Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.
Showing posts with label CinTan. Show all posts
Showing posts with label CinTan. Show all posts

02 January 2012

Patah Seribu bila Cuma Aku



Cinta melibatkan hati dua orang insan. Camne if satu hati sahaja ? Itu bukan cinta tapi syok sendiri !
Boleh jugak dikira sebagai cinta dalam hati. Cinta diam-diam. Tapi if dah bagi tahu orang lain bukan cinta diam-diam dah namanya.


Tiada salahnya jika kita mengharapkan cinta dari seseorang. Tapi jika dia sudah tak sudi harus bagaimana ?


Menanti sesuatu yang tidak pasti memang agak perit dan memenatkan. Setiap hari memandang telefon mengharapkan dia akan menghubungi, menantikan di garis masa twitter mengharapkan dia akan muncul mention nama kita, dan mengintai profile facebook dia untuk mengetahui perkembangannya. Hoho... Memang cinta bertepuk di dinding la. Makin kuat tepuk bukan makin kuat bunyinya tapi makin sakit rasanya. 
Hyep ! Ini bukan cerita saya, tapi cerita kawan jiran sebelah rumah mak saya. ;-p


Jom tengok video klip Cuma Aku nyanyian Heliza Helmi sambil menghayati liriknya. Best dan sangat comel !
Hee... Sebenarnya saja nak alih perhatian kamu yang tengah baca entri ni. Boleh ? Muhehe...




Aku suka kamu
Aku cinta kamu
Aku sayang kamu
Tapi kamu tak suka aku

Aku kenang kamu
Aku bayangkan diri mu
Aku rindu kamu
Tapi kamu tak rindu aku

Mana ada cinta
Jika tiada rindu
Mana ada kasih
Jika tiada sayang

Apa kata kamu
Mahu undur atau maju
Mungkin cuma aku
Tapi kamu masih belum tentu

Untuk apa cinta
Jika tidak sudi
Untuk apa kasih
Jika tak memberi

Aku suka kamu
Aku cinta kamu
Aku sayang kamu
Tapi kamu tak suka aku

Mana ada cinta
Jika tiada rindu
Mana ada kasih
Jika tiada sayang

Untuk apa cinta
Jika tidak sudi
Untuk apa kasih
Jika tak memberi






Bicara Hati gadis : Jika suatu hari nanti saya penat menanti, saya pasti akan jalan terus tanpa menoleh kebelakang. Kerana itu akan sangat menyakitkan.




16 October 2011

#DearFutureHusband Hatiku Milikmu



Sejak semenjak usia meningkat ni banyak pulak saya terima jemputan majlis perkahwinan dari kawan-kawan dan sepupu-sepupu sezaman saya.
Banyak jemputan banyak juga la saya terima soalan mana pasangan setiap kali pergi ke majlis perkahwinan. -_-



Bukan mahu jual mahal atau berlagak cantik untuk tidak terima mana-mana lelaki untuk menjadi kekasih hati. Saya rasa lebih baik saya ke sana sini sendiri atau bersama teman dan bukan kekasih yang tidak halal. Faham kan maksud saya ? Saya ingin diri saya diteman oleh kekasih yang halal. Maksudnya SUAMI la.... ( Nak bawa saya ke hulu hilir sila pinang saya cecepat  :-p )




Bicara Hati gadis : Terasa macam semakin banyak dosa yang dikumpul bila semakin lama berpacaran. Lebih baik saya sendri selagi saya tak jumpa my DEAR FUTURE HUSBAND.
 
 
 
 

07 July 2011

Cemburu melihat Tijah ???


Tijah sudah dua kali mengandung. Sekarang tinggal tunggu masih untuk melahirkan je. 
Tapi saya masih single mingle. (Sabar-sabar, dua tahun lagi sampailah jodoh tu)




Hehehe...Saja buat gimik.
Tijah tu kucinglah (kucing bukan mengandung tapi bunting). Nama glamour Tijah adalah T-J. Takkan mau cemburu dengan kucing tu. Nampak sangat tak waras dengan kucing pun nak cemburu. *sepuk dahi sendiri*

Kita cari pasangan bukan sama macam kucing yang boleh main senggol-senggolan lepas tu terus dapat.


Kita punya adab dan tatatertib Melayu Islam dalam mencari pasangan.
Kita punya Ibu Bapa yang harus kita jaga hati dan perasaan mereka.


