Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

29 August 2011

Kenangan Ramadhan 2011



Hari ini hari terakhir bulan Ramadhan. Terasa begitu pantas masa berlalu. Pejam celik jalan duduk dah sebulan berpuasa.

Disebabkan saya tidak mempunyai ingatan yang begitu kuat untuk mengingati semula semua peristiwa di masa akan datang, saya TERPAKSA gunakan blog ini sebagai penyimpanan memori kenangan. Hee... Terpaksa la konon...

Ramadhan kali ini agak berbeza dari tahun sebelumnya. Walaupun Ramadhan tahun ini bukan Ramadhan pertama saya berkerja, tapi Ramadhan kali adalah Ramadhan pertama saya bergelar Jurutera. Alhamdulillah....
Ramadhan tahun ini saya berpeluang berbuka puasa di hotel. Class gitu... Hee... Terima kasih kepada jejaka ini sebab memberi kesempatan itu kepada saya. Tidak lupa juga kepada gadis ini kerana menjadi GPS bergerak... Hehehe
Ramadhan tahun ini jugak saya berpeluang bawa mama dan adik berbuka puasa di restoran. Alhamdulillah... Manisnya rasa nikmat dapat berkongsi kegembiraan dengan keluarga.

Tapi kan, tapi kan..... Ramadhan tahun ini saya tak dapat nak khatam satu Al-Quran dalam masa sebulan. Separuh pun tak sampai. So Sad....T_T
Harap tahun depan saya akan jadi lebih baik. Huhuhu....

Sebelum saya mengerakkan kaki membuat persiapan hari Raya esok, saya ingin berkongsi gambar-gambar saya di majlis buka puasa sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Bersiap sedia la dengan plastic bag, kerana gambar-gambar ini mungkin akan membuat kamu muntah bertalu-talu. Hee...



Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan Muzik FM

 Orang belakang tu dah tak perlu nak kenalkan kot.
Dia pemes. lalala ~

Jejaka baju merah tu Awi Rafael.
Penyanyi lagu pulanglah.
Rakaman Melodi Raya 2011

 Sempat lagi posing time rakaman melodi raya dijalankan. Hee...

 Bersama rakan-rakan JJCA

 KAMI

Bergambar dengan Raja Farah selepas selesai rakaman Melodi Raya.



Majlis berbuka puasa Muzik Universal Malaysia

Sesi promotion lagu.... (bajet cam lagu sendiri.Hee)



Nak tengok lebih banyak lagi gambar menarik boleh klik SINI. Di situ juga ada video-video menarik untuk ditonton. ^_^


19 August 2011

Tak Mungkin karya terbaru


Lama rasanya tak publish lirik lagu. Cheh, konon la lirik lagu. Macamlah ada orang nak buat lagu guna puisi hasil nukilan sendiri ni. Bajet.... Hee

Lama dah saya tulis ni, tak ingat berapa hari bulan. Normally saya rekod tarikh siap. Tapi disebabkan karya kali ni saya taip kat dalam handphone je, lupa pulak nak taip tarikh sekali. Hehehe

Harapnya kamu beri komen sewajarnya. Jika ada rezeki boleh buat lagu. ^_^




Tak Mungkin


Oh tak mungkin dan tak mungkin
Ku kan kembali bersamamu
Ku pasti dan ku nyakin
Ku bisa hidup tanpa kamu

Tak usah dan tak perlu
Pecahkan almari kaca lama
Mencari khilaf bersama
Berdoalah selalu
Agar cahaya iman
Terus menjadi teman

Biar sungai mengalir arus kenangan
Melemaskan segala dendam
Biar hujan memadam api kemarahan
Memberi pelangi kehidupan

Tak usah dan tak perlu
Pecahkan almari kaca lama
Mencari khilaf bersama
Berdoalah selalu
Agar cahaya iman
Terus menjadi teman




Bicara Hati gadis :
Agak-agaknya engineer ni ada bakat jadi penulis lirik tak ? Hee




15 August 2011

Bila Aku Jatuh Cinta



Aku jatuh cinta lagi ? Yeah ! That’s Right ! Aku jatuh cinta dengar lagu Awi Rafael. Sila salahkan Awi bila saya tersenyum-senyum sendiri sehinggakan tak nampak kamu yang hensem lagi bergaya depan mata. Lalala ~


Pertama kali saya mendengar Awi Rafael menyanyi secara LIVE di Pearl International Hotel memang telah buat bunga di taman hati saya kembang mekar. Hee…
Pertama kali saya lihat Awi Rafael membuat persembahan di atas pentas, saya dah mula nak tersenyum-senyum melihat gelagat dia. Tapi disebabkan keayuan saya masa tu, saya cover la sikit. Hehehe….


Serius lagu dia best. Tambahan pulak dengan suara dia yang best. Hee...
Sebelum ni lagu Pulanglah. Sekarang ni lagu Aku Jatuh Cinta pulak. Memang buat saya jatuh cintalah.


Nak lihat dan dengar video klip Bila Aku Jatuh Cinta boleh klik di SINI.


Sangat berterima kasih kepada yang sudi mengajak saya menyertai majlis berbuka puasa Muzik FM 
pada 5 Ogos yang lepas di Pearl Internatinal Hotel.


Sempat lagi bergambar dengan Awi Rafael sebelum pulang. Hehehe... Jangan Jeles ya....

Sweet tak kami ? lalala



Sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan Awi Rafael secara dekat boleh follow twitter dia di @awirafael. Dah follow twitter Awi tu jangan lupa follow twitter saya sekali, @gadishanim. Hee





 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_