Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

24 February 2011

Mula bercakap umur 5 tahun


Saya tengok budak budak sekarang sangat petah bercakap even baru setahun dua. Beruntungnya mereka. Saya ni mula menyebut perkataan pertama masa berumur 5 tahun. Pelik??? Memang pelik....

Mama kata mulai dari 1 tahun hingga 5 tahun tu saya hanya menggunakan bahasa tangan. Tarik  tarik baju mama bila nak apa apa benda. Tunjuk barang yang diingini. Semua guna tangan. Suara tak terkeluar langsung. Sampai mama dan abah bawa saya jumpa doktor. Mereka ingatkan saya bisu. Doktor kata saya manusia normal.

Masuk tadika, saya baru pandai cakap selama setahun. Memang pelat habislah. Yelah, baru belajar bercakap. Sangat dahsyat. Cikgu pun kadang kadang tak paham. Kawan kawan asyik gelakkan dan ejek. Saya tak kesah. Tu kelemahan saya.

Pelat pelat pun masih bernyakinan nak jawab soalan cikgu. Selalu jadi budakpertama nak jawab soalan. Nasib baik jawapan betol, tapi kesian cikgu tu berkerut kerut dahi nak pahamkan percakapan saya. hehehe

Bila saya dah melepasi sekolah rendah saya rasa sangat bersyukur. Berkat kesabaran saya digelak dan diejek tu saya berjaya sampai sekarang ni. Mereka yang gelakkan tidaklah sebangga gelak besar mereka tu. Sekarang hanya mampu tersenyum bila mengenang masa lalu itu.


Hidup ini umpama post di Sahabat Blogger
kejap di atas kejap di bawah. 
Kadang tu terus lenyap dari pandangan. 
*Perumpaan baru*


Saya pernahlah dengar kawan cakap saya bodoh kerana terlalu bersabar. Bodoh sangat ke orang bersabar ni??? Bersabar tu kan tuntutan agama. Salah ke saya bersabar???
Bagi saya kesabaran yang dianggap bodoh itu akan menjadi tindakan paling bijak dalam hidup bila ia membuatkan hasil. Right???

4 comments :

  1. ohohoh
    mak ery kata ery awal pandai bercakap.
    kira umo 5 tahun tu dah fasih laaa

    ReplyDelete
  2. tp sekarang dah terlebih cakap plak kan??? haha...

    ReplyDelete
  3. ckp kat kwn tu "tak bek ckp org b*do*"

    ReplyDelete
  4. Umur 5 tahun aku dah selesaikan masalah kalkulus.Lambat gila kau.Keh Keh

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_