Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

19 November 2013

Pesanan buat isteri-isteri dan bakal-bakal isteri


Sebenarnya agak ketaq (loghat kedah bagi perkataan ketar) juga nak update blog. Cerita kali agak berat rasa buat saya tersangatlah gementar nak menaip. Kalau menulis memang dah nampak tulis macam ular kena palu. 


Pada usia lewat remaja ni (Padahal sudah tidak layak masuk kategori remaja.Ehyeke?) memang topik nikah dan rumahtangga sahajalah yang kerap hinggap ke cuping telinga. Sabar sahajalah cik konah oiiiii...


Diringkaskan ceritanya, pada hari ahad lepas saya ada terbaca perkara menarik untuk dikongsi sebagai panduan untuk diri saya dan juga orang lain. 


Saiditina Aisyah R.A meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau sentiasa mengingati wasiatku ini. Sesungguhnya engkau di dalam kebajikan selama engkau mengingati wasiatku ini."

Intisari wasiat Rasulullah tersebut dirumuskan seperti berikut:
Hai Aisyah, peliharalah diri engkau. Ketahuilah bahawa sebahagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka. Antara sebab-sebabnya ialah kerana mereka itu :

1. TIDAK dapat menahan SABAR dalam menghadapi kesakitan (kesusahan). Apabila dibalakan tidak bersabar.

2. TIDAK MEMUJI ALLAH TAALA di atas kemurahanNya (mensyukuri nikmat), atau mengkufurkan nikmat.

3. Membanyakkan KATA-KATA yang SIA-SIA. Wahai Aisyah, ketahuilah:        
a. Bahawa wanita yang menidak-menidakkan kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh Allah Taala amalannya.
b. Bahawa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka hari kiamat Allah akan menjadikan lidahnya 70 hasta dan dibelitkan di tengkuknya.

4. Bahawa isteri yang memandang jahat (menuduh atau MENARUH SANGKAAN BURUK terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya di hari kiamat.

5. Bahawa isteri yang TIDAK MEMENUHI KEMAHUAN SUAMI (yang harus/halal) di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhianati suaminya, akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka.

6. Bahawa wanita yang mengerjakan sembahyang dan BERDOA UNTUK DIRINYA TETAPI TIDAK UNTUK SUAMINYA, akan dipukul mukanya dengan sembahyangnya.

7. Bahawa wanita yang dikenakan bala ke atasnya lalu menampar-nampar mukanya atau mencarik-carikkan pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajukan syafaat daripada sesiapa pun.

8. Bahawa ISTERI YANG BERZINA akan diderakan dia di hadapan segala makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat, tiap-tiap perbuatan zina dengan 80 cemeti daripada api.

9. Bahawa isteri yang mengandung itu adalah baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengejarkan qiamullail pada malamnya serta pahala berjuang fisabilillah.

10. Bahawa isteri yang bersalin, bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diganjari pahala memerdekakan seorang hamba sahaya. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anak.

11. Bahawa wanita apabila bersuami dan berSABAR daripada menyakiti suaminya, maka samalah dengan titik-titik darah dalam perjuangan fisabilillah. Dialah antara wanita-wanita yang qanita (banyak beribadat kepada Allah)


(Sumber : buku 'Motivasi Membina Jiwa Serasi' penulisan Dr. HM Tuah Iskandar)




"Dalam rumahtangga, wanitalah yang paling banyak perlu bersabar", 
kata mama saya.
Kebenarannya hanya wanita yang sudah bersuami sahaja yang tahu. Saya yang melihat tidak akan dapat merasai kesannya seperti mereka yang mengalami.



Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat buat wanita-wanita yang membacanya.
(Tegur saya jika ada salah silap)




17 November 2013

Kopi rendah asid tidak sedap ?


Kita sedar atau tidak, kopi sebenarnya merupakan salah satu minuman yang paling banyak diminum selepas air kosong. Kopi diminum oleh segenap masyarakat tanpa mengira usia mahupun jantina. Saya juga adalah sebahagian daripada mereka yang menggemari kopi.
Tidak mustahil jika ada yang sanggup mengeluarkan berkeping-keping duit hanya semata-mata mahu menikmati secawan kopi.

Saya suka aroma kopi yang harum dan menyegarkan. Akan tetapi saya tidak boleh terlalu kerap minum kerana perut saya rasa tak selesa dan pedih. 
Errrr... Manja betul perut saya ni... 

Setelah sekian lama saya hidup, baru beberapa minggu ini saya dapat jawapan 'kenapa perut saya rasa tak selesa dan pedih bila minum kopi?' 
Semuanya kerana kopi mempunyai nilai PH yang rendah. Dalam bahasa mudahnya, kopi berASID.
Patutlah insan yang mempunyai masalah gastrik seperti saya akan rasa sakit bila minum kopi.

