Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.
Showing posts with label JURUTERA. Show all posts
Showing posts with label JURUTERA. Show all posts

03 June 2016

Pilih Jurutera : minat atau duit ?



" best la sebab bukan kerja engineer nie adventure ke...
​kalau nak kata stress tu memang la..kerja mana yg tak stress kan...
tapi betul ke kawan saya kata....tahap gaji engineer​ hari ini dan 10 tahun yang lepas...tiada banyak beza....sebab tu jugak la ramai kawan saya benti...
​menjadi pelik pada saya."

Luahan dari seorang senior di dalam kotak email saya.
Saya yang junior ni mana nampak beza gaji jurutera 10 tahun yang lepas dan sekarang.
Ayat bajet muda remaja sangat. Padahal... dah mencecah umur 30.



                    
                      Antara tugas saya sebagai seorang jurutera.
                      Di atas kertas adalah pelan bangunan daripada arkitek,
                      dan di komputer adalah software kejuruteraan (Esteem)
                      yang digunakan untuk merekabentuk struktur bangunan.




Dan sebenarnyaaa ...

Berketoi-ketoi juga soalan masuk dalam kotak email saya.


Kebanyakkan soalan mesti ada tersepit soalan tentang gaji.
Alahai cik adik ...
Akak ni segan silu tersipu malu nak bagi tau gaji sebenar seorang Jurutera.
Gaji Jurutera ni bukanlah semegah yang awak sangka.

Apa sebab utama awak nak masuk bidang kejuruteraan ?
Adakah semata-mata pasal gaji besau yang digembar-gemburkan ?
Hahaha....
Silalah hapuskan niat suci murni awak nak jadi jurututera kalau hanya tergoda dengan gajinya.
Kemudian hari nanti awak akan kecewa.

Besar atau tidak gaji seorang jurutera bergantung kepada rezeki awak. 
Jika dapat kerja di syarikat besar dengan tanggungjawab yang besar, dapatlah gaji besar. 
Jangan lupa, tekanannya juga akan besar.


Saya masih ingat pertama kali kerja jurutera di Melaka, gaji saya ketika itu RM1800.
Di zaman itu juga ada kawan saya yang bekerja sebagai jurutera dengan gaji RM1500.
Tapi gigihlah kami terima demi sebuah pengalaman.


Saya ada satu kisah untuk dikongsi sebagai renungan bersama ;
Dahulu kala ada seorang yang muda remeja lepasan SPM membuat pilihan untuk masuk ke universiti. Kunci utama kepada bidang yang dipilih adalah gaji yang lumayan. Mengimpikan gaji setinggi gunung everest selepas tamat pengajian. Dia belajar bukan atas dasar minat dan kecintaan sehingga menyebabkan ada subjek yang perlu diulang semula.
Dan selepas tamat pengajian, dia tak dapat pun kerja dibidang yang dipilih atas dasar gaji.
Bukan kerana tiada pilihan kerja masa itu, tapi ...
tiada minat yang mendorong diri untuk bersungguh-sungguh mencari peluang dalam bidang tersebut.



KESIMPULANNYA,
                              Sila delete anggapanmu tentang banyaknya gaji jurutera.
Eh?
Pilihlah sesuatu bidang yang ingin diceburi kerana minat bukan gaji semata.


23 August 2015

Panjat lebih tinggi


Ketinggian dan engineer berpisah tiada.
Tapi tak bermaksud nak jadi engineer perlu cukup ketinggian.
TIDAK tidak TIDAK ...

Ketinggian tu adalah tempat yang tinggi.
Engineer yang terlibat dengan bidang pembinaan memang memerlukan keberanian untuk pergi ke tempat tinggi. NO gayat gayat ok ?

Sebenarnya saya pun bukan berani sangat boleh berada di tempat tinggi.
Tapi kugagahi jua demi kerja. Hehehe...

Keberanian takkan ada tanpa kita usaha. Betul tak ?

