Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

04 December 2012

Tidak Seindah Drama

Tahun demi tahun persoalan 'kenapa saya memilih kerjaya sebagai Jurutera' tidak pernah jauh dari pendengaran saya. Persoalan ini menyinggah di telinga semenjak saya mendapat tawaran Diploma Kejuruteraan Awam beserta Teknologi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Rasanya sudah 8 tahun...
Letih ? Pastilah letih mendengar. Apatah lagi nak menjawab. Senyum je la...

Sebenarnya ada rahsia di sebalik impian saya untuk menjadi Jurutera. Rahsia yang mungkin diketahui oleh segelintir orang terhampir dengan saya. MUNGKIN ?

Semenjak saya sekolah rendah lagi saya sudah mula minat menonton drama Melayu. Drama Melayu yang memaparkan kisah sebuah syarikat pembinaan telah mempengaruhi pemilihan kerjaya saya.
Apabila saya menonton seorang Jurutera memegang segulung lukisan dan memakai topi putih sambil melawat tapak pembinaan di dalam drama Melayu, saya rasa kerjaya itu sangat menyeronokkan. Dan, bergayaaaaa....
Masa itu saya masih sekolah rendah lagi. Budak kecil memang mudah terpengaruh kan ?
(-_-)

Dalam drama memang semua nampak indah, tapi bila menghadapi realitinya.... 
OMG ! Rasa nak pengsan ja....

Apabila menonton drama rasanya seperti mudah sahaja memberi arahan kepada pekerja di tapak pembinaan. Tapi sebenarnya ia tidaklah semudah itu, terutamanya bagi Jurutera perempuan macam saya. Aigooo... Mereka ini lelaki susah sikit nak terima apa yang saya cakap. Masalah ini saya hadapi semenjak saya bekerja di Melaka lagi sebenarnya.

Pertama kali itu rasa macam nak menangis sahaja apabila terpaksa bertekak dengan Juruukur yang katanya sangat berpengalaman. Dia selalu sahaja rasa semua dia yang betol, padahal dia salah. Geram sahaja dibuatnya. Nasiblah sekarang ini saya lebih banyak kerja dalam pejabat.

Walaupun bekerja di dalam pejabat, tak bermakna saya tidak menjejakkan kaki ke tapak pembinaan. Pergi jugak youuuu....
Dugaannya tetap sahaja ada. Tapi keseronokkannya juga ada... ngee...

Jika bekerja sebagai Jurutera Tapak (Site Engineer), kulit akan semakin gelap dan letih melayan kerenah pekerja di tapak pembinaan. Itu belum tambah letih pergi sana sini berurusan. Serius saya masa itu semakin mengecut. Eh, semakin kuruslah !

Bekerja sebagai Jurutera Rekabentuk (Design Engineer) membuatkan kulit saya semakin cerah. Ops! Bukan semakin tapi kembali cerah. Walaupun sebenarnya tidaklah cerah sangat. Ekekeke...
Tapi kerja-kerja yang melibatkan rekabentuk struktur (Structural Design) ini selalu sahaja buat saya sakit kepala.
Pertama, disebabkan terlalu lama mengadap komputer. Lebih-lebih lagi bila sekarang ini saya sudah tidak lagi memakai cermin mata.
Kedua, disebabkan terlalu banyak memikir. Kononlaaaaa.....


Kesimpulannya, jangan percaya seratus peratus pada apa yang kita lihat dan dengar selagi tidak menghadapinya sendiri.


Kadangkala saya terfikir untuk berhenti setakat ini sahaja. Tapi saya tak boleh buat seperti apa yang saya fikirkan. Saya harus kuat untuk terus hadapinya walaupun ada musibah yang menimpa diri ini.
Harus kuat !

"Allah suka hambaNya yang berIMAN dan KUAT" Noted!


Sebenarnya bukan kita tidak bijak dalam menghadapi sesuatu masalah, tapi kadangkala kita terlalu berlagak sehingga tidak ingin meminta pertolongan dari Allah Maha Esa.


Allah beri kita musibah supaya kita kembali kepadaNya.
Semoga sahaja saya mampu bertahan lama dalam industri pembinaan ini.
Doakan saya ya semua... Love You All !



03 December 2012

Aku Datang Kau Pergi

Setelah sekian saya tidak mengulas mengenai CINTA di blog.
Kini, I'm back ! Yeah...

Seperti biasa saya tidak mempunyai kesempatan untuk menonton filem di panggung wayang. Sebenarnya tidak mempunyai teman juga untuk menonton di panggung wayang. Nak menonton sendirian ? Harapanlaaaaa...

Disebabkan tiada ruang waktu yang sesuai dan juga teman yang sesuai untuk menonton filem di panggung wayang, astro first selalu jadi pilihan untuk saya menonton filem. And, the best thing is I can watch it with my family. Happy Happy sangat....

Back to the basic story, LOVE.

Cinta yang saya belajar selepas menonton Istanbul Aku Datang.
YES... Ada yang tak bagus dalam cerita ini. Kisah cinta remaja yang terlalu bebas bergaul. Hei ! Boleh pula peluk sesuka hati...

Ok... Ok... Buruknya cerita ini jangan diikut.... Tapiiiii....
Pengajaran cerita ini boleh dijadikan peringatan untuk diri kita sendiri. Terutamanya bagi yang sedang mencari cinta HALAL. (Ayat sendiri untuk diri sendiri)

Apa yang saya dapat daripada menonton Istanbul Aku Datang ? Hehehe...
Check it out !

1) USAHA diperlukan dalam pencarian cinta.
Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha kan ? Tiada kejayaan yang datang tanpa kegagalan juga kan ? Kita pastinya akan lebih menghargai kejayaan selepas kegagalan.
Dalam setiap usaha mungkin akan ada kegagalan. Tapi, tak bermakna gagal sekali akan gagal selamanya. Jangan putus asa. Noted!

2) Tempoh MASA perkenalan yang lama tidak menjanjikan keserasian. Tidak semestinya kita sudah berkawan lama dengan dia, kita kenal seratus peratus tentang dia. Jika kita mahu kenal sifat sebenarnya dia, tengok tindakbalas dia ketika marah. Masa itulah baru kita tahu dia spesies manusia penyabar atau panas baran.

3) JODOH datang tanpa disangka.
Di sebalik kesulitan yang sedang kita hadapi ada seseorang terlibat akan jadi jodoh kita, mungkin ?
Dan, tidak semestinya orang yang kita benci tidak akan jadi jodoh kita.
Jangan terlalu membenci seseorang, kerana mungkin suatu hari nanti akan menjadi seseorang yang paling kita cintai. Jangan terlalu mencintai seseorang, kerana dia mungkin akan jadi kebencian kita suatu hari nanti. Bersederhanalah...

