Tijah sudah dua kali mengandung. Sekarang tinggal tunggu masih untuk melahirkan je.
Tapi saya masih single mingle. (Sabar-sabar, dua tahun lagi sampailah jodoh tu)
Hehehe...Saja buat gimik.
Tijah tu kucinglah (kucing bukan mengandung tapi bunting). Nama glamour Tijah adalah T-J. Takkan mau cemburu dengan kucing tu. Nampak sangat tak waras dengan kucing pun nak cemburu. *sepuk dahi sendiri*
Kita cari pasangan bukan sama macam kucing yang boleh main senggol-senggolan lepas tu terus dapat.
Kita punya adab dan tatatertib Melayu Islam dalam mencari pasangan.
Kita punya Ibu Bapa yang harus kita jaga hati dan perasaan mereka.
Jika saya mahu cari suami, saya mahu cari keluarga yang boleh terima saya. Terutamanya IbuBapanya. Lepas kahwin saya kena patuh dengan suami. Mungkin juga saya perlu tinggal dengan IbuBapanya. Keredhaan IbuBapa bakal suami saya tu amat saya perlukan. Tanggungjawab anak lelaki pada IbuBapanya sampai ke mati, takkan putus. Saya harus terima hakikat tu. Sebab itu saya mengutamakan keluarga yang boleh menerima saya. ^_^
Bicara Hati gadis :Ada yang kata saya terlalu cerewet memilih pasangan. Salahke??? Saya harus fikirkan perasaan banyak pihak untuk terima seseorang itu dalam hidup saya.
mmg kena cerewet kalo nk memilih psgn..
ReplyDeletetp biarlah cerewet pada tempatnya..
jgn cerewet nk yg ensem ja.. haha..
smoga bertemu jejaka idaman.. =)
pehh ayat...boleh dah ni
ReplyDeletejadi isteri org...
ahahaha..
nk masuk minang bolehhh???
=p=p
hehe kim salam sayang kat tijah
ReplyDeletebaguslah tu, boleh elakkan perselisihan antara menantu dan ibu mertua
ReplyDeleteeheheh... comel je ayie kirim salam kat tijah.. hehehe.. dua tahun lagi ni tak lama tu.. maksudnya nak kawen umur 27 yer dear...=)
ReplyDeletetak salah memilih.. memilih untuk kebaikan diri dan pasangan jugak kan..=)
yups sokong tu
ReplyDeletesebab kita nak hidup dengan pasangan bukan sehari dua
:-)
Racun Serangga Terbaru - Hansect
ehem-ehem...dah boleh carik calon ni :)
ReplyDeletenak carik ketua keluarga kena lah cerewet..supaya tak tersalah pilih..:D
ReplyDelete