saat tiba penyerahan final project.
Berbeza dengan pekerja yang terpaksa melalui kesibukan yang sama setiap hari. Tiada masa untuk bersenang-lenang melainkan hari cuti.
Jadual pelajar flexible, tapi jadual pekerja sama setiap hari. Setiap hari kena p kerja awal pagi dan balik kerja petang hari.
Pelajar boleh rehat di pagi hari bila masa kelas hanya di petang hari.
Pekerja hanya ada masa rehat di malam hari dan hari minggu sahaja. 

Rindu saat belajar dulu. Rasa cam nak naik mesin masa doreamon p masa lalu. aha... Cam boleh... Berangan saja. Hee...

22 April 2011

Wajah kebudak-budakkan tiada sifat naluri keibuan ?


" Wajah perempuan yang matang mempunyai naluri sifat keibuan "

Memang kebanyakan wajah perempuan yang matang mempunyai naluri sifat keibuan,  tapi bukan semua la. Heh! Saya keluarkan statement ni bukan sebab saya mempunyai wajah budak sekolah tu. Pengsan sat...


Bangun balik sambung cerita. Hee...


Saya pernah tengok seorang yang nampak jauh lebih matang dari saya, tapi sayang sekali dia tak tau pun cara nak pegang baby. Dia terkejut bila tengok saya yang seperti sudah biasa uruskan baby.

Bila kamu baru pertama kali lihat saya, kamu akan kata saya seperti budak sekolah. Saya nampak seperti budak tak matang.

Tapi bila kamu dah lama kenal saya, pasti anggapanmu itu akan luntur seperti kena clorox. Hee...


Sebab kawan kawan yang dah lama kenal saya dan pernah duk serumah atau sebilik dengan saya, mereka akan kata saya dah layak kawen. Selalu bertindak cam ibu. Ibu muda. Hee....

Tindakan itu mungkin kerana saya sudah terbiasa lakukannya di rumah. Menjaga adik-adik yang ramai di rumah.


Kesimpulannya, don't judge a women by her face. Pada pendapat saya, tak semestinya mereka yang berwajah matang mempunyai sifat naluri keibuan tu.


Apa pula kata kamu?

Pesanan mama untuk anaknya


Berlaku sedikit kejutan bila pertama kali menjejakkan diri ke alam pekerjaan sebenar. Walaupun kita pernah belajar di bidang yang sama, tapi situasi alam pekerjaan dengan apa kita belajar berbeza.

Jika kita tidak dapat menyesuaikan diri, kita akan rasa ia satu tekanan besar pada diri. Saya laluinya sekarang. T-T

Saat dan ketika ini membaca pesanan mama buat saya lebih relax.


SMS pertama dari mama :
Fikir lh hbis2 . Kurng yakin wat lh istiharah . Jngn cpt nk giveup . Bg mama pngalamn tu lbih pnting klau nk  sung'h2 jd jurutera .

SMS kedua dari mama :
Wat lh kputusn ngn bijk . Allah dh bg jln . Trpulng pd hmba nya nk ikut atau x . Stiap jln yng Allah bg pst ada hikmh nya . Sepi n sndiri tu satu duga'an n cabarn . Msti ada cara nk mngatasi . Bila dpt atasi mas'lh itu mrupakn satu nikmt . Truskn brjuang .

* mama pun pandai guna short form nak SMS. Hee... *

Selepas membaca SMS dari mama, saya terus terfikir untuk mempertimbangkan semula keputusan untuk berhenti kerja.
Jalan terbaik, solat istikharah dulu sebelum buat keputusan. ^_^

21 April 2011

Padah budak degil


Haiyark malu mau start cerita. Sebab ini cerita benar lorh.
Tetiba pulak cam cina cakap bahasa melayu. Hehehe... Pengaruh persekitaran kerja.



Kamu sudah baca pasal kehidupan seorang civil engineer perempuan pada entri yang lepas? Ada rasa sakit sakit badan baca entri tu? Hee... Mestilah tak kan? Saya je yang rasa sakit sakit badan tu. Keletihan yang teramat. Bukan badan je letih. Otak pun sama letih. Rasa nak pengsan pun ada.


