Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

18 February 2011

Yeah! Bakal jadi Ibu

Seronok rasa bila tau diri ni bakal dapat baby. Bakal jadi ibu. Yeah! Akhirnya impian jadi kenyataan. Hari hari duk cakap mengandung, lama lama mengandung betol. Kata kata tu kan satu doa. Setiap hari kata benda yang sama lama lama termakbul. Siapa suka cakap orang bodoh tu sila plaster mulut sekarang... Kesian orang yang kena bodoh tu. Elok elok nak jadik pandai tetiba hilang pulak kepandaian. Hah? Siapa mau tanggungjawab?

Kontroversi betol tajuk and statement kat atas tu kan. hehehe... Tetiba pulak mengandung, kawen tak jemput pun.
Saya tak kawen pun lagik. Muda lagi mau kawen. Bajet awet muda padahal umur dah 23++. hehehe

Sebenarnya saya bakal menjadi ibu angkat kepada anak-anak kucing saya yang bakal dilahirkan. Bila akan dilahirkan tu tak tau la. Tak dapat nak tentukan betol-betol, sebab tak tau bila kucing tu kawen. hehehe... Saya cuma tahu tempoh kucing mengandung antara 60 hingga 67 hari. Tapi normally 63 hari iaitu 9 minggu. 
T J yang sedang kehamilan

Semangat nak jadi ibu punya pasal, saya terus g tanya pakcik google. Banyak rupanya yang saya tak tau. Senang cerita persediaan nak jadi ibu tu tak lengkap lagi la.

Ada beberapa langkah penjagaan khas anak kucing yang perlu diambil perhatian oleh pemilik kucing :
  • Anak kucing akan berpisah dari ibunya selepas berumur 8 minggu. Anak kucing yang terpisah awal perlukan penjagaan rapi dari pemiliknya.
  • Anak kucing tidak boleh diberi susu lembu. Kena berikan susu khas untuk kucing. Beli saja kat kedai. Susu lembu ni boleh menyebabkan mereka sakit and cirit-birit. Nanti tak pasal ada cairan merata-rata. Euuww.. Yaksss...
  • Sediakan air yang bersih dalam mangkuk. Air kosong saja sudah. Mangkuk tu mesti cetek and berat. Anak kucing ni suka main-main dalam mangkuk tu, tak pasal-pasal banjir serumah.
  • Anak kucing juga memerlukan makanan even dah minum susu ibu. Pastikan makanan tu khas untuk anak kucing. Baca dulu nutrien makanan pada label sebelum membeli. 
  • Anak kucing yang berusia di bawah 10 minggu perlukan tempat tinggal yang panas disebabkan bulu-bulunya masih tak tumbuh lagi. Alaskan tuala or kain-kain kat tempat tinggalnya and letakkan kat bawah sinaran cahaya lampu untuk wujudkan suasana kehangatan.
  • Anak kucing yang sedang membesar juga suka tinggal di dalam kotak. Sediakan kotak yang rendah untuk memudahkan anak kucing itu keluar dan masuk. Pastikan keadaan kotak sentiasa bersih bagi menggalakkan pembesaran yang sehat.
  • Anak kucing tak perlu dimandikan macam kucing dewasa. Ibunya akan menjilat sehingga bersih. Jika mahu wujudkan ikatan ibu dan anak antara kita dan anak kucing tu, boleh gunakan kain lembut yang lembap untuk membersihkan seluruh badan anak kucing tu.
  • Anak kucing memerlukan belaian manja dari pemiliknya untuk menjadikan dia seekor kucing yang mesra alam gitu. Usap dengan penuh belaian kasih sayang pada sekitar telinga dan di bawah dagu. Luangkan sedikit masa untuk bercakap dengannya. Bercakap dengan nada yang perlahan. Jangan nak menjerit cam raksasa pulak! Sat g pekak anak kucing tu.
  • Masa bermain adalah perkara paling mustahak untuk pembesaran anak kucing. Mereka boleh belajar cara bersosial. Pada masa ini, kita perlu bersabar melayan mereka. Mereka suka bermain dengan cara mengekor, mengejar, dan menerkam. Kadang-kadang kita jadi mangsa.
  • Pada suatu peringkat anak kucing akan mula mencakar-cakar. Sediakan satu permukaan khas untuk mencakar. Jangan pukul atau pancutkan air padanya jika dia mencakar pada kawasan lain. Jerit saja "KUKU". Beri pujian padanya jika dia mencakar di kawasan yang betol. Kucing juga suka pujian. Boleh juga trim kukunya pada waktu dia sedang bersantai. Tapi jangan paksa jika dia tak suka. ---> baru tau info ni.
[ sumber : paw-rescue.org ]


Memang cuak rasanya nak menunggu saat kelahiran anak Tijah akak T J ni. Nebes pulak. Selama adik saya Fatin jadi bidan kucing bersalin. Sekarang ni dia kat universiti, siapa mau jadi bidan pulakkkk....? Saya??? Oh, no! 

