Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

07 February 2012

Cabaran seorang Jurutera ( #MissEngineer )


Bila sebut sahaja kerja sebagai Jurutera (Engineer) pastinya ada terkejut sampai nak terkeluar biji mata. Lebih-lebih lagi bila engineer itu perempuan. Pasai pa ??? Saya tahu saya nampak agak kecil untuk jawatan besar sebagai Jurutera ini. Hurmmm..
Bidang kejuruteraan ini sememangnya dipelopori oleh lelaki, tapi tak bermakna dimonopoli oleh mereka. Terdapat juga wanita yang menceburi bidang ini tapi tak ramai. Itu cerita dahulu kala. Sekarang dah berlambak Jurutera perempuan.  (over tau kata berlambak)
Di syarikat saya pun ada dua orang Jurutera perempuan dan dua lagi Jurutera adalah lelaki. Tapi dua-dua Jurutera lelaki itu not available. Sila tutup rapat-rapat hasrat nak cari suami Jurutera.
Sebenarnya banyak cabaran terpaksa dihadapi oleh seorang Jurutera terutamanya Jurutera perempuan. Besar jawatan yang dipegang besar juga tanggungjawabnya. Mau ketaq lutut! Rasa bukan setakat lutut sahaja ketaq tapi seluruh badan. Huu

Saya masih baru dalam bidang kejuruteraan ini tapi sudah bermacam-macam cabaran terpaksa ditempuhi. Saya ibarat budak kecil baru belajar berjalan dan selalu sahaja terjatuh-jatuh. Semua itu takkan melemahkan semangat saya untuk terus menceburi bidang kejuruteraan ini. Insya'Allah....
Antara cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh seorang Jurutera :
1.     Cabaran Komunikasi
Seorang Jurutera harus pandai berkomunikasi. Disebabkan bidang kejuruteraan ini didominasi oleh kaum lelaki, saya sebagai Jurutera perempuan tidak boleh malu-malu kucing atau cover cover ayu depan lelaki. Draftperson, Arkitek, Project Manager kebanyakannya lelaki. Pekerja buruh di tapak pembinaan pun semua lelaki. Seorang Jurutera perlu banyak berkomunikasi dengan mereka untuk kerja yang lebih lancar. Bagaimana mereka nak lakukan kerja jika Jurutera cakap pun macam ada emas dalam mulut ?
2.     Cabaran Mental
Bekerja dalam tekanan adalah sangat sinonim dengan Jurutera. Saya pernah buat kerja sambil ditunggu oleh klien di belakang saya. Masa itu saya perlu buat sedikit perubahan pada structural design saya. Saya baru tahu perubahan yang klien mahu itu pada waktu pagi, tapi klien mahukan drawing yang lengkap pada tengaharinya. Memang terpaksalah saya delay waktu lunch saya. Dalam masa dua jam saya berusaha keras menyiapkan kerja tersebut. Lepas siap kerja tu terus terasa kejang urat-urat tangan. Mata pun merah gara-gara terlalu fokus pada komputer. Bukan mata sahaja, kepala pun turut merasai tekanannya. Kesan kesakitan seperti ini biasa dilalui oleh Jurutera baru. Lama-kelamaan pasti akan lebih bijak mengendali tekanan tersebut.
3.     Cabaran Fizikal
Jurutera dan kegelapan wajah memang tak dapat dipisahkan. Saya masih ingat lagi kata-kata staf JKR pada budak-budak praktikal dulu (including me), "Jika tak mahu diri berjemur pada panas tak payah ambil bidang kejuruteraan". Kata-kata menusuk kalbu itu terkeluar apabila ada salah seorang antara kami memegang payung ketika melihat kerja-kerja pembinaan jalan raya dilakukan.
Bukan sahaja mental harus kuat jika mahu bekerja sebagai jurutera, fizikal juga. Lebih-lebih lagi bila bekerja di tapak pembinaan sebagai Jurutera Tapak (Site Engineer). Kadangkala sabtu ahad pun perlu bekerja. Fuh, masih terasa kepenatan bekerja sebagai Site Engineer ketika di Melaka dahulu. Tetibe rasa diri dah tua. Huu...
4.      Cabaran Personaliti
Kenyakinan perlu ada dalam diri seorang Jurutera, dan kenyakinan itu harus diserlahkan ke wajah. Jurutera harus membuat keputusan yang melibatkan nyawa orang ramai. Jika diri sendiri tak dapat serlahkan kenyakinan itu bagaimana orang lain mahu nyakin dengan keputusan Jurutera ?