Pertama kali rasa menyesal dengan keputusan sendiri. Inilah padahnya tak mau dengar cakap mama dan abah. Mereka dah kata kerja ni memenatkan. Tak sesuai untuk saya. Degil jugak. Konon nak cabaran sangat. #padanmuka


Adik kata de hikmah saya dapat kerja ni. Memang pun, betol kata adik tu.
Nak tau pe hikmahnya? Hikmahnya, Allah nak bagi saya rasa kesusahan kerja civil engineer ni. Lepas ni kena lah dengar cakap mama dan abah.
Hehehe... Mama pun fikir hikmah yang sama cam saya. Wokey, malu sendiri.


Jangan ikut perangai buruk saya ni erk kengkawan semua. Jangan degil degil. Ikut kata mama dan abah. Keputusan mereka pasti ada sebab. Mereka lebih dulu makan garam. #okbai
SAYONARA!

19 April 2011

Kehidupan seorang Jurutera perempuan


Sejak dari sekolah lagi saya teringin nak merasa title engineer tu. Dan sekarang saya sudah berjaya memilikinya. Alhamdulillah.

Secara automatik kehidupan saya terus berubah semenjak bergelar civil engineer untuk sebuah syarikat kontraktor ni. Pagi sebelum p kerja dah start koling jejaka-jejaka berkenaan dengan urusan pembinaan yang dijalankan. Hari hari berurusan dengan lelaki.

Pastu start enjin terus p opis. Baru sahaja kereta masuk tempat parking berbayar, bos dah call suruh p tempat lain. Uruskan hal projek. Haish, baru hulur RM2 pada yang jaga laluan masuk parking tu. Tak sempat mati enjin lagi dah kena pusing kereta keluar dari parking.

Sarapan dalam kereta sahajalah nampaknya. Nasib baik awal-awal dah sedia roti dalam kereta. Stok untuk dua tiga hari. Hee..

Lepas selesai urusan tu kena p tempat lain pula. Ambil pelan pembinaan la. Meeting la.
Urusan wajib setiap hari melawat tapak pembinaan. Pastikan semuanya berjalan lancar. Dalam erti kata lain masa menghitamkan diri. Ahaks... Hyper sangat tu kata hitam. Tidaklah hitam cuma bertambah 1 tone warna sahaja. Padahal lebih dari 1 tone warna. T_T

Bekerja sebagai civil engineer di syarikat kontraktor lebih banyak masa di luar berbanding dalam pejabat. Tak sempat nak sejukkan badan dalam aircond dah kena berjemur di tengah panas. Tak sempat nak siapkan kerja kat dalam pejabat dah kena pergi ke sana sini uruskan hal-hal pembinaan.
Terpaksalah bawa balik kerja ke rumah. Nasib badan lah...

Dah penat seharian ke hulu hilir, balik kena fikir nak kira kira semua. Memang tekan kalkulator pun boleh tertidur. Letih!

Pernah jugak saya tak sempat nak lunch. Perkara normal bagi seorang civil engineer. Hanya roti yang sempat dijamah dalam kereta masa memandu.

Sibuk-sibuk pun sempat lagi nak Tweet Tweet. Hoho...
Tweet sahaja yang sempat. Updated blog tak sempat sangat. Cuma hujung minggu sahaja boleh.
Tweet tak perlu nak on laptop dan tunggu internet loading. Tweet hanya guna Handphone sahaja. Dalam kereta sementara tunggu 60 seconds lampu merah pun sempat Tweet. Hee...


Sesiapa yang nak tau apa yang engineer perempuan ini buat, apa tugas dia sebagai engineer, follow la kat twitter. @gadishanim
Bajet artis. Macamlah ada orang nak tau. Erkkk


Berat badan saya sudah semakin susut. Tak tau berat dah jadi berapa.


Dah la badan makin Slim , kulit muka makin gelap pulak.
Makin lambat la saya kawen cenggini. Waaaa...

13 April 2011

Berbaloikah menunggu kekasih orang???

Susah nak jatuh cinta, tapi sekali jatuh cinta susah nak lupakan. Parah.

Lagi parah jika jatuh cinta dengan kekasih orang. Tertutup segala peluang untuk menawan hatinya. Hanya mampu memendam cinta dalam hati. Tapi sampai bila nak perap cinta tu dalam hati? Sampai masak? Rasanya pasti pahit .

Nak luahkan isi hati pada si Dia kekasih orang? Apa respon si Dia? Takkan kita sanggup nak runtuhkan hubungan cinta yang telah lama terjalin? Kejam pulak kan...