Pastinya hal menggembirakan bila ada kopi yang rendah nilai asidnya. Tiada lagi masalah bagi perut yang manja seperti saya. Hehehe...
Tapi, tapi, TAPI, tidak begitu menggembirakan bila ada yang cakap kopi rendah asid tak sedap. 
SERIUS ???
Kenapa yang menyihatkan sahaja mesti tidak sedap ? Kenapa ? Kenapa ? Kenapaaaa ???

Sebenarnya tidak semua yang menyihatkan itu rasanya tidak sedap.
Masih ada kopi rendah asid yang sedap. Mulut rasa sedap dan perut pun rasa selesa. 
Bukankah bagus begitu ? Kedua-duanya dapat faedah. Hee... Tamak.


Kopi ORGANO GOLD adalah jawapan kepada kopi yang rendah asid dan sedap.



Jika dahulu saya perlu berfikir banyak kali untuk menikmati kopi di waktu pagi terutamanya ketika perut kosong (terlalu lapar). Tapi sekarang saya tak perlu risau bila menikmati kopi Organo Gold.



Jika dahulu saya hanya dapat menikmati kopi sekali sehari. Itupun jarang sekali untuk saya dapat rasai kesedapan kopi setiap hari. Tapi dengan kopi Organo Gold, saya dapat nikmati bila-bila masa yang saya mahu. Saya boleh menikmati kopi tersebut ketika sedang sibuk bekerja atau ketika sedang berehat di rumah.



Jika berminat untuk mencuba atau mempunyai sebarang pertanyaan,
sila dapatkan agen sekitar tempat anda.
HeHeHe ...




11 May 2013

Ini Kisahku

Alhamdulillah, saya sudah bergelar Jurutera di usia 25. Dua tahun dalam bidang pembinaan masih terlalu mentah untuk berkongsi banyak hal.

Sejak kecil saya bukanlah dikalangan anak yang terlalu bijak dan petah berka-kata. Budak-budak lain sudah mula bercakap ketika mereka berusia 1tahun, tapi saya mula bercakap ketika berusia lima tahun.


Saya mula bersekolah darjah satu di Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat Kuala Selangor. Sekolah yang berbilang kaum. Saya sendiri pun ada kawan baik India ketika itu, dua orang pengawas.

Semasa berusia 12 tahun (tak silap saya la...Almaklumlah, saya pelupa SIKIT. Hee), cikgu minta setiap murid bangun perkenalkan diri dan beritahu cita-cita.
Saya masih ingat ketika itu tidak terkeluar langsung dari mulut saya perkataan Jurutera sebagai cita-cita. Semenjak saya mengenal erti perkataan cita-cita, hanya Pensyarah yang terlintas difikiran. Minat dan kebolehan saya mengajar orang lain terserlah bila saya sangat suka ajar adik-adik mengeja. Abah memahami dan belikan kami papan hitam (papan berwarna hijau) dan kapur. Bila jiran saya dengar suara saya  mengajar adik-adik saya semenjak sekolah rendah lagi, dia pun menghantar anaknya belajar dengan saya bila saya sudah melangkah ke sekolah menengah. 


Selepas mendapat keputusan 5A dalam UPSR, saya mendapat panggilan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor. Pada permulaan saya tidak berapa suka disebabkan impian saya ingin masuk ke Sekolah Menengah Sains. Akan tetapi, suasana persekitaran dan sikap kawan-kawan buat saya suka SMKAKS.
Semenjak sekolah menengah saya mula meminati bidang kejuruteraan kerena terpengaruh dengan drama. Hiks...

Selepas mendapat keputusan PMR, pihak SMKAKS telah menempatkan saya di Kelas Tingkatan 4 Hidayah (kelas yang melibatkan lukisan kejuruteraan). Saya tersenyum gembira bila melihat nama saya di kelas tersebut, tetapi ditentang oleh abah. Sedaya upaya abah mahu saya berpindah ke Kelas Sains Tulen. Saya hanya turuti perintah abah.

Dua tahun saya belajar Sains Tulen. Ujian pertama Matematik Tambahan saya gagal. Saya markah paling rendah dalam kelas. Padahal soalan begitu mudah. Ramai dapat markah tinggi ketika itu. Baru asas Matematik Tambahan saya tak dapat jawab. Saya dipanggil guru ke hadapan kelas. Selepas itu saya berazam untuk berusaha lebih gigih. Setiap hari pun saya buat latihan Matematik Tambahan. Alhamdulillah semakin lama ranking markah Ujian Matematik Tambahan meningkat. 
Di tingkatan lima, saya terlalu selesa dengan Matematik Tambahan sampaikan ada saatnya saya TERtidur ketika guru mengajar. Adik-adik JANGAN CONTOHI tau !
Disebabkan sedikit kecuaian itu, saya hanya dapat B3 sahaja.