5.     Cabaran Sosial
Jurutera perlu bijak bersosial. Bersosial tanpa melanggar batas-batas agama. Ingat itu ! Apabila melibatkan diri dalam bidang kejuruteraan ini terutamanya bidang pembinaan, kita akan terdedah kepada pelbagai jenis dan ragam manusia. Bukan semua beragama Islam. Boleh dikatakan hampir kesemua buruh binaan bukan Islam. Ditambah pulak dengan pemaju, kontraktor yang lebih dimonopoli oleh cina. Walaupun kita bekerja dengan mereka, tak bermakna kita harus ikut cara mereka.
6.      Cabaran Masa
Seorang Jurutera harus banyak korban waktunya sendiri. Jurutera bekerja tanpa mengira waktu. Dah macam doktor je hah. Huu. Memang itu realitinya terpaksa diterima. Terpaksa berhempas pulas siang dan malam menyiapkan rekabentuk struktur bagi sesebuah bangunan. Ada juga yang terpaksa bergegas ke tapak pembinaan apabila menerima panggilan memberitahu ada masalah di tapak pembinaan. Saya pernah laluinya. Sedang elok saya bersantai beristirehat di rumah, tetiba ada bunyi deringan telefon. Ku ingatkan kekasih baru, rupanya masalah baru ! Tanpa berbedak di muka saya terus sarungkan pakaian dan bergegas ke tapak pembinaan. Masa itu saya rasa belajar kejuruteraan lagi mudah dari bekerja sebagai Jurutera.
Cabaran-cabaran yang saya senaraikan ini bukanlah untuk menakutkan bakal-bakal Jurutera, tapi hanya ingin mendedahkan kepada situasi sebenar supaya nanti tiada yang akan sakit jantung. HEE
Bicara Hati gadis : Saya seperti hanya fokus pada bidang kejuruteraan awam sahaja. Mana pergi mekanikal dan elektrik ? Hurm, tak reti nak buat huraian cabaran untuk bidang itu sebab saya bukan golongan mereka. Sorry.

Aimi A.Z juga ada berkongsi cabaran yang dia lalui sebagai seorang jurutera. Baca SINI jika mahu tahu.




Sebelah saya adalah bakal Jurutera suatu hari nanti. Insya'Allah. Good Luck MUNIRA !

45 comments :

  1. bila nak tepek gambar kita plak. #tetiba.

    pape pun kak, all the best. setiap pekerjaan yang dunia ni ada cabarannya tersendiri kan? di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan :)


    kbai!

    ReplyDelete
  2. Jurutera pun jurutera la.. Asalkan pekerjaan tu halal. :)

    ReplyDelete
  3. mumun!! haahaha.. kite jurutera duduk dekat ofis je.. sbb kite jurutera utk brg2 elektronik, chip computer to be exact.. tp cabaran tu, lebih kurang gak la... mcm2 tekanan gak la.. ape pun, bak kata hafiz hafizol, yg penting halal.. and pengalaman tu yg best.. :D

    ReplyDelete
  4. Kesiannya.teruk juga bidang u ye.

    ReplyDelete
  5. Kesiannya,susah juga kerja u ye.baik2lah,jaga kesihatan diri.

    ReplyDelete
  6. eh kite same2 engineer! ^__^ setuju2 tapi tak selalu hadapi situasi macam tu kan? depend gak jadi engineer yang mane.. Project memang ari2 tengok sie r, kalau design, confirm ngadap autoCAD je.. so yang penting, njoy ngan work =)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. sbb itu respek kene lebih kt female engineer nih. bidang kerjaya dipelopori lelaki

    ReplyDelete
  9. nice story , terima kasih post ini dah membakar semangat.. haha >,<

    ReplyDelete
  10. Salam akak, saya Sakinah study mechanical engineering kt UTP. skrg nak masuk 3rd year. so far, kerja macam mne? best tak? lps habis study tu, dapat offer bnyk tak? ke pi interview

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada kerja yang datang bergolek atau melayang, semuanya kena usaha.
      Tiada kerja yang tiada tekanan.
      Pahit manis dalam bekerja tu yang mematangkan kita menambahkan ilmu dalam pengalaman.

      Delete
  11. hai kak . saya pun bercita-cita nak jadi seorang jurutera awam . sekarang ni masih belajar dekat poli sabak bernam ambil diploma kejuruteraan awam .

    yg penting , kita kena kuat & jgn putus asa ! aja-aja fighting akak Hanim ! :D

    ReplyDelete
  12. Civil Engineering Career - Apply for Engineering Jobs, Engineering vacancies, Electrical Engineering Jobs, civil engineering from across Malaysia and register your CV on Monster Malaysia to be found by employers and agencies looking for engineers like you.

    ReplyDelete
  13. halo..sya nak tnya soaln..cthnya sya ni bru graduate jurutera kimia..ada ka company yg menawarkan kerja atau graduan yg mencari kerja??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin company akan cari anda untuk tawarkan kerja jika anda best student yang berpotensi untuk memajukan company tersebut.