Jika saya mahu cari suami, saya mahu cari keluarga yang boleh terima saya. Terutamanya IbuBapanya. Lepas kahwin saya kena patuh dengan suami. Mungkin juga saya perlu tinggal dengan IbuBapanya. Keredhaan IbuBapa bakal suami saya tu amat saya perlukan. Tanggungjawab anak lelaki pada IbuBapanya sampai ke mati, takkan putus. Saya harus terima hakikat tu. Sebab itu saya mengutamakan keluarga yang boleh menerima saya. ^_^



Bicara Hati gadis :
Ada yang kata saya terlalu cerewet memilih pasangan. Salahke??? Saya harus fikirkan perasaan banyak pihak untuk terima seseorang itu dalam hidup saya.


08 June 2011

Cinta datang dan pergi. Fenomena drama bersiri Adamaya dan Nora Elena.


Sejak mengikuti drama bersiri Nora Elena ni dah pandai nak cerita pasal cinta. Hokhokhok. Terbatuk.
Kuat betul pengaruh drama Nora Elena. Hehehe. Pengaruh yang baik-baik je ikut. Tak berapa nak baik tu p buang jauh-jauh dalam laut.


Saya terkadang tersenyum-senyum sendiri menonton drama Nora Elena. Berangan nak dapat suami camtu la tu. Hehehe. Nasib baik tak kantoi dengan keluarga yang turut sama menonton.


Sebenarnya fenomena camni berlaku sejak drama bersiri Adamaya lagi. Dulu Adamaya, sekarang Nora Elena. Siapa tak tengok drama Adamaya memang agak rugi la.

Drama Adamaya dan Nora Elena kedua-dua memaparkan cerita cinta selepas kawen. Bertapa manisnya nikmat cinta selepas kawen. Dah pasti cinta selepas kawen takkan mengundang dosa. Dah halal. Kamu nak buat apa sahaja boleh. Nak pegang, peluk cium, semua pun boleh. Time dah halal ni la best nak bercinta.


Mesti akan ada yang cakap camne nak kawen dengan orang tu jika tiada rasa cinta. Apa yang kamu nak risau jika kamu tak cintakan dia, asalkan dia cinta dan sayangkan kamu sudah. (ayat ni sangat sesuai ditujukan untuk si gadis)


Cinta akan datang bila-bila masa 
dan cinta juga boleh pergi begitu sahaja bila-bila masa.


Apa yang penting bakal suami kamu seorang yang bertanggungjawab. Bertanggungjawab terhadap agamanya, ibu bapanya, dan juga kamu. Eh, kenapa kamu tu jatuh tempat ketiga pulak? Mestilah! Dia perlu utamakan ibu bapa dia dahulu. Tanggungjawab lelaki terhadap ibu bapa takkan putus walaupun dia dah berkahwin. Kamu kena terima hakikat itu wokey?




Pilihan terletak ditangan anda. Samada kamu mahu mengejar cinta yang belum pasti jadi milik kamu atau menikmati cinta yang sudah tentu diredhai Allah.



 Tergugat nengok kawan saya dah kawen. Nak kawen jugak! Hehehe



Bicara Hati gadis :
Tetap setia menanti 'Adam' saya membawa cintanya untuk saya. Hee. Siapalah agaknya gerangan 'Adam' saya tu?





11 May 2011

Rimas dengan kemunculan klon kekasih lama


Eh dia ni sama pulak macam kekasih lama pulak. Cara dia berkomunikasi. Cara dia berpakaian. Cara dia makan. Haish, banyak betol sama. Tengok dia teringat kekasih lama. Tengok gambar kekasih lama teringat dia. Hee... Terbalik sude...


Pernah tak kamu rasa camtu? Berkawan dengan orang hampir serupa dengan kekasih lama kamu. Kawan baru tu dah macam klon kekasih lama kamu pulak. Klon tak sama rupa. Hehehe...


Mesti sangat merimaskan bila wujud keadaan camni? Baru sahaja berjaya lupakan kekasih lama, tetiba muncul klon dia pulak. T_T

Rimasnya saya!!!


Ingat senang ke nak lupakan kekasih lama. Lebih lebih jika dia first love kita. Betul tak??? Tak pasal pasal jatuh cinta pulak dengan kawan tu. Naiyo ja....
Echeh, macamlah tuan punya diri ni berpengalaman sangat nak kata macam-macam. Hoho.....


