Seperti biasalah saya, lepas baca sesuatu pasti saya mahu berkongsi dengan semua pembaca. Ilmu yang baik memang patut dikongsi. Bagi ilmu yang tak baik tu tak payahlah nak kongsi. Dosa berantai pulak dapat nanti.
Mengenai wuduk semua orang tahu. Tapi bagaimana pula berwuduk atas kasut? Tak pernah dengar atau baca bukan? Saya pun baru tahu. (terbukti ilmu kita tentang agama Islam sangatlah sedikit.masih banyak perlu dipelajari)
Mughirah ibnu Syu'bah berkata :" Pada suatu malam saya pernah bersama Rasulullah. Saya menuangkan air dari bekas lalu baginda pun berwuduk. Kemudian saya menawarkan diri untuk membuka kasutnya lalu baginda berkata : " Janganlah dibuka. Biarkan sahaja. Saya memakainya dalam keadaan kaki suci (dalam keadaan berwuduk). " Sesudah itu baginda menyapu bahagian atas kasutnya itu.(Sahih al-Bukhari,no:5799)
Semasa saya baca mengenai berwuduk atas kasut saya terus teringat shoping complex. Kenapa? Sebab cara berwuduk atas kasut memberi kemudahan pada saya untuk berwuduk di shoping complex.
Ada shoping complex yang tidak menyediakan tempat wuduk di dalam surau. Perkara seperti ini selalu sahaja menjadi masalah kepada kaum hawa. Cara berwuduk biasa perlu untuk basuh kaki. Kaum hawa terpaksa menanggalkan setokin. Lepas berwuduk tak dapat nak pakai setokin balik, kaki sudah basah. Bagi yang berkasut dapatlah selindung kaki dari penglihatan kaum adam. Tapi bagi yang hanya memakai sandal sahaja?
Berwuduk atas kasut ini adalah satu kemudahan yang diberikan oleh Allah pada kita.
Cara-cara berwuduk atas kasut :
1- Ambil wuduk seperti biasa
2- Ketika masih dalam keadaan masih berwuduk, pakai kasut, sandal atau selipar bersama stoking.
3- Apabila wuduk telah batal dan kamu ingin memperbaharui wuduk, berwuduklah seperti biasa. Perbezaan hanya pada kaki, iaitu kamu hanya perlu menyapu di bahagisan atas kasut dengar jari-jari atau tisu yang lembap.
4- Cara ketiga-tiga di atas boleh diulangi selama sehari semalam bagi orang yang bermukim dan tiga hari bagi orang bermusafir.
5- Jika telah tamat tempoh, ulangi dari langkah pertama di atas.
Syarat-syarat berwuduk atas kasut :
1- Memakai kasut ketika masih berwuduk. Berwuduk sebelum memakai kasut adalah seperti biasa.
2- Mestilah menutup kaki dari hujung jari ke mata kaki. Jika memakai sandal atau selipar, perlulah memakai stoking. Tapi tidak mengapa jika sandal berlubang atau stoking terkoyak sedikit.
3- Mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Rasulullah s.a.w bersabda :" (Kemudahan) menyapu di atas kasut ialah selama tiga hari bagi yang musafir dan sehari semalam bagi orang yang bermukim "(Shahih Sunan Abu Daud, no:157)
4- Wuduk yang terbatal disebabkan hadas besar dalam tempoh kemudahan ini, hendaklah berwuduk seperti biasa setelah suci dari hadas besar tersebut.
5- Tidak perlu membasuh kasut, hanya cukup sekadar sapuan dengan tangan atau tisu yang lembap.
Olehan semula dari majalah dara.com edisi 96
Bicara Hati gadis :Lepas ini bolehlah praktikkan. Islam itu mudah. Banyak sebenarnya kemudahan yang Allah beri kepada kita. Tiada alasan untuk kita tidak beramal ibadah kepada Allah.
Assalamualaikum. Selamat Menunaikan Ibadah. ^_^
- Updated 6 Julai 2011 -
Artikel yang ditulis berkenaan berwuduk atas kasut dalam majalah dara.com edisi 96 itu ditulis berdasarkan artikel INI.
Terdapat sedikit kemusykilan pada isu ini. Saya masih sedang membuat rujukan isu ini kepada beberapa orang yang lebih arif berkenaan hal ini.
Jawapan kepada kemusykilan ini akan saya utarakan kemudian. Jika kamu ada sebarang pendapat ingin dikemukakan boleh tinggalkan diruangan komen. Saya harap pembaca mempertimbangkan dahulu sebelum mengamalkan.
woah..perkongsian yg sangat menarik..mohon share =D
ReplyDeleteoo nampak mudah je wuduk menggunakan kasut
ReplyDeletenelly baru tau ~
ReplyDelete=='
Salaam..
ReplyDeleteBenar, islam itu mudah. tapi jangan ambil mudah.
berdasarkan hadith : Rasulullah s.a.w bersabda :
"(Kemudahan) menyapu di atas kasut ialah selama tiga hari bagi yang musafir dan sehari semalam bagi orang yang bermukim"
(Shahih Sunan Abu Daud, no:157)
Kemudahan atau rukhsah sebenarnya utk meringankan sesuatu keadaan. Bila terdesak atau dalam keadaan bahaya. Betul wuduk cara berkasut adalah satu sunnah nabi dan diamalkan oleh askar-askar Islam di Malaysia. Dan syarat utk berwuduk dalam keadaan sedemikian bukan setakat memakai kasut dan stokin. Kasut tu diperhalusi lagi. Contoh kasut but askar. Ketat dan legap pada kaki.
Pada saya, semacam tak sesuai utk diamalkan kalau berwuduk time nk solat di shopping complex sebab ada cara berwuduk yang lebih "berat". Maksud berat, macam contoh, wuduk biasa, kita kena tanggal kasut dan sbgnya, tapi yg ni tak perlu. Jadi, kelihatan yg awal tadi tu lebih berat sedikit. Rukhsah diberi kepada orang islam bila satu2 keadaan yg mendesak. Jadi, adakah keluar bershopping satu yg terdesak? :)
Tapi apa-apa pun, ini satu ilmu fiqh yang baik. :)
Allah knows best! :)
subhanallah..
ReplyDeletekak ayu baru tahu.
thanks dik berkongsittg berwuduk cara itu
lepas nie dah tak syak2 lagi..
akak pun pestime baru tahu nih, Alhamdulillah islam tu memang mudah kan.
ReplyDeleteLepas ni akan di praktikan isyaallah :)
menyapu di bahagisan atas kasut dengar jari-jari atau tisu yang lembap.
ReplyDeletexphm la..