Keracunan makanan, Athma, dan Gastrik adalah tiga jenis penyakit yang berbeza. Tapi gejala ketiga-tiganya mungkin ada yang persamaan sehinggakan doktor boleh salah anggap. Ok, tak baik salahkan doktor. Dia juga manusia yang melakukan kesilapan. Husnuzon Hanim. Cuba memujuk diri yang telah kecewa dengan perkhidmatan beberapa orang doktor. Dalam dua minggu sahaja saya telah berjumpa dengan 4 orang doktor dari 4 klinik yang berbeza. Berapa duit membazir di situ pun dah malas nak kira. Cheh, cara saya mengabaikan pembaziran wang tu dah macam orang kaya.
Paling merisaukan saya, saya terpaksa cuti 3 hari. Seminggu kerja 2 hari sahaja. Haih... Teruklah saya. Apa la penilaian bos saya nanti. *Harap bos akan baca blog saya ni bukti MC saya bukan satu penipuan*
Untuk pembelajaran dan pengajaran semua pembaca, saya dengan baik hatinya nak berkongsi mengenai keracunan makanan, asma, dan gastrik. Baik hati sangat sebab dah terkena, Hoho
KERACUNAN MAKANAN
Keracunan makanan merupakan sejenis gastroenteritis yang disebabkan oleh makanan yang telah dicemari racun, biasanya bakteria.
Antara punca keracunan makanan ialah kemunculan bakteria dalam makanan, akibat proses penyediaan makanan yang kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah Celsius.
Keracunan makanan juga boleh disebabkan oleh cendawan beracun atau buah dan sayuran yang dicemari dengan racun serangga yang tinggi kepekatannya. Toksin daripada kulat seperti aflatoksin yang terdapat pada bijirin juga salah satu punca keracunan makanan.
Kebiasaannya, keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan yang tercemar. Tanda-tandanya termasuklah rasa mual, muntah, cirit- birit, pening-pening serta gangguan perut.
Disebabkan tanda-tanda yang saya alami adalah mual, muntah dan pening-pening, terus doktor menyangka saya alami keracunan makanan. Tetiba pulak dapat injection berbayar di tempat tak sepatutnya. Jangan tanya kat mana tempat tu ? Babap nak ??? Bluwerk!
Sumber : SINI dan SINI
Disebabkan tanda-tanda yang saya alami adalah mual, muntah dan pening-pening, terus doktor menyangka saya alami keracunan makanan. Tetiba pulak dapat injection berbayar di tempat tak sepatutnya. Jangan tanya kat mana tempat tu ? Babap nak ??? Bluwerk!
Sumber : SINI dan SINI
ASMA (ASTHMA)
Penerangan selanjutnya boleh baca Asma dan Rawatannya
*Motif letak baca selanjutnya ? Penulis malas nak taip panjang-panjang. Muhehe*
GASTRIK
Asma atau biasanya disebut sebagai semput atau lelah, merupakan sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat keradangan dan juga pengucupan salur pernafasan.
Antara gejala yang sering dihadapi oleh pesakit asma :
- Pernafasan yang berbunyi seolah-seolah seperti orang bersiul terutama ketika menghembuskan nafas. Bunyi ini dinamakan wiz
- Pesakit yang tidak mengalami wiz kebiasaanya akan batuk terutamanya pada waktu malam atau selepas melakukan aktiviti.
- Pesakit rasa sesak nafas dan ketat dada. Kadang ada juga pesakit yang rasa bagaikan ada lendir di salur pernafasan.
Penerangan selanjutnya boleh baca Asma dan Rawatannya
*Motif letak baca selanjutnya ? Penulis malas nak taip panjang-panjang. Muhehe*
GASTRIK
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah. Walaupun ada perbezaan di situ, tapi kedua-duanya adalah penyakit gastrik.
Antara tanda-tanda gastrik ialah :
- Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
- Rasa senak, berangin atau pedih
- Rasa tidak selesa
- Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
- Rasa mual (loya) dan muntah
- Hilang selera makan
- Berat badan turun (pada peringkat teruk)
Punca-punca lain Gastrik:
- Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu.
- Pengambilan alkohol yang berlebihan
- Pengambilan kokain
- Merokok
- Stress
- Gangguan autoimun
- Penyakit crohn
- Radiasi dan kemoterapi
- Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
- Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
- Rembesan asid gastrik yang berlebihan
- Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
- Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Sumber : pmr.penerangan.gov.my
Persamaan antara gejala keracunan makanan dan gastrik adalah pening dan mual-mual. Manakala persamaan antara penyakit asma dan gastrik pula adalah sesak nafas.
Saya rasa itulah sebabnya doktor salah kesan penyakit saya apabila saya cakap saya rasa sakit dada, sesak nafas, pening, dan mual-mual. Haih, dah rasa macam ibu mengandung pulak ada mual-mual. Hurmmmm....
Saya gastrik tapi kena injection dah macam orang keracunan makanan dan kena makan ubat asma seglanya. Hish Hish... Sabarjela
Bicara Hati gadis : Sesibuk mana pun kita, kesihatan harus dijaga. Tanpa kesihatan yang baik, prestasi kerja pastinya akan merundum.
*Bicara Hati gadis tu memang duduk dalam hati sahaja lah ! Sebab tuannya tersangatlah degil. Bila dah sibuk siapkan kerja lupa kesihatan diri sendiri sampai sanggup delay waktu lunch. Huu....*

owh.. baru faham.. dulu pun ade gak dr cakap ade tanda2 gastrik tapi taktau r plak.. ape pun nice info =)
ReplyDeletekak sha ada sakit gastrik...huhu..penah masuk hospital masa darjah 1 dulu...
ReplyDeleteuntung laa...
ReplyDelete