4) Jangan letak seratus peratus KEPERCAYAAN pada pasangan.
Kita sememangnya tidak boleh meletakkan seratus peratus kepercayaan pada seseorang sebab manusia tidak sempurna dan sikap seseorang itu boleh berubah tanpa disangka. Hati boleh berubah dan fikiran sentiasa baru. Harus sentiasa berhati-hati. Hanya letakkan seratus peratus kepercayaan pada Allah Maha Esa.

5) Jangan terlalu mudah untuk membuat ANDAIAN sebelum menyelidik.
Kadangkala andaian boleh dipengaruhi oleh bisikan syaitan. Berhati-hati dengan tuduhan hati... Tuduhan hati boleh jadi fitnah jika kita lafazkan kepada orang lain dan hal itu tidak seperti yang disangka.
Buruk padahnyaaaa...

6) Seseorang yang BAIK akan ditakdirkan untuk pasangan yang baik.
Jangan risau.... Jika kita baik, In Sha Allah kita akan dapat pasangan yang baik. Siapa tak nak dapat pasangan yang baik kan ? Nak pasangan yang baik, jadilah baik. Senang ! Hee

7) Semakin laju kita mengejar cinta seseorang, semakin JAUH cinta itu akan pergi.
Ini serius ! Jangan terlalu mengejar cinta manusia.
Lumrah manusia.... Kita hanya akan rasa seseorang itu penting dalam kehidupan kita apabila kehilangan. Ketika berada di depan mata tidak dihargai pula.
Lagipun.... Cinta manusia semakin dikejar semakin jauh pergi, tapi cinta Allah semakin dikejar semakin dekat dengan diri kita.



Istanbul Aku Datang sangat comel ! Thats all.... Bye

14 October 2012

Sikap remeh pemandu punca kemalangan jalan raya.



Setiap hari pasti ada sahaja kita dengar berita mengenai kemalangan jalan raya. Tak kesah la sama ada berita itu kita dengar dari media elektronik, kita baca di media cetak, atau kita lihatnya sendiri.

Dua tahun lepas saya pernah melihat kemalangan jalan raya di simpang bemban, Melaka secara live. Masa itu saya sedang makan di medan selera bemban. Mereka yang tinggal di sekitar bemban pasti tahu mengenai simpang tiga yang berbahaya itu. Menurut peniaga makanan di situ, hampir setiap hari kemalangan berlaku di simpang tersebut. Keluhan mereka menunjukkan mereka sendiri pun sudah fobia melihat kemalangan yang berlaku setiap hari di hadapan mata mereka. Tapi tiada apa-apa tindakan daripada pihak tertentu. Seharusnya di situ diwujudkan lampu isyarat bagi mengelakkan kemalangan seperti itu berlaku berulang kali.


Baru-baru ini juga saya ada ternampak satu situasi yang hampir menyebabkan kemalangan. Kejadiaan berlaku di simpang berhampiran Jaya One, Petaling Jaya. Di simpang tersebut telah diletakkan papan tanda tidak boleh U-turn tapi masih ramai yang U-turn di situ. Kedegilan sesetengah pemandu yang mahu juga U-turn di situ telah menyusahkan ramai pihak, dan kedegilan itu juga sebenarnya akan mengundang kemalangan. Kedegilan mereka juga telah menyusahkan saya untuk melintas jalan.


Negara sudah lama merdeka tapi sikap kita tetap seperti mereka yang tidak merdeka. 
Negara semakin maju tapi sikap kita seperti mereka yang tinggal di negara mundur.
DI MANA SILAPNYA ????



Kadangkala saya rasa sangat geram dengan sikap sesetengah pemandu yang tak reti bagi signal bila hendak tukar laluan pemanduan. Sesuka hati sahaja mahu ke kiri atau ke kanan tanpa memberi isyarat kepada pemandu lain. Dia fikir dia memandu seorang diri di atas jalan tersebut. Haish... Hari Jumaat lepas pun saya hampir sahaja kemalangan gara-gara sikap pemandu yang tahu cara untuk bagi signal. Nasib baik saya sempat mengelakkkan ke kiri dan mujur baik tiada kenderaan lain di situ. Alhamdulillah...

Untuk makluman semua yang sedang membaca, sikap kurang sopan penduduk Makaysia tu sedang berada di ranking 34 antara 36 di seluruh dunia. Dan, ada di antara sikap itu melibatkan sikap penduduk Malaysia di jalan raya. Bagus tak ? Huu... Sedih !


Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat sopan santun ketimuran, tapi berada di atas jalan raya segala kesopanan terus hilang. Termasuk saya mungkin ? Errrr...



Antara sifat kurang sopan penduduk Malaysia di Jalan Raya :
  1.  Pemandu U-turn di tempat yang tidak sepatutnya sehingga membahaya kenderaan lain.
  2. Pejalan kaki bergurau senda ketika di jalan sehingga mengganggu laluan kenderaan lain.
  3. Pemandu tidak memberi signal ketika membelok atau ketika hendak menukar lane.
  4. Berbual ketika di traffic light sehingga tidak sedar lampu merah sudah bertukar warna hijau dan membuatkan pemandu lain tertunggu-tunggu.
  5. Memandu perlahan di lane paling kanan.
  6. Pemandu memotong barisan, terutamanya ketika di lampu isyarat
  7. Memandu dalam keadaan letih dan mengantuk.


7 perkara yang saya senaraikan ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pendapat saya sahaja. Lain orang lain pulak katanya.
Sebenarnya perkara nombor 7 tu saya selalu juga saya lakukan. Tak sopannya saya. Gugugu... Kadangkala keadaan dan masa mendesak. (-_-)


Sesiapa ada tips untuk tahan mengantuk ketika memandu waktu malam ? 
Kongsi please.....




