Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

31 December 2010

‘Azam tahun 2011’

Klik untuk join kontes anjuran Matjoe .
Menarik tertarik memang hot



Asal masuk tahun baru sahaja orang duk sibuk cakap pasal azam tahun baru. Tetiba teringat masa zaman zaman belajar dulu. Setiap tahun berazam mau lulus periksa. Memang lulus lah tapi cemerlangnya nan hado. Isk Isk Isk. Ni bukan salah ibu mengandung tapi salah diri sendiri yang tak reti nak berazam betol betol.


 Tahun ni saya mahu mencapai sasaran baru dan juga impian tertangguh. Cheh, ada jugak impian tertangguh. Biasalah bagi insan yang tak laksanakan peluang pertama yang diberi.


Senarai pendek untuk azam tahun 2011 :
* memang seksalah U all nak baca if saya letak senarai panjang*


p/s : Nak gelak cover cover sikit. Pesan dulu awal awal sebab tau pasti akan ada yang gelak bila baca Angan angan Mat Jenin la katakan.



Awal tahun
  • Mau dapatkan kerja yang sesuai dengan kelulusan saya, Ijazah sarjana muda kejuruteraan awam. Seronok rasa dapat pegang structural plan size A1 tu sambil lawat lawat site pakai safety helmet warna putih.
Engineer melawat tapak pembinaan.
*Kenangan masa belajar. Kumpul maklumat untuk siapkan assignment*



Pertengahan tahun
  • Mau jadi finalis Gadis Melayu. Memang kena pergi ujibakat and buat bersungguh-sungguh la if nak jadi finalis Gadis Melayu.
Gambar ni dipertaruhkan untuk join Pencarian covergirl 2009.
Tapi peluang terlepas bila tak berpeluang 
untuk pergi photoshoot test.
Masa tu masih ada komitmen sebagai pelajar.
Clash dengan jadual kuliah. 



Akhir tahun
  • Mau jadi blogger hebat cam Hanis Zalikha. Ni memang angan angan Mat Jenin sungguh. Tak dapat menang award cam HZ pun tak pe, asalkan follower boleh seramai HZ. Auw... Bleh ke ? I tak hot cam u HZ. T_T
Header belog saya masa tahun 2010.



Lain tahun
  • Tunggu lain tahun la... ngehngehngeh






contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50)  AbangEnsem (6 ebook, rm120), Kak Yon (3xrm10 topup, rm30) dan Tinihani (4 ribbon brooch, rm20)'




     

    "SEGMEN JOM BERKENALAN"


    Berkawan biar ramai berkahwin biar satu... Musuh jangan ada pun..... Siapa yang tak suka bila ada kawan banyak banyak sila angkat kaki pergi dari komputer anda lepas tu kemas barang and duduk dalam hutan sana. hohoho bukan merry christmas.


    Jom kita tambah kawan. Jom! Join Segmen Jom Berkenalan dari catatan loqman hakim.



    Ada 7 soalan yang lagi susah dari jawab soalan Structural Design. Mau berpeluh peluh menjawabnya dalam keadaan kipas tak berfungsi. Hehehe

    • Apakah status anda (Single,berpunya,berkahwin,bercerai) >>> Single. Tak mau cerita panjang pasal ni. Isu agak sensitif sejak pelamin anganku musnah tahun lepas.  
    • Ceritakan tentang diri anda  (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..) >>> Anak jati Selangor. Masih mencari cari kerja, and sesiapa yang rasa ada job kosong yang sesuai untuk saya sila bagi tau. Kelulusan Ijazah sarjana muda kejuruteraan awam dari UTHM. Anak ke dua dari 6 orang adik beradik. Seorang kakak yang garang. Tak percaya? Pergi tanya Fatin , Farhan , and Fayyadh .
    •  Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit) >>> Bicara Gadis tempat saya berkongsi cerita dan ilmu. Cerita tentang saya dan orang lain. Tapi ini bukan blog gosip ya. Just want to remind. Tak baik gosip gosip. Ada juga saya selitkan resepi masakan, tip-tip bukan dari ged girl, and tentang nihongo (Bahasa Jepun). Memang macam macam ada kat Bicara Gadis ni.  
    • Apa pandangan anda tentang dunia blog? >>> besh, menyeronokkan, and boleh buat duit jugak. Memang mata duitan sungguh.
    • Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog >>> Jadi diri sendiri and jangan sekali sekala putus asa.  
    • Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda >>> belog saya comei sangat *sah sah syok sendiri* and macam macam ada. 
    • Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog? >>> Saya akan menulis belog sehingga mata ini mampu melihat dan jari jemari ini mampu tergedik gedik atas keyboard. Saya mahu menandingi Hanis Zalikha *mimpi saja lah*