Mahu menunggu si Dia putus dengan kekasih hatinya? Berapa lama pulak nak memendam rasa ? Berbaloikah penantian itu?

Apa kata kamu? Luahkan, tunggu, atau lupakan?

Boleh tersenyum jika si Dia sudah putus dengan kekasihnya. Yeah Yeah ! Ada peluang terbuka luas! <= bukan saya #okbai

12 April 2011

Bila kekasih hati jadi tumpuan ramai

Indahnya bila bercinta. Makanan yang pahit pun terasa manis. Aha. Hiper tau kata makanan pahit pun boleh rasa manis masa bercinta.
Itulah padah bila orang yang tak bercinta nak bermadah cinta.

Rasa seronok bila boleh ke hulu ke hilir bawa kekasih. Bangga duk tayang Kat orang yang dia dah kekasih.
Dan lagi bangga bila ramai yang memandang masa berjalan dengan kekasih. Opss... Patut ke bangga bila orang pandang kekasih kita?
Mestilah bangga! Dapat kekasih yang jadi idaman Malaya. Ke mana sahaja pasti jadi perhatian. Uit, ayat bangga bongkak riak takbur tu. Tak baik sungguh. Hee..

Sebenarnya memang patut bangga dapat kekasih camtu. Tapi jangan sampai bongkak riak takbur tu . Buruk bebenor perangai.

Tak perlu nak rasa terlalu cemburu atau risau selagi dia tidak menunjukkan tanda nak curang . Camne nak kesan tanda si Dia curang? Baca di SINI.

Kita perlu terima pasangan kita seadanya. Jika rasa tak mampu nak hadapi rasa sakit bila kekasih jadi perhatian ramai, baik putus sahaja sebelum meneruskan ke alam perkahwinan. Dugaan di alam perkahwinan lebih perit dari alam bercinta. Jika dugaan alam bercinta ni pun tak mampu nak hadapi, Camne pulak dengan alam perkahwinan nanti?
Gaya cam dah berkahwin pulak. Hehehe...
Ni sekadar pendapat saya sahaja. Harap tak menyinggung mana mana pihak. Sekian.

10 April 2011

Bekerja di luar bidang belajar suatu yang merugikan?

Seronok sangat bila dah berjaya menamatkan pengajian di universiti. Tak sabar nak memulakan alam pekerjaan.

Semua orang pun akan rasa seperti itu. Sudah penat belajar, teringin nak merasa pegang duit hasil titik peluh sendiri. Nak aplikasikan apa yang dipelajari.

Ramai yang berpendapat, bekerja bukan dalam bidang yang kita pelajari adalah satu yang merugikan. Bertahun belajar bersusah-payah, akhirnya kerja di bidang lain. Rasa tak berbaloi kan?

Kadang-kala apa yang akan kita hadapi tak seseronok apa yang kita bayangkan.
Nampak cam best bekerja di bidang yang sama. Tapi hakikatnya hanya yang merasai sahaja tahu.

Belajar dan bekerja dua perkara yang berbeza. Apa yang kita belajar mungkin takkan sama dengan kerja.
Walaupun bekerja di bidang yang sama dengan bidang belajar , kita tetap juga akan rasa kejutannya.

Bagi saya, bekerja di bidang yang sama atau tidak bukan lagi masalah utama. Asalkan, pekerjaan itu memberikan hasil pendapatan yang berbaloi.
Lagipun ilmu yang kita belajar itu masih boleh digunakan di masa lain. Tak perlu rasa ianya satu kerugian jika tidak digunakan untuk bekerja.

Setiap yang ditetapkan oleh Allah itu pasti lebih baik. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Percayalah ! Peringatan untuk diri saya jugak. Tetiba teringat sok kerja. Nebes sangat bila terfikir saya akan mulakan semula tugas sebagai site engineer setelah dua hari bercuti.

Semoga saya berjaya harungi dunia baru saya ni dengan jayanya. AMIN

09 April 2011

perlu RAJIN jika mahu CANTIK

Nak cantik tapi malas nak buat apa apa... Apa cerita?

Jangan malas malas lah kalau nak rasa diri cantik. Rajin dan cantik memang tak dapat dipisahkan. Saling berkait rapat.

Kenapa saya kata perlu RAJIN jika mahu CANTIK?