Ada banyak lagi subjek yang saya lemah ketika menengah atas, seperti Matematik, Kimia, Fizik dan Biologi.
Dalam Matematik saya lemah subjek yang memerlukan saya untuk berimaginasi. Bersyukur saya diberikan guru Matematik yang gigih nak fahamkan saya sehingga sanggup pinjamkan buku-buku latihan beliau untuk saya belajar. TERIMA KASIH CIKGU.


"Jika kita lemah, kita kena usaha lebih sikit berbanding orang lain."


Saya lemah subjek Kimia di Sekolah Menengah. Akan tetapi bila memasuki Universiti, saya antara yang mendapat pujian pensyarah berkenaan pencapaian saya dalam subjek Kimia. (Perkongsian ini untuk dorongan adik-adik yang rasa putus asa. Harap membantu.)


Selepas saya mendapat keputusan SPM, saya mohon di IPTA. Sebelum borang saya dipos, saya tunjukkan terlebih dahulu senarai pilihan kepada abah. Boleh dikatakan hampir separuh abah saya tolak dan antaranya Kejuruteraan Awam. Tapi dalam diam-diam saya letakkan semula Diploma Kejuruteraan Awam berserta Teknologi di UTHM pada pilihan paling atas. YES! Pilihan pertama.

Pada awal pengajian saya dalam Kejuruteraan Awam di UTHM sememangnya mendapat banyak kritikan dari banyak pihak. Kata mereka saya perempuan tak sesuai untuk bekerja sebagai Jurutera. Banyak kerja memerlukan saya untuk panjat memanjat. Saya diamkan sahaja, hanya mampu senyum.

Saya seronok belajar Kejuruteraan Awam. Banyak ilmu baru yang dipelajari membuatkan saya teruja.

 Saya pelajari ilmu landskap. Belajar bukan setakat teori dalam kelas, tetapi membuat amali di sekolah.


 Semasa praktikal diploma di JKR Kuala Selangor, 
saya diberi peluang melakukan sendiri Proba Mackintosh.


 Saya pelajari ilmu Rekabentuk Struktur.
Ilmu yang sangat berguna untuk kerja saya sekarang.


 Antara subjek yang saya kurang minat tapi tetap gigih buat latihan.
Cuba teka subjek apa ni ? Hiks



 Disebabkan subjek Kejuruteraan Jalanraya, 
saya mempunyai pengalaman duduk di tepi jalan dan kira bilangan kereta.

Model di bawah ini pun kerana subjek Kejuruteraan Awam.




Menguji kekerasan konkrit.

Terlalu banyak pengalaman berharga. Alhamdulillah... Walaupun penat dan sedikit susah, tapi hasilnya berbaloi.


Paling saya suka ketika belajar dahulu adalah autoCAD 
tapi bila dah kerja baru saya tahu bertapa letihnya mengadap autoCAD ni.


Selepas selesai diploma saya terus sambung Ijazah Kejuruteraan Awam di universiti yang sama.

 Tahun 2010 saya konvokesyen. Tarikh yang saya dengan Heliza Helmi. Hee...


Selepas konveksyen, saya mengambil masa hampir setahun untuk dapat kerja saya sekarang ini. Sebelum itu saya melakukan kerja sambilam sebagai pembanci dan juga bekerja sebagai Jurutera Tapak di Melaka.


Ada beberapa cabaran bekerja sebagai Jurutera Rekabentuk. Tipulah jika saya kata 100% menyeronokkan. Adakala saya rasa sangat berat di atas bebanan dan tanggungjawab yang sedang dipikul sehinggakan menitis air mata. Selama ini menjadi rahsia saya, tetapi kini tidak lagi rahsia. Opssss.... Kantoi sudah


Kerja saya melibatkan keselamatan orang lain. Setiap kali saya ada tersalah dalam rekabentuk saya akan rasa gelisah tak menentu, hanya ALLAH sahaja yang tahu debarannya itu... Sesungguhnya ALLAH Maha Penyayang dan sentiasa membantu hambaNya ini. Alhamdulilllah...



Untuk melihat lebih jelas tentang kerja saya, boleh klik My Work (part1) dan My Work (part2).
Ada video ringkas saya rakamkan. Harap itu dapat memberi sedikit gambaran tentang kerja saya.



Tiada kerja yang mudah di dunia ini. 
Jika mahukan kesenangan,
haruslah bermula dengan kepayahan.