08 October 2012

Judika - Aku Yang Tersakiti (Parody) #PeraduanBudiey.Com


Setiap orang ada bakat terpendam sebenarnya. Cuma kadangkala kita tak sedar sehinggalah kita cuba untuk melakukannya. Bakat yang ada juga harus dilatih. Practice make perfect katanyaaaa....
Hehehe.... (Intro tak de kaitan langsung dengan tajuk cerita)


Buat pertama kali saya rasa saya berbakat dalam lakonan setelah tengok hasil video Judika - Aku Yang Tersakiti (Parody). Walawei.... Bersungguh puji diri sendiri. Masuk lif tekan sendiri melonjak naik sampai ke tingkat paling atas.
Sebenarnya bukan rasa diri berbakat cuma rasa kelakar. Eh, saya ke tu ? Boleh pulak lakon camtu. Manja kemaen! <= orang lain yang kata bukan saya. (-_-)


Ok, dah malas nak taip bebelan panjang panjang. Cuma harap U all tengok dan memberi komen yang membina. Hehehe.... Dah tengok tu jangan lupa like la ya...  Promote macam saya pulak yang akan berpeluang ke bandung. Gagaga.... 









Saya harap sangat ada producer tengok video 
Judika - Aku Yang Tersakiti (Parody) ni dan panggil saya berlakon. 
Kuikuikui.... Angan angan mat jenin! Kbye





07 October 2012

Pertama kali muncul di Surat Khabar

Sebenarnya ini cerita yang sudah berkurun lamanya diperam... Hampir sahaja mahu menjadi jeruk busuk.
Cerita 11 Ogos 2012 baru nak keluar hari ini, 7 Oktober 2012. Memang basi la kan ?
Ada ku kesah... Nak cerita juga walaupun dah berkulat kulapok... Lalala

Saat pertama kali wajah muncul di surat khabar memang mendebarkan ! Pasti ramai yang melihat. Eh ?

Padahal keberangkalian orang lain menjadikan helaian surat khabar yang ada muka saya tu sebagai pembungkus belacan amatlah tinggi.

Tapi, muka saya satu gambar sahaja. Itu pun menyelit di sebelah jejaka blogger yang popular. Dia tuan punya blog www.nuraizuddin.com
Popular ke ? Hiks

Kali ini cerita NurAizuddin yang keluar di surat khabar, mungkin lain kali cerita saya pula. Bolah jadi kan ? Dengan harapan kakak wartawan Utusan Malaysia tu baca.
Hehehe...

11 August 2012

Diari Ramadhan 2012

Pejam celik Makan tidur Berjalan duduk sudah hampir sampai ke penghujung Ramadhan. Fuh... Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru semalam 16 tahun, hari ini sudah 26 tahun. Hee...

Semakin meningkat usia semakin matang kita menguruskan diri ketika bulan Ramadhan. Betol tak ?
Jika masa kecik kita sekadar berpuasa sahaja. Bangun sahur, solat dan terus sambung tidur. Lepas tu bangun solat zohor, sambung lagi tidur. Bulan Ramadhan sepertinya bulan bermalas-malasan je masa tu. Teruknya...

Itu dulu. DULU je ok ? Sekarang saya tak macam tu. Lalala... Mohon bakal mak mentua tak reject calon menantu ini.

Ramadhan tahun ini saya boleh kira dengan jari tangan berapa kali sahaja saya pergi ke bazar Ramadhan. Penjimatan sungguh... Padahal MALAS ! Malas lagi ? Hurm

Iftar Ramadhan tahun ini tak semeriah Ramadhan tahun lepas. Tahun lepas kemaen ligat iftar sana sini dengan artis. Tahun ini lebih banyak masa iftar di rumah. Itupun untung dapat iftar di rumah, kadang- kadang iftar dalam kereta. Sedih !
Memang tak boleh lari dari kesesakan lalulintas yang melampui batasan kesabaran. Huu... Tengok sendiri gambar kesesakan lalulintas di Lebuhraya Persekutuan yang saya kongsi di bawah Y_Y



Iftar tahun ini tetap meriah walaupun tidak dapat iftar bersama artis. (tetibe terkilan sebab terpaksa tolak jemputan iftar bersama adik Mia Sara pada 10 Ogos 2012)
Ramadhan hari pertama tahun ini saya dapat iftar bersama keluarga. Kami berkumpul iftar bersama sambil menyambut ulangtahun kelahiran adik perempuan saya (2in1). Satu-satunya adik perempuan.
Lepas itu kami berjemaah pergi ke masjid untuk menunaikan solat terawih. Buat pertama kali dapat pergi solat terawih di masjid bersama adik-adik. Syok sangat ! Hee





"Mood raya hampir tiba, sedih rasanya mahu meninggalkan bulan Ramadhan."




25 July 2012

Mencari atau menanti CINTA

Niat hati nak update cerita lain, tapi tangan laju je menaip cerita cinta ni. Haip!
Ini kes menonton drama FERI TERAKHIR di tv9 la ni. Salahkan tv9 kalau kamu rasa nak muntah baca cerita jiwang saya ni. Lalala

Sebak saya menonton drama FERI TERAKHIR.
Dia lelaki tak sempurna mencintai perempuan yang di matanya sangat baik. Walaupun di sampingnya ada seorang perempuan lain yang sangat mencintai dia, tetap tidak diendahkan. Masih nak mengejar cinta perempuan itu sehinggalah suatu hari cintanya ditolak. Dah la dihina dengan mak perempuan tu, ditambah pulak penghinaan perempuan yang dia cintai. Huu. Sedih... Tak mau cerita lagi. Nak tahu lebih lanjut pergi google sendiri. Jalan malas-malas ya...

Kes macam itu mesti ada berlaku dalam kehidupan sebenar kan ?
Sibuk mengejar cinta yang jauh sehingga lupa pada cinta yang dekat.
Walaupun tahu cinta itu adalah sesuatu yang mustahil untuk digengam, tetap nak kejar. Haih... Tak semput ka ? O.o

Cinta manusia semakin dikejar semakin jauh, hati pun sakit.
Cinta Allah semakin dikejar semakin dekat, hati makin tenang.

Inilah hakikat yang patut kita terima. Sebab inilah saya malas nak tunjuk sangat mengejar cinta orang yang belum tentu halal lagi. Nanti ditolak malu, kecewa tak sudah.
Disebabkan tidak mahu malu yang menebal bila ditolak, saya hanya mampu berdoa. Jika memang sudah jodoh, pasti hati si Dia akan tergerak untuk meminang saya. Kan kan ? Hee...

Kamu pulak macam mana ? Mahu menanti cinta atau mengejar cinta ?

24 July 2012

Rahsia Hati

Hati ingin ke kanan, tapi kaki terus melangkah ke kiri.
Hati ingin sekali katakan YA, tapi mulut diam seribu bahasa.
Hati tidak mahu menyakiti sesiapa tapi tangan, kaki, mulut terlebih dahulu maju ke hadapan.