  • Perlu rajin cuci muka setiap hari. Paling kurang dua kali sehari. Selepas bangun tido pagi dan sebelum tido malam. 
  • Cucian muka sebelum tido perlukan pemeringkatan dua kali. Waktu tidur malam waktu paling sesuai untuk sel sel kulit muka diperbaharui. Kena pastikan kulit muka benar benar bersih sebelum tidur. Muka yang tak dicuci bersih sebelum tidur boleh mengundang jerawat pada kulit muka. Selalunya saya akan gunakan tisu lembap untuk bersih kekotoran pada muka terlebih dahulu sebelum cuci muka dengan pencuci muka.
  • Banyakkan minum air untuk kulit yang sihat.
  • Gunakan skrub seminggu sekali. Banyak jenis skrub kat pasaran, pilih sahaja yang mana sesuai. Jika rasa sayang nak keluarkan duit beli skrub muka ni, buatlah sendiri. Gunakan beras yang direndam dalam air selama sejam, lepas tu tumbuk dengan kunyit hidup hingga hancur. Siap terus boleh guna kat muka macam skrub yang dibeli di pasaran. Senang! Tradisional gitu. Perlu hati hati dengan kunyit tu. Jangan letak terlalu banyak dalam campuran. Sat lagi muka kamu tetiba bertukar jadi kuning pulak. heh
  • Pakai mask seminggu sekali jugak! Kalau malas seminggu sekali, dua minggu sekali pun boleh. Mask ni boleh memperbaiki kulit muka.
  • Pakai pelindung pada kulit muka sebelum keluar. Gunakan pelembap atau bedak yang mengandungi SPF. Biarpun tak suka pakai bedak bila keluar, jangan biarkan kulit muka terdedah terus pada matahari. Bahaya untuk kulit muka. Tak pepasal jerawat akan jadi jeragat. Hati-hati!


Semua yang saya senaraikan adalah berdasarkan pengalaman saya. Belajar dari kesilapan. Dulu kulit saya bermasalah sebab saya agak malas masa tu. Tak reti nak jaga kulit muka baik baik. Selalu memperanaktirikan kulit muka. Kesian ~

03 April 2011

Say GOOD BYE to Kuala Selangor

Selamat pagi semua! Ohayou...



Bangun pagi pagi ni murah rezeki. Orang tua-tua katalah. Echeh... Gaya cam biasa bangun awal pagi. Hari ni bangun awal pagi sebab nak bersiap ke Melaka. Nak bawak hati yang lara. Heh... Poyos ja. Padahal terpaksa ke Melaka kerana dapat kerja kat sana. Jauh kan??? T_T ~ Selamat Tinggal Kuala Selangor
Pasti semua orang akan rindu saya nanti.... Bajet ada orang rindu. Perasaan sungguh.


Lepas ni saya tak dapat la nak p lawat setiap hari blog kengkawan.

Saya mungkin akan sibuk selepas ini. Biasalah site engineer... Buat report. Jumpa sub-kontraktor. Ulang alik site. Makin hitam manis lah saya.... T_T

Dan lagi satu, laptop saya tak diperbaiki lagi. Skrin rosak. Lepas laptop saya baiki nanti, saya nak beli broadband. Boleh la sekali sekala saya p lawat blog kengkawan bila time malam or hari minggu. ^_^


Salam sayang buat semua yang membaca blog ni.
TERIMA KASIH!
Tinggalkanlah jejak kamu di mana-mana entri jika mahu saya jejak kasih balik kamu. ^_^

02 April 2011

Memang tak boleh tengok Nabil tu. Serius!


Setelah sekian lama tak tengok Nabil melawak, akhirnya dapat tengok Nabil melawak. Siapa tak layan Maharaja Lawak semalam? Agak rugilah tak dapat nak buat senaman muka. hehehe...

Mereka semua bagus bagus. Macam-macam cerita yang cuba disampaikan oleh pelawak pelawak ni. Ada lawak dan ada juga terpaksa buat-buat cam cerita tu lawak. Paham paham sendiri la ya... ^_^

Part yang paling saya tunggu time Nabil. Nak tengok kelainan yang dia akan buat. Memang lain bebeno cara dia. Tali pinggang berkalendar. Kreatif betol dia. 
Lama lama tengok dia teringat pulak pada someone. Adess... Camne pulak tu? Mereka ada persamaan ke? Dari segi fizikal tak de la pulak. Tapi kalau cara cakap dan gaya tu ada jugak la sipi sipi. Nama pun sepupu. Mesti ada terkena tempias sama tu. 
Serius tak boleh tengok Nabil masa tu, terus teringat. #apakes


Adakah teringat sebab saya rindu dia? TAK... Tak perlu nak usik 'luka' lama kembali. Dia sudah menjadi sejarah hitam yang tak boleh nak diputihkan lagi.