Apa nak buat jika ada kawan yang hampir serupa dengan kekasih lama?
Nak jauhkan diri dari dia? Terus putuskan hubungan persahabatan tu? Kejam sangat pulak.... Kawan tu tak bersalah pun... Kesian dia... #serbasalah

10 May 2011

Hanim dengan suami orang???

Gosip hangat lagi sensasi. Rugi kamu tak baca. Hee... Bajet artis orang nak kesah dengan gosip cenggini.


Selama ini saya tak pernah nak war-warkan saya bercinta dengan siapa. Sebab, saya takut ada yang datang serang saya bawa bala tentera segala. Cuak babe.... Bercinta dengan suami orang ni memang bahaya. Semua kena sorok-sorok. Nak jumpa pun kena pandang kiri kanan atas bawah. Bila jumpa isteri kekasih nak kena buat muka tak bersalah duk berkasih-kasihan dengan suami dia. Haish, letih! Banyak betol drama.


Welawei.... tu semua bukan sayalah!!! Tak sanggup saya nk bercintan-cintun dengan suami orang. Terasa kejam tau. Kesianlah kat isteri dia. Lebih-lebih lagi kat anak-anak dia. Kebiasaannya, lelaki yang sudah berkahwin akan berubah sikap secara spontan bila dia ada cinta lain. Tak pepasal suami orang tu jadi panas baran tak menentu. Asyik rasa nak marah je bila si isteri bertanya. Anak-anak pun mula diabaikan. Makan ke tak dah tak kesah. Asyik duk melayan cinta baru dia je. Poket pun selalu bocor. Kesiaaaaaaaaaaaannn ~


Lagi lah kesian bila ada yang search keyword Hanim dengan suami orang. Pasai pa la duk search keyword cenggitu? Kalau ye pun nak tau saya bercinta dengan siapa, tak payah duk search keyword camtu. Lain kali search la keyword Hanim dengan Ashraf Muslim. hoho... memang tak jumpalah... Ashraf dah tunang dengan orang lain. Kuciwa... chet! drama pulak dia... Haip Haip!


 Besar punya picture saya bagi kamu tengok. Hee...


Abaikan beg plastik ujang yang dihighlight tu. Tak paham betol la siapa duk search keyword tu. Pemes sangat ke Ujang ni ? #penasaran



Paling kesian dalam cerita ni sebenarnya yang duk cari keyword tu. Kesian sebab dia tak jumpa cerita yang dia nak tu. Apa kejadahnya duk cari pasal gosip yang berapa nak artis tu? Hahaha... Nasiblah...

Kesimpulannya, tak perlu nak cari siapa kekasih saya!!! Kamu takkan jumpa... ahaha... Tak jumpa sebab tak de...
Bajet orang tu nak cari pasal Hanim Mahali. Entah entah dia duk cari pasal Hanim Mahadi... Hee... #malu

13 April 2011

Berbaloikah menunggu kekasih orang???

Susah nak jatuh cinta, tapi sekali jatuh cinta susah nak lupakan. Parah.

Lagi parah jika jatuh cinta dengan kekasih orang. Tertutup segala peluang untuk menawan hatinya. Hanya mampu memendam cinta dalam hati. Tapi sampai bila nak perap cinta tu dalam hati? Sampai masak? Rasanya pasti pahit .

Nak luahkan isi hati pada si Dia kekasih orang? Apa respon si Dia? Takkan kita sanggup nak runtuhkan hubungan cinta yang telah lama terjalin? Kejam pulak kan...

Mahu menunggu si Dia putus dengan kekasih hatinya? Berapa lama pulak nak memendam rasa ? Berbaloikah penantian itu?

Apa kata kamu? Luahkan, tunggu, atau lupakan?

Boleh tersenyum jika si Dia sudah putus dengan kekasihnya. Yeah Yeah ! Ada peluang terbuka luas! <= bukan saya #okbai

12 April 2011

Bila kekasih hati jadi tumpuan ramai

Indahnya bila bercinta. Makanan yang pahit pun terasa manis. Aha. Hiper tau kata makanan pahit pun boleh rasa manis masa bercinta.
Itulah padah bila orang yang tak bercinta nak bermadah cinta.