    Mau tagged Cik Emy , Cik Puan Arinah , Farhan , dan Farhana






    SAHABAT terbaik


    Daripada Abdullah bin Amr r.a, Rasullah bersabda :

    " Sahabat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat kebaikan kepada sahabatnya "



    Selalu berbuat baik dengan orang lain jika kita mahu mereka berbuat baik dengan kita. Jadilah sahabat terbaik dunia akhirat.


    1.  Mulakan dengan salam apabila bertemu.

    " Assalamualaikum "
        

    2.  Memanggil nama sahabat dengan nama yang disukainya sama ada di depan atau di belakang.

    " Saya suka orang panggil saya Hanim "


    3.  Menumpukan perhatian tatkala sahabat bercakap serta elakkan memotong cakapnya.

    " Pandang muka sahabat ketika berbicara dengannya "


    4.  Menyampaikan pujian orang terhadap sahabat. Jika kita sembunyikan bererti kita sebenarnya menyimpan rasa dendam dan iri hati.

    " Kejujuran penting dalam sesuatu perhubungan "


    5.  Tidak menceritakan kejian dan celaan orang terhadap sahabat. Ini mengelakkan rasa kurang senang dan tercetusnya krisis.

    " Lebih baik berahsia jika ia mendatang keburukan "


    6.  Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukannya tanpa menunggu dia memintanya. Kalau dia memohon bantuan, wajib kita bantu setakat mampu.

    " Tolong menolong amalan mulia "


    7.  Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat berbanding kepentingan diri.

    " Elakkan sikap pentingkan diri. Selfish. Busuk, hanyir "


    8. Memandang dan membuat anggapan positif terhadap sikap sahabat. Elakkan prejudis pada mereka.

    " Sentiasa berfikiran positif. Hati pun bersih "


    9.  Memberi nasihat terhadap kesalahannya. Jika melihat kawan kita mulai lalai atau melakukan kesalahan, tegur dan beri nasihat secara rahsia. 

    " Sahabat yang baik tidak akan sanggup melihat sahabatnya berbuat salah "







    sumber maklumat : dara.com edisi 84-Jun 09


    p/s :
    Siapa mau jadi sahabat yang baik di sisi Allah ? 
    Sila contact saya and dapatkan job untuk saya. ngehngehngeh. 
    Just Joking. If dah dapatkan betol betol pun ok. 
    Saya terima dengan hati terbuka. ^_^

    28 December 2010

    Burung Internet berkicau



    Bila burung berkicau segala maklumat sampai dengan mudah. Dari zaman tok nenek lagi burung diperlukan untuk hantar surat. Boleh terima ke statement tu? Budak kecik yang suka tengok cerita dongeng tu maybe akan terpengaruh. Kita? Tak mungkin.... Sebab burung tu tak tau baca alamat rumah macam Abang posmen. Patut berterima kasih pada Abang posmen sebab dia dah banyak bersusah payah untuk itu.


