Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

30 September 2010

Mencuba Nasib

Dua hari yang lepas saya ada terbaca post dari Heliza Helmi Production (HHP) . Lepas saja baca post tu yang terus check balik semua karya yang saya ada. Ceh, gaya cam banyak sangat je karya tu.~ lalalalaa...

 Bukti Kejadian

Setelah diteliti semua karya yang ada, akhirnya saya pilih 3 yang terbaik. Terbaik bagi saya la.

Sebelum email ke HHP, sempat lagi saya modified. Nak bagi lagi power la kekononnya. Hehehe ...
Ni la hasil selepas diubahsuai. Tajuk still sama, cuma isi dalam je berubah.


AKU INSAN BIASA



Hidup ini tidak seindah mimpi
Bahagia yang kuminta
Kelukaan yang kuterima
Namun kutetap tempuhi

Aku hanyalah insan biasa
Takkan pernah terlepas dari dosa
Aku hanyalah insan biasa
Yang inginkan hidup sempurna

Hidup ini penuh pancaroba
Bisikan godaan
Menjadikan diriku alpa
Menghanyutkan jiwa yang terleka

Aku hanyalah insan biasa
Sering melakukan kesilapan
Aku hanyalah insan biasa
Yang ingin perbaiki diri

Tak mampu kuterokai hidup ini sendiri
Tanpa rahmat dan kasihMu
Yang Maha Kuasa


SFH (17/08/09 ; 0102 a.m)

                                               


SAHABAT


Tak mudah untuk aku
Hadapi dunia
Tanpa dirimu
Yang kupanggil sahabat

Walau cara kita berbeza
Kita tetap bersama
Menghadapi dunia
Mengharungi cabaran

Oh sahabat,
Kau teman sehati
Kau teman sejati
Bersamalah kita
hadapi dunia

Kau adalah lilin duniaku
Menerangi jalan hidupku
Kau adalah penghibur hatiku
Memberi seribu kegembiraan

Oh sahabat,
Genggamlah tanganku
Bersamalah kita
Hadapi dunia
                     

SFH (11/11/09 ; 0020 a.m)


Biarku Sendiri



Jauh sudah kau diperjalanan 
Namun, kasihmu masih menghimpit diri 
Kian terasa bagai duri sembilu menusuk

Pada cinta yang sering terluka 
Kenapa kau tetap hadir di sini, di hati
Pahit derita, kurasa terseksa 
bayanganmu menggamitku, mengganggu fikiran

Haruskah aku lupakan, hatiku yang terluka
Haruskah aku maafi, setelah ku diluka 
Biarlah kusendiri, mengharungi sisa hidupku 
Biarlah kusendiri, bersama hati yang terluka 

Moga kelukaan ini akan terkubur selamanya


Seronok rasa bila email yg dihantar dibalas. Tetap hepi even karya masih belum dinilai.
Harapnya salah satu karya saya ni akan terpilih. AMIN !!!


Ni saja nak mencuba nasib. Mana la tau, ada rezeki saya. Wish me luck ya !

JERAWAT menjadi ukuran PERTEMUAN

' Oh, tidak ! Jerawat ! '

Pasti ramai yang menjerit bila melihat jerawat di muka. Jerawat musuh utama kulit muka. Kenyakinan diri yang tinggi terus jatuh menjunam bila ada jerawat yang bertakhta di muka. Saya sendiri pun tak dapat nak lari dari masalah ini. Tapi apa yang saya nak cerita ni bukan pasal cara nak mengawal atau merawat jerawat. Saya cuma nak bagi tau tiga kisah berkaitan jerawat.