Teringat tak bermakna RINDU,
Rindu tak bermakna SAYANG,
Sayang tak bermakna CINTA, 
Cinta sudah pasti sayang dan sentiasa rindu.


Ok tak madah berhelah saya ni? hehehe

01 April 2011

Membantu selagi mampu!


Tidak semua orang bernasib baik seperti kita. Punya cukup sifat, punya akal dan fikiran untuk mencari sesuap nasi. Patut bersyukur kerna dilahirkan cukup sifat dan akal fikiran. Alhamdulillah


Melihat seorang yang kurang upaya duk berjalan terhencot-hencot ke hulu ke hilir menjual tisu buat saya rasa sebak. Lagi lagi bila ramai yang mengangkat tangan dan gelengkan kepala tanda tidak mahu membeli. T_T


Rasa tak sanggup untuk tidak membeli tisu darinya. Lagipun bukan mahal sangat pun tisu tu. Hanya RM 1 untuk 3 paket. Apa salahnya membeli sambil membantu kan?
Cuba bayangkan jika kita di tempat mereka... Bagaimana kita rasa masa tu, pasti perit bukan?
Selagi kita mampu, cubalah membantu mereka yang memerlukan. Hanya sekadar mengingatkan diri sendiri dan yang lain jugak. ^_^

Perlu ada keberanian jika mahu berjaya

Kejayaan selalu menjadi impian setiap insan. Tiada sorang manusia pun tiada impian untuk berjaya dalam hidup. Cuma yang membezakan antara kita adalah keberanian. Berani untuk berusaha dan mencari peluang kejayaan.

Kejayaan tidak akan datang bergolek terkedek-kedek mencari kita. Kita yang yang perlu berlari mencari peluang kejayaan itu.


Semalam saya dapat tawaran kerja di Melaka. Mungkin ada yang kata jauh. Tapi saya tak kesah. Sebab itu peluang untuk saya bertapak dalam bidang kejuruteraan ni. Takkan saya nak lepaskannya semata-mata hanya kerana jauh? Nampak cam saya berani je kan? 
Padahal hati penuh debaran. Dari semalam debaran di hati tak berhenti. Memang tak berhenti la selagi saya tak start keja. Macam-macam saya fikir. Mampu ke saya nak jalankan tanggungjawab sebagai engineer ni? 
Nak kena bagi arahan pada semua sub-kontraktor yang terlibat. Nak kena periksa setiap fasa pembinaan. Nak kena pastikan pembinaan yang dijalankan mematuhi piawaian. Nak kena sediakan jadual pembinaan sebelum bermulanya sesebuah projek dan pastikan pembinaan mengikut jadual yang dibuat untuk mengelakkan kelewatan. Berat rasa bahu ini nak menanggung semua itu. Terasa diri ini kecil. Tapi sampai bila saya nak rasa macam tu kan? Saya perlu tampil kehadapan. Beranikan diri. 
* Semoga semuanya akan berjalan lancar... AMIN *



Begitu juga dalam dunia blog, kita perlu berani jika kita mahu berjaya. ^_^



 " Perlu berani melangkah tangga peluang untuk sampai ke puncak kejayaan "
GANBATE !!!

Bila dah kebosanan menunggu

Penantian satu penyeksaan. Memang rasa sangat terseksa kalau terpaksa menunggu lama.

Saya memang tak boleh tunggu lama lama ni. Mesti ada kerja lain yang saya lakukan. Biarpun ramai yang memerhati, saya tetap lakukannya. Memang dasar muka tak malu. >.<













 Last last tertido saya... Penat buat kerja snap gambar muka sendiri... heh ~

Banyak jugak saya snap muka sendiri sementara tunggu interview. Biarpun penantiannya lama tapi berbaloi. Saya berjaya dapat dapatkan job sebagai site engineer tu biarpun mula mula dia cakap nak pekerja lelaki. Suka plus nebes nak jalankan tanggungjawab sebagai engineer. Semoga segalanya berjalan lancar. AMIN


 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_