Rasa seronok bila boleh ke hulu ke hilir bawa kekasih. Bangga duk tayang Kat orang yang dia dah kekasih.
Dan lagi bangga bila ramai yang memandang masa berjalan dengan kekasih. Opss... Patut ke bangga bila orang pandang kekasih kita?
Mestilah bangga! Dapat kekasih yang jadi idaman Malaya. Ke mana sahaja pasti jadi perhatian. Uit, ayat bangga bongkak riak takbur tu. Tak baik sungguh. Hee..

Sebenarnya memang patut bangga dapat kekasih camtu. Tapi jangan sampai bongkak riak takbur tu . Buruk bebenor perangai.

Tak perlu nak rasa terlalu cemburu atau risau selagi dia tidak menunjukkan tanda nak curang . Camne nak kesan tanda si Dia curang? Baca di SINI.

Kita perlu terima pasangan kita seadanya. Jika rasa tak mampu nak hadapi rasa sakit bila kekasih jadi perhatian ramai, baik putus sahaja sebelum meneruskan ke alam perkahwinan. Dugaan di alam perkahwinan lebih perit dari alam bercinta. Jika dugaan alam bercinta ni pun tak mampu nak hadapi, Camne pulak dengan alam perkahwinan nanti?
Gaya cam dah berkahwin pulak. Hehehe...
Ni sekadar pendapat saya sahaja. Harap tak menyinggung mana mana pihak. Sekian.

09 April 2011

perlu RAJIN jika mahu CANTIK

Nak cantik tapi malas nak buat apa apa... Apa cerita?

Jangan malas malas lah kalau nak rasa diri cantik. Rajin dan cantik memang tak dapat dipisahkan. Saling berkait rapat.

Kenapa saya kata perlu RAJIN jika mahu CANTIK?

  • Perlu rajin cuci muka setiap hari. Paling kurang dua kali sehari. Selepas bangun tido pagi dan sebelum tido malam. 
  • Cucian muka sebelum tido perlukan pemeringkatan dua kali. Waktu tidur malam waktu paling sesuai untuk sel sel kulit muka diperbaharui. Kena pastikan kulit muka benar benar bersih sebelum tidur. Muka yang tak dicuci bersih sebelum tidur boleh mengundang jerawat pada kulit muka. Selalunya saya akan gunakan tisu lembap untuk bersih kekotoran pada muka terlebih dahulu sebelum cuci muka dengan pencuci muka.
  • Banyakkan minum air untuk kulit yang sihat.
  • Gunakan skrub seminggu sekali. Banyak jenis skrub kat pasaran, pilih sahaja yang mana sesuai. Jika rasa sayang nak keluarkan duit beli skrub muka ni, buatlah sendiri. Gunakan beras yang direndam dalam air selama sejam, lepas tu tumbuk dengan kunyit hidup hingga hancur. Siap terus boleh guna kat muka macam skrub yang dibeli di pasaran. Senang! Tradisional gitu. Perlu hati hati dengan kunyit tu. Jangan letak terlalu banyak dalam campuran. Sat lagi muka kamu tetiba bertukar jadi kuning pulak. heh
  • Pakai mask seminggu sekali jugak! Kalau malas seminggu sekali, dua minggu sekali pun boleh. Mask ni boleh memperbaiki kulit muka.
  • Pakai pelindung pada kulit muka sebelum keluar. Gunakan pelembap atau bedak yang mengandungi SPF. Biarpun tak suka pakai bedak bila keluar, jangan biarkan kulit muka terdedah terus pada matahari. Bahaya untuk kulit muka. Tak pepasal jerawat akan jadi jeragat. Hati-hati!


Semua yang saya senaraikan adalah berdasarkan pengalaman saya. Belajar dari kesilapan. Dulu kulit saya bermasalah sebab saya agak malas masa tu. Tak reti nak jaga kulit muka baik baik. Selalu memperanaktirikan kulit muka. Kesian ~

02 April 2011

Memang tak boleh tengok Nabil tu. Serius!


Setelah sekian lama tak tengok Nabil melawak, akhirnya dapat tengok Nabil melawak. Siapa tak layan Maharaja Lawak semalam? Agak rugilah tak dapat nak buat senaman muka. hehehe...