Kisah pertama :
Cerita ini terjadi pada malam raya. Tidak seperti biasa, saya, mama, n Aan g ke Shah Alam sekitar PKNS mencari baju Melayu n tudung. Alih2 dapat baju Melayu n Baju Kurung mama je. On the way pulang ke rumah, kami singgah di rumah makcik di Meru. Masa tu dah hampir pukul 2pg. Redah gak rumah makcik tu sebab nak hantar tudung. Kalau tak hantar, tak bertudung plak makcik di pagi raya.
Di dalam rumah makcik,
Sedang kami asyik berborak, tetiba makcik bersuara. " Siapa ni ? Kakak ke fatin ? " sambil muka berpaling pada saya. Mama pun jawab " Kakak la " dan aku terus mencelah " Kenapa bik, makin cantik ke... " (Bik tu panggilan tu makcik yang lagi muda dari mama. Kiranya adik mama la.) Tetiba suasana menjadi bingit. Semua orang gelak. Aan pula mula buat mimik muka loya2. Kononla tu. Padahal jeles. Hahahaha...
Sebelum mama pulang, makcik sempat lagi tanya pada mama. " Sebelum ni muka kakak kan banyak jerawat n kusam. Sekarang dah makin bersih. Pakai apa ? " Mama mula la bercerita. Lama gak la saya menunggu dalam kereta. Sempat lagi menyampuk. Hehehe... Nampak sangat nguping orang cakap. Memang kantoi!

Kisah kedua :
Peristiwa yang kedua ni terjadi masa raya kedua. Makcik-makcik saya datang beraya. Huh, cam ramai je bunyinya. Hehehe... Sebenarnya dua buah keluarga je. Kebetulan plak masa kedatangan mereka, saya tengah sibuk mengemas di dapur. Tetiba, terbuka la pintu dapur. Muncul la sekalian insan perempuan yang bertandang. Tak sempat saya nak naik ke ruang tamu. Mereka dah turun bersalaman kat dapur.
Makcik saya dari bangi tegur saya masa bersalaman. " Kak, kenapa muka ni. Nampak teruk sangat. Jerawat2. " Makcik meneliti setiap inci jerawat di muka saya. Lah, ingatkan nak tegur apa tadi. Rupanya tegur pasal tu. Sib baik mama cakap yang sebelum lagi teruk. Lega saya, tak payah nak explain panjang2. Maleh tau!

Kisah ketiga :
Peristiwa raya ketiga. kalau tak silap saya la. Seperti biasa pada malam tu, saya n family g beraya rumah pakcik kat Kg. Sg. Terap. Pakcik yang ni memang saya lama dah tak jumpa even jarak rumah tak berapa jauh dari rumah saya. Tak tahu la kenapa, dia selalu saja tak de bila kami semua berkumpul kat kampung. Mungkin dia sibuk menjaga cucu. Ni lagi satu statement yang saya tak berapa nak suko dengar. 
' Kak, kenapa muka teruk sangat ni ' Huh, lagi satu teguran. Lepas je pakcik g duduk kat ruang tamu, Fatin terus je cakap ngan mama. " Ma, bukan muka kakak memang macam tu. " Mama pun cakap, " Yela  sebelum ni muka kakak agak gelap sikit. Sekarang dah makin cerah. Tu yang semakin jelas tu. " Berapi je aku dengar Fatin cakap camtu. Fatin mane tau. Tu la asyik dating je. Jarang balik.



Kenapa ada tiga statement yang berbeza. Padahal beza hari bukan jauh sangat. Ni la jadinya kalau dah lama tak jumpa. Hanya makcik saya yang kat meru saja tau perubahan yang berlaku pada muka saya. Sebab dia paling kerap jumpa saya. Makcik yang kat Bangi jumpa saya kali terakhir masa muka saya tidak ditumbuhi jerawat. Begitu juga pakcik saya yang Kg. Sg. Terap. Pakcik saya ni saya dah tak ingat la bila kali terakhir jumpa.Raya tahun lepas kot. Huhuhu... 
Tetiba plak tahun 2010 ni jerawat di muka makin membiak dengan jayanya. Mujurla sebulan yang lalu saya jumpa sesuatu yang dapat mengatasinya. Hope lepas dua tiga bulan ni, takkkan ada yang cakap muka saya ada jerawat lagi.

19 September 2010

Sudah ada pengganti, YEAH!