Pernah tak alami hal seperti itu ? Apa yang terlintas di hati dan fikiran tak seiring dengan perbuatan.
Mungkinkah kerana EGO ? Cuba sembunyikan sesuatu, membiarkan segalanya menjadi rahsia hati.

Terlajak kereta boleh U-turn,
Terlajak perbuatan buruk padah.

Memang buruklah...
Lebih-lebih lagi perbuatan itu tak seperti yang kita sangka...

Mungkin juga ada baiknya. MUNGKIN?

13 July 2012

Pertama kali jadi model


Wah! Tajuk nak gempak je kan... Hee... Tajuk tak gempak u'olls tak mahu klik baca pulak kan...

Sebelum ini pernahlah berangan nak jadi model muslimah gitu. Sebenarnya angan-angan itu masih ada sampai sekarang. lalala ~

Disebabkan angan-angan, saya sanggup pergi kedai untuk mekap dan photoshoot bersama kawan-kawan di Shopping Complex. Semangat kan ? Tapi semuanya seakan sia-sia apabila saya terpaksa tolak tawaran setelah dapat panggilan dari sebuah majalah untuk photoshoot test. Penyertaan dah diterima tapi terpaksa tolak pulak... Hurm... Bukan rezeki saya. Pasti akan ada tawaran lebih baik pada hari mendatang. (ayat sedapkan hati)
Ok, abaikan cerita angan-angan mat jenin saya tu. Kembali ke alam nyata. Hee


Beberapa bulan lalu saya telah dikejutkan dengan tweet dari seorang adik ni yang mengatakan,

" Cikgu amik gambar @gadishanim as a model of an engineer. 
sape kate girl tak leh jadi engineer or architect ? "

Tergamam seketika bila saya baca mention ada tweet macam tu. Serius tergamam u'ollsssss... Terbeliak biji mata saya O.o
Adakah saya bermimpi ? *cubit-cubit pipi* <--- ini tipu. sila jangan percaya :-p








Pasti ada yang tertanya-tanya gambar mana menjadi pilihan tu kan ? Eh, ada ke yang peduli...? >.<
Tak peduli pun saya nak bagi tahu juga. Tak kesah. Lalala...
Gambar yang jadi pilihan cikgu tu telah saya delete. Maaf... Sebab itu gambar saya yang lama sebelum saya berubah. Sesiapa yang pernah baca entri " Hanim Bakal Jurutera " pasti dia pernah tengok gambar tu.






Bicara hati gadis : Semoga cerita ini dapat menaikkan semangat adik-adik perempuan yang ingin menjadi Jurutera tu. Jangan pernah putus asa sebelum mencuba. Good Luck !







01 July 2012

Bridesmaid



Orang tua-tua kata jika ada anak remaja jadi pengapit nanti mereka cepat kahwin. Oh really ?
Itu bukan fakta tapi auta. Sebab sampai sekarang saya masih tak kahwin walaupun mula jadi pengapit pada usia 16 tahun. Kiranya paling awal la tu jadi pengapit.. Usia belasan tahun sudah jadi pengapit . Masih sekolah pulak tu.


Bila teringat balik peristiwa pengalaman pertama jadi pengapit, rasa macam nak tergelak pun ada. Macam je la tapi tak gelak lagi. Miahaha..
Tapi serius kelakar masa tu. Saya dapat tahu saya diperlukan untuk jadi pengapit waktu pagi sebelum bertolak ke rumah pengantin lelaki. Mak aih.. Mana tak ternganga mulut terdengar makcik saya kata masih tiada pengapit perempuan, dan dia perlukan khidmat saya. Huu. Gaya macam saya buka syarikat perkhidmatan pengapit je.
Inilah padah bila suka melaram pakai lelawa nak pergi majlis perkahwinan. Tak pasal pasal kena jadi pengapit bidang terjun. (sampai sekarang pun tetap suka melaram pergi majlis perkahwinan.tak serik!)

Sepanjang perjalanan saya nervous sangat! Nervous mengalah pengantin U all...  Nervous memikirkan apa saya harus lakukan, dan paling nervous memikirkan orang ramai akan pandang saya. Segan saya... (perasaan perasan sungguh)

Setiba di lokasi ada orang nak make up saya pula. Tetiba rasa macam saya yang nak kahwin masa tu. Miahaha..
Paling saya tak boleh lupa part kasut. Makcik-makcik saya tegur pasal sandal saya pakai. Katanya tak sesuai untuk jadi pengapit. Terpaksa pakai kasut tumit yang saiz besar. Saya juga terpaksa sumbat tisu dan kertas di bahagian depan kasut. Kekok nak berjalan.
Itu cerita dulu... Zaman remaja hingusan lagi. Hee


Sekarang saya dah matang. Hehehe... Tak perlu nak susah kerepotkan orang lain nak minta tolong make up. Saya dah pandai make up, walaupun tak semegah wajah artis.
Saya juga bukan sekadar pengapit yang mengiring pengantin ke pelamin, malahan saya telah menjadi pembantu kepada pengantin. Tolong sediakan apa yang perlu. Urusan pengambilan kek juga pengapit ini yang buat. Bagus tak ? Bagus tak ? lalala ~



 Malu tahu orang tengok kita.
(Padahal orang tengok pengantin.Perasan sungguh.T_T)



Tertonggeng tonggek pengapit nak bagi kemas cara pengantin duduk.


 Part yang ni lagi malu. Rasa nak pakai topeng kat muka ja.


Pengapit juga akan tolong pegang barang penganti,
sambil dapatlkan tempias berkat bagi cepat sikit kahwin.
Muhehehe...


Pengapit peneman setia penganti. Hee



Semua gambar yang saya publish adalah kejadian yang berlaku tahun lepas. Gambar pengapit ketika umur 16 tahun tu tak pernah tengok lagi. Sepupu dah 3 orang anak tapi saya masih tak tengok lagi gambar saya ketika jadi pengapit dia. Paling pasti kecomotan saya ketika itu terserlah.. Hiks



Bicara  Hati gadis : Sudah genap 3 kali saya jadi pengapit. Cukup sudah. Nak jadi pengantin pulak. Eh, kbye !