Beberapa minggu lepas...boleh jadi beberapa bulan lepas...saya sendiri pun kurang ingat tarikh kejadian.
Apa yang saya pasti, saya diminta untuk pergi ke tapak pembinaan di puchong perdana.
Saya diperlukan untuk memeriksa besi sebelum mereka melakukan kerja konkrit. Salah satu kerja engineer adalah periksa kerja orang. Jangan kata cikgu je kerja memeriksa.

Saya perlu pastikan besi yang dipasang di tapak pembinaan mengikut seperti apa yang ada dalam structural drawing. Jenis besi, saiz besi, jarak antara besi semuanya perlu diperiksa. Saya juga perlu pastikan kawasan tersebut bersih dan sesuai untuk konkrit. Gaya macam saya mahir sangat la kan...
PADAHAL... Saya juga masih dalam proses pembelajaran. Pengalaman masih seperti bayi yang merangkak.

Setibanya saya di tapak pembinaan, saya mencari orang menjaga tapak pembinaan tersebut.

"Bahagian mana yang hendak konkrit ?" Saya bertanya untuk kepastian.
"Atas" Site supervisor tunjuk ke arah tingkat satu.
"Tangga ni ke untuk naik ke atas ?" Saya halakan jari jemari saya ke tangga kayu di tepi bangunan yang tak siap.
"Tak apa la. Tak perlu naik ke atas. Saya berikan gambar sahaja."
Saya dah jangka dah jawapan sepertinya akan keluar dari mulut lelaki di tapak pembinaan.
"Eh, tak pe. Saya naik atas."
"Boleh ke ?"
"Boleh. Kerja saya."

Dengan muka yakin tahap gunung everest, saya terus je ke tangga kayu untuk naik ke atas.
Saya tak pandang belakang dah. Walaupun agak ketaq seluruh kaki untuk melangkah, saya naik juga dengan penuh keyakinan. Terlalu yakin sampai saya tak nampak ada paku. Sekali tersangkut seluar di bahagian lutut. Koyak terus ke kulit. Mujur baik nampak sikit sahaja. Jalan cover ayu tak ingat. Nak tutup koyak punya pasal. Selepas selesai pemeriksaan saya terus p cari seluar baru. Tak pasal-pasal.
Dan sebenarnya ada sedikit luka di lutut. 


Permulaannya memang sukar. Akan tetapi bila kita paksa diri untuk lakukannya, lama kelamaan InshaAllah akan jadi tegar alah biasa.





Gambar bukan gambar saya, tapi gambar kawan yang saya pinjam untuk dijadikan penyeri cerita.
Kebiasaannya saya pergi ke tapak pembinaaan seorang diri, tiada gambar yang ada untuk dijadikan tatapan di sini.

11 May 2015

Freelance Engineer bebas memilih


Zaman muda remaja dulu saya cuma tahu make-up artis, photographer sahaja ada freelance.
Mana tahu bila sudah terjebak dengan dunia pekerjaan ni, rupanya ada banyak lagi kerja boleh buat freelance. Salah satunya JURUTERA.

Beberapa bulan yang lalu, saya terima satu mesej tawaran kerja freelance engineer. Client mahu saya memantau kerja-kerja pembinaan di lot rumahnya. Dia kata boleh datang setiap hari sabtu dan ahad. Memahami betol saya yang berkerja 5 hari seminggu ni.
Terkejut jugalah saya bila ada yang memberi kepercayaan sebegitu. 
Siapalah yang tak suka FREE...
Eh? Free percuma tu tiada kaitan langsung dengan freelance.
Siapalah yang tak suka JOB... Dapat duit. Hehehe.


Tapi, TAPI....saya paksa rela menolak tawaran tersebut. Keaadaan saya masa tu tidak mengizinkan.