Bulan 10 ni K770i saya genap setahun. Tapi belum genap setahun 'dia' dah mula merajuk ngan saya. Selalu saja menguji kesabaran saya. Mula2, timbul masalah coverage. Ingatkan maxis bermasalah. Rupanya handphone saya.  Bawalah g baiki. Tak pasal2 'dia' perlu dihantar ke kilang. Padan muka saya! Hampir 2weeks saya tak jumpa 'dia'. Pas beberapa hari dibaiki, 'dia' bertambah teruk. Benci plak tengok 'dia'. Nak kontek member2 pun susah. Dan disebabkan itu saya terpaksa mencari pengganti. Dari satu kedai ke satu kedai saya mencari. Dari satu jenama ke satu jenama saya teliti. Mula nak beli nokia c6. Tapi bila jumpa nokia e72 terus terpikat. Tak mau pandang lain. Betoi! Syok abis.

07 September 2010

Bulat dalam kenangan

Akhirnya dapat gak tulis entri baru. Cerita saya ni dah hampir basi disebabkan oleh wireless yang tak mau bagi kerjasama malam tadi. Geram plak rasa. Terbantut idea nak tulih blog.

Berita yang kami terima pagi semalam memang benar-benar mengejutkan kami semua. Diam terkelu seribu bahasa bila dengar abah cakap bulat dah mati. Semua pandang sesama sendiri (except adik bongsu.tengah tido masa tu)

Mata abah merah n mukanya nampak sedih masa bagi tau yang bulat dah mati. Kami semua sayang bulat, tapi apakan daya. Allah lagi sayang bulat.

Sedih sangat masa tengok bulat dikebumikan. Sempat gak saya tengok sebelum sempat abang kebumikan. Terasa sebak bila lalu depan kawasan pengkebumian bulat.





Nota kaki : Terpaksa stop takat ni saja. 'Black' dah mula menunjukkan rasa tak puas hati. Skrinnya asyik gegar-gegar n kelip-kelip saja.

05 September 2010

Magic Happen with Lip Ice contest

Ai cik hanim, awatlah ang pantang bebenor nengok contest. Dah memang menjadi kegilaan saya join any contest yang ada. Lebih-lebih lagi if contest tu melibatkan game or apa-apa yang memerlukan kreativiti. Hari ini saya berjaya jejak satu lagi contest lepas ternampak iklan kat blog yang Aan baca. Magic Happen with Lip Ice contest. Contest ni dah start dari 9 Ogos 2010 lagi. Saya saja yang ketinggalan.

Contest melibatkan permainan game. Gamenya nampak macam mudah. Tapi saya asyik failed je. Sampai level 2 saja dah game over. Saya tak mau komen panjang lebar lagi. Sebab, saya nak teruskan main game ni. hehehehe....

Kalau nak tau lebih lanjut, klik saja picture kat bawah. Masih belum terlambat nak join. Tarikh tutup 30 September 2010. Gud Luck semua! Daaa....

03 September 2010

Pendrive FREE

Saya ada dapat pendrive pendrive free pada bulan 6 yang lepas. Sememangnya kisah ini dah begitu basi nak diceritakan pada u all. But, I'm still want to share it with u all.
Nak dijadikan sebuah cerita, saya ada menyertai satu contest ni. CORNETTO show your LoVe
Still remember entri yang saya buat pasal contest tu. Hish, takkanlah tak ingat kan. Mesti ingat punya. Kalau tak ingat pun, pura-pura ingat saja lah.
Saya memang tak menyangka yang saya akan dapat hadiah untuk contest tu.  
*padahal idamkan blackberry*
Even hadiah tu tersangatlah kiut. Tapi cukup bermakna buat saya. Terkejut sangat masa dapat email dari cornetto.contest@gmail.com. Lagi-lagi bila baca yang saya ni memang  pendrive 2G. Wow!

Bukti Kejadian

Lepas baca tu terus reply, tapi tidaklah meletakkan harapan terlalu tinggi pada hadiah tu. Tak mo kecewa ditipu.
After a few day reply email tu, saya nampak satu bungkusan atas meja yang ada nama saya. Terus saya target tu mesti hadiah pendrive tu. Sekali betol da. Comelnya dia... *wink2*




 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_