31 March 2013

Hindari kecurangan


Setiap orang mempunyai sejarah silam masing-masing. Sejarah yang buat saya rasa nak kembali ke masa lalu dan padamkannya. Sejarah tentang tersalah cinta. YES! Tersalah cinta sebab mencintai seseorang yang tidak halal untuk diri sendiri. Cinta yang selalunya cenderung ke arah tidak baik.

Tapi adakah setiap orang punyai bekas kekasih ? Dan, adakah bekas kekasih itu boleh jadi kawan baik tanpa ada sekelumit perasaan cinta ?


Kebanyakkan orang akan jawab tak. Bagi saya juga TIDAK ! Mungkin sebelum bernikah boleh jadi kawan baik. Tapi apabila salah seorang sudah bernikah, cubaan untuk menjadi kawan itu boleh bertukar kepada kecurangan. Heh! Hati-hati ya...


" Hindari diri daripada kecurangan. Menganggu tunang orang lain pun dah kira berdosa, inikan pula isteri/suami orang. "


Seorang yang jujur tidak akan melakukan sesuatu yang mecurigakan tanpa pengetahuan pasangan. Wallahu a'lam...

11 March 2013

Blog Kejuruteraan


Pernah terlintas di fikiran untuk jadikan blog saya sebagai sumber rujukan untuk adik-adik, tapi apakan daya pengalaman saya baru setahun jagung. Masih merangkak-rangkak mencari arah tuju dalam bidang kejuruteraan ini.

Di saat saya memerlukan maklumat untuk kerja saya, saya terjumpa satu blog kejutureaan (http://engrfirdausidris.blogspot.com) yang membantu saya untuk beri jawapan pada pemaju dan kontraktor. Terima kasih Encik Muhammad Firdaus. 

Muhammad Firdaus merupakan seorang jurutera yang mempunyai 8 tahun pengalaman dalam bidang kejuruteraan. Kini bertugas di salah sebuah firma perunding kejuruteraan terkemuka di Malaysia. 


Banyak ilmu kejuruteraan yang beliau kongsi dalam blog CIVILisation. 


Segala perkongsian dalam blog beliau serba sedikit membantu orang-orang seperti saya.
Alhamdulillah ada orang seperti beliau yang tidak kedekut ilmu. Bagi adik-adik yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang dunia kejuruteraan pembinaan ada eloknya jika rajinkan jari jemari tu klik blog Abang Firdaus. Hee

17 February 2013

Saya pilih ISLAM


Saya pernah ditanya oleh seorang sahabat,
"Faridah, kau pilih siapa ? Hijau ke biru."
Dengan selambanya saya menjawab,
"Aku tak pilih parti tapi pilih PEMIMPIN. Tak kisah orang itu daripada parti mana, asalkan dia ISLAM dan bertanggungjawab."


Sememangnya saya cukup rimas bila ada yang tanya saya sokong mana. Saya cuma pilih ISLAM.


Dalam Al-Quran pun sudah bagi garis panduan untuk kita memilih pemimpin.


"Janganlah orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali* dengan meninggalkan orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, nescaya lepaslah dia daripada pertolongan Allah, kecuali kerana (tipu helah) memelihara diri daripada sesuatu yang mereka takuti. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap (seksa)Nya. Dan hanya kepada Allah tempat kembali(mu)."
(Surah Ali-'Imran, ayat 28)

*Auliya' adalah jama' dari kata wali bererti teman akrab, juga bererti pemimpin, pelindung, atau penolong.



"Sesungguhnya Allah menyuruh menyerahkan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia, hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sesunguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Nisa', ayat 58)

Orang yang tidak dapat memberikan kebajikan kepada manusia dan masyarakat, tidak layak memegang jawatan dalam pemerintahan.
Kebajikan yang dimaksudkan itu bukan hanya sekadar wang ringgit yang ditaburkan ke sana sini, dan bukan juga hiburan yang melalaikan. Tetapi kebajikan yang membawa kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat.



"Khabarkan kepada orang munafik bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih. (Iaitu) orang yang menjadikan orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang mukmin. Apakah mereka mencari ketakutan di sisi orang kafir itu? Ketahuilah, bahawa semua kekuatan itu hanya milik Allah."
(Surah Al-Nisa', ayat 138 & 139)


"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang kafir sebagai pemimpin selain dari orang mukmin. Apakah kamu ingin memberi alasan yang jelas bagi Allah (untuk menghukum kamu)?"
(Surah Al-Nisa', ayat 144)



Pilihan kita pada hari ini adalah penentu masa depan kita, bukan sekadar masa depan di dunia tetapi di akhirat juga.


Fikirlah dengan akal dan hati Islam sebelum memilih. Hindarilah diri memilih mengikut pandangan nafsu.


" Tidak kisahlah parti mana sekalipun, paling penting ISLAM. "


 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_