Freelance engineer bukan sahaja diperlukan untuk memantau kerja di tapak pembinaan, tapi juga untuk merekabentuk bangunan. Kerja merekabentuk banyak dibuat oleh kawan-kawan saya. Rezeki mereka. Tak perlu susah payah kerepot untuk menggelapkan diri. Semua kerja rekabentuk boleh dibuat di rumah. Boleh buat kerja sambil jaga anak. Seronok bukan ? 
Hanya sekali sekala sahaja perlu keluar untuk berurusan dengan pihak tertentu.

Adik-adik yang berminat dengan kerjaya Jurutera, jangan runsing jika mahu bekerja dari rumah selepas kahwin. Hehehe... Boleh jadi freelance engineer.

Seronok bekerja sebagai freelance engineer ni. Kita bebas memilih projek. Waktu bekerja juga tidak terikat. Apa yang penting ? Kerja siap. Selalunya client nak cepat je... 

Doakan saya juga boleh buat kerja dari rumah. Senang saya nak jaga anak-anak saya sendiri nanti. Hehehe...
Batang hidung suami pun tak nampak lagi, ada hati nak merancang pasal jaga anak-anak pulak.




Masa kejadian tahun 2015. Saya sedang siapkan laporan 'Hydraulic Design Calculation for On Site Detention'.
Bila banyak kerja dan banyak berfikir, saya selalunya akan mula rasa lapar yang melampui batasan bentuk badan.
Tapi bila bulan Ramadhan, otak dan perut berkerjasama dengan sangat baik. Alhamdulillah.
Banyak fikir pun tetap bertahan sampai ke waktu azan maghrib.
Ending macam takde kaitan dengan tajuk cerita je.


26 March 2015

Miss Engineer bukan Tomboy



Situasi 1 :
*Perbualan antara saya dan kenalan di twitter*

"Akak, ayah tak bagi saya belajar bidang engineering."
"Kenapa pula ?"
Sebenarnya saya dapat agak kenapa ibu bapa tidak menggemari anaknya memilih bidang engineering. 
Saya saja buat-buat tanya macam tak tahu. Lalala ~
"Ayah tak mau anaknya jadi kasar macam lelaki."


Situasi 2 :
*Perbualan antara saya dan wartawan Harian Metro*

Pot pet pot Pet (pot pet sahajalah ceritanya bila tuan empunya diri kurang makan kismis)
"...biasanya engineer ni ..."
Tak sempat wartawan habiskan ayat, saya terus memotong 120km/j.
"Tomboy ?"
Saya menyoal dengan iringan gelak comel saya. 
(Cukup sekadar baca. Jangan bayangkan saya gelak comel. Kang ada yang muntah berbaldi-baldi pula.)
"Saya sama je macam perempuan lain yang biasa. Cara berpakain dan berjalan tak jauh beza pun dengan perempuan lain. Takde pula saya jalan kengkang kengkang dan bercakap kasar."
Cuma kadangkala jalan nampak bersepah bila laju. Hehehe


Situasi 3 :
*Perbualan antara kawan-kawan bila keluar beramai-ramai*

"Jangan tak sangka dia ni Engineer."
"Tak macam Engineer pun. Lembut je."
Saya yang mendengar tak tahu nak buat reaksi muka macam mana. Sedih atau gembira ? Huh ...


Tiga cerita yang berbeza tetapi maksudnya serupa.


Semasa di Universiti, saya lihat yang bersikap lasak hampir kepada sifat lelaki itu pelajar Kejuruteraan Mekanikal. Syhhh... Jangan bagi tau kawan-kawan.

Tak sangka pula perempuan yang menceburi bidang Kejuruteraan Awam juga dianggap kasar dan  lasak seperti lelaki.

Saya berbaju putih bunga kecil merah jambu. Saya nampak seperti tomboy ke pakcik ?

Hurm... Mungkin perempuan berbaju kurung nampak ayu walaupun dia kayu.
Ok Ok ... Saya belanja satu gambar saya pakai seluar.

Sat na ... SAT

*
*
*

Taraaa ...