    Sekarang segala-galanya sudah berubah. Abang posmen dah tak perlu nak susahkan diri semata-mata untuk hantar surat tanya kabar sejak ada burung yang sangat bijak ni. Burung apa? Burung murai.  nehi nehi nehi. Ni bukan burung murai tapi burung internet yang berkicauan. Kicauannya lagi dahsyat dari burung murai tu. Tak perlu tunggu lama lama untuk tau kabar orang jauh. Memang mudah dengan twitter. Silaturrahim pun makin erat. Setiap hari dekat padamu. Boleh dikata jauh di mata dekat di hati la. Tak percaya cuba la. tehehe...




    Jom kita tweet tweet. Follow me HanimMahali.







    p/s : Sesiapa yang mau saya follow twitter dia, sila tinggal jejak di sini. I follow je... ^_^








    24 December 2010

    si Tijah yang Comel




    Ranking kecomelan saya semakin merundum sejak kehadiran si Tijah ni, atau nama glamour dia t-j. Sebut betol betol, T J.

    Semua orang cakap dia comel. Lagi lagi sekarang ni dia dah semakin bijak. Dengar cakap. Faham aje kita cakap apa. Aktif. Baik pulak tu. Sanggup duduk hujung kerusi aje bila ada orang duduk tempat biasa dia landing.

    Rasa macam nak cubit cubit and picit picit dia aje. Tanduk and gigi bertaring sudah keluar... ngehngehngeh


    Malas nak taip banyak banyak lagi. U all tengok sahaja gambar vogue dia. Lepas tu boleh la komen dia tu comei ke tak. Dah geram tengok si T J ni. Nak g cubit cubit pipi dia. Asyik intai saya aje. Cam tau tau pulak kita tengah cerita pasal dia.



    Pantang orang sebut nama dia toleh aje.
    Pasti nak ajak kita main dengan dia.


    Bila dah start main mengalahkan atlet sukan.
    Ni baru gimnastik berirama.
    Kalau tengok dia main bola kalah pemain Malaysia.


    Main sendiri.
    Penat den nak melayan.
    Berpeluh peluh macam joging kat stadium.



    Dah puas main lapar pulak.
    Mulalah minta simpati nak keluar makan angin.
    Pandang tombol pintu aje.



    Bila mula kebosanan,
    aktiviti dia seterusnya adalah mengelamun and TIDUR.




    Tempat parking biasa dia.



    Tempat lain pun jadi kalau dah ngantuk sangat.



     Walaupun dia comei, dia garang jugak.
    Tu sebabnya tak de jantan berani dekat.
    mihahaha....





    23 December 2010

    Lagenda Budak Nakal (PPS)



    Memang terlalu pahit untuk diceritakan. Lebih pahit dari makan peria. Mata mesti terasa pedih bila kisah pahit ni mengimbau kembali. Kekonon taip kisah ni sambil potong bawang.



    Kisah ini bermula di sebuah IPTA. Perkenalan pertama kami di sebuah makmal Kimia pada semester pertama diploma. Pensyarah yang satukan kami dalam satu kumpulan. Saya terpaksa berkongsi meja dengan dia. Pada waktu itu kami sering bertengkar. Selalu sahaja ditegur oleh pembantu makmal sebab saya suka melarikan diri ke meja orang lain. Partner meja sebelah selalu jadi mangsa pertukaran tempat. Dulu saya tak suka jumpa dia. Dia nakal sangat. Selalu usik saya. Kecoh cerita pasal saya kat semua budak laki kelas dia. Kelas dia memang semua laki, satu je pun girl. Pernah satu hari budak budak kelas dia datang kat meja kami semata mata nak kenal saya.  Malunya saya. Pipi mau jadi merah cam pakai blusher kalau saya ni putih. Disebabkan mulut dia yang sangat kecoh tu, saya selalu melarikan diri bila ternampak dia. Dan saya juga pernah terjatuh semata mata nak elakkan diri dari dia. Tragik sungguh.


    Kenakalannya bukan setakat itu aje. Dia pernah buat satu helah sampai tapak tangannya menyentuh pipi saya. Mau tak mengamuk saya masa tu. Sesuka ati nak pegang pipi saya gebu ni. Auw, gebu la sangat. Dia memusing satu makmal nak minta maaf sampai saya rasa rimas diekori seperti itu. Muka dia nampak panik masa itu. Patut tengok....


