Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

26 March 2010

SaYa RinDu KamU

Saya merindui seseorang... ermm,,, seorang saja ke... tak lah... ramai jugalah... Saya rindu negeri kesayangan saya, Selangor... Ada apa kat sana...?? Ada rumah and family saya lah... Boyfriend...??? Not yet... Belum tiba masa nak fikir semua tu...



Aduhai, lambatnya nak habis last semester  ni...



Satu-satunya abang saya.



My Luvly Brother
Even kami berlainan jantina, minat kami sama....






My Youngest Brother
Dia tetap lagi tinggi daripada saya even dia paling bongsu
Terasa ketot berdiri sebelah dia.
Adik-adik saya di UIA


Abah and Mama yang sempoi      


Holiday together. I miss this moment.





I LUV U ALL SO MUCH......
^_^


HOMESICK



24 March 2010

PeRisTiwa di MakmaL AiR

Hari ini saya benar-benar tak ada perasaan... lagi-lagi lepas jawab test equipment tadi... apalah saya merepek merapu tadi... huhuhu.....
Orang lain sempat lagi bincang-bincang sebelum hantar, saya terus hantar ke lecterur tanpa toleh kiri kanan pun. Langsung tak peduli kawan sekeliling. Bukan sebab saya tak mahu bagi tunjuk jawapan pada kawan, tapi sebab saya malu. Takut-takut salah... kantoi, merepek masa jawab test... muhaahaha... dah, abaikan saja pasal test tu...

Entri ni bukan nak cerita pasal test or about my study... Entri ni nak kongsi gambar gelajah tiga dara di makmal air tadi... Memang dah tak ada kerja sangat tu... kuwang, kuwang, kuwang... "^_^


Macam-macam gaya bergayut kat telefon, sampai nak putus tali telefon tu... hehehehe... 

Promote barang la tu....
Amboi, tekunnya buat kerja... 
Uji air sisa ke cik akak


Cover girl untuk majalah Kejuruteraan Air
(posing saja-saja tu)



Wah, bestnya dapat pegang alat ni... first time, so excited.... 


Hahahha... Ada gaya model tak...???

22 March 2010

HuJaN


Hujan, rahmat Ilahi. Memang seronok bila hujan turun, terasa sejuk je. Rasa bersyukur bila hujan turun, sebab dah lama  merasai kepanasan yang teramat sangat. Saya takut pandu kereta ketika hujan. Tekan minyak cam tak gerak saja kereta, kaki jadi ketar. Nak bergerak pun teragak-agak. Bahaya betollah.

Saya paling risau pandu kereta time hujan. Pandangan saya jadi kabur. Saya tak dapat nak melihat dengan jelas dan tidak dapat memastikan pergerakan kereta di sekeliling. Cuwak sangat rasa pandu kereta masa hujan. Lagi-lagi ketika seorang diri.

5 p.m tadi ada kelas financial. Masa tu hujan lebat sangat. Tapi saya terpaksa gak pergi kelas even takut nak pandu kereta. Dahlah seorang saja. huh, tawakkal sajalah. Alhamdullilah berjaya dan sampai dengan selamat.
  
Rasa kelakar pula bila terfikir balik keadaan saya gelabah tadi... (*_*)

21 March 2010

My saTuRday

Hari sabtu selalu jadi begini. Rumah akan terasa sunyi. Semua akan sibuk ngan hal masing-masing. Sib baik hari ahad boleh makan together.

Hari sabtu kali ni agak dahsyat. Hanya aku dan Asiey saja yang menetap di rumah. Wah, so lonely. Semua orang keluar. Seorang balik kampung, Dua orang lagi g date with her boyfriend, and another one busy with her SUKSIS...

hehehe... sebenarnya tak lah lonely sangat, coz i busy with my PSM (Projek Sarjana Muda) and my cute blog.

Bila dah letih memikirkan apa yang perlu aku tulis dalam report PSM, i will check my blog. i like rupa baru blog aku ni. suka sangat... sangat tomei... ^_^

tetiba rasa lapar pula. Masak or makan saja kat luar... rasa cam nak masak tapi ada 2 orang saja. masak jugalah. G keluar jap beli bahan mentah and then we cook together. Guess what, we cook chicken curry.
Pertama kali berjaya masak chicken curry like my mum. even ada sedikit kekurangan, but rasanya dah hampir sama macam mama masak. I'm so excited when eat its. I like it. Baguskan...???