      Delete
  14. AssalamualaiQum.. sy nih lpasan spm yg amik subjek sains.. sy dpt tawaran kos kej awam nih kt politeknik merlimau melaka sy xde basic lukisan kej awam.. so camnenih yea ? Lagi satu ye encik.. hmm klau anggaran pndptn sebuln bg seseorg yg bekerja dlm sektor ini dgn hnya memiliki diploma shj.... ?? Mohon pnjelasan tuan yg arif lgi bijaksana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumuslm. Jangan risau jika tiada basic lukisan kejuruteraan awam. Semuanya akan diajar kemudian. Saya juga tidak mempunyai basic lukisan kejuruteraan awam sebelum memasuki university. Pendapatan bergantung kepada syarikat.

      Delete
  15. terbaik , tak sabar nak ceburi bidang ni !!

    ReplyDelete
  16. Gud luck engineers.. cri spouses yg btl2 bole fhm korg punya life nnty. cz i pn rasa cm agak nk mental dpt spouse engineer o&g .. tekanan beb

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya kerja oil&gas engineer lebih mencabar berbanding kami civil engineer.
      InshaAllah saya dah jumpa pasangan yang faham ... Thanks

      Delete
  17. Boleh saya tahu serba sedikit cabaran kerja oil and gas engineer??

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak tahu secara terperinci berkenaan kerja oil and gas engineer. lebih baik rujuk pada mereka yang menceburi bidang ni.

      Delete
  18. Well done sis.....jangan lupa...nanti buat submisson utk PE ya...Kita ramaikan lagi PE wanita. All the best

    ReplyDelete
  19. asssalamualaikum kak hanim..saya nk tanye, engineer ni bnyk cabang..saya ingin jadi jurutera petroleum...so saya nk tanye akak sikit..saya kene ambik jurutera ape ye? saya ni bru form 5 tahun ni..so saya nk tahu perkara ni dgn lebih awal sebelum saya SPM pada bulan 11 nnti..saya hrp akak doakan saya cemerlang and dpt mnjadi seorang jurutera yg berjaya.. in shaa Allah tq kak :-)

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum kak hanim..saya nk tanye sikit boleh? saya nk jdi engineering in petroleum...so saya kene ambik engineer ape ye bile dh dkt u nnti..saya ni btu form thn ni...akak doakan saya berjaya spm 2016..saya nk dpt tahu perkara ni dgn lebih awal sbb saya xnk cita-cita saya nk jadi jurutera petroleum tu terbantut...thanks kak :-)

    ReplyDelete
  21. asssalamualaikum kak hanim..saya nk tanye, engineer ni bnyk cabang..saya ingin jadi jurutera petroleum...so saya nk tanye akak sikit..saya kene ambik jurutera ape ye? saya ni bru form 5 tahun ni..so saya nk tahu perkara ni dgn lebih awal sebelum saya SPM pada bulan 11 nnti..saya hrp akak doakan saya cemerlang and dpt mnjadi seorang jurutera yg berjaya.. in shaa Allah tq kak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumuslm dik. Boleh cuba apply Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Petroleum). Untuk SPM, pastikan score dalam subjek math, fizik, kimia.
      Semoga adik berjaya dalam bidang yang adik ceburi nanti. amin ...

      Delete
  22. Assalamualaikum kak saya adalah pelajar asasi sains hayat dan saya mendapat tawaran belajar dalam bidang kejuruteraan elektronik bioperubatan tapi saya mmg tidak pernah bercita cita untuk menjadi seorang jurutera adakah ianya susah untuk saya adapt bila saya study dalam bidang engineering nnti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. InshaAllah akan jadi mudah bila sister belajar untuk minat bidang engineering ni.

      Delete
  23. Salam:)
    Adik saya telah menyambung pelajaran dalam bidang Civil Engineering dan srkg dy di sem 3.Namun result dy x OK sgt n dy ada kna repeat sbyk 2 paper. Srkg nie dy brbelah bahagi utk truskn dlm bidang civil or tukar course. So saya nk tya pndapat anda yg lebih mengetahui mengenai bidang ini. Adakah lebih baik dy teruskan atau tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Sebenarnya sayang jika nak tukar course bila dah dipertengahan jalan. Tapi depends pada minat dia. Jika rasa dah tak suka baik tukar. Benda akan jadi susah bila kita tak minat or bosan.

      Delete
  24. Kak, akak engineer dari uni mana? T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor.

      Delete
  25. saya pun amek civil eng. tengah parah study ni susah gak...ruppanya kerja lagi susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila kita enjoy dengan apa yang kita buat InshaAllah akan jadi senang. jangan terlalu risau.

      Delete
  26. Syok ke membujang?😂

    ReplyDelete
  27. Boleh saya nak email?

    ReplyDelete
  28. Salam,,, kak,, dlu akak cri experience kat mne? Brp company akan masuk utk cri experience?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Company yang akak kerja sekarang company kedua. Dah tujuh tahun masih di syarikat yang sama. Experience tak perlu tergesa-gesa nak cari. Kerja tu lama2 nanti experience akan bertambah walaupun hanya di syarikat yang sama.

      Delete
  29. doakann sya jadi engineer yang berjaya

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_