Jumlah masa yang digunakan oleh perempuan di hadapan cermin adalah lebih banyak berbanding lelaki.
Setuju atau tidak ? (lelaki laju je la kata setuju tu.tau dah.-_-)
Walaupun ia bukanlah fakta yang dibuat berdasarkan analisis statistik atau apa sahaja, tapi itulah realiti. Realiti yang juga menunding jari ke diri sendiri. Hee.
Adakah cermin hanya berguna untuk perempuan bersolek? Sebenarnya cermin boleh jadi lebih dari fungsi itu. Cermin boleh jadi mata kedua perempuan untuk menilai samada diri telah bersiap sempurna dengan pakaian menutup aurat atau tidak.
' Akak buat apa lama-lama dalam bilik bersiap ? Mesti mekap. '
Cheh, pandai-pandai sahaja dia kata saya bersolek. Tak perlu nak bersolek la dah cukup molek. Hee. Ayat perasan di situ. Sila abaikan.
Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan oleh perempuan di hadapan cermin sebelum keluar :
1- Pakaian tidak terlalu singkat dan sendat, terutamanya baju. Sila angkat tangan tinggi-tinggi dan lihat baju kamu, adakah baju itu terangkat sehingga menampakkan bahagian pinggang. Jika ya, lebih baik tukar dengan baju lain supaya nampak lebih sopan. Perhatikan juga, adakah baju itu longgar atau terlalu ketat sehingga melekat di tubuh. Saya tahu ada yang miliki badan slim world. Tapi tak perlu kamu tunjukkan pada satu dunia, kerana ia perhiasan berharga yang harus kamu lindungi dari mata-mata jahat yang memerhati.
2- Pakaian tidak terlalu nipis sehingga menampakkan perhiasan yang berharga pada badan kamu. Perhiasan yang berharga tu maksudnya bahagian tubuh yang tak sepatutnya dilihat oleh lelaki yang bukan muhrim.
3- Pusing-pusing di hadapan cermin seperti model memperagakan pakaian, perhatikan tudung yang kamu pakai. Adakah tudung kamu cukup lebar dan labuh untuk menutup perhiasan hadapanmu ? Jangan tanya apa perhiasan hadapan bagi seorang perempuan. *tunduk malu*
Boleh la keluar dengan senang hati selepas ketiga-tiga perkara tersebut menepati tuntutan Islam.
Pakaian yang menutup aurat ibarat perisai yang melindungi diri seorang perempuan.
Sahabat di sekeliling kita juga mampu menjadi cermin untuk diri kita.
Pilih la cermin yang baik supaya dapat memberi gambaran yang baik juga untuk diri kita.
Bicara Hati gadis :Suka duduk rumah, sebab cermin besar sangat...... Semua pun boleh nampak. Hehehe.
ejaan perempuan dan cermin dalam bahasa arab pun nk sama...
ReplyDeletesuka duduk dekat masjid, sebab ade cermin besar,, hahah
ReplyDeletekalau semua perempuan guna cermin dengan 3 cara ni kompem semua perempuan cantik :)
ReplyDeletekalau jln2..pantang ada cermin or tingkap kat kedai..mesti tengok dulu..jeling sikit pun jadi lah..:)
ReplyDeletesaya antara perempuan yg duduk di hadapan cermin dalam jangka masa lama sebab picit jerawat ;p
ReplyDeletevisit my page if u like
http://athirahshariffudin.blogspot.com/
sangat perlukan cermin..
ReplyDeletetak boleh di pisah kan..
xD
Hahahaha.. sy sama dengan athirah.. picit jerawat penyebab dok depan cermin lama2 :P
ReplyDeletesangatt setuju..pempuan dan cermin tak dapat dipisahkan
ReplyDeletebeza saya dengan incik tunang. dia lagi selalu tengok cermin berbanding saya.. hehehe...
ReplyDeletesaya kalau tak ada cermin tak pe..
ReplyDeletecuma cermin tak boleh kalau tak ada saya
:)
kalaulah cermin boleh ckp tetiba hehe, samat bln ramadhan :)
ReplyDeleteterbaik..ulasan dari seorang yang bertudung. like this entry. salam kenal disini dan twitter
ReplyDeleteMenarik di SuaraSendiri
Pelancaran blogshop SS
Nak beli jersi EPL baru 2011/2012, blogshop SS
moisoutlet.blogspot.com