    Dia memang tak putus asa nak cuba berkawan dengan saya. Macam macam cara dilakukan.

    Lama kelamaan kami  jadi rapat. Selalu koling koling, mesej mesej, balik kampung sesama. Kami sering kongsi cerita and selalu dikaitkan bersama. TTM la katakan. Apa tu TTM? Teman Tapi Mesra. Kami sekadar teman biasa yang rapat and mesra. Ops, mesra yang tak melanggar batas agama tau.

    Akhirnya berita keakraban kami sampai ke pengetahuan keluarga dia. Keakraban kami terbongkar masa dia sedang sakit. Disebabkan sakit dia tu dia terpaksa cuti belajar setahun. Saat itu memang tak dapat dilupakan. Parents dia datang jumpa saya untuk tau hubungan kami. Alhamdulillah mereka boleh terima and sayang saya. Ada suatu masa tu dia Tetiba terpaksa dibawa ke hospital selepas bertengkar dengan saya di telefon, rasa jantung ni dah macam jatuh ke bumi. Saya juga hilang fokus belajar masa dia sakit tu. Risau memanjang. Memang dah jelas nyata dan terang saya sayang dia waktu itu. Perasaan yang dulu menyampah kini dah berubah jadi sayang. Benar kata orang, jangan terlalu benci kerana ia akan berubah jadi sayang.

    Hubungan kami berubah tahun demi tahun. Dari kawan ke TTM dan tahun lepas hubungan kami lebih serius. Kami dah plan nak nikah pada tahun 2012.

    Nombor pada keretapi tanah melayu tempat kami bergambar.
    Pada waktu itu juga kami declare untuk jadikan hubungan kami lebih serius.


    Akhirnya saya dah mula nampak cahaya kebahagiaan menyuluh jalan hidup kami setelah 6 tahun. Mak dan ayah dia pun suka tengok kami bersama. Bahagia rasanya. Perasaan masa itu memang tak dapat saya nak gambarkan.


    Tapi rasa bahagia itu hanya seketika. Jalan yang baru sahaja nak terang jadi gelap tetiba. Segala-galanya musnah dalam sekelip mata bila wujud kehadiran perempuan lain dalam hidup dia. Hati bagai diguris-guris bila dapat tahu dia curang. Pelamin anganku musnah berterabur. Keputusan berpisah adalah jalan terbaik untuk kami. Lagipun dia cakap rasa cinta pada saya tu dah tak ada lagi.

    Sehingga kini saya masih terdengar janji manisnya dan juga harapan mak ayah dia. Bisa sungguh luka hati ini walau tak  berdarah.


    Setiap kali melihat nabil raja lawak pasti teringat pada dia. Cara mereka hampir serupa. Erm, dah namanya pun sepupu. T_T
    Sabar je la... Saya terpaksa telan walau sepahit apa pun rasanya pengalaman itu, kerana kepahitan itu banyak manfaatnya. Macam peria

    Pengalaman pahit itu menjadikan saya lebih tabah dan hati hati dalam hadapi hidup.

    Hadiah terakhir dari dia


    Huh, berjaya jugak habiskan cerita tanpa menitiskan air mata lagi. Ops, kantoi di situ ~ Syyhhhhh
    Senyap senyap sudah.


    Cerita ini bukan nak mengungkit cuma nak membangkitkan kehangatan kontes yang dianjurkan oleh En. Akim, tuan punya belog Jangan Masuk Blog Ini.




    Jangan Masuk Blog Ini memang sempoi.
    * tak percaya? pergi tengok sana* ^_^




    Saya mau ajak Cik Emy , Puan Arinah , and my little brother Farhan join kontes ini.
    Blogger lain pun boleh join sekali. Sama sama kita hangatkan lagi kontes ini.


