Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

29 October 2015

29 Oktober 2015 genap 29 Tahun



Sememangnya setiap tahun, bulan oktober bulan yang saya nantikan. Itu semua poyo ....



Bermula oktober 1986, Allah memberi saya peluang bernafas dan hidup di bumiNya. 


Pada oktober 2009 saya mula berjinak-jinak menulis blog dengan sangat serius. Kata je serius, padahal acah-acah serius. Alhamdulillah blog tersebut masih wujud sehingga kini (oktober 2015).

Masih ada yang nak membacanya, dan masih bermanfaat untuk pembaca.


Oktober 2010 merupakan majlis konvokesyen saya setelah bertahun-tahun saya belajar di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. 6 tahun saya bertapa di UTHM, Akhirnya saya berjaya memperolehi Ijazah Kejuruteraan Awam. Alhamdulillah...


Setahun saya terumbang-ambing dengan pelbagai jenis pekerjaan. Setahun itu jugalah saya mencari pekerjaan yang saya inginkan tanpa kenal putus asa. Sepanjang tempoh itu juga saya terpaksa pekakkkan sahaja telinga mendengar pelbagi kritikan dari bermacam jenis manusia.

Alhamdulillah...Oktober 2011 saya dapat juga bekerja sebagai Jurutera Rekabentuk di salah sebuah syarikat di Petaling Jaya setelah 3 bulan tempoh percubaan.

Alhamdulillah sekali lagi... Saya masih mampu bertahan bekerja di syarikat yang sama sehingga oktober 2015. InshaAllah akan terus bertahan bekerja sebagai Jurutera sehingga saya masih mampu nak bertahan. Impian saya nak merekabentuk mahligai untuk mama abah. Impian kemaen nak atas kayangan aje...

Pengalaman 4 tahun bekerja di syarikat yang sama telah membuatkan saya menjadi insan yang penyabar dan setia. EhYeke?


Setelah bertahun menceburi bidang pembinaan, oktober 2014 saya terjebak dengan perniagaan emas secara separuh masa. Separuh masa sahaja ya. Kerja tetap Jurutera tetap saya teruskan. Errr..macam tamak je. Pada permulaan cerita, saya bukan spesies manusia yang tergila-gilakan emas sebenarnya. Tapi bila tak tersengaja join berniaga, macam dah mula jatuh cinta dengan emas pula. Perlahan-lahan saya mula mengenali emas. Romantik tak ? Hehehe...


29 Oktober 2015 saya sudah genap 29 tahun, dan saya masih belum berkahwin. Mohon tisu sekeping ?

Mungkin oktober 2016 nanti saya tidak lagi single, tapi triple. Hee... Impian atas kayangan lagiii


Saya rasa 26 tahun macam kali terakhir saya potong kek 'happy birthday' sendiri je.
Seingat saya waktu tu saya p join sekali beli kek sendiri. 
Hahaha... Saya memang dah terbiasa tiada gedik gedik kejutan.


17 October 2015

5 sebab kenapa kurus


Sudah 29 tahun saya dengar orang kata saya kurus. Ada juga yang kata saya macam tak cukup makan. Marah ? Sedih ? Taklah .... Terbiasa sudah. Sama seperti air yang mengalir di atas daun keladi.
Hanya yang rapat dengan saya sahaja nampak banyaknya saya makan. 
Pukul 12.30 perut dah minta makan, pukul 3 petang pula mulut dah berbunyi lapar. 
Hah...nampak agak pelahap di situ.
Tapi badan tetap macam tu. Berat naik pun sikit2 je. Tak kesahlah ... Paling penting BMI saya normal.

Sebenarnya antara sebab saya kurus bukanlah kurang makan. Semua tu palsu belaka.

Isteri bos kata saya kurus perlu makan banyak. Hehehe .... Syok betol dapat makan banyak.
Jangan terkejut sangatlah saya memang boleh habiskan semua tu. 
Kawan-kawan saya yang sebelah saya tu memang tak terkejut dah tengok saya boleh makan banyak.


Antara sebab saya masih kurus ;

1. Tidak makan banyak ketika stress atau tertekan.
Saya tidak suka makan banyak ketika saya stress. Saya makan banyak bila perut saya happy.
Saya sangat pelik bila ada orang boleh makan banyak ketika stress. 
Kalau saya rasa stress, perut saya pun turut rasa stress. 
Makan lebih sikit je pun dah rasa pedih la, nak muntah la ... 
Nak muntah je saya boleh terima, kadang muntah terus lepas makan. Membazir wei. 
Lebih baik saya mengemas rumah sampai berpeluh macam saya lari satu pusingan stadium. 
Boleh la fit sikit. Hee

2. Metabolisme tinggi
Saya akui metabalisme saya agak tinggi. 
Baru start makan je badan dah terasa bahang kebakaran kalori.
Saya rasa saya perlu makan dalam bilik berhawa dingin, barulah kalori tak terbakar. Hehehe ... 
Tabiat tu tak elok untuk kesihatan.
Untuk tingkatkan metabolisme badan boleh baca celoteh saya sebelum ni ;
http://gadishanim.blogspot.my/2010/11/tinggi-metabolisme-badan-maintain-slim.html

3. Tidak suka minuman manis
Waktu pagi sebelum sarapan pagi terutamanya, saya memang akan minum air kosong terlebih dahulu.
Saya lebih suka minum saya putih jernih tanpa gula.
Sekalipun saya buat air manis, mesti ada yang akan kata tawar. Kesian Kesian ... Failed 

4. Makan terlalu perlahan
Saya akui kelajuan saya makan memang tersangatlah perlahan mengalahkan kura-kura berlari.
Saya bukan makan cover ayu terlajak sopan. TAK TAK ...
Saya makan perlahan sebab perut saya tak boleh terima makanan secara gelojoh. Terasa bagai dihiris pisau sakitnya.
" Sebenarnya mengunyah makanan terlalu laju akan menyebabkan kita cepat menelan makanan tersebut sebelum ia hancur sebenar-benarnya. Penghadaman kurang bagus adalah punca kebuncitan perut. "
Saya memang telah lama perhatikannya. Tak kiralah dia kanak-kanak atau orang dewasa, kesannya tetap sama. Mereka yang makan terlalu laju, berpotensi untuk cepat buncit dan gemuk.
Para suami jangan nak kritik sangatlah isteri gemuk atau buncit kalau ketika isteri makan tak reti nak jaga anak.
Kawan saya bagi tau saya bila dah ada anak nanti, mesti saya akan makan laju laju jugak. Yeke ?

5. Acah acah bersenam setiap hari
Setiap hari saya paksa relakan diri turun naik tangga disebabkan rumah saya di atas 'kayangan'. Hehehe ...
Kerja saya juga selalu memerlukan saya berjalan atau berlari comel ke situ sana sini.
Sekalipun saya tak perlu buat kerja luar, saya akan sengaja sibukkan diri bergerak berjalan dalam pejabat. Nak acah acah sihat bersenam la kan. Hee


Sudah cukup sudah ... Lima sahaja saya mampu beri setakat ini.
Perut pun dah rasa lapar tanda saya sudah terlalu banyak memikir. Hehehe...



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_