Mereka semua bagus bagus. Macam-macam cerita yang cuba disampaikan oleh pelawak pelawak ni. Ada lawak dan ada juga terpaksa buat-buat cam cerita tu lawak. Paham paham sendiri la ya... ^_^

Part yang paling saya tunggu time Nabil. Nak tengok kelainan yang dia akan buat. Memang lain bebeno cara dia. Tali pinggang berkalendar. Kreatif betol dia. 
Lama lama tengok dia teringat pulak pada someone. Adess... Camne pulak tu? Mereka ada persamaan ke? Dari segi fizikal tak de la pulak. Tapi kalau cara cakap dan gaya tu ada jugak la sipi sipi. Nama pun sepupu. Mesti ada terkena tempias sama tu. 
Serius tak boleh tengok Nabil masa tu, terus teringat. #apakes


Adakah teringat sebab saya rindu dia? TAK... Tak perlu nak usik 'luka' lama kembali. Dia sudah menjadi sejarah hitam yang tak boleh nak diputihkan lagi.


Teringat tak bermakna RINDU,
Rindu tak bermakna SAYANG,
Sayang tak bermakna CINTA, 
Cinta sudah pasti sayang dan sentiasa rindu.


Ok tak madah berhelah saya ni? hehehe

09 March 2011

En. Naza kembali ke pangkuan

Hati banyak gumbira sekarang. En. Naza sudah kembali ke pangkuan saya. Bunga di taman hati semakin mekar.  Seronok!

Lepas ni hari hari boleh keluar dengan En. Naza. hehehe...


Ops, jangan salah sangka erk. En. Naza tu kereta kesayangan saya. Dia telah bersama selama setahun. Sejak saya di tahun akhir Ijazah lagi. Jauh perjalanan dia. Sudah sampai ke Johor dan Kelantan. Kuala Lumpur tu tak payah cakaplah. Sesat langsat dah kat sana.

Selama beberapa minggu sebelum ni abang yang bawa kereta tu ulang alik UiTM Shah Alam. Ahad lepas dia sudah berpindah ke Shah Alam. Lagi dekat. Jimat. Guna motor sahaja pergi UiTM tu.


Ni gambar lama.
So P kat belakang keta tu pun dah lama.
Nak jugak bagi tau.
hehehe ^__^



Mungkin untuk entri akan datang saya akan kongsikan serba sedikit tentang penjagaan kereta ni.
Orang perempuan pun kena tahu jugak serba sedikit pasal kereta ni. Paling tidak bila rosak tak lah menggelabah biawak. 

07 March 2011

Kasih kucing pada anaknya menyentuh hati

Sebak rasanya melihat betapa sayangnya seekor Ibu kucing pada anaknya. Tetiba teringat pada kisah bayi bayi yang dibuang merata-rata sesuka hati. Kenapa masih ada manusia yang tak tahu menghargai dan menyayangi anaknya??? #sedih

Saya juga hampir menitiskan air mata apabila melihat air mata T J bergenang di saat mendengar suara anaknya.
T J akan cepat cepat memeluk dan mencium anaknya bila dengar suara anaknya. Air matanya turun mengalir di saat dia memeluk anaknya

T J takkan bergerak ke mana mana selagi anaknya tak tidur. Sanggup tahan lapar. Alahai, sayangnya dia pada anak-anaknya.

Tidur malamnya pun tak selena seperti sebelum ini. Setiap saat terdengar suara anaknya pasti akan terjaga dan terus menjilat-jilat tubuh anaknya.

Perbuatan Ibu kucing pada anaknya ni sangat menyentuh hati saya. #sebak

 Sayangnya T J pada anak-anaknya.


Termasuk hari ini sudah tiga hari anak-anak T J dilahirkan. Semuanya tiga ekor.
Semua ada ekor yang panjang panjang macam T J. Comei sangat.
Tak sabar nak tunggu mereka boleh buka mata. Nak main dengan mereka. *tetiba macam ada feel nak jadi ibu*



Jika kucing pun boleh jaga dan sayang anak-anaknya, apatah kita yang manusia ni. Betol tak???

04 March 2011

Salah ke perigi mencari timba

Nak sertai segmen Bro Framestone ini boleh klik gambar di atas.


Perigi mencari timba??? Macam mana tu??? Diikutkan perigi ni jenis statik. Bolehkah ia pergi mencari timba???

Alahai, itukan peribahasa Melayu.  
Perigi diibaratkan sebagai perempuan, timba pulak lelaki.