    Klik gambar untuk join kontes




    17 December 2010

    Ada Blackberry FREE untuk dikongsi



    Mau cerita pasal Blackberry lagi walaupun sebelum ni dah pernah cerita. Masing masing berlumba lumba mau miliki BlackBerry. Setiap hari kumpul duit belanja sekolah. Rasa dah mula fedup nak kumpul duit tu, meh kita kumpul points pulak untuk dapatkan BlackBerry.

    Kali ini Digi baik hati mau bagi Blackberry. Tak perlu jadi pengguna Digi untuk dapatkannya. Hanya perlu ada akaun Facebook aje. Tengok tengok betapa bergunanya Facebook tu. Sesiapa yang rasa rasa tertinggal gerabak keretapi tu, sila kejar dan dapatkan Blackberry ni. Lepas menang Blackberry mesti takkan lupakan Digi and terus jadi pengguna setia. 


    Apa macam? Terliur tak tengok Blackberry ni? 
    Mau berpinau mata.






    So, apa tunggu lagi? Jom join saya dapatkan Blackberry FREE ni. Tak paham lagi camne ia boleh berlaku...? Alahai, sian dia... Meh meh saya tunjukkan...



    Klik Blackberry FREE dari DIGI and start. Ingat, anda perlu ada akaun facebook.




    Lepas tu jawab semua soalan yang diberi untuk tentukan u all ni jenis berry yang camne. KepohBerry? KiasuBerry? KiamsapBerry? NoobBerry? or CeleBerry? Points banyak peluang pun besar untuk dapat BlackBerry tu. 


    Saya KiasuBerry.



    GUD LUCKS




    16 December 2010

    Segmen suai kenal blogger bersama Ben Ashaari



    Saya dah tak perlu nak ulas banyak banyak lagi bila dah letakkan header Ben Ashaari di sini. Semua orang pasti dapat tahu. Hehehe... Apa lagi kalau bukan segmen yang dianjurkan oleh En. Ben


    Kali lebih mudah... Just ikut urutan arahan cam saya buat.



    1. Letak header belog En. Ben cam biasa. Biasa sangat, sebab dah selalu. Ingat header belog En. Ben bukan header belog sendiri.



    2.  Bila mula buat blog ?
    Oktober 2010
    (bulan kelahiran saya)



    3.  Jumlah follower sekarang ini ..
    setakat 16 December 2010 ada 114 followers



    4.  Berapa trafik harian ?
    Malunya nak bagi tau.... Perlu pakai topeng untuk katakan ini. Purata pengunjung yang datang ke belog ni hanya 20 sehari. Jarang sekali lebih dari tu....



    5.  Sehari brapa entri ?
     Jumlah entri bergantung pada kesempatan. Kadang-kadang 3 entri. Itu pun sebab qada' entri yang semalam-semalamnya. Tapi biasanya 1 aje... *wink2*



    6.  Berikan satu blog yang best korang suka baca .. 
    suka baca belog ni maribinablog.
    Banyak info yang berguna untuk blogger baru cam saya.



    Rombongan Cik Kiah ke Kelantan



    Cerita ni hampir sahaja mau berkulat. Sudah 4 hari dalam bungkusan tapi baru hari ni keluarkan. Isk Isk Isk

    Perlu persediaan mental and fizikal untuk baca cerita ni. Hehehe... 

    Ada pembetulan pada tajuk post tu, sila scroll ke bawah.......



    Rombongan cik kiah hanim ke Kelantan



    Akhirnya sampai jugak setelah 6 tahun tidak menjejakkan kaki ke kelantan. 7 jam perjalanan tanpa banyak henti. Jauh perjalanan sempit pemandangan bila saja mata hampir mau tertutup. Tak patut memandu waktu dan ketika itu. Membahayakan kesehatan nyawa. Perlu rehatkan mata dulu.


    Sangat excited bila kereta dah menjejakkan tayarnya di kelantan . Baru tayar kereta , belum kaki saya dah excited.