18 March 2012

Sanggup tunggu lama demi makanan lazat


Pasal makan-makan ni memang susah untuk saya tolak, kecuali time kekenyangan. Hee

Sejak menetap (menetap la sangat kan selalu lari ke Kuala Selangor) di Petaling Jaya saya suka pergi satu restoran. Sanggup tu tunggu lama berkurun (over tau kata berkurun) depan restoran semata-mata nak menikmati hidangannya yang lazat. Jika restoran ni masuk dalam Dinner Dash game, sudah pastinya ramai pelanggan yang lari... hoho.. But in real life, pelanggan restoran ini tiada yang lari pun. Sanggup tunggu turn bila semua meja full... Waaaa... Kagum sangat ! Berbilang bangsa pulak yang datang berkunjung ke restoran ini. 1Malysia gitu... O.o


Restoran ini banyak sangat pilihan makanan. Macam-macam ada ! Nasi lemak, mee, spagheti, roti nan... Banyaklah. Nak senarai semua memang jenuhlah nak menaip. Hee...


Restoran ni terletak di SS 2, Petaling Jaya. Hah, dah boleh agak tak restoran mana yang saya maksud ?

Restoran SS 2 Murni


Pertama kali cuba makanan kat situ terus terpaut. Terpaut pada makanan tau bukan pekerjanya. >.<


Malas nak taip panjang-panjang lagi, nak kongsi gambar sahaja. Nak bagi kamu terliur. Hee...








Gambar tanpa caption disebabkan saya kurang ingat (tak mau ngaku lupa) semua nama makanan di atas. Huu... Inilah padahnya bila cerita zaman Pak Pandir buat time zaman Pak Najib.
Maaf semua... Saya tak TERsengaja mengabaikannya sehingga berkulat cerita ini duduk dalam draft. *wink2*



Yeah ! Peace... Tumpang glamour sat. (dialog tiada kaitan dengan tuan badan.ngeh)


Bicara Hati gadis : Ada yang cakap jika sesebuah restoran makanan Halal dikunjungi oleh ramai Cina maknanya makanan di situ sedap. Oh really ???




17 March 2012

Solat Sunat Istikharah


Hidup terlalu banyak pilihan sehingga kadangkala kita buntu untuk membuat keputusan. Tidak tahu pilihan yang mana lebih baik untuk kita. Kita rasa semua pilihan yang ada adalah terbaik. Baik pada pandangan kita belum tentu baik pada pandangan Allah.



Penyelesaian terbaik di kala kebuntuan sebenarnya adalah menunaikan solat sunat Istikharah. Insya'Allah, Allah akan menggerakkan hati kita untuk membuat sesuatu keputusan dengan benar sebenar-benarnya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.




Rasulullah s.a.w bersabda,
Maksudnya : " Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya: dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya."
(Sumber : Buku Amalan & Ibadah Seharian hasil penulisan Hj. Johari Hj Alias)




Lafaz dan niat :


Ø£ُصَÙ„ِّÙ‰ سُÙ†َّØ©َ الإِسْتِØ®َارَØ©ِ رَÙƒْعَتَÙŠْÙ†ِ ِللهِ تَعَالَÙ‰
"Sahaja aku Solat Sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala"






Doa selepas Solat Sunat Istikharah :

" Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dari-Mu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku, dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada. Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu."
(HR At-Tirmizi dan Bukhari)





Cara menunaikan Solat Sunat Istikharah


Rakaat Pertama
  1. Niat Solat Sunat Istikharah
  2. Takbiratul Ihram
  3. Membaca surah al-Fatihah
  4. Membaca surah Al-Kafirun 1 kali
  5. Rukuk
  6. Iktidal
  7. Sujud
  8. Duduk antara dua sujud
  9. Sujud kali kedua
  10. Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
  1. Membaca surah al-Fatihah
  2. Membaca ayat Al-Ikhlas 1 kali
  3. Rukuk
  4. Iktidal
  5. Sujud
  6. Duduk antara dua sujud
  7. Sujud kali kedua
  8. Duduk tahiyyat akhir
  9. Memberi salam ke kanan dan ke kiri
  10. Membaca doa selepas Solat Sunat Istikharah



Kaedah menunaikan Solat Sunat Istikharah ada banyak cara. Saya kongsikan apa yang saya biasa lakukan. Cara yang mudah untuk semua.


Solat sunat Istikharah ini bolah dilakukan bila-bila masa sahaja, tidak kira waktu siang atau malam. 
Solat sunat Istikharah ini bukan sahaja perlu dilakukan ketika membuat pilihan jodoh, namun ia juga boleh dilakukan ketika membuat pilihan untuk membeli barang atau ketika memilih sesuatu pekerjaan.





Bicara Hati gadis : Semoga sahaja setiap pilihan yang kita buat tidak akan memesongkan kita ke jalan yang tidak sepatutnya. Selamat berbahagia semua !






26 February 2012

Muncul klon Anuar Zain ?

Pasti ramai terkejut bila saya kata ada seseorang menyerupai Anuar Zain. Saya pertama kali diberitahu seorang videographer ini saya terkejut tapi buat tak endah sahaja dengan statement dia. Tak percaya...

Bila saya tengok dan dengar, baru saya percaya ada klon Anuar Zain. Klon suara... Hee..
Serius suara abang tu sama macam Anuar Zain. Tergamam sekejap pertama kali dengar suara dia di sebuah majlis. Terpegun! Jika tidak tengok tuan yang nyanyi mesti saya sangka Anuar Zain datang buat persembahan. Cair lebur U'olls....
Majlis apa ? Baca sini kalau nak tahu. Tidak ulangan siaran di sini. ngeh ~


Anuar Zain penyanyi pujaan ramai dan Qhairol Iqhssan bintang yang bakal bersinar.



Walaupun wajah mereka tidak serupa tapi suara mereka serupa dan seiras. Hendak tahu sebesar mana kebenarannya boleh tengok dan dengar dalam rancangan iKlon (persis idolaku) pada minggu depan  4 Mac 2012 jam 9.30 di TV180i. Klik channel 180 untuk pelanggan astro.



Bicara Hati gadis : Tak dapat jumpa Anuar Zain in real life dapat kenal Qhairol Iqhssan pun jadilah! HewHew




18 February 2012

Keracunan makanan, Asma, dan Gastrik

Keracunan makanan, Athma, dan Gastrik adalah tiga jenis penyakit yang berbeza. Tapi gejala ketiga-tiganya mungkin ada yang persamaan sehinggakan doktor boleh salah anggap. Ok, tak baik salahkan doktor. Dia juga manusia yang melakukan kesilapan. Husnuzon Hanim. Cuba memujuk diri yang telah kecewa dengan perkhidmatan beberapa orang doktor. Dalam dua minggu sahaja saya telah berjumpa dengan 4 orang doktor dari 4 klinik yang berbeza. Berapa duit membazir di situ pun dah malas nak kira. Cheh, cara saya mengabaikan pembaziran wang tu dah macam orang kaya.
Paling merisaukan saya, saya terpaksa cuti 3 hari. Seminggu kerja 2 hari sahaja. Haih... Teruklah saya. Apa la penilaian bos saya nanti. *Harap bos akan baca blog saya ni bukti MC saya bukan satu penipuan*


Untuk pembelajaran dan pengajaran semua pembaca, saya dengan baik hatinya nak berkongsi mengenai keracunan makanan, asma, dan gastrik. Baik hati sangat sebab dah terkena, Hoho



KERACUNAN MAKANAN 


Keracunan makanan merupakan sejenis gastroenteritis yang disebabkan oleh makanan yang telah dicemari racun, biasanya bakteria.