Tidak salah sebenarnya perigi mencari timba tapi kenalah pada keadaannya. Timba sekarang pun dah demand mengalahkan perigi.
Kalau silap langkah nanti diri sendiri yang malu. Nak keluar rumah pun rasa nak pakai topeng.


Ada sahaja perigi yang pergi mencari timba dan perkahwinan mereka sampai sekarang, sudah hampir 20 tahun pun. Saya kagum dengan perigi jenis ini. Dia berani luahkan perasaan, walaupun dia tahu timba  tu lagi muda dari usia dia. Apa pun mesti ingat tak semua timba seperti ini. Ini timba yang jenis bersih bersinar tapi tidak menunjukkan kekilauannya. Sanggup menerima kehadiran perigi tua itu.


Bagi saya la kan, jika perigi ada berkenan pada mana mana timba, lebih baik simpan dalam hati dulu. Tak perlu nak gemakan hasrat pada semua. Berdoa disamping solat istikarah mohon petunjuk. Jika memang itu timba yang ditakdirkan untuk perigi ini pasti timba itu akan datang pada kita dengan izinNya.
Cinta di saat itu lebih indah nikmatnya.... ^_^



Perigi juga perlu ada hargai diri supaya tak diperlekeh-lekehkan oleh timba.


Credit to Ery Farieha
 

02 March 2011

Lelaki pegang beg pasangan jenis prihatin


Kamu pernah tengok si lelaki tolong pegangkan beg si perempuan tak?
Si lelaki pegang beg masa si perempuan shoping, masa si perempuan tengah melintas. Mesti pernah kan???

Baguskan si lelaki tu? Dia sangat prihatin. Sebab apa saya kata dia prihatin???

Dia prihatin sebab dia sayang pada pasangan dia tu. Dia tak mau pasangan dia kena ragut.

Memang nampak macam remeh, tapi itulah hakikatnya.


Ada jenis lelaki lain yang sanggup tarik beg perempuan masa berjalan bila kita tak layan dia. Saya pernah kena. Masa tu saya baru keluar dari stesen LRT nak ke stesen bas di Pudu Raya. Ada lelaki berjalan sebelah saya, lepas tu tegur tegur nak berkenalan. Saya malas nak layan dan terus berjalan ke depan. Saya malas nak layan lelaki yang tergedik gedik mengorat kat tepi jalan tu. Macam kami ni perempuan murahan. Bila dia nampak saya berjalan terus tak layan dia, boleh pulak dia tarik beg saya. Dia geram. Nasib baik saya sempat tarik balik. Kawan sebelah memang terkejut sangat masa tu. Dia kata muka saya selamba je. Muka sahaja selamba, hati penuh debaran. Cuak habis. Hampir gugur jantung masa tu.

Jika masa tu ada lelaki yang tolong pegang beg saya pasti takkan jadi macam tu kan??? hehehe


Pada semua perempuan yang bawa beg tu berhati-hatilah. Tak kesah la beg apa pun.

Pada lelaki pulak, tolong pegangkan beg sahaja ya, tangan jangan. Berdosa... Kalau dah nikah tak pe... ^___^

28 February 2011

Lelaki yang digilai ramai bukan calon sesuai


" Lelaki yang terlalu digilai ramai wanita bukanlah calon yang paling baik untuk dijadikan suami, kecuali dia memang seorang yang berakhlak, beragama dan berperibadi unggul "



 " Tak sedar orang yang kita buru itu bukanlah permata di tengah pasir tetapi kaca yang melukakan. Kita berebutkan dirinya dan berjaya, kita bakal luka sebab yang kita pilih itu kaca. "


Kedua-dua kata itu saya petik dari sebuah buku motivasi diri Membina Jiwa Serasi hasil penulisan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.


Tak mau cerita panjang-panjang pasal ni. Saya mahu kamu berfikir tentangnya. Jika rasa ada kekeliruan di situ, sila bagi tau. Saya akan bagi penjelasan. Echeh, macam cikgu pulak.... Hehehe.... Inilah jadinya bila pelajar engineer berangan nak jadi cikgu kaunseling.

26 February 2011

Tak mampu updated jika berada di luar


Sejak dari pagi tadi saya tak dapat updated blog sebab saya pergi melawat kawan di Hospital Kuala Lumpur. Hanya ingin berikan sedikit kata semangat dan kegembiraan pada dia. Harap dia cepat sembuh.