    Pasir Puteh jadi lokasi pertama and perkara pertama dilakukan setiba di kelantan , MANDI . Rimas plus letih memandu jauh. Echeh cheh ,,, gaya macam saya memandu selama itu . Padahal memandu 2 jam pertama aje. Hehehe


    Siap secepat selawa mungkin before pergi rumah pengantin .


    Belok kanan belok kiri naik bukit turun bukit akhirnya sampai ke rumah pengantin . Seronok tengok dia duk atas pelamin . Saya bila lagi ? Itu yang saya tak tau ...

    Selamat Berbahagia.


    Suka sangat dapat pergi jalan jalan.
    ^_^


    Next station , Pantai Irama .





    Pantai jadi tempat utama ingin dituju disebabkan ingin nikmati keindahan alam semulajadinya .

    Duduk tepi pantai , rasai angin pantai sambil makan memang nikmat .


     Tak sabau mau sate ikan *tak tau orang Kelantan panggil apa* tu tunggu siap di bakar.


     Nyum Nyum
    sedap sehingga menjilat lidi.


     Makan lagi.


     Dah tak toleh kiri kanan bila dapat makan.
    Asyiknya....


     Sejukkan tekak dengan air kepala


    Makan sudah , minum sudah ,,, lepaking pun sudah ... Apa lagi lepas ni ... ? Of course la shoping ... Tak sah kalau pergi ke negeri orang tak shoping ... Lagi lagi kat Kelantan ni banyak tudung bawal comei comei ... Memang menggugat keimanan wanita bertudung seperti saya . Even banyak jenis tudung and shawl dalam koleksi , tudung bawal masih lagi menambat hati saya ... Dan ia takkan berubah ... Memang saya ni setia orangnya ... Kamu Saje  yang tak mo tau ...

    Tempat paling sesuai untuk orang pencinta tudung seperti saya adalah Wakaf Che Yeh . Pecinta lain boleh datang jugak ... Sebab bukan tudung Saje yang ada . Baju , kain , telekung , kasut ... Boleh kata macam macam ada lah ..  SYOK abes ...

    Dua helai tudung sahaja yang sempat diborong.
    Masa agak terhad.



    Lepas shoping perlu balik rumah and rehat . Kena bertolak awal pagi pulang semula ke Selangor . Rancangan pukul 4 pagi . Tapi disebabkan kenyenyakan kami tidur , akhirnya kami terpaksa bertolak pukul 7 pagi . Singgah makan sebelum meneruskan perjalanan pulang melalui Gua Musang dan bukannya Gerik seperti perjalanan awal kami .

    Jauh perjalanan merentasi bukit bukau and pekan ... Jalan penuh liku akhirnya sampai di Bukit Jalil . Orang Johor telah selamat sampai di sana untuk meneruskan perjalanan ke Johor .

    Sememangnya mencari Bukit Jalil menjadi kerisauan bagi gadis yang tak selalu keluar berpoya poya sana sini . Nasib baik saya ada petunjuk arah yang baik hati . Thanx to them .
    Ramai betol kereta and orang kat sini . Kenapa erk ? Sekali toleh kiri rupanya ada Jom Heboh . Patutlah jalan ditutup sana sini . Terpaksa U-turn jauh . Kalau tak disebabkan saya keseorangan  , memang kaki ni dah melangkah masuk ke Jom Heboh . Huhuhu ..


    Finally saya tiba ke destinasi saya , Kuala selangor . Berjaya drive seorang diri dari Bukit Jalil . Satu tangga peningkatan buat saya . Bangga seketika ... Ekekeke..
    Tapi perjalanan saya tak mungkin lancar tanpa signboard di jalan . Tak tahu lah apa jadi  pada saya jika tiada signboard , pasti saya takkan dapat keluar dari KL tu . Mau menangis saya duk dalam kereta . T_T


    Wokey.... The End... Cerita sudah abes... but don't stop scroll... Ada lagi pesanan untuk U all.... *wink2*


    Persediaan yang rapi perlu dilakukan sebelum memulakan perjalanan jauh. Antaranya telah disenaraikan di bawah .