Antara punca keracunan makanan ialah kemunculan bakteria dalam makanan, akibat proses penyediaan makanan yang kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah Celsius.
Keracunan makanan juga boleh disebabkan oleh cendawan beracun atau buah dan sayuran yang dicemari dengan racun serangga yang tinggi kepekatannya. Toksin daripada kulat seperti aflatoksin yang terdapat pada bijirin juga salah satu punca keracunan makanan.

Kebiasaannya, keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan yang tercemar. Tanda-tandanya termasuklah rasa mual, muntah, cirit- birit, pening-pening serta gangguan perut.

Disebabkan tanda-tanda yang saya alami adalah mual, muntah dan pening-pening, terus doktor menyangka saya alami keracunan makanan. Tetiba pulak dapat injection berbayar di tempat tak sepatutnya. Jangan tanya kat mana tempat tu ? Babap nak ??? Bluwerk!


Sumber :  SINI dan SINI



ASMA (ASTHMA)

Asma atau biasanya disebut sebagai semput atau lelah, merupakan sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat keradangan dan juga pengucupan salur pernafasan.

Antara gejala yang sering dihadapi oleh pesakit asma :
  1. Pernafasan yang berbunyi seolah-seolah seperti orang bersiul terutama ketika menghembuskan nafas. Bunyi ini dinamakan wiz
  2. Pesakit yang tidak mengalami wiz kebiasaanya akan batuk terutamanya pada waktu malam atau selepas melakukan aktiviti.
  3. Pesakit rasa sesak nafas dan ketat dada. Kadang ada juga pesakit yang rasa bagaikan ada lendir di salur pernafasan.


Penerangan selanjutnya boleh baca Asma dan Rawatannya
*Motif letak baca selanjutnya ? Penulis malas nak taip panjang-panjang. Muhehe*


GASTRIK

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah. Walaupun ada perbezaan di situ, tapi kedua-duanya adalah penyakit gastrik.


Antara tanda-tanda gastrik ialah :

  1. Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
  2. Rasa senak, berangin atau pedih
  3. Rasa tidak selesa
  4. Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
  5. Rasa mual (loya) dan muntah
  6. Hilang selera makan
  7. Berat badan turun (pada peringkat teruk)


Punca-punca lain Gastrik:
  1. Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu.
  2. Pengambilan alkohol yang berlebihan
  3. Pengambilan kokain
  4. Merokok
  5. Stress
  6. Gangguan autoimun
  7. Penyakit crohn
  8. Radiasi dan kemoterapi
  9. Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  10. Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  11. Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  12. Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  13. Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.


Sumber : pmr.penerangan.gov.my



    Persamaan antara gejala keracunan makanan dan gastrik adalah pening dan mual-mual. Manakala persamaan antara penyakit asma dan gastrik pula adalah sesak nafas.
    Saya rasa itulah sebabnya doktor salah kesan penyakit saya apabila saya cakap saya rasa sakit dada, sesak nafas, pening, dan mual-mual. Haih, dah rasa macam ibu mengandung pulak ada mual-mual. Hurmmmm....
    Saya gastrik tapi kena injection dah macam orang keracunan makanan dan kena makan ubat asma seglanya. Hish Hish... Sabarjela

    Bicara Hati gadis : Sesibuk mana pun kita, kesihatan harus dijaga. Tanpa kesihatan yang baik, prestasi kerja pastinya akan merundum.


    *Bicara Hati gadis tu memang duduk dalam hati sahaja lah ! Sebab tuannya tersangatlah degil. Bila dah sibuk siapkan kerja lupa kesihatan diri sendiri sampai sanggup delay waktu lunch. Huu....*




    07 February 2012

    Cabaran seorang Jurutera ( #MissEngineer )


    Bila sebut sahaja kerja sebagai Jurutera (Engineer) pastinya ada terkejut sampai nak terkeluar biji mata. Lebih-lebih lagi bila engineer itu perempuan. Pasai pa ??? Saya tahu saya nampak agak kecil untuk jawatan besar sebagai Jurutera ini. Hurmmm..
    Bidang kejuruteraan ini sememangnya dipelopori oleh lelaki, tapi tak bermakna dimonopoli oleh mereka. Terdapat juga wanita yang menceburi bidang ini tapi tak ramai. Itu cerita dahulu kala. Sekarang dah berlambak Jurutera perempuan.  (over tau kata berlambak)
    Di syarikat saya pun ada dua orang Jurutera perempuan dan dua lagi Jurutera adalah lelaki. Tapi dua-dua Jurutera lelaki itu not available. Sila tutup rapat-rapat hasrat nak cari suami Jurutera.
    Sebenarnya banyak cabaran terpaksa dihadapi oleh seorang Jurutera terutamanya Jurutera perempuan. Besar jawatan yang dipegang besar juga tanggungjawabnya. Mau ketaq lutut! Rasa bukan setakat lutut sahaja ketaq tapi seluruh badan. Huu