Gambar zaman kegelapan


Tomboy ka ?
Tak tahu la nak kata lagu mana kalau dah pakai baju kembang semangkuk dengan selendang merah jambu pun boleh nampak tomboy ... Lagu Siti Nurhaliza boleh ? Hee


Sebenarnya bidang kerja yang lasak belum tentu menjadikan diri seorang perempuan tu tomboy.

Bagi adik-adik (perempuan sahaja) yang mempunyai minat setinggi Gunung Everest terhadap kerjaya Jurutera, adik-adik haruslah yakinkan Ibu Bapa yang adik ni adalah perempuan Melayu terakhir.

Rajinkan diri melakukan kerja-kerja yang menyerlahkan sifat keperempuanan. Errrr... Pelik je bunyi. Rasanya lebih sedap lagi bunyi sifat kewanitaan. Hehehe.

Kalau tak reti nak pakai kain batik dan suka duduk terkangkang depan tv tengok perlawanan bola sepak tanpa mengendahkan orang sekeliling atau suka main sepak takraw dikala petang hari, memang akak pun tak boleh nak yakinkan Ibu Bapa awak dik oiiii ....




SEMOGA BERJAYA. Senyum sikit ...




07 February 2012

Cabaran seorang Jurutera ( #MissEngineer )


Bila sebut sahaja kerja sebagai Jurutera (Engineer) pastinya ada terkejut sampai nak terkeluar biji mata. Lebih-lebih lagi bila engineer itu perempuan. Pasai pa ??? Saya tahu saya nampak agak kecil untuk jawatan besar sebagai Jurutera ini. Hurmmm..
Bidang kejuruteraan ini sememangnya dipelopori oleh lelaki, tapi tak bermakna dimonopoli oleh mereka. Terdapat juga wanita yang menceburi bidang ini tapi tak ramai. Itu cerita dahulu kala. Sekarang dah berlambak Jurutera perempuan.  (over tau kata berlambak)
Di syarikat saya pun ada dua orang Jurutera perempuan dan dua lagi Jurutera adalah lelaki. Tapi dua-dua Jurutera lelaki itu not available. Sila tutup rapat-rapat hasrat nak cari suami Jurutera.
Sebenarnya banyak cabaran terpaksa dihadapi oleh seorang Jurutera terutamanya Jurutera perempuan. Besar jawatan yang dipegang besar juga tanggungjawabnya. Mau ketaq lutut! Rasa bukan setakat lutut sahaja ketaq tapi seluruh badan. Huu

