Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

26 July 2011

Kriteria seorang Engineer


Rehat sebentar bersama blog. Ini salah satu treatment untuk mengurangkan kadar kemengantukan melampau. (Bahasa Melayu seorang engineer seperti saya memang agak kureng sikit)


Sepanjang pagi saya sedaya upaya menyiapkan laporan yang perlu dihantar pada Hari Jumaat. Semangat taip laporan menggunakan keyboard yang ketat semacam. Jari jemari saya hampir jadi seketat keyboard tu. -_-


Laporan dah taip tapi pengiraan tak siap lagi. huhuhu. Semoga semuanya dipermudahkan.


Kepada adik-adik atau kakak atau abang-abang yang mahu jadi Engineer, kamu harus tahu kriteria seorang Engineer. ( kriteria yang dicipta sendiri oleh Hanim Mahalli )


  1. Harus tahu mengira. Perkara asas ni. Pengiraan dan Engineer memang sangat berkaitan. Seorang bakal Engineer bukan sahaja perlu tahu mengira tapi perlu mahir mengira. Jika boleh buat pengiraan gunakan kalkulator tu ibarat menaip sms di handphone. Hee
  2. Mahir menggunakan komputer. Engineer memang banyak gunakan masanya di hadapan komputer. Engineer dan komputer ibarat penyanyi dan microphone. Engineer perlu menggunakan pelbagai jenis software untuk menyelesaikan kerjanya. Antaranya AutoCAD, ESTEEM, dan STADpro. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi itu antara yang popular digunakan oleh seorang engineer.
  3. Perlu cekap menaip. Menaip guna keyboard ya, bukan menaip sms atau tweet menggunakan BB. Engineer juga perlu menyiapkan laporan. Nak siapkan kerja menggunakan AutoCAD pun lebih senang guna command pada keyboard berbanding klik klik guna mouse tak berekor tu. ^_^
  4. Mempunyai kenyakinan bercakap di hadapan orang ramai. Tak semua mempunyai kenyakinan yang tinggi untuk bercakap di hadapan orang ramai, lebih-lebih lagi membentangkan suatu tanggungjawab yang besar. Setiap keputusan yang kita buat beri impak kepada orang lain. Kenyakinan saya pun masih tak cukup tinggi. Itu bukan alasan untuk tidak menjadi seorang yang berkenyakinan. Semua itu perlukan latihan. Practice make Perfect.
  5. Harus kemas dan teliti dalam kerja.  Engineer perlu teliti setiap perincian rekabentuk. Tiada prinsip asal siap dalam diri seorang Engineer. Ketelitian Engineer memudahkan semua pihak dan akan melancarkan perjalanan projek. 


Kriteria ni macam khusus pada DESIGN ENGINEER je. hehehe.... Layankan je.





Bicara Hati gadis : Engineer juga manusia biasa. Tiada apa-apa yang istimewa dalam diri kami. Kamu juga boleh jadi seperti kami jika kamu bersungguh-sungguh. Insya'Allah.





Tiada entri bergambar buat masa ini. 
Saya agak sibuk menyiapkan projek. 
Ada dua projek yang perlu diselesaikan. 
Minggu ni kena hantar satu projek.




11 comments :

  1. klu jadi process engineer plak camne? lebih kurang gak ke

    ReplyDelete
  2. patutlah kak ayu layak jadi penjual nasi campur.. heheheh

    ReplyDelete
  3. setuju 101%... sbb aku pon amik civil jugak..hehehe.. aku x tau la kalo process engineer.. ken mahir memproses kot????

    ReplyDelete
  4. aku photoshop pon tataw gune ni pulak software laen.. okay fail tak boleh jadik engineer.. T__T

    ReplyDelete
  5. akauntan pn manusia biase jgk..haha..
    xd kne mngena

    ReplyDelete
  6. wow..apabila engineer berblogging..terbaik!!

    ReplyDelete
  7. eh tak sabarnye nak jadi engineer >.<

    ReplyDelete
  8. apa cabaran bgi seorang perempuan who want to be an engineer ? :)

    ReplyDelete
  9. hi dear,

    tmpg menjawab..

    zakiah...cabaran seorang perempuan utk jd engineer adalah kene prove kemampuan kt sama mcm lelaki...

    kt boleh independent, kene berani dan sedikit tegas ikut situasi.

    tp skrg dh byk peluang utk perempuan jd engineer yer..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_