Saban hari semakin banyak penulis blog mula mewarnai dunia blog dengan hasil penulisan mereka. Antara mereka ada di kalangan pelajar, pekerja, dan juga suri rumah. Walaupun semua mempunyai latarbelakang yang berbeza tapi tujuannya tetap sama, iaitu berblog.
Ayat bukan main lagi macam journalist, padahal hanyalah penulis blog sahaja. Hehehe....
Sudah lama tak buat ayat-ayat Bahasa Melayu yang sebenar-benarnya. Hampir 9 tahun saya rasa saya telah meninggalkan Sekolah Menengah. (Saja guna perkataan hampir dan rasa itu dengan harapan kamu tak tahu umur sebenar saya. Muhehe)
Ayat-ayat Bahasa Melayu yang digunakan ketika menjawab peperiksaan pun sudah tertinggal di sana, Sekolah Menengah. HEE.. Boleh macam itu ?
Sudah-sudah... Berhenti merepek tentang saya. Mari kita kembali ke laptop. Eh! Mari kita kembali ke tajuk asal. HEE
Ramai yang menceburi diri dalam dunia blog telah popular kerana blog mereka. Jika followers blog sudah cecah 4 angka itu sudah boleh dikategorikan sebagai popular lah kan ?
Mereka itu tidak termasuk saya la. Saya ni hanya blogger yang suam-suam kuku sahaja.
" Tengok blog dia ni. Ramai followers. "
" Eeeee... tak best la. Ayat tah apa-apa. Bosan. "
" Hurm.... Tapi followers dia ramai. Beriban. Blog aku ? Best tak ? "
(ahaha... tetiba promote blog sendiri kat kawan)
*kawan terdiam terkedu seribu bahasa*
You know what, sebenarnya bilangan followers tak menunjukkan penulisan blognya best. Kadang-kadang mereka follow kerana tuan blog cantik tertarik lagi meletop atau tuan blog sangat pandai bergaya ala-ala diva gitu. Masing-masing punya citarasa yang berbeza-beza.
Blogger yang yang mempunyai bakat, rupa, dan gaya memang sangatlah bertuah. Pakej lengkap gitu. Saya kategori mana erk ? Saya ni blogger yang ada bakat, rupa, atau gaya ? Hurmmm... Rasa semua pun bukan je. -_-
Blogger yang yang mempunyai bakat, rupa, dan gaya memang sangatlah bertuah. Pakej lengkap gitu. Saya kategori mana erk ? Saya ni blogger yang ada bakat, rupa, atau gaya ? Hurmmm... Rasa semua pun bukan je. -_-
Bicara Hati gadis : Sebagai blogger seharusnya kita punya identiti sendiri untuk menarik pembaca. No klon No klon.... Cheh, kata cam saya ada identiti sendiri ja... ngeh ~
saya pun picisan jee..
ReplyDeleteyup... sue pun setuju.. biar org kenal kita melalui penulisan..sue pn xfemes... bagi mereka yang ramai follower dan mereka pun sangat cantik, itu satu bonus bagi mereka...tp bg orang macam sue ni,sue dah syukur dgn rupa paras sue...dan sue cume nak menulis..dan if orang kenal pn, sbb pnulisan kita..
ReplyDeletejadi, yg pnting kita menulis dgn jujur dan dari hati :)
p/s: thnks doakan kite ye :)
saya newbie je >_<
ReplyDeleteplease follow me.. :)
ReplyDeletehttp://missnaokochan.blogspot.com/
isi blog tu penting, yg lain tu tolak tepi..hehe xD
ReplyDeletebese orang follow blog sebab ikut orang.. tu sebab r, tengok orang lain follow blog tu, die pun nak ikut.. takpe.. kite blog ngan our own way je sudah
ReplyDelete