Saya tak mampu updated blog bila berada di luar. Saya tak ada broadband. Saya gunakan streamyx, plus komputer tua...opsss, marah abang jika baca ini. Tak reti berterima kasih pulak si adik ni. hehehe....
Patut bersyukur dapat menumpang kasih di komputer tua ni sebab tak dapat kasih sayang dari laptop saya. Harap saya akan dapat kasih sayang baru...*wink2*



25 February 2011

Setahun Lalu

Sudah jadi tabiat, pagi lepas siap semua kerja di rumah je terus masuk blog. Updated satu dua entri. Saya akan pastikan saya updated 6 entri setiap hari. Cuba untuk jadi rajin updated entri. Cuba untuk asah akal fikiran supaya dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis. Cuba untuk memperbaiki gaya penulisan supaya lebih menarik minat pembaca. Berapa banyak cuba dah hah??? =.=

Sekali lagi saya cuba nak siapkan puisi yang tertangguh setahun. Senyum saja tak perlu katakan apa apa. ^_^


SETAHUN LALU


kau berlalu tanpa kata
diam seribu bahasa
diri jatuh rebah
melihat dirimu berubah

apakah salahku
teganya dirimu
melukai hatiku

puasku jaga kaca cinta kita
akhirnya berkecai tanpa diduga
puasku jaga mahligai kasih kita
rupanya musnah tanpa dipinta

setahun berlalu sekelip mata
dirimu hadir tanpa kusangka
mohon ingin bersama
membina kembali cinta

cukup sudah sekali
tak inginku berdarah kembali
buang saja sisa cinta kita
tak perlu lagi diungkit kata

aku pasrah aku redha
cintamu sudah tiada
biarkan berlalu cuma
tanpa kenangan lama




Akhirnya, berjaya jugak siapkan. Macam mana puisi saya??Ok???Agak-agak berapa bintang???hehehe
Ok la, ada abang pos laju depan rumah tu. Nak bagi barang. Barang apa erk???Entahlah...Sat na saya p tengok.Bye.... ^_^





24 February 2011

Cukuplah... Jangan ditanya lagi.


Hampir setiap bulan kad jemputan majlis perkahwinan akan sampai ke rumah. Tak kira tu majlis kawan ke saudara mara ke jiran sebelah rumah ke atau jiran rumah nenek. Memang seronok dapat pergi ke majlis perkahwinan ni. Boleh cuci cuci mata sambil cari jodoh. Opsss....


Masa hadiri majlis perkahwinan ni lah akan selalu diterjah. Mulalah para 'wartawan' mengajukan pelbagai soalan yang tak mampu saya nak jawab. Semuanya pasal perkahwinan saya. Saya konon konon berlagak artis yang popular hanya mampu kata NO KOMEN...
Itu pun masih tak puas hati lagi tu nak tanya jugak....
Saya malaslah nak jawab panjang lebar. Nanti tak pasal-pasal air mata ikut keluar selaju jawapan yang keluar dari mulut. T___T
Cheh, drama aje lebih... hehehe


Janganlah diungkit lagi pasal perkahwinan tu. Biarkan masa mengubati kelukaan lama.
Salahkan seorang wanita berkahwin pada usia 26 atau 27 ?
Kenapa perlu nak bangkitkan isu perkahwinan bila usia dah melepasi 21 tahun?
Rasa masih terlalu muda untuk melayari bahtera perkahwinan tu.....
Banyak lagi persiapan yang masih belum terlaksana. Persiapan apa??? Mental dan rohani lah.
Perkahwinan ni bukan permainan masak masak cam masa kecik kecik dulu.


Ada yang cakap saya terlalu memilih. Alahai, saya nak memilih macam mana kalau tak ada orang yang nak pilih saya. hehehe... Just Joking... ^___^


Doa-doakanlah saya akan bertemu dengan pilihan hati. Pilihan hati saya orang macam mana??? Teeeeettttt.....Akan di jawab pada next entri. Dah laparlah. Mau pergi makan.Makanan kat meja tu dah berjoget lagu cindai melambai lambai....hehehe...