    Senarai perkara yang perlu dilakukan sebelum menghadapi perjalanan jauh :
    ·        Bawa kereta pergi ke klinik kereta untuk rawatan . Perlu pastikan kereta cukup sehat and cukup stamina untuk perjalanan jauh .
    ·        Manjakan kereta di spa kereta . Hanya untuk mereka yang kurang rajin untuk mandikan kereta tu sendiri . Saya lebih suka beri belaian manja sendiri . Pastikan luar dalam kereta cukup bersih . Udara dalam kereta mesti bersih  untuk pengguna .
    ·        Packing semua barang yang diperlukan . Buat semakan berulang kali untuk mengelakkan ketinggalan barang .
    ·        Last But not less , bagi makanan minyak secukupnya pada kereta . Sat lagi kereta merajuk tak mo gerak . Tak pasal pasal muka Encem and chantek kena tolak kereta . Selain tu poket  jugak perlu diisi , penting tu .
    ·        Bawa GPS and handphone yang ada banyak kredit untuk mereka yang tak pasti arah perjalanan mereka .

    ·        Tidur secukupnya sebelum memulakan perjalanan . Bukan kereta saja perlu sehat and cukup stamina , badan kita juga . 






     





    13 December 2010

    Kuala Selangor, I'm Back



    Alhamdulillah selamat sampai ke Kuala Selangor.... Tapi cerita hanya setakat ini disebabkan oleh technical problems... Sori ya....



     
    Klik picture untuk gambaran lebih jelas. Jangan paksa mata untuk melihat.
    Sayangilah mata anda



    will updated SOON 
    Thanx for coming......
     


     

    08 December 2010

    Aduhai rambut



    Angin bertiup sempoi. Rambut menghayun hanyun lembut ke kiri ke kanan. Asyik kan memiliki rambut yang chantek and sehat? Tiada buah buah bergantungan di rambut. Tiada ranting ranting bercambang. Halus sahaja, selembut sutera.


    Semua orang pasti akan dapat memiliki rambut yang chantek and sehat if ikut aturan penjagaan rambut yang betol. Baru menyedarinya.


    1. Cuci rambut dua kali sehari pada waktu malam or petang. Pemilihan syampu juga mesti dititikberatkan. Pilih syampu ikut kesesuaian rambut, bukan ikut ikutan. Sikat rambut sebelum cuci supaya segala nutrein pada syampu akan mudah meresap.
    2. Guna perapi selepas syampu. Perlu bilas rambut dengan air suam suam kuku selepas syampu. Selepas itu baru gunakan perapi dan biarkan seminit. Air untuk bilas tu tak boleh terlalu panas. Rambut akan mudah berubah warna dan menampakkan kesan penuaan di situ. Perlu jaga keaslian dan kehitaman rambut anugerah Ilahi.
    3. Lap rambut selembut mungkin. Tak boleh kasar kasar, nanti rambut merajuk and terus kembang semangkuk. Lebih elok rambut dibiarkan kering secara semulajadi pada suhu bilik.
    4. Gunakan treatment overnight untuk rambut lebih chantek. Sudah memadai gunakan seminggu 2kali.  Perlu tahu waktu malam merupakan waktu yang paling sesuai untuk renew rambut. Bukan lesen kereta sahaja perlu renew. Rambut juga. Dah macam macam hal kita lakukan pada rambut. Kesian dia. Rambut juga perlu dimanja.


    Rasa sangsi dengan langkah langkah penjagaan rambut yang saya berikan? Haiya... Tak perlu risau ma.... Pasti U all percaya lepas tengok rambut saya...........




    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *




     Taraaa,,,,,


     Kan lebih manis pakai tudung, tutup urat rambut tu.
    Tak perlu nak tayang kat orang even rambut kita chantek and sehat pun.
    Cukuplah sekadar diri kita, muhrim kita, and suami sahaja yang tahu.






    RENUNG RENUNG AND SELAMAT BERAMAL







    


     

    Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_