Rahsianya ~
Gunakan rempah kari babas

Ada lagi rahsia yang lain, tapi haya ini sahaja yang dapat saya dedahkan buat masa ni. Maybe next time i will write the recipe in next entry. depend on permintaanlah. hikhikhik... ^_^


Ini bukan gambar chicken curry yang kami masak. Saya tak ambil gambar pun masa hidang tu. Tak sempat nak take picture pun, dah lahap dulu. Sebab nampak sedap sangat and dah lapar juga. (",)
Chicken curry kami lebih nampak smooth than that. Kari ni nampak macam dah pecah minyak saja. hohohooo....
Nak masak kari kene hati-hati, jangan sampai pecah minyak santan tu. Fahamkan maksud saya...??? ^_^ tata... c u all next entry....

18 March 2010

Tak Usah Lagi

" Tak Usah Lagi " is not about me. tp ni merupakan penulisan karya saya yang terbaru. if i can play  guitar, sure puisi ni akan jadi satu lagu. hehehee... apa pun hope pembaca enjoy it.... LAYAN JE LA >>>




TaK uSah LaGi


satu persatu memori
yang disekelilingku
kembali bertandang menghantui
tapi hanya aku
yang merasai keperitannya

tanpa kuduga
kau pun mula berubah
dan kembali padaku
kata-kata manismu
sering kedengaran
hidupku mula makin resah

tiap kata-katamu
bagaikan duri sembilu
kau lukai hati ini
dan tak terlihat
oleh pandangan mata

tak usah lagi
merayu dan memujuk hatiku
biarkan aku sendirian
tak usah lagi
memaksa dan meminta kukembali
biarkan aku terima dengan rela

andai sudah tiba masa
sememangnya jodoh kita
akan kuterimanya
dengan hati terbuka




07 March 2010

DALIL CINTA

apa yang saya nak tulis pada entri kali ni bukanlah pasal cinta saya, tapi berkenaan cinta Zareef (Fahrin Ahmad) dan Nisa (Sharifah Amani) di dalam cerekarama DALIL CINTA. cerekarama ini memberi pengajaran kepada kita yang masih belum berumahtangga. cinta sahaja tidak menjamin kebahagiaan rumahtangga. bukan mudah untuk kita menjadi suami soleh atau isteri solehah. cinta selalu membuatkan kita buta mata hati dan menyebabkan kita melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. ~ huh
apapun, suka sangat tengok cerekarama tu. lastly, Nisa tu berubah juga even dia jenis seorang perempuan yang degil dan egois. ada juga baiknya cinta ni. cinta juga menyebabkan seseorang itu berubah. walau apapun impak cinta itu pada kita, kita haruslah sentiasa berwaspada pada cinta supaya tidak terbabas ke jalan yang salah.

DALIL CINTA, i will remember 4 my lasting life..

sebagai seorang suami, dia harus pandai mendidik isteri untuk menjadi isteri solehah. dan sebagai sorang isteri, dia harus tahu menguruskan kehidupan sehari-harian suami. barulah rumahtangga harmoni. hehehehe,,,, camlah dah berumahtangga... waaaa,,,, takutnya...takut nak hadapi semua tu...






 ~ SEMOGA  AKAN MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH ~

01 March 2010

BISIKAN CINTA


Terdengar bisikan cintamu
Kuterdiam dan terpaku
Indahnya dunia
Bahagia kurasakan
Pintu hatiku terbuka
Hanya untukmu

Bisikanmu indah mempesonakan
Membawaku ke istana cintamu
Bisikanmu indah mempesonakan
Menyuburkan kasihku di halaman cintamu

Kutersedar dari fantasi cinta
Tiada lagi bisikan cinta
Kasihmu bukan lagi untukku
Lenyaplah keindahan cintaku

Bisikanmu melemaskan
Kuhanyut dalam lautan cintamu
Bisikanmu menyeksakan
Kuterperangkap dalam istana cintamu


SFH86 (051208/0110)





~ ini merupakan karya pertama saya. masa itu saya baru hendak berjinak2 dengan dunia seni sastera ni. mungkin karya ini agak kelakar . biasalah, masa tu aku masih mentah. masih tak reti nak menghasilkan karya yang bermutu. hope u all still enjoy ~






 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_