Mungkinkah saya akan berkahwin pada tahun 2012???
Hehehe...NO KOMEN
Pilihan hati masih belum ditemui.... ^___^


Puitiskan Diri Anda



Saya dijemput oleh Atiq Salleh untuk join segmen dia. Dia suruh berpuitis pulak dah.
hehehe... Bab berpuitis memang saya suka. Bak kata rakan-rakan sekuliah dulu, saya ni minah jiwang. Lantak p la depa nak kata apa. Itu memang hobi saya.... ^___^


Sekarang ni dah tak boleh nak fikirkan puisi baru. Terpaksalah geledah koleksi lama dalam peti simpanan. hehehe... Sekali tengok berderet koleksi puisi. Amek!!! Tak tau nak pilih yang mana satu. At last saya ada dua pilihan puisi, Kerana dan Aku Insan Biasa. Tak boleh bagi dua dua. Nampak tamak sangat. hehehe...


Fikir punya fikir, saya pilih puisi Kerana untuk segmen ni. hehehe. Antara dua tu puisi Kerana yang nampak lebih puitisnya....  ~ layan






KERANA


Apa lagi hendak kukata
Bila cinta yang kau ungkapkan
Ternyata dusta
Semuanya hanya kepuraan

Kau racun halaman kasih kita
Setelah kubaja benih cintamu
Kau lerai ikatan kasih kita
Setelah kusimpul erat cintamu

Tiada lagi keindahan fantasi cinta
Takkan lagi kuimpikan mahligai kasih
Cintamu terkubur dalam hatiku
Bayanganmu terhapus dari ingatanku

Kutakkan rebah hanya kerana dusta cintamu
Kukan tetap berdiri menggapai impianku
Kutakkan berpaling hanya kerana pujuk rayumu
Kukan tetap terus berlari mengejar cita-citaku

Kerana kehadiranmu kukenal erti derita
Kerana kasihmu kukenal erti bahagia
Kerana janjimu kusengsara menanti cinta
Keranamu terlenyap sudah segalanya




Puitis tak...??? hehehe
Sesiapa yang suka berpuitis macam saya boleh la join segmen ini di  Segmen Puitiskan Diri Anda sebelum Jumaat, 25 Febuari 2011.


22 February 2011

Bila diri mula meminati seseorang

Gulph.....Terkelu seketika bila baca soalan yang diutarakan pada saya. 


macam mane nak show kat orang yg kita ade interest kat die,
nak jadikan dia sebagai life partner?
 
 

Betol betol serius orang yang tanya ni nak jadikan si dia sebagai life partner. 

Saya jawab soalan tu. Jawapan yang saya beri ini hanyalah pendapat saya sahaja. Jika rasa ia bersesuaian jadikanlah ia panduan. Jika tidak, simpan saja dalam peti kotak besi. ^_^


Tiga langkah mudah :


  • Langkah pertama, lakukan solat istikharah. Mohon petunjuk pada yang Esa. Insya'Allah kita akan diberi petunjuk melalui gerak hati atau mimpi. Tapi janganlah buat sekali terus mengharap petunjuk tu. At least buatlah tiga kali. Saya dulu pun pernah solat istikharah minta petunjuk padaNya sama ada hubungan saya dan si dia perlu diteruskan atau tidak. Petunjuk yang saya dapat tu benar benar telah buat saya lebih tenang membuat keputusan.

     

  • Langkah kedua, cuba berkawan rapat dengan dia. Kenali dia. Ketahui sama ada dia sudah berpunya atau belum. Tak pasal pasal nanti ada pinggan mangkuk melayang pulak. Memang cari nahas la tu. Tapi rapat rapat jugak, batas batas  agama jangan buat buat lupa pulak. Ajak kawan bila nak jumpa  dan berbual dengan si dia.

     

  • Langkah ketiga, cuba rapat dengan family si dia. Selalu datang ke rumah keluarganya. Kenali keluarganya. Dari situ kita akan tahu respon keluarga dia pada kita. Paling tidak pihak keluarga si dia tahu yang kita bersungguh, bukan sekadar main main cinta. Mohon kebenaran keluarga bila nak ajak si dia keluar jalan jalan. Ajak adik beradik lain sebagai teman. Jadikan budaya dating cara Islam sebagai panduan.

     

Lepas lakukan ketiga tiga langkah ni pasti si dia benar benar nyakin pada kita. Nyakin yang kita nak jadikan dia sebagai life partner dia dan bukanlah sekadar teman bersuka ria. Dah bolehlah pergi meminang si dia tu. Sat lagi dikebas orang. Gigit jari. hehehe ^_^



 



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_