Bukan manusia hamil sahaja akan ada mengalami perubahan fizikal dan personaliti, tapi kucing jugak. Sila take note pada sesiapa yang  membela dan mahu membela kucing. ^_^
  • Tanda pertama yang akan kita nampak adalah puting susu kucing itu akan membengkak (pinking) dan bertukar warna menjadi kemerah-merahan.
  • Nafsu makan semakin meningkat disebabkan kewujudan janin lain dalam badannya. Alahai, patutlah T J tu tetiba jadi sangat bernafsu pada makanan selama sebulan ni. Kejap-kejap nak makan.
  • Sering muntah-muntah seperti awal kehamilan manusia. Kejadian seperti ini tidak berlaku pada semua kucing. Jika hal seperti ini berlaku, dapat nasihat doktor haiwan dengan segera. Jangan salah p klinik sudahlah.
  • Abdomen kucing akan semakin mengembang dan mengembang sehingga sampai tempoh waktu ia bersalin. Pembesaran abdomen ini akan dapat dilihat selepas 5 minggu tempoh hamil.
  • Kucing hamil biasanya akan menjadi lebih manja daripada biasa. Sifat penyayang mula terselah. Al-maklumlah, mahu jadi ibu. Kemanjaan kucing hamil ni memberi kesan pada pemiliknya. Mana taknya, setiap masa nak kita selalu di sampingnya. Tidur pun nak sebelah kita. Nak kena belai. Alahai, manjanya... Layan aje la... Lagipun dia bakal memberi anak kucing yang comei comei pada kita.  Terpaksa bersabar dengan T J semenjak dia hamil ni. Padahal selalu kena jentik telinga bila tak dengar cakap. hehehe.
  • Akhir sekali, aktiviti 'nesting' akan dimulakan pada akhir-akhir tempoh kehamilan. Masa ni mula kucing tu nak cari tempat untuk dijadikan 'klinik' sendiri. Cari tempat yang selesa untuk bersalin. Kucing suka bersalin di tempat yang senyap dan tersembunyi. Dia tak suka orang tengok dia bersalin. Ini berdasarkan pengalaman lalu.
[ sumber : about.com ]


nota kecil gadis :
Semua gambar di atas bukan dari pakcik google, tapi koleksi saya sendiri. Gambar aje yang tinggal, anak kucing tah hilang ke mana. huhuhu


19 comments :

  1. Wah...tahniah bakal jadi ibu. Anak2 kucing dulu dah hilang? kena makan laa tu... hati2 kucing jantan nanti dia ngap...

    ReplyDelete
  2. @mamawana
    bukan kucing jantan makan. sebab hilang dengan mak dia sekali. Orang amek agaknya. Kucing yang hilang semua sekali 7 ekor. T_T

    ReplyDelete
  3. kucing kat uma kite pon baru lahirkan 2 ekor...tinggal sekor je skang sebab sekor lagik da mati...

    ReplyDelete
  4. alolo comelnye..haha

    teringin nak bela kuceng tapi mak tak bagi..hehe

    ReplyDelete
  5. Laaa baru jer nak ngajar cara meneran yang betul.. fuhhhh fuhhhh

    ReplyDelete
  6. saja ja kan.ahhahaha..adoy..kucing rupanya.

    ReplyDelete
  7. @deanza-wanda
    alahai, siannya... takziah...

    @anne
    mak alah pada kucing erk...???

    @astina
    hehehe

    @edy
    nak??? boleh... meh amek... hehehe

    @muhammadnuraizuddin
    hahaha... terkena sudah... lalala

    ReplyDelete
  8. ok~ terkena.. =.="

    btw, slmt jd ibu yg sejati ye!! hik3~ ^_^

    ReplyDelete
  9. best la Hanim..

    dh buat preparation awal... :)

    sy tk pernh bela kucing...so bila baca info ni...dpt satu pengetahun yg baru.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    THE PRINCESS & THE PEA

    ReplyDelete
  10. aha..karang sungguh jadik ibu kucing baru tau..aha:D

    ReplyDelete
  11. comelnye korangg , hehek .
    wahh , tahniah2 ^^

    ReplyDelete
  12. Where's yr Heartbeat? I waana clik.
    Clik my HB ok. Thankz. To register

    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2011/02/bila-hati-berklik-klik-dgn-heartbeat.html

    ReplyDelete
  13. woahhh.. tahniah2 coz bakal jd ibu kuceng.. heheh..
    kat umah sy ada 2 ekor kuceng jantan.. tp diorg bukan gay ok.. heheh...

    ReplyDelete
  14. bnyk nye sekali beranak kan..hehe..comel2!

    ReplyDelete
  15. TAHNIAH tahniah!.......

    kucing kite tak beranak, sebab dah kembiri kan. tak larat jaga kalau die beranak pinak reramai sebab nanti banyak lak keturunan die.

    so bela 1 tu jerk, sentiasa muda belia! :D hehehe.......
    -----------------------------------

    KatekateKite | Jom Timbang Berat Kilo Blog Korang! ^,^

    ReplyDelete
  16. al0lo0lo0 c0melnya kucing ni...wat saspen la taj0k ni..ingatkn akak yg akn jd bakal ibu....

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_