    Saya masih baru dalam bidang kejuruteraan ini tapi sudah bermacam-macam cabaran terpaksa ditempuhi. Saya ibarat budak kecil baru belajar berjalan dan selalu sahaja terjatuh-jatuh. Semua itu takkan melemahkan semangat saya untuk terus menceburi bidang kejuruteraan ini. Insya'Allah....
    Antara cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh seorang Jurutera :
    1.     Cabaran Komunikasi
    Seorang Jurutera harus pandai berkomunikasi. Disebabkan bidang kejuruteraan ini didominasi oleh kaum lelaki, saya sebagai Jurutera perempuan tidak boleh malu-malu kucing atau cover cover ayu depan lelaki. Draftperson, Arkitek, Project Manager kebanyakannya lelaki. Pekerja buruh di tapak pembinaan pun semua lelaki. Seorang Jurutera perlu banyak berkomunikasi dengan mereka untuk kerja yang lebih lancar. Bagaimana mereka nak lakukan kerja jika Jurutera cakap pun macam ada emas dalam mulut ?
    2.     Cabaran Mental
    Bekerja dalam tekanan adalah sangat sinonim dengan Jurutera. Saya pernah buat kerja sambil ditunggu oleh klien di belakang saya. Masa itu saya perlu buat sedikit perubahan pada structural design saya. Saya baru tahu perubahan yang klien mahu itu pada waktu pagi, tapi klien mahukan drawing yang lengkap pada tengaharinya. Memang terpaksalah saya delay waktu lunch saya. Dalam masa dua jam saya berusaha keras menyiapkan kerja tersebut. Lepas siap kerja tu terus terasa kejang urat-urat tangan. Mata pun merah gara-gara terlalu fokus pada komputer. Bukan mata sahaja, kepala pun turut merasai tekanannya. Kesan kesakitan seperti ini biasa dilalui oleh Jurutera baru. Lama-kelamaan pasti akan lebih bijak mengendali tekanan tersebut.
    3.     Cabaran Fizikal
    Jurutera dan kegelapan wajah memang tak dapat dipisahkan. Saya masih ingat lagi kata-kata staf JKR pada budak-budak praktikal dulu (including me), "Jika tak mahu diri berjemur pada panas tak payah ambil bidang kejuruteraan". Kata-kata menusuk kalbu itu terkeluar apabila ada salah seorang antara kami memegang payung ketika melihat kerja-kerja pembinaan jalan raya dilakukan.
    Bukan sahaja mental harus kuat jika mahu bekerja sebagai jurutera, fizikal juga. Lebih-lebih lagi bila bekerja di tapak pembinaan sebagai Jurutera Tapak (Site Engineer). Kadangkala sabtu ahad pun perlu bekerja. Fuh, masih terasa kepenatan bekerja sebagai Site Engineer ketika di Melaka dahulu. Tetibe rasa diri dah tua. Huu...
    4.      Cabaran Personaliti
    Kenyakinan perlu ada dalam diri seorang Jurutera, dan kenyakinan itu harus diserlahkan ke wajah. Jurutera harus membuat keputusan yang melibatkan nyawa orang ramai. Jika diri sendiri tak dapat serlahkan kenyakinan itu bagaimana orang lain mahu nyakin dengan keputusan Jurutera ?

    5.     Cabaran Sosial
    Jurutera perlu bijak bersosial. Bersosial tanpa melanggar batas-batas agama. Ingat itu ! Apabila melibatkan diri dalam bidang kejuruteraan ini terutamanya bidang pembinaan, kita akan terdedah kepada pelbagai jenis dan ragam manusia. Bukan semua beragama Islam. Boleh dikatakan hampir kesemua buruh binaan bukan Islam. Ditambah pulak dengan pemaju, kontraktor yang lebih dimonopoli oleh cina. Walaupun kita bekerja dengan mereka, tak bermakna kita harus ikut cara mereka.
    6.      Cabaran Masa
    Seorang Jurutera harus banyak korban waktunya sendiri. Jurutera bekerja tanpa mengira waktu. Dah macam doktor je hah. Huu. Memang itu realitinya terpaksa diterima. Terpaksa berhempas pulas siang dan malam menyiapkan rekabentuk struktur bagi sesebuah bangunan. Ada juga yang terpaksa bergegas ke tapak pembinaan apabila menerima panggilan memberitahu ada masalah di tapak pembinaan. Saya pernah laluinya. Sedang elok saya bersantai beristirehat di rumah, tetiba ada bunyi deringan telefon. Ku ingatkan kekasih baru, rupanya masalah baru ! Tanpa berbedak di muka saya terus sarungkan pakaian dan bergegas ke tapak pembinaan. Masa itu saya rasa belajar kejuruteraan lagi mudah dari bekerja sebagai Jurutera.
    Cabaran-cabaran yang saya senaraikan ini bukanlah untuk menakutkan bakal-bakal Jurutera, tapi hanya ingin mendedahkan kepada situasi sebenar supaya nanti tiada yang akan sakit jantung. HEE
    Bicara Hati gadis : Saya seperti hanya fokus pada bidang kejuruteraan awam sahaja. Mana pergi mekanikal dan elektrik ? Hurm, tak reti nak buat huraian cabaran untuk bidang itu sebab saya bukan golongan mereka. Sorry.

    Aimi A.Z juga ada berkongsi cabaran yang dia lalui sebagai seorang jurutera. Baca SINI jika mahu tahu.




    Sebelah saya adalah bakal Jurutera suatu hari nanti. Insya'Allah. Good Luck MUNIRA !

    09 January 2012

    Antara Bakat, Rupa, dan Gaya


    Saban hari semakin banyak penulis blog mula mewarnai dunia blog dengan hasil penulisan mereka. Antara mereka ada di kalangan pelajar, pekerja, dan juga suri rumah. Walaupun semua mempunyai latarbelakang yang berbeza tapi tujuannya tetap sama, iaitu berblog.
    Ayat bukan main lagi macam journalist, padahal hanyalah penulis blog sahaja. Hehehe....
    Sudah lama tak buat ayat-ayat Bahasa Melayu yang sebenar-benarnya. Hampir 9 tahun saya rasa saya telah meninggalkan Sekolah Menengah. (Saja guna perkataan hampir dan rasa itu dengan harapan kamu tak tahu umur sebenar saya. Muhehe)

    Ayat-ayat Bahasa Melayu yang digunakan ketika menjawab peperiksaan pun sudah tertinggal di sana, Sekolah Menengah. HEE.. Boleh macam itu ?
    Sudah-sudah... Berhenti merepek tentang saya. Mari kita kembali ke laptop. Eh! Mari kita kembali ke tajuk asal. HEE


    Ramai yang menceburi diri dalam dunia blog telah popular kerana blog mereka. Jika followers blog sudah cecah 4 angka itu sudah boleh dikategorikan sebagai popular lah kan ? 
    Mereka itu tidak termasuk saya la. Saya ni hanya blogger yang suam-suam kuku sahaja.



