Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

05 March 2015

Arkitek dan Jurutera Awam (pembinaan bangunan) sama tapi tak serupa


Kekeliruan orang ramai terhadap kerja ARKITEK dan JURUTERA AWAM (pembinaan bangunan) memang dah jadi kebiasaan bagi saya. Sedangkan mama saya yang mempunyai anak seorang Jurutera pun masih keliru dengan peranan antara jurutera awam dan arkitek.

" Siapalah jurutera yang buat ni. Letak kedudukan pintu tak strategik. "
" Mama, yang tentukan kedudukan pintu tu bukan jurutera tapi arkitek."

Penuh keyakinan mama mempersalahkan jurutera.
*saya pun keliru nak sedih ke nak gelakkan*


Saya tak salahkan mereka yang selalu salah tanggap.
Masih ada yang keliru antara kerja Arkitek dan Jurutera Awam (pembinaan bangunan).
Ada juga adik-adik yang bertanya, "Kak apa bezanya antara Jurutera Awam dengan Arkitek ?"


Arkitek dan Jurutera Awam (pembinaan bangunan) bekerja di bidang yang sama tapi tugas kerjanya berbeza.


1) Kedudukan

Di dalam carta aliran pembinaan, Arkitek berada paling atas selepas pemaju (tuan empunya bangunan atau tanah). Arkitek bertanggungjawab menyelaras pakar-pakar dalam rekabentuk struktur, mekanik dan elektrik.
Selepas Arkitek barulah Jurutera Perunding dan Kontraktor.
Makna kata lain, bayaran Arkitek lagi tinggi daripada Jurutera Awam. Ops! Kalau nak tahu bayaran tinggi atau tidak, tanyalah Arkitek. Hehehe ...


2) Merekabentuk

Tugas seorang arkitek ialah merekabentuk sesuatu bangunan bersesuaian dengan kehendak serta keperluan pelangan dan memenuhi undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Arkitek akan menganalisis keperluan pelanggan dan lokasi yang dicadangkan sebelum menyediakan lukisan-lukisan lakaran berdasarkan konsep rekabentuk bangunan yang sesuai.
Tugas seorang Jurutera Awam (pembinaan) pula ialah merekabentuk sesuatu struktur bangunan mengikut rekabentuk bangunan yang telah dibuat oleh arkitek dengan mengambil kira faktor keselamatan.


3) Pengeluaran

Arkitek bertanggungjawab menyediakan pelan rekabentuk bangunan untuk kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Seterusnya, Jurutera Awam akan menyediakan lukisan perincian struktur bangunan untuk memudahkan kerja-kerja pembinaan.

4) Pengawasan
Arkitek juga seperti Jurutera Awam yang perlu mengawasi dan menyelia kerja semasa pembinaan. Perbezaannya adalah Arkitek akan bertindak sebagai ketua kumpulan dan menyelaras tugas pakar-pakar yang terlibat termasuk kontraktor-kontraktor. Arkitek juga merupakan orang tengah antara pemaju dengan Jurutera Awam atau kontraktor untuk hal-hal seperti pembayaran. Tugas Jurutera Awam pula melibatkan tinjauan ke tapak binaan bagi memastikan sesuatu projek selamatJurutera awam perlu ada kemahiran menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengetahuan tentang kerja-kerja pembinaan. 



Faham tak apa yang saya telah terangkan ?
Ok ya ... Setakat itu sahaja pembelajaran kita pada kali ini. Hehehe...
Maafkan saya jika ada salah silap. Saya risau juga kalau ada arkitek yang baca.




19 comments :

  1. Kadang2 org awam hanya faham design tu arkitek. Sedih.

    Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Sedih ke suka ?
      Selalunya memang orang nampak arkitek sahaja dalam bidang rekabentuk bangunan ni.
      Engineer redha je la...

      Delete
  2. Assalamualaikum..Saye berminat utk menjadi arkitek..tetapi saye dpt twran ijazah sarjana muda kjurutraan awam..
    Apa yg patut saya lakukan utk mnjadi arkitek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumuslm. Tanya pendapat pensyarah untuk tukar bidang. Ijazah sarjana muda kejuruteraan awam takkan menjadikan awak arkitek.

      Delete
  3. This building was engineered to be perfect for marketing place.

    ReplyDelete
  4. Kerja sbgai jurutera awam ni kene melukis jgk ke? Kalo sape yg x pndai sgt nk melukis ni bleh ke ambil bidang ni sbagai kerjaya? Mohon penjelasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seorang jurutera bukan pelukis kesenian. Sekadar pandai membuat lakaran technical drawing itu pun sudah cukup. Semuanya akan diajar di kolej atau university.

      Delete
  5. Jurutera awam ni kene melukis jgk ke? Kalo sape yg x berkemahiran sgt nk melukis.. ade peluang ke nk jadikan bidang ni sbagai kerjaya? Saye minat sgt dgn kerjaya ni tp sy x pndai sgt melukis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga tidak pandai melukis. Lukisan saya buruk. Tapi tiada masalah jika anda minat dan gigih berusaha. Bidang ni perlukan kita berimaginasi jugak.

      Delete
  6. nak tahu..betulke gaji arkitek lebih tinggi dari jurutera?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tanya arkitek jugak tu ... hehehe

      Delete
    2. gaji jurutera lagi tinggi..arkitek di Malaysia xleh cari makan , kena pergi negara maju

      Delete
  7. Assalamualaikum.tumpang lalu sat,sya nk tnya boleh ke kalu sya nk tukar kos electrical eng kpd civil eng??sya dpt twaran blajar d uthm,johor.tp kos electrical eng.������sya minat lukis2 plan ja..tp kalu nk soh sya repair kabel2 elektrik...sya x brapa mahir sgt.mohon dpt beri pencerahan kpd sya☺☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumuslm. Boleh rujuk terus dengan pensyarah UTHM. Jika math Atiqah cemerlang, ok je nak teruskan bidang electrical engineering. Reapir kabel2 elektrik akan diajar nanti. Jika Atiqah minat berimaginasi dan melukis, cepat cepat tukar ke civil engineering.

      Delete
  8. Assalamialaikum.Saya budak lepasan Spm. Tapi saya keliru nak ambil engineering atau architecture. Sebab saya bleh la jugak pandai berimaginasi tpi kurang dlm presentation and berckp khalayak ramai. Jadi apakah bidang yg patut saya ceburi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam. kenyakinan untuk bercakap depan orang ramai tu boleh dilatih dan dipupuk. mula mula memang macam susah. bila dah masuk universiti nanti selalu buat presentation mesti kenyakinan makin bertambah. lebih baik buat istikharah sebelum buat keputusan and ikut kata hati dan akal. maaf saya tak dapat bantu buat pilihan tu.

      Delete
  9. Belajar dalam bidang Kejuruteraan Awam, dpt kerja dalam bidang arkitek. Alhamdulillah. Perlukan masa untuk terima perkara baru

    ReplyDelete
  10. boleh ker klau diploma kej.nak sambung degree ambil arkitek

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_