Saya masih baru dalam bidang kejuruteraan ini tapi sudah bermacam-macam cabaran terpaksa ditempuhi. Saya ibarat budak kecil baru belajar berjalan dan selalu sahaja terjatuh-jatuh. Semua itu takkan melemahkan semangat saya untuk terus menceburi bidang kejuruteraan ini. Insya'Allah....
Antara cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh seorang Jurutera :
1.     Cabaran Komunikasi
Seorang Jurutera harus pandai berkomunikasi. Disebabkan bidang kejuruteraan ini didominasi oleh kaum lelaki, saya sebagai Jurutera perempuan tidak boleh malu-malu kucing atau cover cover ayu depan lelaki. Draftperson, Arkitek, Project Manager kebanyakannya lelaki. Pekerja buruh di tapak pembinaan pun semua lelaki. Seorang Jurutera perlu banyak berkomunikasi dengan mereka untuk kerja yang lebih lancar. Bagaimana mereka nak lakukan kerja jika Jurutera cakap pun macam ada emas dalam mulut ?
2.     Cabaran Mental
Bekerja dalam tekanan adalah sangat sinonim dengan Jurutera. Saya pernah buat kerja sambil ditunggu oleh klien di belakang saya. Masa itu saya perlu buat sedikit perubahan pada structural design saya. Saya baru tahu perubahan yang klien mahu itu pada waktu pagi, tapi klien mahukan drawing yang lengkap pada tengaharinya. Memang terpaksalah saya delay waktu lunch saya. Dalam masa dua jam saya berusaha keras menyiapkan kerja tersebut. Lepas siap kerja tu terus terasa kejang urat-urat tangan. Mata pun merah gara-gara terlalu fokus pada komputer. Bukan mata sahaja, kepala pun turut merasai tekanannya. Kesan kesakitan seperti ini biasa dilalui oleh Jurutera baru. Lama-kelamaan pasti akan lebih bijak mengendali tekanan tersebut.
3.     Cabaran Fizikal
Jurutera dan kegelapan wajah memang tak dapat dipisahkan. Saya masih ingat lagi kata-kata staf JKR pada budak-budak praktikal dulu (including me), "Jika tak mahu diri berjemur pada panas tak payah ambil bidang kejuruteraan". Kata-kata menusuk kalbu itu terkeluar apabila ada salah seorang antara kami memegang payung ketika melihat kerja-kerja pembinaan jalan raya dilakukan.
Bukan sahaja mental harus kuat jika mahu bekerja sebagai jurutera, fizikal juga. Lebih-lebih lagi bila bekerja di tapak pembinaan sebagai Jurutera Tapak (Site Engineer). Kadangkala sabtu ahad pun perlu bekerja. Fuh, masih terasa kepenatan bekerja sebagai Site Engineer ketika di Melaka dahulu. Tetibe rasa diri dah tua. Huu...
4.      Cabaran Personaliti
Kenyakinan perlu ada dalam diri seorang Jurutera, dan kenyakinan itu harus diserlahkan ke wajah. Jurutera harus membuat keputusan yang melibatkan nyawa orang ramai. Jika diri sendiri tak dapat serlahkan kenyakinan itu bagaimana orang lain mahu nyakin dengan keputusan Jurutera ?

5.     Cabaran Sosial
Jurutera perlu bijak bersosial. Bersosial tanpa melanggar batas-batas agama. Ingat itu ! Apabila melibatkan diri dalam bidang kejuruteraan ini terutamanya bidang pembinaan, kita akan terdedah kepada pelbagai jenis dan ragam manusia. Bukan semua beragama Islam. Boleh dikatakan hampir kesemua buruh binaan bukan Islam. Ditambah pulak dengan pemaju, kontraktor yang lebih dimonopoli oleh cina. Walaupun kita bekerja dengan mereka, tak bermakna kita harus ikut cara mereka.
6.      Cabaran Masa
Seorang Jurutera harus banyak korban waktunya sendiri. Jurutera bekerja tanpa mengira waktu. Dah macam doktor je hah. Huu. Memang itu realitinya terpaksa diterima. Terpaksa berhempas pulas siang dan malam menyiapkan rekabentuk struktur bagi sesebuah bangunan. Ada juga yang terpaksa bergegas ke tapak pembinaan apabila menerima panggilan memberitahu ada masalah di tapak pembinaan. Saya pernah laluinya. Sedang elok saya bersantai beristirehat di rumah, tetiba ada bunyi deringan telefon. Ku ingatkan kekasih baru, rupanya masalah baru ! Tanpa berbedak di muka saya terus sarungkan pakaian dan bergegas ke tapak pembinaan. Masa itu saya rasa belajar kejuruteraan lagi mudah dari bekerja sebagai Jurutera.
Cabaran-cabaran yang saya senaraikan ini bukanlah untuk menakutkan bakal-bakal Jurutera, tapi hanya ingin mendedahkan kepada situasi sebenar supaya nanti tiada yang akan sakit jantung. HEE
Bicara Hati gadis : Saya seperti hanya fokus pada bidang kejuruteraan awam sahaja. Mana pergi mekanikal dan elektrik ? Hurm, tak reti nak buat huraian cabaran untuk bidang itu sebab saya bukan golongan mereka. Sorry.

Aimi A.Z juga ada berkongsi cabaran yang dia lalui sebagai seorang jurutera. Baca SINI jika mahu tahu.




Sebelah saya adalah bakal Jurutera suatu hari nanti. Insya'Allah. Good Luck MUNIRA !


 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_