     " Tengok blog dia ni. Ramai followers. "
    " Eeeee... tak best la. Ayat tah apa-apa. Bosan. "
    " Hurm.... Tapi followers dia ramai. Beriban. Blog aku ? Best tak ? "
    (ahaha... tetiba promote blog sendiri kat kawan)
    *kawan terdiam terkedu seribu bahasa*


    You know what, sebenarnya bilangan followers tak menunjukkan penulisan blognya best. Kadang-kadang mereka follow kerana tuan blog cantik tertarik lagi meletop atau tuan blog sangat pandai bergaya ala-ala diva gitu. Masing-masing punya citarasa yang berbeza-beza.
    Blogger yang yang mempunyai bakat, rupa, dan gaya memang sangatlah bertuah. Pakej lengkap gitu. Saya kategori mana erk ? Saya ni blogger yang ada bakat, rupa, atau gaya ? Hurmmm... Rasa semua pun bukan je. -_-


    Bicara Hati gadis : Sebagai blogger seharusnya kita punya identiti sendiri untuk menarik pembaca.  No klon No klon.... Cheh, kata cam saya ada identiti sendiri ja... ngeh ~





    08 January 2012

    Bila ada TWITTER kehidupan mula berubah


    Setiap hari pasti akan ada perubahan dalam kehidupan kita. Walaupun kita lakukan aktiviti yang sama setiap hari, tapi situasinya pasti akan berbeza. 


    Kehidupan saya juga sedikit sebanyak berubah semenjak ada twitter ni. 
    1. Tidak akan rasa forever alone walaupun single, sebab punya banyak teman baru di twitter. Banyak ke ??? Teeettt.....
    2. Walaupun tiada yang call or sms, tetap boleh main tekan-tekan keypad di handphone. Konon-konon macam sedang ber'SMS'. Padahal, sedang ber'TWEET'. Makcik selalu tegur kata saya sms pakwe. AHAHA... Mau tergelak besar dibuatnya. Cover ayu terus senyum sahaja.
    3. Tiada lagi istilah kebosanan bila menanti seseorang terlalu lama. Hanya pandang handphone sahaja tanpa pedulikan orang sekeliling yang berjalan ke hulu hilir depan mata. Sudah pastinya takkan terasa bertapa lamanya menunggu. Erk?
    4. Terasa dihargai. Setiap kali tweet cerita sedih ada sahaja yang membalas tweet untuk menenangkan jiwa yang lara. Wah ! Terharu gitu....
    5. Terasa diri juga bermanfaat untuk orang lain. Bila followers saya di twitter retweet apa yang tweet, saya rasa seperti tweet saya ada gunanya juga untuk orang lain. Wow! Tweet itu  rupanya bukan sekadar kata-kata meroyan kosong. HEE
    6. Aktiviti luar bertambah disebabkan penambahan teman baru. Perjumpaan demi perjumpaan dirancang demi memenuhi jadual harian. Sudah pastinya ada yang tidak mahu hanya berkenalan secara alam maya sahaja kan?
    7. Boleh berlagak seperti artis yang ramai peminat. Muhaha... Bajet ada peminat No. 7 ni memang tak de kaitan LANGSUNG ! Saje nak cukupkan tujuh juga walaupun tahu idea dah kekeringan bagaikan musim kemarau.


    Sebenarnya, saya sign up for twitter semenjak 2009 sebenarnya. Tapi  2011 baru saya bergiat sangat aktif di twitter sampai ada yang panggil saya ratu twitter. Twitter addicted la katakan. Seboleh-boleh nak updated status setiap minit tapi tak mampu saya nak buat camtu U all. Blackberry satu ! Anyone nak sponsor?  ngeh ~


    Fuh, nasib baik my boss tak ada twitter. Jika tidak mahu kantoi segala aktiviti saya. HEE



    Bicara Hati gadis : Baik buruk sesuatu laman sosial bergantung kepada cara penggunaan seseorang. Jangan salahkan alat tapi salahkan pengguna alat jika ia memberi efek buruk kepada orang lain. 




    07 January 2012

    Jemput kawan dan menang hadiah


    Masuk sahaja tahun baru pastinya ramai mahukan sesuai yang bernilai kan ? Hadiah mungkin ? Takkan tak nak hadiah kot ??? Rezeki jangan ditolak. Rugi wooo tolak...
    Octove baik hati nak bagi hadiah sempena Tahun Baru 2012 ni. Hadiah yang ditawarkan pun sangat lumayan.

    1. Penginapan EKSKLUSIF 3 Hari 2 Malam di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur bernilai RM1,500
    2. Telephone bimbit Blackberry Pearl


    Peraduan Tahun Baru 2012 Octove diadakan berikutan pelancaran Octove.com versi 2.0.
    Wau ! Octove kini lebih kemas dan teratur. Banyak juga aplikasi baru ada di situ.


    Ini imej lama laman utama octove


    dan


    Ini imej baru laman utama octove


    Berbeza kan ? Saya suka imej baru. Sangat suka !



    Mudah sahaja untuk menyertai peraduan ini, hanya ikut syarat yang ditetapkan oleh pihak octove.


    1. Peserta yang berjaya membawa masuk jumlah rakan tertinggi sehingga akhir bulan Januari dengan minimum 699 orang akan digelar PEMENANG
    2. Tarikh tutup peraduan adalah pada 31 Januari 2012 tepat jam 11.59p.m
    3. Sila pastikan rakan-rakan yang anda jemput menyertai Octove.com adalah benar dan bukanlah rekaan.
    4. Sekiranya sistem octove mengenalpasti sebarang penipuan dalam peraduan ini, penyertaan peserta tersebut akan dibatalkan serta-merta. ( Bagi yang mula nak fikir helah bella tu sila batalkan hasrat sekarang ! Rugi besar nanti. )
    5. Peserta peraduan mesti menggunakan Referral Link Peribadi yang boleh diperolehi di Laman Peraduan apabila ingin mengajak rakan-rakan untuk menjadi ahli Octove.com
    6. Ahli-ahli yang menyertai Octove.com tanpa menggunakan Referral Link anda, tidak akan dikira sebagai jemputan anda.

     Jika ingin menyertai peraduan ini kamu MESTI daftar dahulu. Nak daftar boleh klik  SINI 
    Selepas itu, klik gambar di bawah untuk terus laman peraduan.



    Referral Link boleh diperolehi di Laman Peraduan tersebut.

    Jemput ramai-ramai kawan, makin ramai kawan anda yang menjadi ahli octove melalui referral link anda semakin tinggi peluang untuk menang hadiah.


    SELAMAT BERJAYA !!!



    Pesanan Penaja :
    Kami sentiasa menghargai maklum balas & idea-idea menarik dari anda semua mengenai meningkatkan kualiti Octove. Maklum balas anda boleh dihantar ke support@octove.com




    Saya dapat Blackberry Pearl pun dah memadai. Boleh bagi kat adik atau mama. HEE






     

    Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_